haazaa kalaamu robbi

Friday, November 20, 2009

ALLAH TUHAN KITA?

Assalamualaikum,
Bizi, bizi, tak siap kemas lagi ni...Alahai, biasalah tiap2 kali nak khruj macam ni la...memang pesen last minit sejak dari sekolah dulu.Nak peksa last minit study, ceh mula2 relax je...esok nak peksa barulah gelabah... Nak bwt assignment pun last minit, nak balik kampung pun last minit packing barang...la ni umur dah 45, memang dah susah nak ubah...nak kuar lusa, satu benda pun tak siap2 lagi...Dah le kena pack kan barang2 suami dan anak2 lagi...Alhamdulillah lah suami kita tu tak banyak hal, biasanya dia pack sendiri barang2 dia kecuali kalau terlalu sibuk, bkn apa, kalu kita pack kan nanti payah dia nak cari kat mana kita letak brgnya dan mgkin ada yg tertinggal...sebab isteri dia ni memang bkn teliti sangat, hehe...Takpe2 esok ada satu hari lagi nak pack, huwaa...biasanya kalau nak kuar masturat, malam tu mmg tak tidur sebab nak kemas... esok byn hidayat mulalah hanyut...pastu kalau suami amirsab, yg mmg biasa berlaku...pujukrayulah...jgnlah bg i program berat2, mata dah tak boleh angkat ni...ceh, macam boleh makan pujukrayu kita tu...masa kuar dia amirsab jmh bkn amirsab kita...silap haribulan hari pertama tu lah kita kena khidmat masak...bkn senang nak taat yob...makan tahun juga...

Okaylah cukuplah tu bebel saya ni, nenektua pun tak bebel, cuma asik pantun je...tak kalah pulak tu...hmm, tabik springgg!!!

Okay cuba tgok title tu, ada fahammm? Kita biasa dgr cerita anbiya, sahabah, tabi'in, auliya', dll, tentang keyaqinan keimanan dan nusrah ghoib...ada tak kita rasa kita pun boleh dapat semua tu sebab ALLAH TUHAN KITA JUGA!!!Bukan TUHAN ANBIYA je, dan lain2 tapi DIA TUHAN KITA, ROBB KITA, PEMELIHARA KITA, YG MENGURNIAKAN HAJAT KEPERLUAN KITA...

Selalu kita kaget dgn kisah2 org terdahulu bagaimana bila berhajat sesuatu mereka minta pada ROBB dan hajat mereka terkabul, tapi kita tak apply dalam kehidupan kita...kita cari asbab dunia untuk dpt apa hajat kita dan dah habis ikhtiar barulah nak solat hajat dll...dah solat pun takde husnuzhon/sangkabaik pada ALLAH, tak yaqin ALLAH bole qabulkan hajat dan doa kita...bila dah qabul pulak kita mikir lagi apa sebab2 yg kita dapat hajat kita...susah betul kita ni nak merasakan kehebatan ILAHI...byk2lah kita ni istighfar, terutama diri penulis yg malang ni...

Kita layan cerita sikit lah nak dapat faham serba sikit bahawa ALLAH memang TUHAN KITA...mgkin ada yg dah dgr cerita ni, karguzari dari rakan2 seusaha yg korban diri harta masa untuk agama.

Satu jmh rijal/lelaki dari Pakistan telah dihantar ke Afrika di kawasan orang2 asli cannibals, haa yg makan orang nuu...eiy, seram...Mereka telah dapat seorang warga tempatan memeluk Islam dgn izin ALLAH. Satu ketika mereka dalam kenderaan pacuan 4 roda sedang dalam perjalanan pindah ke tempat lain...Tiba2 kenderaan mereka terlanggar seekor keldai dan matilah pulak keldai yg malang tu...Tapi yg lebih malang ialah mereka yg melanggar keldai tu, sebab keldai tu milik puak cannibal tadi...mereka datang beramai2 dgn tombak dan lembing, agaknya dgn muka yg ganas, menghurung kereta pacuan 4 roda tadi...bayangkan macam cerita omputih dgn org asli afrika, tapi ni bkn filem tapi kisah benar...

Ketua cannibal ni kata, melalui mutarjim yg dah masuk Islam tu, hukumnya keldai kami mati, kamu pun kena mati jugak...wey, lenguh lutut dibuatnya...Tapi mutarjim tu kan baru masuk Islam dan iman yaqin dia punyalah tinggi, sementelah dgr bayan kisah sahabat yg keldai mati hidup semula tu...dgn semangat josh dia btau ketua puak cannibal tu, nanti dulu, org2 ni TUHAN mereka boleh hidupkan keldai yg telah mati!!!Waduh, apa nak kata, mamat ni sorang dah bukak cerita lah pulak...lemah longlai lah anggota jemaah semua...cemana ni???

Mereka pun bermesyuarat dan amirsab buat keputusan mereka solat hajat mintak keldai ni hidup balik macam kisah sahabat...Ketua cannibal kata, ok, keldai hidup, korang hidup tapi kalau keldai tak hidup jugak, korang pun faham2 je laa...

So, bayangkan solat mereka, mau tak tawajjuh dgn khusyuk khuduknya, solat yg menentukan hidup mati mereka...mereka pun berwudhu dgn sebaik2 wudhu, solat penuh tawajjuh dan khusyuk khuduk 2 rakaat dan akhirnya beri salam pertama, kemudian kedua...

DAN KELDAI YANG MATI TADI BANGUN KEMBALI DGN IZIN ALLAH...

MASYAA ALLAH...

ALLAH TUHAN KITA JUGA...DAHULU, KINI, DAN SELAMANYER...

Doakan kejayaan khuruj kami dgn tersebarnya hidayat sari alam he'...Amin.

Saya mohon maaf atas kesilapan selama saya mula mencoretkan leteran2 saya di blog ni dan mengomen(mcm pandai bebenor) di blog rakan2 blogger sehinggalah ke saat ini...dan jutaan terima kasih pada rakan2 yg telah sudi ziarah blog saya dan memberi komen yg menaikkan jazbah saya yg lemah ni... jazakumullahukhoiran kathiraa...
InsyaALLAH kita bersua lagi, amiin...

Saturday, November 14, 2009

ASSALAMUALAIKUM,
Malas pulak nak sambung cerita haji, nantilah ye bila ada mood, or maybe after pulang dari khuruj Palembang...insyaALLAH.
Dulu rakan2 masturat Ipoh yang baru pulang dari Lampung,Sumatera beri karkuzari kepada kami jmh melaka semasa kami khuruj ke Ipoh...
Macam2lah ceritanya, kami pun terlopong je dgr sebab masa tu lum pernah jejak kaki ke Indonesia...
Alhamdulillah tak lama lepas tu saya dapat pergi ke Bengkalis, dapatlah pengalaman sedikit sebanyak di sana...Bengkalis tak jauh dari melaka, cuma about 2 hours naik feri...Macam melaka juga, apa ada di melaka ada di sana, hatta ada org melaka dijodohkan dgn org bengkalis sebab masa kami pergi tu saing2 dgn rombongan pengantin nak pergi bertandang...
Tapi ada juga yg lain kat sana and mostly sama lah kat mana2 bahagian Indonesia ni, cuma ada terlebih sikit ada terkurang sikit kot...
Nak tau apa?Haa...tu lah yg kita kat malaysia ni kalau mandi macam itik!Kalau kat sana jadi macam kambing, bukan takut mandi, tapi nak mandi kena jimat2 sebab tak cukup bekalan air...Rata2 depa mandi, basuh baju,istinjak guna air sumur/telaga/perigi...samalah tu...dan airnya macam teh o kelat dan pekat dan rasanya...haha, sekali masuk dalam mulut terus jadi ibu mengandung 2 bulan, uwek,uwek...nak rasa, pergilah...Untuk makan,minum, memasak, basuh pinggan, wudhu, guna air hujan yang di tadah dalam yum besar dan ditebuk dan dipaipkan...ni mcm kat tempat kita lah...tapi dah nama air hujan, kalau tak hujan berhari-hari...surutlah juga...lebih2 lagi yg tumpang rumah depa ni itik2 malaya...sekejap dah surut, tu yg bila berwudhu jadi mcm pregnant mom...
Eh, bukan nak citer yg tak elok cuma nak citer pengalaman je, seronok sebenarnya wpun air kurang tapi gula pulak terlebih!Pergh, kalau depa buat air...kita kena tambah sekali ganda dgn air kosong...manis betul!!! Itulah manisnya air macam manisnya budipekerti depa...wpun dlm keadaan dhoif mereka sanggup sediakan macam2 makanan lazat2 untuk kami, sampai kami ni berat perut langsung berat mata selalu...nak pejam je mata ni...tak bagus betul, sepatutnya kena byk dakwah...
Tapi bengkalis ni baru lagi dgn usha tabligh so susah sikit lah nak dapat jemaah cash...ataupun asbab kelemahan usaha dan doa kami(asbab ni yg betul,sebenarnya)...InsyaALLAH kita doa mereka akan dapat taufiq untuk keluar jalan ALLAH...

Berbalik pada cerita Lampung tadi, yg buat kami terlopong ialah cerita mengenai pioneer masturat di sana.Pada awalnya ada seorang saja yg pakai purdah dan dia pun dihantar oleh markas di Jakarta kalau tak silap untuk usahakan Lampung ni...Dia juga berkahwin dgn karkun yg menjawat jawatan pensyarah Geology. Ibu ini fikir macamana orang lain boleh pakai purdah jugak...dia fikir kalau org yg pakai 1 orang je, tentu orang lain takut nak pakai, sebab nanti janggal pulak, kan....fikir punya fikir, dapat ilham... Dia pun kayuh basikal dgn suami dia lalu satu jalan dan pulang melalui jalan lain.Esoknya kayuh lagi jalan lain pulak...Jadi banyak jalan yg dia lalu dgn harapan org akan nampak dan fikir, ramai rupanya org pakai purdah ni, ari tu di jaln sana ada, arini di sini pun ada...wah tak canggung lagilah kalau begini!!!Walhalnya dia sorang je yg pakai ketika tu...Bila pelajar2 kampus yg suaminya jadi pensyarah buat praktikal di mana2 hatta tempat berbukit dia pun ikut sama dgn basikal dia, siap bawa basikal naik kren ke atas bukit kemudian turun bukit dgn mengayuh, dgn harapan org akan menyangka, loh!ada juga org pakai purdah yg tinggal di atas bukit sana!!!
Begitulah gigihnya dia sehingga pada masa jmh Ipoh ni datang tempat dia dah ada ramai wanita yg berpurdah dan depa pakat nusrah ramai2 bila ada jemaah datang tempat mereka...
Begitulah ceritanya...
Dan minggu depan akan bermula khuruj kami ke Palembang pulak, tak tau lagi lah apa citernya, insyaALLAH ada rezqi kita boleh kongsi bersama...
Dulu masa sekolah rendah nama sekolah saya Sek keb jalan dato' palembang, bukit baru, melaka...
Rupa2nya tak sesia sekolah kat situ sebab dapat pergi kat kampung dato' palembang sendiri...

Ok laa dah malam semoga dapat bangkit untuk tahajjud,jangan lupa doa hidayat, doa yg mahal2... doa jugalah untuk saya....
Wassalam...

Friday, November 13, 2009

LAMBAIAN KAABAH II



 Assalamualaikum,
Ni kira terkenang kembali saat2 penunaian rukun haji kami...2007/1428...
Tiba masa untuk berangkat wukuf di Arafah, kami rakan2 sebilik saling bermaafan supaya apa2 kesilapan sesama hambaNya bersih, bak kata kitorg kosong,kosonglah, kannn...
Sempat juga beli sandal yg agak paling sesuai untuk digunakan dalam safar yg penting ni...yelah nak banyak pakai car-key melontar dll...
Tapi kami mmg dah bersedia nak bwt haji jalankaki lagilah kena bersiap sedia...

Hari nak pegi tu dah siap dgn bag-pack/beg sandang yg besar terasa cam matsaleh yg selalu kami nampak datang melaka melancung tu...haa gitu2laa...
Apa byk sgt bawak?Wey, baju tak byk sebab uniform kita kan hitam all-over so takde masalah sangatlah. Sebenarnya kami bawa khemah nak guna masa di Arafah, Muzdalifah dan Mina.Wpun mmg ada khemah disediakan tapi kami ada plan nak jalan kaki so kena lah usaha lebih sikit.Actually nak jalan juga ke Arafah tapi arahan pihak bertanggungjawab kami akurlah semua kena naik bas...ujian datang bila bas sesatlah pulak...heran pulak cmna driver ni?Tapi tu kan kerja ALLAH...sebenarnya tak boleh juga nak salahkan driver sebab masa haji mmg jalan2 dah diubahsuai supaya mudah...tapi tu lah kena tawajjuh betul2, sampai Arafah org2 yg naik lewat dari kami dah sampai lama dah...huhu.
Apalagi tak lengahlah ambil wudhu solat asar yg dah nak abis waktu wpun dalam bas tadi solat juga tapi kira hormat waktu lah...
Bermulalah wukuf keesokan harinya...suami dah pasang khemah kat tempat lelaki dan ajak saya bersama, walaupun malu sebab bila nak pegi toilet kena pegi toilet pompuan, kenalah lalu depan pakcik2 tu...tapi depa tak nampak muka kita tak pasal lah sebab saya pakai topi purdah...buat muka tebal cam tembok pun orang tak nampak...hehe.
Sebenarnya saya pun tak tahan duk dalam khemah awam tu sebab ada pakcik2 yg suka selak2 cari makcik depa...Baru kita nak bernafas tanpa ada penutup muka, dah diselaknya, panggil je lah nama makciknya... Di renungnya muka kita satu-satu...ramai yg berteriak nak cari sapa pakcik panggillah nama je!!!Rimas kami dibuatnya...tapi kan ujian jugak tu...
Bila duk berdua dgn suami dptlah tawajjuh sikit berzikir dan berdoa sebab di Arafah ni lah kita kena tawajjuh betul2.Nabi saw berdoa tak putus2 5jam kalau tak silap masa wukuf.Doa hidayat seluruh alam...
Menjelang maghrib kami bersiap2 packing barang2 dan khemah dan berjalan menuju ke sempadan keluar Arafah.Jemaah lain yg ikut program THaji bersiap2 juga nak naik bas masing2 ikut giliran.Ada yg cepat, ada yg kena tunggu sampai malam sikit...
Ramai jmah haji dari negara2 lain berkumpul di pintu gerbang menunggu azan maghrib sambil menunggu sambil berdoa, dikatakan doa masa tu mustajab.Saya bersyukur sangat suami saya ajak jalankaki sebab dia dulu pun 5 thn lepas jalankaki juga sejak dari Mekah menuju Arafah.Anugerah ALLAH pada kami. Bersama kami ada 2 pasangan lagi orang melayu.
Azan berkumandang, semua yg menunggu dari tadi terus jalan...masyaALLAH seakan nak menangis lihat peristiwa ni, tak pandai nak cerita....
Kami menyusur jalan ikut2 jemaah haji yg lain, suami saya pun tak pasti pulak jalan mana nak ikut, kami redah jelah, lagipun yg 2 psgn lagi dok harap kat kami, kami doa biarlah kami jalan ikut jalan yg betul... Angin sepoi2 bahasa, sekejap2 kuat sikit hembusannya...dalam kegelapan senja...Bas2 dtg dan pergi mengambil penumpang setelah menurunkan penumpang, begitulah keadaannya...Jalan lagi dan lagi, bila nak sampai ni?Kira makan angin jugaklah sebab angin makin kuat sesekali terasa angin menolak dari belakang memudahkan perjalanan kami.Mana tak kata makan angin, saya asik sendawa angin je dari mula jalan tadi... tak payah makan halia pun angin bisa keluar buk!
Kemudian dari jauh kami nampak lampu jalan...haa alhamdulillah sampai juga ke Muzdalifah...Tapi...rupanya jauh lagi, disebabkan struktur permukaan tanahnya rata, dari jauh dah nampak lampu jalan.
Korang nak tau, rupa2nya kami ni ikut jalan kenderaan, bukan jalan untuk pejalan kaki....Apa2 pun dah sampai jugalah, yg ikut jln pejalan kaki pun lum sampai lagi.Sampai sana salah seorang wanita melayu yg ikut kami tanya, akak ni biasa jogging ke, laju je tadi?Hehe kekuatan dari ALLAH, jogging tak berapa rajin...tapi kat sekolah dulu juara 100m lompat pagar wakil daerah lagi...Duluuu lum kawin lum beranak...la ni nak nyeberang parit pun hati2...
Kami pun pergi tandas dan wudhu sekali dalam tu sebab tempat wudhu open air nnti ternampak aurat. Kemudian jalan lagi sampai ke penghujung muzdalifah, khemah org2 indon, takpelah suku sakat kita juga...
Kami pun pasang khemah dan solat jamak takhir tamam di luar khemah, dalam khemah tak cukup tinggi nak berdiri...Selesai solat kami pun masuk dalam khemah dan cuba lelapkan mata tapi kok keletihan sgt mmg tak boleh tidur, tambah lagi suasana hingar bingar di luar sana, bak kata suami, macam nak perang! Kami zikir2 sampai terlelap jugaklah...penat tau jalan tadi, mcm nak putus urat kaki...haha takdelah, seronok je sebab pengalaman pertama...Org2 indon sampai lepas satu bas satu bas sampai penuh sesak.Depa pun heran pasai apa org malaysia ni gatai ngat duk kat depa...Biaule dah!Yg penting kami dah ada di muzdalifah. Pasangan yg ikut kami, satu pasang dah cabut cari tempat lain, satu pasang lagi menjelang tgh malam tak tahan balik ke khemah malaysia join org kita...kami dah zzzz...sesekali terjaga juga.
Pukul 4 pagi lbhkurang, kami bangun dan tutup khemah jalan terus ke Mina, dalam hati dok doa supaya ALLAH mudahkan kami nak solat subuh sbb penuh sesak manusia di sana sini , dgn bas2 lagi....Kami tanya2 polis yg mengawal jalan mana nak ikut untuk ke Mina kami pun ikut dan jumpalah jalan khas untuk pejalan kaki, takdelah dok bersaing dgn bas lagi...Melalui khemah2 VIP yg dah kosong, terdetik juga mana satu khemah dak Siti dan Datuk K?Hehe sempat jugak...ye lah org kita juga, kan...
Kami sampai ke khemah VIP Turki yg dah kosong dan kami pergi qodho hajat wudhu dan solat, alhamdulillah mudah aje berkat doa...kot...
Dah sudah solat, jalan lagi beramai2 ye lah hariraya rupenye...best lak rasanya...ada seorang pak arab dgn ihramnya berdiri di tepi jalan pegang botol mineral besar dan beberapa gelas plastik beri pejalan kaki minum. Nampak kami dia panggil kami pun minumlah, subhanALLAH rasa macam ALLAH hantar malaikat bagi kami minum dalam kedahagaan tu...perasan sikit xpe kan...Dia nampak tulisan Malazia kat topi purdah saya diapun tanya 'malazi?' kami pun angguk, serentak dia laung ALLAHUAKBAR...kenapa kita pun tak tau...
Wey, berat beg yg kami sandang dah terasa dan mikirkan nak melontar bila sampai di Mina nanti, risau dibuatnya, tapi bila sampai di Mina segalanya selesai bila kami disuruh simpan beg2 kami di sebuah kontena sebelum pergi melontar.Fuh!Melayang rasanya tak bawa beg berat lagi...hayun kaki lenggang kangkung pergi melontar kemudian ikut jalan menuju Makkah, sebelum tu singgah kedai minum air dan makan roti buat alas perut...masa ni tak kesah lagi duk mana2, tepi tong sampah pun jalan je tekak ni...terasa rendah diri betul masa ni...org lain pun sama mana dapat je duduklah...bila kena halau dek polis lari kejap pastu duk balik, itulah keadaannya di sana...senyum sorang2 bila teringat...betapa ALLAH jadikan kita ni semua sama taraf nya bila buat haji, pakai pun sama, yg lelaki lah...kaya miskin tu pakai 2 helai kain putih...
So, off we went thru the path for pedestrians menuju Makkah...Ramai tau, penuh jalan tu, tak kira tua, muda, semua bangsa ada terkecuali bangsa malaysia...org turki tua2 pun jalankaki...Sepanjang jalan ada kontena2 yg tek bergerak dan beberapa pekerja memberi macam2 makanan kepada pejalankaki.Kontena ni milik syarikat2 besar yg memang suka bagi sedeqah masa haji ni...macam2 ada, kayu sugi pun ada...Berebut2lah org ambil, tapi lepas tu sepanjang jalan bersepahlah bekas2 makanan, plastik dsbnya...makanan pun bersepah, tu yg dok berebut sangat, tapi tak makan pun...apalah diorang ni...oops jangan komen....
Jalan punya jalan sesekali gelihati pun ada kesian pun ada sebab tengok kebanyakan kaum Adam termasuk suami saya, dgn ihram maklumlah kan...peha dah melecet...kengkang je jalannya...kesian...Tapak kaki melecet toksah katalah, tulah sebab saya usaha scari sandal yg paling sesuai sebab memang melecet kalau tak betul2 sandalnya.Alhamdulillah saya pakai khuf jadi ok je rasanya sebab khuf ni bila kita pakai selalu dia jadi serasi dgn kaki kita, jadi selesa...org lelaki dalam ihram tak boleh pakai kasut sarung kan...
Sampai di Makkah, peh!lautan manusia, tak sampai hati nak buat tawaf...balik hotel dulu, dah mandi, rehat, barulah pergi tawaf, sa'i dan tahallul...Masa ni dah tak payah pakai ihram lagi, dah boleh buka topi purdah, pakai purdah biasa lah, selesa sikit...Apa2pun itu semua imtihan/ujian ALLAH nak tengok sejauh mana kecekalan kita dalam mentaati perintahNYA di saat2 genting...semoga ALLAH terima usaha kami...
Dan dah penat menaip, cerita tak habis lagi, tapi cukuplah, nanti senang2 saya sambung...insyaALLAH...

Thursday, November 12, 2009

Korban lagi...




Assalamualaikum,
Kali ni cerita tentang jemaah masturat dari Filipina pulak, juga karkuzari dari masturat Bangalore...
3 pasangan telah sambut takaza tunai 4bulan selepas di tasykil masturat Bangalore yg keluar ke Filipina...
Mereka bukan org kaya, tapi desakan untuk korban demi agama mereka sanggup sehinggakan sepasang suami isteri sanggup menjual kedai dan kereta untuk keluar jalan ALLAH...Dulu saya juga dgr cerita sepasang suami isteri dari Indonesia jual rumah untuk keluar jalan ALLAH.Apabila diminta alamat oleh rakan2 masturat, biasalah kita kan bertukar-tukar alamat sebelum berpisah, dikatanya saya tak tahu sebab rumah saya sudah dijual....Tapi janji ALLAH adalah benar, apabila mereka pulang ada hamba ALLAH yg baik hati memberi mereka sebuah rumah yg sederhana besar, lebih besar dari rumah mereka dulu.

Berbalik kepada cerita pasangan2 dari Filipina tadi, mereka bertiga mempunyai kelebihan2 tersendiri. Seorang pandai baca Al-Quran, seorang pandai berdakwah dan seorang rajin khidmat...Apa yg menarik perhatian masturat2 Bangalore ialah sifat mereka yang ada keinginan untuk belajar...Yang pandai mengaji seorang, yg seorang lagi sederhana, yang seorang lagi memang lemah sangat dalam hal mengaji Quran ni. Tapi selepas 2 bulan mereka berada di India dan sebelum berangkat ke Pakistan untuk baki 2 bulan lagi, ketiga-tiga mereka dah sama tahap pembacaan Al-Quran mereka!!!MasyaALLAH, begitu gigih mereka belajar dan mengajar...

Kita macamana, dah banyak kali kuar 3h, 40h, 2bulan, tapi Al-Fatihah masih lagi tak betul, tajwid lari... ALLAH...malu yek kita ni...sama2lah kita azam untuk betul2 usaha atas iman dan amal, bkn kuar nak sembang2 pasal anak, pasal suami, pasal dapur, perabot dll...Sesungguhnya syaiton laknatullah tu tiada kuasa untuk menyesatkan manusia sebagaimana saya dgr bayan Maulana Saad semasa ijtima msia yg lepas, tapi syaiton tu menghiasi perkara2 mungkar dan sia2 sehingga manusia terpedaya dan leka, langsung lari dari jalan yg lurus...kita lihat syaitaon telah menghiasi rumah2, anak2, hartabenda, emas perak, hatta majlis perkahwinan dgn perhiasan yg melekakan sehingga kita yg diberi amanah untuk buat kerja Nabi saw pun terpesona langsung mengelirukan mereka yg masih jahil, masih mencari-cari hidayat...doalah kita ni jadi asbab hidayat bukan asbab manusia keliru...

Apa yg kita kena pegang ialah sunnah Nabi saw, yg mana sunnah ialah sumber hidayat, benteng godaan syaitaon dan senjata bagi melawan adat istiadat yg mungkar...

Tapi syaiton tipu kita dikatanya, sunat ni buat dapat pahala, tak buat tak berdosa... Sunnah, bukan sunat... Silap orang melayu kita ni, bahasa arab tak tau...

WALLAHUALAM...semoga ALLAH mengampuni saya dan pembaca semua dan ummat Islam semua kerana kecuaian kita...aamiin...masih belum terlambat untuk kita azam bila kuar jln ALLAH, kita belajar betul2, buat betul2 adab usul yg 12 tu:

DAKWAH, TAKLIM, IBADAT, KHIDMAT >> perbanyakkan.
MASA MAKANMINUM,TIDUR REHAT,CAKAP SIA2,URUS DIRI SENDIRI >> kurangkan.
HARAP MAKHLUK, MINTAK PD MAKHLUK, MEMBAZIR,
GUNA BRG ORG TANPA IZIN                                                     >> tinggalkan,jangan buat...

InsyaALLAH ini peringatan untuk saya sendiri yg nak kuar 40h tak lama lagi, nafsu ni degil...yg disuruh tak buat, yg dilarang itulah yg dia suka...

Wednesday, November 11, 2009

KORBAN



Assalamualaikum.
Korban?Korang dah korban?
Korban apa?Lembu, kambing?

Bukan, korban diri, harta, masa, zuriat untuk agama ALLAH swt...
Ye laa kita kata kita dah korban tapi kita tengok pengorbanan orang lain yg lebih tinggi korbannya supaya kita tambah jazbah untuk tambah korban...
Sahabat2 Nabi saw mmg korban mereka kita tak dapat nak tanding...
Korban para anbiyak...jauh, jauh dari pencapaian kita...
Tapi ada juga ummat akhir zaman ni yang pengorbanannya kita pun tak mampu nak ikut tapi kita renung2kanlah...

Haa...ni lah nak cerita ni...

Semasa kami dihantar ke Bangalore, India untuk sebulan belajar buat usaha di sana, masturat2 sana dok sibuk cerita tentang sepasang suami isteri Somalia yg baru je berangkat pulang dari tempat mereka.
Pasangan ini sangat2 zuhud...memang kita boleh bayangkan org Somalia yg kurus kering...

Bermula ceritanya, suami bermimpi Rasulullah saw menyuruh mereka cepat2 pergi ke India untuk belajar usaha ni lah kot...duit takde.Suami kerja gaji rendah.Jadi mereka bermesyuarat dan sepakat memakan 2 biji tamar setiap hari(mereka takde anak) sehingga wang gaji suaminya terkumpul cukup untuk tiket penerbangan mereka berdua ke India.Jadi, selama 9 bulan mereka hidup hanya dgn makan tamar sebiji siang, sebiji malam tiap seorang...dapatlah kumpul duit...

Dan mereka sampai di India dlm keadaan yg sgt dhoif, musim sejuk, baju nipis, beberapa helai je, selimut tak de yg tebal...tapi semangat jatidiri mereka kuat, org2 bangalore nak bagi baju mereka tak nak, kata mereka, sahabat lebih miskin kami ni ok lagi...org bangalore pun tak sampai hati tengok.Suaminya tidur di masjid dgn selimut nipis di musim sejuk tapi bila org selimutkan dia dgn selimut tebal, dia terus terjaga dan beritahu, sahabt2 lebih lagi korban, dia tak korban apa2...

MasyaALLAH semoga kita pun dapat secebis dari sifat pengorbanan mereka ini, tentunya hidayat tersebar asbab pengorbanan org2 seperti ini....

WALLAHUALAM...

Tuesday, November 10, 2009

NOT A FAIRY TALE

Assalamualaikum,
Once lived a happy family, father, mother, and daughter, Fatimah in a not so happy land called 'Palestine'...
Hmmphh!!!
The father is not working and is trying to get a job to fulfill the needs of his family....
While the searching is going on, came a takaza to form a masturat jamaat to go to India.
After mesyuarat with his family they made a decision to go to India with a small amount of money left...
And ALLAH gave them a test for surely nobody shall enter Paradise without being tested for his/her faith...
He got a job...but decision was made and they must go...
Father said never mind maybe I'll get a better job after our khuruj...
So, off they went leaving behind Fatimah in the land of war, with the neighbors to take care of her and some money kept in a pouch for her...
She took care of herself and went to school...
Her teacher asked her how much money she has, she said, I don't know...whenever I need money I just put my hands into the pouch and take out some money...
But the money never decrease...
The teacher said jokingly, then I too would like to keep my money in your pouch so that it will not decrease...

One day, Fatimah had a dream...In her dream she was walking along a road and found 2 men sitting by the roadside, crying...
She asked one of them, who are you?
He said, I'm Hamzah and this is my nephew, Muhammad...(hold your breath, readers...).
She asked why are both of you crying? (I'm crying, too, now).
He said don't you look at all these people on the road, not performing deen, not covering their aurats etc,etc...

Then the man named Muhammad called Fatimah and put her on his lap and asked what is your name?
She answered, Fatimah...
He said my daughter's name is also Fatimah (ohh...the screen is blurr now...).
Where is your mother, and she told the story...

Muhammad saw said when your mother comes home from khuruj tell her that she will be with me in Jannah...
MasyaALLAH...I can't type anymore...

Thursday, November 5, 2009


Assalamualaikum,
Nak citer lagi arini...

Pada suatu waktu dahulu ada seorang anak muda yang ghairah untuk menuntut ilmu. Dia meminta izin dari ibunya untuk mengembara dalam menyempurnakan cita2nya. Dengan keizinan ibunya, dia pun mengumpulkan apa2 bekalan yg ada sekadar yg cukup untuknya dan keluarlah dari rumah dgn restu ibunya.

Setelah beberapa lama berjalan, anak muda tadi berjumpa dgn seorang lelaki yg agak tua. Setelah bertanya khabar, pakcik itu pun bertanya ke mana tujuan anak muda tadi. Setelah mendapat tahu bahwa anak muda ini berkeinginan untuk mengembara untuk menuntut ilmu, pakcik itupun meminta keizinan untuk menyertainya berjalan bersama-sama kerana dia hendak pergi menziarahi beberapa orang keluarganya di sepanjang perjalanan itu.Si anak muda tadi pun suka jugalah dapat kawan sambil berjalan boleh berbual...takdelah terasa penatnya...

Setelah berjalan beberapa ketika, pakcik pun berkata,'anak tunggu pakcik sekejap, pakcik nak singgah sebentar di rumah saudara pakcik di sini. Anak tunggu di sini sehingga pakcik dtg semula tau!' Pemuda itu pun mengiyakan pakcik tu dan tinggal lah dia sorang2 tunggu pakcik tu di jalan....

Tak berapa lama kemudian ternampaklah kelibat pakcik menghampiri pemuda itu kembali serentak dgn itu terdgr suara tangisan dari dalam rumah yg ditinggalkannya. Amat sedih sekali tangisannya. Pemuda pun bertanya pakcik tadi, kenapa mereka menangis...katanya, biasalah, dah lama tak jumpa, dpt jumpa pun sebentar saja dah nak pergi, sedihlah mereka...ooo gitu, kata pemuda tadi, betullah tu....

Mereka pun meneruskan perjalanan dan pakcik tadi bila sampai saja rumah saudaranya dia akan tinggalkan pemuda itu sebentar dan pergi menjenguk saudaranya dan kembali dgn diiringi suara tangisan yg sedih...

Setelah beberapa kali kejadian yg sama berlaku, maka pemuda itu pun hairan dan dia pun terasa nak tahu apa yg sebenarnya berlaku...Dia pun nak buatlah edisi siasat...Sedang pakcik tadi pergi jumpa saudaranya, pemuda itu pun ikut dari belakang dgn diam2. Dia mengintai dari lubang dinding apa yg dibuat oleh pakcik tadi...

Jeng,jeng,jeng....
Apa yg dia nampak?

Dia nampak oranglah, bukan beruang...
Dia nampak seorang sedang terbaring di katil dan saudara maranya yg lain sedang mengelilinginya dlm keadaan sedih...
Pakcik tadi kat mana? Tak nampak pulak...
Tiba2 dtg seorang yg besar mcm burung pun bukan, orang pun bukan sedang melebarkan sayapnya menutupi orang yg terbaring tadi.Yg lain2nya macam tak nampak lembaga tu, mereka pun buat derk je!
Kemudian lembaga tu angkat sayapnya dan serentak dgn itu org2 yg lain tadi terus menangis kerana yg terbaring tadi dah pun meninggal dunia...innalillahi...

Apa lagi pemuda tadi pun lari semula ke tempat yg dia tunggu tadi sambil berkata,'Haa, dah tau dah!' berulang-ulang kali sehinggalah pakcik tadi sampai terus aje dia cakap,'pakcik, saya dah tau pakcik ni siapa!' Pakcik kata,'oo...kau intai tadi ye, patutlae mencungap!' Setelah didesak akhirnya pakcik pun mengaku lah yg sebenar2nya bahawa dia adalah malaikat maut...eee...korang seram takkk? Malaikat maut dok bersaing-saing jalan dgn dia...

Tapi, pemuda ni berani orangnya, lantas dia pun berkata,'pakcik, kalau betullah pakcik ni malaikat maut, cuba pakcik check dalam fail pakcik, bila agaknya ajal saya?' Pakcik pun checklah dalam fail dia sebab pemuda ni pun baik orangnya, teman dalam perjalanannya...Check punya check, pakcik pun jumpa... Katanya kalau ikut fail pakcik ni, kau ni lepas kahwin aje kau mati!!! Well, at least sempat kawin, dokkk?

Pemuda tu pun cakap,'kalau macam tu, saya tak jadi meneruskan perjalananlah pakcik, lebih baik saya balik kahwin, lepas dah setel pakcik cabutlah nyawa saya, dapat saya berjumpa dgn ALLAH lebih cepat..' 'ok la kalau macam tu pakcik jalan aje lah sorang2, no hal..'jawab pakcik tu.

Pemuda tu pun balik kampung, tanam jagung, eh silap...dia suruh mak dia carikan calon isteri dia. Mak dia suka pun ye pelik pun ye, kata nak menuntut ilmu lum sampai dah pulang nak kahwin pulak, tapi takpe lah, dapat juga menantu, nanti dapat cucu...gitulah fikir mak dia...

Pemuda tu pulak sementara mak dia carikan isterinya, dia sibuklah sedeqahkan baju2 dia pada orang2 miskin sebab dia tahu lepas kahwin ni dah nak mati bukan nak bawak masuk kubur pun baju2 dia.. tinggallah apa yg perlu dipakainya saja...Maknya geleng2 kepala lihat ragam anaknya, gaknya kena sampuk apa, dah gila apa, dok beri orang baju dia...tapi solat ok, cakap ok, suma ok tak macam org gila...

Di pendekkan cerita, jumpalah seorang gadis yg sudi mengahwini pemuda tu...alahai kesian dia tengok isteri dia sebab tak lama lagi nak jadi janda pulak, tapi dia tak lah beritahu siapa2 pun hal kematiannya... Dan selang beberapa tahun dia kahwin, eh, tak mati2 pun...heran jugak dia..pembohong betul pakcik ni! Takpelah, seronok juga ada isteri nanti ada anak pulak...

Pada satu hari, melintaslah pakcik dulu di depannya...Apa lagi, dia pun tanya pakcik, apasal pakcik tipu kalau tak saya dah jadik maulana dah...ni jadi 'mau lena dgn isteri' aje...

Pakcik kata 'betul pakcik tak tipu kau, memang dalam fail pakcik kau akan mati bila kau kahwin, tapi disebabkan kau beri sedeqah baju2 kau, ALLAH panjangkan umur kau sampailah masa DIA panggil kau nanti barulah pakcik datang cabut nyawa kau'....

Begitulah ceritanya...habis dah...fikir2lah...ada lebih ke takde lebih ke berilah sedeqah...kalau nak panjang umur, tapi itu salah satu je dari fadhilatnya.Ada byk lagi kelebihan sedeqah...boleh buka lah buku FADHILAT SEDEQAH karangan MAULANA ZAKARIYYA.

Wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

PELAJARAN IMAN



Assalamualaikum.
Hari ni kita nak belajar iman,
Tapi,
Yg menaip ni pun lum pandai2 lagi...
Takpe kita sama2 belajar...

Apakah IMAN?
(dari kitab Muntakhab Hadith)

"Pengertian IMAN dari segi bahasa ialah percaya dgn yaqin kpd perkataan seseorg yg dipercayai kewibawaannya dan dalam istilah agama, IMAN bererti mempercayai dgn penuh keyaqinan, berita (ghaib)  yg dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata-mata kerana wibawa seorang Rasul".

Iman amat berharga di sisi ALLAH swt.Seorang yg ada iman wpun sebesar zarrah, dia akan dpt syurga 10 kali ganda besarnya dunia ini!!!

Seseorang bayi semasa di dalam kandungan ibunya lagi ALLAH sudah tetapkan 4 perkara:
1.ajal
2.jodoh              
3.rezqi
4.nasibnya
Ini semua kalau kita usaha giat sekali pun kita tetap akan dapat sptmana yg sudah tertulis di Luh Mahfuzh. Tidak lebih tidak kurang...

Tapi iman kita kena usahakan sbb bila iman di usahakan ia akan meningkat, kalau tak ia akan menurun dan merosot.Iman kita dgn tidak sengaja melalui proses kehidupan dalam dunia asbab ini pasti merosot dgn tidak disengajakan...Contohnya;

1.seorang bayi apabila dilahirkan, bila lapar-menangis, umminya beri susu...bila buang air pun menangis, maka umminya bersihkannya dstnya...Jadi bayi ini tanpa sengaja telah menyangka umminya lah ROBB/Tuhan Pemelihara dia...sbb apa2 hal ummi ada disisinya untuk tolong dia...

2.apabila bayi ini membesar, tiap2 hari dilihatnya abinya bawa pulang lauk, bawa pulang jajan, bawa pulang pakaian dll...pada tahap ini ROBBnya sudah bertukar kepada bapanya...

3.apabila sudah boleh bersekolah, ummi abinya menasihatinya, anakku kalau kamu belajar sungguh2 kamu akan pandai, kalau pandai dpt masuk universiti...senang hidup kau anakku...Waduh pada ketika ini anak ini tentu merasakan bahawa pelajaran lah yang menentukan susah senang hidupnya...yg akan pelihara dia, maka ROBB bertukar lagi kepada pelajaran @ ilmu...

4.sudah habis belajar universiti, keluar sebagai graduan, dapat kerja yg bagus, gaji beribu ringgit...katanya kalau tak kerja sapa nak bagi makan? astaghfirullah...ROBB skrg ialah pekerjaan...Yg pompuan pulak, kalau tak kerja tapi kahwin...hari2 apa katanya? bang nak ni, bang nak tu, bang do, bang nak re, bang nak mi... bang,bang,bang...org bang kat masjid dia bang kat umah, abg pun solat kat umah...abg nak kuar 3h je pun tak bole...nanti dia bang sorang2 kat umah, takde sapa nak dgr...ROBB isteri ialah suaminya(kalau tak diusahakan imannya)...

5.Wah dah pencen pulak, anak2 dah besor suma pakai kete, kalau raya tak muat laman nak parking kete... maklum pangkat2 suma anak2nya...katanya, saya tak keje pun boleh hidup.Tiap2 bulan anak saya hulur duit belanja...masyaALLAH...dah anak pulak di ROBB kannya...

Itulah dia kalau kita tak usahakan iman kita, ditakuti pada masa malaikat maut menjemput kita, yg kita tak tau bila, masa tu ROBB kita ialah pelajaran kita, mak ayah kita, kerja kita, suami kita...dotdotdot...

Jadi sama2lah kita usahakan iman kita agar kita ada yaqin yg mantap bahawa ALLAH ROBB PEMELIHARA kita di dunia dan akhirat, ROBB kpd Adam as, ROBB kpd Muhammad saw, ROBB kpd sahabah ra ajmain...ROBB kita juga....

Insya ALLAH kita akan sambung lagi pelajaran iman kita...
Ada assignment tau!
Hari2 latih lidah cakap kebesaran ALLAH...

Cukup setakat ini, usaha gigih insyaALLAH dapat nombor satu, masuk syurga ALLAH swt...

Tuesday, November 3, 2009

YOYO


Assalamualaikum,
Pernah dengar citer YOYO?
Iyolaa, yoyo nih, bkn main2...

YOYO ialah nama seorang tukang lawak kepada firaun laknatullah.
Kerja dia buat lawak  untuk menghiburkan firaun.
Satu hari dia dapat idea nak buat satu lawak yg dirasanya akan buat firaun ketawa besar!
Dia pun dgn confidentnya buatlah lawak tu!!!
Nak tahu apa lawaknya?
Dia tahu firaun benci sgt2 dgn Nabi Musa as.
Jadi dia nak buat lawak meniru2 cara Nabi Musa as buat dakwah, bayan kot dsbnya...
Apa jadik???
Firaun punyalah marah kat dia...
Hehe...tu le pasal.
Sapa suruh cari pasal...

Tapi,
Semasa bani Israel dan Nabi Musa as melintasi Laut Merah dgn firaun dan tenteranya mengejar dari belakang, Yoyo bersama-sama dgn Nabi Musa as dan dialah org yg terakhir melepasi Laut Merah sebelum 12 lorong tertutup kembali...selamatlah Yoyo dgn Rahmat ALLAH...

Yoyo tu tiru2 saja cara dakwah Musa as, dia diselamatkan oleh ALLAH swt.
Insya ALLAH kita tiru2 cara dakwah Nabi Muhammad saw dgn jalan yg telah dilalui oleh sahabat2 Nabi saw, insya ALLAH kita juga akan diselamatkan oleh ALLAH swt...

Memang kita pun sekarang ni tiru2 cara Nabi saw dan sahabah ra sebab tu kita kena ikut nasihat masyaikh kita supaya walaupun kita tiru2 tp tiru yg betul...Kalau tiru salah...Yoyo lagi baik dari kita...

Monday, November 2, 2009

BINTANG2 DI LANGIT...


Assalamualaikum,

Seorang sahabi, Abu Raihanah ra, sdg dlm perjalanan pulang dari safar yg jauh yg memakan masa berbulan2.Setibanya di madinah, suasana sunyi sepi...dia kehairanan.
Sampai di rumah, isterinya sudah menunggu di pintu rumah, menyambut kepulangan suami tercinta...
Suami mendapat tahu bahwa Nabi saw dan sahabat2 lain sedang berjihad di Tabuk.
Abu Raihanah lantas berteriak-teriak,
"Sungguh2 tidak pantas/patut, Nabi saw kepanasan di Tabuk, Abu Raihanah bersenang-senang dgn isteri di rumah!!!" berulang-ulang kali di sebutnya lantas dia memacu kudanya meninggalkan isterinya menuju ke Tabuk untuk bersama tentera muslimin.
(kalau kita dah meraung dah, abang balik jauh2 tak dan masuk umah, dah pergi lagi!!!)
Sesampai di Tabuk, Nabi saw terpandang akan Abu Raihanah dan bersabda,
"Hampir2 kamu hancur, Abu Raihanah, hampir2 kamu hancur..."
Apakah maqsud hancur?Ulamak mengatakan, maqsudnya, Nabi saw dan sahabat2 lain sedang berjihad, dia bersenang2 dgn isterinya di rumah...
TETAPI, Abu Raihanah tidak hancur, hampir2 hancur saja...

Siapa yg hancur?

SUAMI2 kita lah yg sedang hancur melayani setiap kerenah kita, keperluan kita yg melebihi had, melayani pujukrayu kita...sedangkan ummat sedang menderita keruntuhan agama, dari timur ke barat, dari utara ke selatan...

Sama2lah kita istighfar dan azam hantar suami kita keluar ajak manusia kepad ALLAH swt.
Dan wahai sang suami, jadilah seperti sahabat Abu Raihanah ra yg umpama bintang di langit...

Saturday, October 31, 2009

DIDIK ANAK...

ni anak raja melaka...dgn raja melaka...At-Teheli
             
Assalamualaikum...nak cerita je...
Pernah dahulu ada seorang raja tua berwasiat bahwa jika dia wafat, mayatnya hendaklah dimandikan oleh seorang yg mempunyai ciri2 ini:
1)semenjak baligh tak pernah tinggalkan solat tahajjud.
2)semenjak baligh tak pernah tinggalkan solat sunat sebelum asar (kerana solat sunat sebelum asar bukan muakkad, yakni dituntut, kalau seseorg tak tinggalkan solat ni, tentu sekali solat2 sunat yg lain dia tak tinggalkan).
Dan beberapa ciri2 kesolehan yg lain.

Sampai ajalnya...meninggallah dia...kini tugas org lain untuk menunaikan haqnya.Teringat akan wasiatnya, maka penbesar2 negara pun memanggil sekalian orang istana dan rakyat jelata, siapa2 yg mempunyai ciri2 yg di sebutkan, tampillah ke hadapan untuk memandikan jenazah raja.

Sehingga 3 hari berlalu tidak ada sesiapa pun yang tampil ke hadapan... nampaknya takde sapa pun yg ada amalan sebegitu soleh...Akhirnya tampillah seorang pemuda dgn tunduk tawadhunya ke hadapan sekelian rakyat dan berucap,

Saya seboleh2nya tak mau memgumumkan amalan saya kerana untuk menjaga keikhlasan saya tapi memandangkan sudah 3 hari jenazah ini belum dapat disempurnakan dan jenazah ini pula ialah jenazah AYAHANDA SAYA, maka saya terpaksa tampil ke muka...

Haa...ambillah iktibar wahai pembaca sekelian, seorang anak raja yg dibesarkan dalam istana, penuh kemewahan, bangsawan lagi, mempunyai sifat dan amalan kesolehan yg begitu tinggi...asbab didikan ayahanda bondanya yg tak kenal erti kemewahan harta dan kedudukan tinggi boleh mendidik anak menjadi begitu soleh sehingga tiada tandingannya dgn rakyat jelata...

Marilah kita azam sungguh2 didik anak kita dgn sunnah Nabi saw dgn surah, sirah dan sarirahnya...
Siapalah kita ni, bkn anak raja, bkn anak menteri, hanya orang biasa, takkan kita taknak jadi raja di akhirat nanti yg paling kecil jajahannya 10 kali ganda besarnya dunia ini...
InsyaALLAH sedia???
Aaamiiin...

Anas Almalaki#links#links#links


Anas Almalaki#links#links#links

Wednesday, October 28, 2009

Haji lagi...

Assalamualaikum,
Khas untuk mereka yg nak pg haji...
Dah ada plan mcmana nk buat haji?
Nak ikut plan biasa...
Atau nak bwt haji jalan kaki...

Petikan dari kitab Fadhilat Haji karangan Maulana Zakariyya bab ketiga hadith pertama:

Ibn Abbas ra meriwayatkan daripada Rasulullah saw yg bersabda,"Barangsiapa pergi haji ke Makkah berjalan kaki dan kembali, untuknya ditulis ganjaran daripada 700 kebaikan daripada amalan2 yang dilakukan di dalam Haram Yg Suci bagi setiap langkah yg diambil."
Para sahabat bertanya,"Dan apa pula yg dimaqsudkan dgn amalan2 kebaikan daripada Haram?"
Rasulullah saw menjawab,"Setiap amalan baik dianugerahkan dgn ganjaran sebanyak seratus ribu(100 000) amalan2 kebaikan."

Menurut pengiraan yg di atas,ianya bermakna bahwa 700 amalan baik itu sama dgn tujuh puluh juta(70 000 000) amalan2 kebaikan! Dan ini adalah ganjaran bagi setiap langkah yg diambil! Dgn ini setiap orang boleh membayangkan berapakah jumlahnya yg akan didapati setelah menyempurnakan keseluruhan perjalanan.
Ibn Abbas ra telah menyarankan kepada anak2nya pada masa hendak matinya bahawa mereka hendaklah menunaikan haji dgn berjalan kaki, dan memberitahu kepada mereka tentang hadith ini...

Korang boleh baca sendiri dgn lebih lanjut dalam kitab Fadhilat Haji ni.. Bacalah sampai khatam kitab ni dan ulang2 lagi pembacaannya sehingga sampai ke Makkah Madinah pun bacalah lagi sebab byk ilmu yg bermanfaat untuk kita belajar dan terus amalkan semasa safar haji kita.

Di zaman kita ni dah ada byk kemudahan untuk para haji dari mula perjalanan di tanahair sehinggalah sampai di kedua2 tanah suci membuatkan kita tak berapa terasa betapa bernilai dan berharganya safar haji kita. Kalau ada pun, rasanya pengalaman ni sama mcm kita pg melancung ke luar negara ataupun lebih baik sikit dari tu...

Monday, October 26, 2009

Alahai...taklim mingguan...

Semalam taklim mingguan kami, guess how many came?Hmmphh...only 4 including tuanrumah.Another one came after the program has finished, orang baru, takpe lah...dia tak tau the exact time.
Beginilah taklim mingguan kami, bkn kami punya je, tmpat2 lain di melaka ni pun lbh kurang sama je...WHY? Tak tau ke ada taklim?Wey, takkanlah tak tau?Itulah satu2nya hari kita dapat berjumpa, bermuzakarah, bertanya kabar, berkarkuzari dll wpun itu bkn tujuan utama taklim mingguan...Org lelaki ada 2stgh jam, ada gasyt, ada khususi,usuli,mesyuarat, dot, dot, dot, and above all, ada malam markas!Depa dpt jumpa dan bertukar-tukar laporan, fikir, dll.Kita punya satu hari je dalam seminggu!!!Taknak rebut peluang ke? Heran juga kalau suami saya pergi pasar malam, katanya selalu jumpa karkun bawa isteri beli2 apa2lah... Boleh pulak ek? Kalau kenduri rumah karkun, atau open house Raya, yg baru lepas ni, ramai yg hadir... Satu ketika waktu kematian seorang karkunah, perghh ramainya datang macam baru keluar dari lubang2...ramai rupanya masturat kita...bagus, tunaikan haq saudara Islam, ziarah kematiannya...Tapi haq usaha agama, haq diri kita yg akan dijemput malaikat maut bila2 masa je, kita tak pikir ke?

Abang malas nak bawa...hujung2 minggu ni,sedap tidur katanya...jawapan biasa kita dgr.>Alaa kak, kejutkanle...hantar kejap bknnya lama 1 stgh jam je.Ptg nanti tidurlah...

Tak dan nak dtglah, sibuk masak tghari, anak suami nak makan...another jawapan.>Masaklah awal sikit, atau masak cincai je laa, goreng2 je...

Hujung2 minggu ni byk kain baju nak basuh, ye laa kita kerja, weekdays tak sempat basuh cadar, selimut dll...>Ai, bknke anakdara jepun(mesin basuh) ada?Sumbat je la, pastu tinggalkan...balik nanti dah siap je tumggu nak sidai je....

Ada kenduri kat kampung, nnti mak kecik ati!>Takkan kenduri tiap2 minggu..Ikram, ikram juga jgn sampai karam...Pegilah lewat sikit kenduri tu, pastu ikram basuh pinggan..habis citer!

Itulah alasan2 biasa yg buat kita tak attend taklim mingguan kita wpun hanya 1 hari setiap minggu tapi kita terlepas dari mendapat rahmat taklim mingguan kita...Ada banyak kelebihan yg dah selalu kita dgr masa slot Fadhilat Majlis.Ada lagi satu fadhilat yg mungkin tak ramai yg tahu...

Masa di India, kami ada buat muzakarah kepentingan taklim mingguan.Fadhilat yg satu ni buatkan saya rasa tak lengkap kalau tak pergi taklim mingguan...

Taklim mingguan ni umpama kepala keretapi, yg ada enjin lah.Taklim harian umpama gerabak2 keretapi. Kalu taklim harian kita sempurna, kita buat betul2, xtra masa, anak2 duduk semuanya dgr, tutup aurat sempurna dll...macam gerabak keretapi yg dihiasi cantik, ada langsir, bersih, kemas, tak busuk, nyaman je ada air freshener...selesa dll.

Tapi!!!
Kalau tak pergi taklim mingguan, yg merupakan kepala keretapi yg ada enjin, maka gerabak yg cantik tadi wpun macam2 ada dan sempurna, dia tak bergerak, statik je!!! Alahai keretapi tak bergerak ni tau kat mana?Haa, dalam muzium tu...

Nak pegi KL naik keretapi yg dalam muzium tu boleh sampai ke???

Haa...fikir2lah wahai karkunah2...bkn kata nak bawa org baru, hok diri sendiri pun tak terbawak, guana nih?

Saya bukan nak pancung orang, pedang pun tumpul nak potong sayur pun tak boleh...

Tapi kita sama2 renung diri kita sendiri, jgn toleh sana sini, juling pulak nanti!!!

Wassalam.

Friday, October 23, 2009

UNTUKMU WANITA

Kumpulan hadith yang dipetik dari kitab The Rights and Virtues of Women in Islam karangan Maulana Sufi Iqbal rah.



Reward of everyday chores
The Prophet (sallallaho alaihi wasallam) has said; "Homemaking (Allah-willing) raises the station of a woman to the level of those who make Jihad “ (Kanz)


Paradise welcomes the wife
Anas (radhiallaho anho) reported Allah's messenger as saying, "When a woman observes the five times of prayer, fasts during Ramadan, preserves her chastity and obeys her husband, she may enter by any of the gates of paradise she wishes (in other words nothing will prevent her from entering paradise)." (Mishkat)
Thus if women are mindful of the compulsory injunctions of religion, there is no need for them to toil hard in performing strenuous acts of worship. By doing just the above they merit the same lofty ranks as awarded to men who perform demanding forms of worship. This is indeed one of the innumerable favours of Allah.


Allah's creation prays for the wife
The Prophet (sallallaho alaihi wasallam) has said: "The birds in flight, the fish in the rivers, the angels in heaven and the animals in the jungles seek repentance for the woman who is obedient and submits to her husband."
It is worth considering that merely upon doing the above women earn this great reward. It is to be noted that if there are any sins in one's account, those are forgiven by repentance and subsequent repentance causes elevation of one's grade in paradise.
Obedience towards the husband is not unqualified. The scope of obedience extends to those matters which are classified as the rights of the husband. Another rule is that the husband or anyone else cannot be obeyed if the act required amounts to disobedience of Allah.
None can be obeyed in acts of transgression to Allah.

Wives to enter paradise before men
The Prophet (sallallaho alaihi wasallam) has said: "O women, the pious among you will enter Paradise before pious men. When the husbands will enter Paradise these women will be presented to their husbands after being bathed and perfumed. These women will be on red and yellow coloured conveyances accompanied by children (as beautiful) as scattered pearls."
A great saint has remarked: "O Ladies! What other superiority do you want? You will enter Paradise prior to men. Of course, being pious is a necessary condition, and this is not difficult.
Allah's special mercy on the wife
The Holy Prophet (sallallaho alaihi wasallam) has said: "May Allah show mercy to a woman who gets up during the night and prays, who wakens her husband and he prays, but if he refuses, sprinkles water on his face."
Reward for martyrdom
The Prophet (sallallaho alaihi wasallam) also said in the above detailed hadith: "The woman who dies during pregnancy gets the status of a martyr. . . "

Rewards beyond imagination
Addressing Salamah (radhiallaho anha), the nurse of his son Ibrahim (radhiallaho anho), the Prophet (sallallaho alaihi wasallam) said, "Does it not please any one of you that if she conceives by her husband and he is satisfied with her that she receives the reward of fasting and vigil for Allah's sake. And none of the dwellers of Heaven or Earth know about the coolness of her eyes (a unique repose) she will get for the labor pains she suffered. When she delivers, not mouthful of milk flows from her and not an instance of the child's suck, but that she receives for every suck and mouthful, the reward of a good deed. If she is kept awake by her child during the night she receives the reward of freeing seventy slaves for the sake of Allah."
The Prophet (sallallaho alaihi wasallam) then said: "O Sallamah do you know which women are being referred to? Those who despite piety and enjoying a respectable position obey their husbands and do not belittle them." (Al-Tabarani)
Reward through husband's earnings
The Prophet (sallallaho alaihi wasallam) said: "When a woman spends (in the Path of Allah) from her husband's wealth, not wasting it (but spends reasonably and within permissible limits) she will have her reward for what she gave and her husband will have his for what he earned. The same applies to the storekeeper. The reward of any of these persons does not diminish the rewards of the others." (Bukhari)
In the life of this world, the title or ownership of wealth is outwardly assigned to human beings through apparent means such as earnings or inheritance, due to the necessity of organising the affairs of an orderly society. However all human beings are on an equal footing in terms of real ownership of possessions, in view of the fact that it is not man but Allah Who is the Absolute Owner. The husband, the wife, and even an employee who arranges for the charity payment to be made, are all rewarded due to their respective roles in facilitating the giving of charity and not on account of their temporary ownership of what was donated. This saying of the Holy Prophet (sallallaho alaihi wasallam) is a source of profound reassurance for ladies not to fear that giving charity without having personally earned the money carries no reward.



Wassalam.

Monday, October 19, 2009

PERCAKAPAN IMAN

Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk mengulas mengenai tajuk di atas setelah membaca entry saudara mutakallim 'cakap biar betul'.Memang betul, kalau kita salah cakap, yang selalu kita buat setiap hari, iman akan keluar dari hati kita.
Benarlah sabdaan Nabi saw, mafhum lebih kurang, iman umat akhir zaman keluar masuk, pagi beriman, petang kufur, petang beriman, esok pagi kufur...Kalau iman turun naik, ok lagi, masih ada iman...tp keluar masuk ni,bahaya! Sebab kita tak tau bila malaikat maut akan datang cabut nyawa kita, jadi kita taknaklah dia datang masa iman dah keluar dari hati kita...
Macamana iman boleh keluar? Contohnya, bila anak kita pening kepala, kita pun tak payah fikir lagi nak cakap apa...ambiklah panadol atas rak tu, sembuhlah pening tu! Dah keluar dah iman kita pada ALLAH! Kita beriman pada panadol pulak! Sebab tu bila kita keluar jln ALLAH, masturat atau rijal, kita belajar betulkan percakapan.Bukan ubat yg menyembuhkan, ALLAH yg menyembuhkan.Elders kita ajar cakap macam ni, bukan ubat yang menyembuhkan saya, tetapi dgn izin ALLAH, ubat menjadi sebab saya sembuh. Atau begini, bukan
"saya makan ubat, saya sembuh!", tetapi
"saya makan ubat, dgn izin ALLAH saya sembuh!"
Sebab tu kita kena belajar cakap yang betul, bukan belajar matematik je! Kalau silap matematik, dalam perniagaan mungkin akan rugi. Tapi kalau silap cakap, di akhirat kita rugi!!!
Rata2 kita cakap salah setiap hari, kenalah muhasabah diri sebelum tidur, atau setiap lepas kita cakap, kita check balik percakapan kita...Yang paling mudah, jangan banyak cakaplah...sebab banyak cakap, banyak salah. Banyak salah, banyak dosa, banyak dosa, masuk api neraka! Dulu kecik2 kami selalu cakap macam ni, cuma masa tu tak tau kan yang api neraka tu that bad!!! Budak2 akhir zaman...budak2 awal kurun dulu camna? Teringat kisah yg seorang budak menangis, bila ditanya katanya, takut masuk neraka. Di beritahu padanya, budak2 tak masuk neraka, katanya, saya selalu tengok mak saya bakar kayu untuk masak, mula2 dia masukkan yg kecik2 dulu, lepas tu baru masukkan yg besar2, jadi saya takut nanti budak2 dibakar dulu, baru di bakar orang2 besar...Ya ALLAH andainya aku ini dapat sedikit dari kerisauan budak itu...
Pernah saya dgr bayan katanya, Nabi saw bersabda, lebih kurang mafhumnya, apabila musim hujan manusia terbahagi kpd 2 golongan.Satu beriman pada musim, kufur pada ALLAH. Mereka kata ini musim hujan, sebab tu hujan turun. Satu lagi beriman pada ALLAH, kufur pada musim, kata mereka hujan dari ALLAH, musim pun dari ALLAH...
Nah!Masuk golongan mana kita ni?Tiap2 hari kita cakap musim hujan, musim panas, musim sejuk, musim penyakit, musim durian, blah, blah, blah...
Jadi, hari2 kita kena betulkan cakap kita...bukan tak bercakap!Sebab bercakap perkara yang haq itu emas (bukan diam itu emas, macam pepatah org tua2 kita dulu), tidak bercakap, kalau khuatir percakapan kita tu salah!Jadi kita sebenarnya kena bercakap tapi kena belajar cakap yg betul supaya dgn percakapan kita orang akan dapat hidayat, dan kita akan dapat kelepasan dari api neraka...
Ada cerita masa zaman Nabi Musa as...Satu hari, Musa as mohon ALLAH tunjukkan padanya siapakah ahli neraka dalam kampung itu.ALLAH beritahu kamu tunggu di gerbang kampung tu dan orang yg pertama keluar pagi2 tu dialah ahli neraka.Maka Musa as pun tunggu di gerbang kampung dan orang yg pertama sekali keluar ialah seorang tukang cari kayu dgn anknya.Ok Musa as pun dah taulah.Kemudian dia tanya siapakah ahli syurga dalam kampung tu? ALLAH beritau, orang yg terakhir sekali masuk gerbang kampung tu, dialah ahli syurga...maka Musa as pun tunggulah di situ hingga lewat senja dan lalulah org yg terakhir tadi tetapi alangkah terkejutnya Musa as sebab org tu ialah si tukang cari kayu tadi!!!Di pendekkan ceritanya, masa org tadi pergi cari kayu, dia jalan, jalan, jalan, sampai ke bukit dan dia pun naik bukit nak cari kayu lagi...sampai di atas bukit, anaknya tengok ke bawah, katanya, "Ayah, tengok tu, luasnya kampung kita!" Si bapanya jawab, "Sesungguhnya wahai anakku, Rahmat ALLAH itu lebih luas..."

Haa...fikirlah sendiri...macamana ahli neraka boleh tukar jadi ahli syurga hanya dgn beberapa patah perkataan sahaja...Syukurlah, ALLAH jadikan kita ummat akhir zaman kita boleh dapat banyak pengajaran dari kisah2 ummat yg terdahulu...

Wassalam, haa, cakap, cakap...tapi biau betulll!!!

Wednesday, October 14, 2009

Sambungan...

Assalamualaikum,
Hari ni xde mood pulak nak sambung citer pengalaman haji, semua org ada pengalaman tersendiri pasal haji ni...mak mentua saya yg dah berjeman pg haji pun, kalau buka citer haji je...mulalah dia citer berulang-ulang yg dah berapa kali dgr sampai bole hafal...Itulah dia kemuliaan Makkah dan Madinah, sapa dah pegi mesti jatuh hati punya!Nak balik, menangis2... dan kbnykan mmg ada niat nak pegi lagi...
Yang belum pergi, ada yg azam sungguh2 macam saya lah dulu, duitnya tak penuh2 jugak...ai,amacam ni!Tp bila fikir2, pg haji pun pilihan ALLAH... Ada org xde cukup duit, tapi dia kerja kat hospital, terpilih pulak tahun tu nak pg haji...rezqi!Macam saya pulak dapat rezqi terpijak,tanah pusaka arwah pak mentua kerajaan ambik nak buat jalan...mmg rezqi sayalah tu nak pg haji sbb mula2 suami dah pg sorg2 dia, lum cukup untuk berdua, lagipun nak tunggu cukup kita lum tau ajal maut bila, kan.Biarlah dia pegi dulu. Lagipun cik abang kita ni berpendapat wanita tak berapa bagus pergi haji dlm keadaan sekarang, orgramai sangat...tp bila dia smpai sana dia dpt tahu elders ramai yg datang bawa isteri dan family, smpai malaysia tak lengah dia ajak kita pegi daftar.
Alhamdulillah selama di Makkah, kami dapat juga jumpa kgkawan karkun, lelaki dpt bwt tklim di surau hotel.Masturat bwt tklim kat bilik masing2lah tp dalam bilik saya sorang je karkunah...buat juga taklim, tak ajak pun rakan sebilik,low profile laa, ke takut?Apa2 laa.Tp lama kelamaan ada yg dtg ngendeng2 tanya, apa kau baca tu?Kita kan baca taklim kuat sikit lainlah kalau bc dlm hati,org tak tnya.Dah org tanya,mulalah jihad kita,huhu,jihad ke tu?Akhir zaman nak amal sunnah pun kena jihad tau! Kita pun ajak dia dgr fadhail hajj...haa suka makcik tu, ooo camni, ooo camtu... Ada jg yg lain2 dtg menempek tapi sekejap je...Yg bestnya bila dah tiba masa nak buat haji, barulah depa tnya kita, fadhilat2 dan sunnah2 masa haji...jd ustazah sekejap...
Kami ada juga bwt program bayan masturat di bilik salah seorang kwn yg dalam bilik tu dia 3 beranak, makcik sorang lg pun 3 beranak...jd ada 2 keluarga je, senang sikit nak deal,pasang tabir,dll.Maulan Farouq, zuminder Makkah bg bayan, kesian tercungap2 dia baru mendaki tangga sebab tak boleh masuk kot lobby hotel, nnti kena tgkap security...Susah payah dia dtg program kami...semoga ALLAH terima mujahadahnya.
Antara isi kandungan bayannya berkisar sekitar penunaian haji:
Sifat org mukmin ialah sabar dan yaqin.
Kita kena minta maaf dgn ALLAH swt.
2 perjanjian : -ikut perintah ALLAH swt
-ikut cara hidup Rasul saw
Tunai haji ada 2 iaitu zahir dan batin.
Zahir haji - pakai ihram,muzdalifah, mina dll>rukun2 dan wajib haji.
Batin haji - kena ada cinta pada ALLAH.

Kaabah ialah - hidayat untuk manusia
- berkat
Siapa buat amal2 baik, dapat hidayat dan berkat...buat amal2 buruk, dapat sebaliknya..
Semasa dalam haji, doa keampunan, ALLAH akan beri keampunan.
Di masjidilharam, amalan kena buat>zikir, tilawah, tawaf(dgn jasad n roh).

4 kumpulan orang yg pegi haji
1)musyrikin pada amalannya, walaupun mengaku muslim > org2 yg berbuat syirik semasa haji, byk amalan khurafat dsbnya.Mereka ni mmg tak diterima hajinya.
2)solihin, org2 yg jaga haji dia betul2 dari segi rukun, wajib, dan amalan2 kesolehan lain tapi tak peduli org lain...kau punya pasal lah betul ke tak, janji aku buat betul, bini aku buat betul...>ni pun tak diterima hajinya.
3)nabiyyin, org2 yg jaga kumpulan dia aje, sapa yg dah pg haji tau lah kan...dia pikir group dia je sampaikan masa tawaf pun macam group dia je yg patut tawaf,org lain ditolak2nya...>yg ni pun tak diterima hajinya.
4)rasul, org2 ni sentiasa fikir kan org lain, sedih lihat org dtg haji tanpa iman, sedih tgok org lain tolak2 nak tawaf dan doakan untuk ummat. Inilah fikir risau Nabi saw yg dia bawa masa haji nya sehinggakan dgn doanya pun ALLAH dah terima hajinya...doanya semoga ALLAH terima haji semua org wpun dgn kekurangan2 dan dosa2...>org macam ni hajinya diterima ALLAH swt, insyaALLAH...

InsyaALLAH kepada bakal2 haji, simpanlah niat dan azam untuk amalkan haji beserta fikir dan kerisauan Nabi saw dalam setiap amalan kita zahir dan batin...bukankah fikir risau itu lah sunnah Nabi saw yg paling unggul? Dgn fikir risau ini kita dapat buat semua sunnah yg lain2 dgn mudah insyaALLAH..Pada pengalaman saya semasa di kedua2 tanah haram, mmg sedih melihat kemunduran ummat yg begitu ketara...Semua para haji yg datang adalah wakil/duta negara mereka...apa yg mereka buat mencerminkan apa yg berlaku di negara mereka...byk kelemahan dari segi fardhu terutama solat dan dari segi sifat2 dan akhlaq, bknlah saya nak tengok kelemahan org lain, saya pun ada byk kelemahan...tapi kelemahan2 ini terpampang di depan mata kita waktu tu...Hanya syafaat dari Nabi saw yg kita harapkan untuk ummat akhir zaman ini...Ya ALLAH hanya kpd ENGKAU tmpat aku mengadu, kami mohon hidayatMu ya ALLAH...kembalikanlah ummat Islam kepada kalimah yaqin LAA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH...janganlah KAU lepaskan iman mereka akibat dosa2 mereka ya ALLAH...Aaamiiin.

Tuesday, October 13, 2009

LAMBAIAN KAABAH

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK,
LABBAIKALAA SYARIKALA KALABBAIK,
INNALHAMDA, WANNIKMATA, LAKAWALMULK,
LAA SYARIKALAK...

Assalamualaikum,
Lambaian Kaabah kembali memanggil hamba2 ALLAH, teringat kenangan manisku menunaikan haji pada tahun 2007...2 thn sudah berlalu, masih segar dalam ingatan...pejam mata saja dah terpapar masjid nabawi dan masjidilharam dan kesesakan para haji di waktu itu...
Sebaik pesawat kami memasuki ruang udara Madinah al munawwarah, airmataku berlinang deras, masyaALLAH, Rasul yg ku kasihi beradu di sini...selama ini hanya ku baca kisahnya, sekarang aku akan pergi berjumpa dgnnya...kelam seluruh alam,dek airmataku...tak perasan lagi cik abang kat sebelah...masa tu rasa takde org lain, hanya diriku dan Rasulullah saw... Sebaik menjejak kaki ke bumi Madinah,tak boleh citer lah kawan...airmata dah meleleh ni...Bulu roma dah meremang, langkah rasa tak jejak tanah!Ya ALLAH, selama ni hanya baca tentang madinah dan sejarahnya, kini kakiku memijak bumi yg pernah dipijak oleh Rasulullah saw...memang tak bole express in words!!!
Melonjak2 hati ku nak terus pergi ke kuburan mulia...tp terpaksa melalui imigresen dll sehingga sampai ke bilik hotel, tujuanku hanya satu, nak pergi masjid nabawi dan ziarah kuburan baginda saw...tak tau apa2 lagi ni, 1st time katakan...ingat senang2 je yek?
Selepas berkemas lebihkurang, suami pun ajak pergi masjid, masa tu masa tahajjud...suami pesan, nanti pulang sendiri, tengok hotel tu, kenal tak? Daku ngangguk je...dalam hati kata insyaALLAH kenal,mudah je sbb turun hotel je dah tiba pekarangan masuk masjid...lagipun panggilan raudhah lebih kuat.Tak kesah apa2 dah!
Masuk ke pekarangan masjid, hati berdebar2, makin hampir makin kuat debarannya, sebab merasakan semakin hampir dgn Rasul saw kekasihku. Ramai jemaah wanita di luar masjid bentang sejadah masing2.Daku terpinga2 takkan memadai bersolat di luar saja setelah sekian lama mengidamkan solat dalam masjid nabawi?Ramai sgt ke di dalam sehingga terpaksa solat di luar? First timer la katakan...mcm2 nak pikir buat penat kepala otak je...tak kira, nak masuk juga...haa, ramai tp tak le penuh,masih bole menyelit2 juga.. Tapi fikir juga adab2 masjid, apalagi masjid yg mulia ni.Alhamdulillah dapat juga tempat bersebelahan dgn jemaah haji Indonesia, namapun negara jiran kita, kat situ pun berjiran juga!Tak kesahlah suma ummat Nabi saw juga,kan...Tapi tak perasan depa tu lum kenal kita dari mana, berkerut2 dahi tengok kita menyelit kat depa sebab kita pun pakai serba hitam, mata je yg nampak...Bila dah buka niqab nak solat tahiyyatul masjid, lagi depa heran...alah biasalah tu!!Agknya depa ingat mak arab ke tak pun org IPB..
Bermulalah solat pertama di dalam masjid nabawi, dgn linangan airmata sayu, terharu, terbiru, eh!Dan solat lagi dan lagi hingga azan subuh berkumandang...waduh, pak!Mcm nak luruh jantung!Selalu dok dgr rakaman azan dari masjid nabawi je, kali ni LIFE!!ON AIR!!Wey laa serba serbi baru dan hebat...
Selesai solat subuh, terpinga2 juga sbb jemaah ada yg keluar, ada yg bc Quran, ada yg lepak2...tak tau nk buat apa.Nk pg raudhah tp tak tau cmna. Nmpak pekerja2 pembersihan/cleaners berbangsa indonesia kita pun menyapa mereka dan tanyalah cmna nak pergi raudhah.Katanya lmbt lg akan dibuka, oh, kita pun beredarlah nak mengaji dulu, tp dtg cleaner td, katanya "dari sini enggak bisa pergi,ibu kena keluar dari masjid dan masuk pintu lain. Jauh buk!Dari sekarang bole beransur pergi".Oh, jauh katanya!Ok la daku pun keluar dan cari pintu yg diberitahu tadi...perghh!jauh betul...jln2 mcm tak sampai2, akhirnya sampai juga.Macam rusa masuk kampung lah kita. Tak tau nak pg mana.Nampak ada org berkumpul2 kita join je lah.Terserempak dgn seorang wanita dari kelantan, di ajaknya kita setelah dpt tau ini hari pertama daku di madinah.Dia pulak hari terakhir dan akan berangkat ke Mekah hari tu...Alhamdulillah ada org nak pandu tapi akhirnya terpisah juga sbb ramai org berpusu-pusu, entah mana pegi adik kita tadi...
Tiba di pekarangan raudhah pun kena tunggu lagi,patutlah indon tadi cakap kena pergi sekarang.Kami dibahagi2kan kepada kumpulan ikut bahasa, jadi msia indon n thailand speaking sama duk sama2lah,badan pun saiz lbh kurang comel2 je dibandingkan dgn yg lain2 tu...tiba2 seorg petugas masjid halau saya ke belakang, katanya "baji, baji, urdhu!" dan tunjuk arah org2 IPB.. Alamak, dia ingat kita ni IPBian la pulak...Nk xplain pun tak pandai ckp arab, buat bodoh je lah and beritahu dia "I'm a malaysian".
Kemudian sampailah saat yg dinanti2kan,jeng,jeng...berebut2 masuk raudhah. Kita pikir apalah nak rebut2 ni relaxlaa...tapi dah suma kelam kabut, kita pun agak kelam kabut juga...syahdu ke mana, haru yg lebih.Dapat juga solat tapi kena tolak2 pulak, rupanya yg bdn besar2 tadi dah masuk belakang kami yg comel2 ni...tak lengah lg kita kena halau dek petugas sebab risaukan keselamatan...tak puas betul!Tp alhamdulillah, ingat kalau kita syukur, ALLAH tambah nikmat...azam nak pegi lagi!
Dah tu jalan lah keluar masjid, lega juga dah dapat pegi raudhah.Dah kuar masjid jalan lah balik ke hotel, hari dah terang.Lampu2 hotel dah padam... eh, mana pulak hotel aku ni?Mundar mandir tak cam lah pulak!Sudah! Relax, relax, insyaALLAH jumpa tu!Tgh dok tercari-cari terdengar suara lelaki panggil nama saya "Kak ija!".Eh, kat melaka ke ni?Toleh belakang rupanya adik saya yg belajar di universiti madinah lambai dari jauh...Katanya dah nampak dari tadi, tak cam sbb pakai serba hitam, tapi cam pulak jubah akak dia ada corak lain sikit, dia pernah nmpak kita pakai dulu...Isteri dia pun berlari2 dtg, kalau sekali pndang mcm ankdara arab sbb slim lah, mak dara arab tak payah citer!!!

InsyaALLAH sambung lah...nak masaklah pulak, ni pun dah beberapa kali berhenti...home manager mana ada breaktime, curi time adalah...

Monday, October 12, 2009

AURAT PEREMPUAN MERDEKA , NISBAH PADA PANDANGAN LELAKI AJNABI

MALIKIYY : SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.
MUBAH(YAKNI HARUS) DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, TETAPI DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.JIKALAU DITAKUTI FITNAH, MAKA WAJIB DITUTUP.

HAMBALIYY : ADA 2 QAWL:
1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA.MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA HALAL DILIHAT OLEH LELAKI AJNABI, JIKA AMAN DARIPADA FITNAH. TETAPI WAJIB DITUTUP SEKIRANYA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH.
2)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INI BERDASARKAN SATU RIWAYAT DARIPADA IMAM AHMAD DAN INILAH QAWL YG PALING SOHIH).

SHAFI'IYY : ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM SHAFI'IYY>>
1)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INILAH QAWL YG PALING SOHIH, ATAU YG PALING NYATA, ATAU YG PALING MUKTAMAD,SEBAGAIMANA YG DITERANGKAN OLEH IBNI HAJAR AL-HAITAMIYY DI DALAM AZZAWAJIR, ALBAYDAWIYY DI DALAM TAFSIRNYA, DAN LAIN2 PARA ULAMAK SHAFI'IYYAH)
2)SEMUA BADANNYA, MELAINKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGN DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.WAJIB MENUTUP MUKA DAN 2 TAPAK TGN ITU, BUKAN KERANA IANYA AURAT, TETAPI KERANA MENUTUP PINTU FITNAH DAN FASAD.

HANAFIYY : ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM ABU HANIFAH>>
1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TGN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA DIJALAN DAN DIHADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH,JIKA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH ATAU MEMBAWA KEPADA FASAD, MAKA WAJIB DITUTUP.
2)SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA, 2 TAPAK TGN, 2 QADAM(YAKNI TAPAK KAKI) DAN PERGELANGANNYA.

daripada kitab AL-HIJAB susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali.

Wednesday, September 16, 2009

INGAT-INGATLAH SELALU

INGAT SELALU KITA INI HAMBA ALLAH,
DICIPTAKAN OLEH ALLAH SWT,
TINGGAL DI BUMI ALLAH SWT,
DI BAWAH LANGIT ALLAH SWT,
MAKAN REZQI ALLAH SWT,
MENGHIRUP UDARA YG DICIPTAKAN ALLAH SWT,
SETIAP WAKTU, SETIAP TEMPAT SENTIASA MENDAPAT RAHMAT2 DARI ALLAH SWT,
SETIAP WAKTU, SETIAP TEMPAT SENTIASA BERHAJAT DGN PERTOLONGAN ALLAH SWT,

kalau ALLAH swt tidak tolong kita walau 1 saat, kita langsung berantakan,

OLEH KERANA ITU SETIAP SAAT KITA KENA MENGINGATI ALLAH SWT,
MENGAGUNGKAN ALLAH SWT,
MERENGEK-RENGEK KPD ALLAH SWT,
TAKUT KPD ALLAH SWT,
CINTA KPD ALLAH SWT,
MENGABDI KPD ALLAH SWT,
BERGANTUNG KPD ALLAH SWT,
MEMUJI2 ALLAH SWT,
MENGAGUNGKAN ALLAH SWT,
MENGIKUTI SYARIAT ALLAH SWT,
MENJAUHI LARANGAN2 ALLAH SWT,

SEHINGGA ALLAH SWT REDHO DGN KITA,
SEHIMGGA KITA JADI KEKASIH ALLAH SWT,
SEHINGGA KEHIDUPAN KITA KEHIDUPAN YG MULIA,
KEHIDUPAN AKHIRAT YG SELAMA-LAMANYA KEHIDUPAN YG BAHAGIA,

KITA SENTIASA KENA INGAT BAHAWASANYA KITA INI DICIPTAKAN OLEH ALLAH UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT YG SELAMA2NYA,
DUNIA INI BUKANLAH TEMPAT KITA YG SEBENARNYA,
NEGERI AKHIRATLAH YG SEBENAR2 TEMPAT.

KITA DICIPTAKAN UNTUK AKHIRAT,
OLEH ITU KITA KENA GUNAKAN SELURUH YG ALLAH BEKALKAN KITA DI DUNIA INI UNTUK AKHIRAT.

BAGAIMANA ANAK2 KITA BERMANFAAT UNTUK KITA NANTI DI AKHIRAT,
BAGAIMANA RUMAH KITA BERMANFAAT NANTI DI AKHIRAT,
BAGAIMAN TEMAN2 KITA INI AKAN ADA MANFAATNYA DI AKHIRAT,
BAGAIMANA HARTA KITA JADI BERMANFAAT DI AKHIRAT.

GUNAKAN SEMUANYA SESUAI DGN ATURAN DAN SYARIAT ALLAH SWT,
DIDIK ANAK SESUAI DGN PETUNJUK ALLAH SWT,
GUNA HARTA SESUAI DGN PETUNJUK ALLAH SWT,
RUMAH SESUAI DGN PETUNJUK ALLAH SWT,
NAFAS KITA ISI DGN ZIKRULLAH...

INGAT!!!
WAKTU UNTUK MENINGGAL DUNIA SUDAH DEKAT,
OLEH ITU JGNLAH TERTIPU DGN DUNIA INI,
"TIDAKLAH KEHIDUPAN DUNIA INI MELAINKAN TIPU BELAKA"

Orang merasakan punya itu dan ini,tetapi sebenarnya dia tak punya apa2.

JANGAN JADIKAN DUNIA INI MAQSUD HIDUP KITA,
NESCAYA AKAN MENYESAL AKHIRNYA,
KERANA DIA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI.

SEBAIK2 PIMPINAN IALAH NABI SAW,
HIDUP IKUT CARA NABI SAW,
SETIAP HARI TAMBAH CINTA PD NABI SAW,
HIDUPKAN SUNNAH2 NABI SAW,
TERUSKAN PERJUANGAN NABI SAW,

DI AKHIRAT NANTI DAPAT SYAFAAT NABI SAW...

DI DUNIA INI KITA ADA MUSUH,
YG SENTIASA INTAI KITA DI DEPAN, BELAKANG, KIRI DAN KANAN KITA,
IAITU SYAITON,
MAKA JANGANLAH KITA LALAI,
DUNIA INI BUKANLAH TEMPAT YG AMAN,
SYAITON TELAH BERSUMPAH AKAN DATANG DARI DEPAN, BELAKANG, KANAN DAN KIRI,
SEHINGGA KITA INI JADI ORANG YG LALAI KPD ALLAH,
SEHINGGA KITA JADI ORANG YG DIMURKAI OLEH ALLAH.

OLEH ITU HENDAKLAH KITA SENTIASA BERDOA, BERDOA DAN BERDOA LAGI,
TIDAK ADA YG MEMBIMBING KITA SELAIN ALLAH,
TIDAK ADA YG BISA MEMBERI HIDAYAT SELAIN ALLAH,
TIADA ORG YG BISA SUCI KECUALI DISUCIKAN ALLAH SWT,
TIADA ORG YG BISA SELAMAT KECUALI DISELAMATKAN OLEH ALLAH SWT.

MAKA,
PADA PUNCAKNYA KITA SEBUT "IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTA'IN",
HANYA ENGKAU YG AKU SEMBAH DAN HANYA ENGKAU YG AKU MINTA PERTOLONGAN...
"IHDINAS SIROTAL MUSTAQIM, SIROTOLLAZINA AN'AM TA'ALAIHIM"
YA ALLAH TUNJUKILAH KAMI JALAN YG LURUS, JALAN ORG2 YG TELAH ENGKAU BERI NIKMAT, JALANNYA PARA NABI DAN PARA RASUL, JALANNYA ORG2 YG ENGKAU REDHOI...

AAMIIN YA ROBBAL 'AALAMIIN...

petikan khutbah Khiai Uzairon,
Ponpes Al-Fatah,
Temboro,Magetan,
JATIM.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Assalamualaikum,
Tajuk biasa kebelakangan ini, topik semasa. Ingat tak dulu, SARS melanda dunia lebihkurang juga lah kan...sana sini org bertopeng. Beberapa malam yg lepas km dijemput ke kenduri rumah kakak. Seronoklah dapat jumpa adikberadik yg dah lama tak jumpa maklumlah depa tak duduk di melaka. Bila depa blik kmpung kita ada hal tak dpt jumpa jg...karkun kan ada2 je programnya...
Adik sy yg ke 8, yg tgl di Branang, N9, menyapa saya, sana sini org pakai purdah! H1N1 laa...Haa tu le pasal! Haha gelihati juga. Senang kan kita dah mmg pakai purdah lagi ori punya selamat! Tapi ALLAH jua yg menyelamatkan...
Berbalik kpd SARS td, selepas wabak tu melanda, ada seorang makcik, orang lama, yg rumahnya yg pertama ada taklim mingguan di melaka...mngkin ada yg kenal makcik ni. Dia cerita, masa SARS tu ALLAH bg taufiq pd makcik pakai purdah, wpun sebelum ni nak pakai tapi takde kekuatan. Bila dah reda wabak tu, kawan2 makcik cakap tak payahle kau tutup hidung dan mulut lagi, dah takde SARS lagi..Katanya, makcik diam je, diorang tak tau mmg kita nak pakai purdah terus...Alhamdulillah penyakit bg org lain, hidayah bg makcik!
Begitulah ceritanya, insyaALLAH ada sesiapa nak ikut jejak langkah makcik ni, doa2lah semoga dapat kekuatan...Anak saya kat sekolah pun dok btau, umi buatkan adik purdah je lah, leceh nak pakai topeng ni, sakit telinga...umi nya lum dapat nak pegang gunting dan jarum...
Suami saya kata tasykil lah kawan2 yg lum pakai purdah tu, mula2 3hari, belajar2... macam kita ajar budak2, cuba bilang 123 atau cuba baca abc, takde pun org ckp cuba bilang 8 9 10, atau xyz...sbb tu kita pun mula2 kena kuar 3hari, baru 10hari...
Lps 3hari, tingkatkan ke 10hari pakai purdah...pastu sampai 40hari,insyaALLAH, boleh pakai terus!!!
Amacam, adaa berani?!

p/s: Tips untuk selamat dari wabak...anak saya yg belajar agama di kedah kata, ustaz btau ada hadith yg mengatakan ALLAH swt menurunkan wabak pada satu malam dalam setahun, tapi kita tak tahu bila, ini rahsia ALLAH kot. Setiap bekas yang terdedah dan terbuka, macam periuk atau pinggan mangkuk yg tak ditutup atau diterlangkupkan akan dimasuki wabak itu, yg akibatnya penghuni rumah itu akan terkena wabak itu...haa tu laa cik kak dan cik adik kalau malas basuh pinggan malam2 tutuplah bekas2 tu dgn apa2lah samada dgn tutup periuk ke dulang ke... pandai2le korang. Yg cik kak ni pun bkn rajin benor, ye laa dah tua2 ni...kalau ada anakdara kat rmh bole mntk khdmat, tapi anakdara2 saya kat asrama madrasah... sabor je laa...Lagi satu, kalau dah terlupa nak tutup, bangun pagi baru perasan ...jgn susah hati, semasa basuh pinggan tu baca2lah apa2 yg patut, bismillah, selawat dan sebagainya disamping doa spya ALLAH jauhkan kita dari apa2 wabak...
Ada lagi amalan, setiap pagi dan petang bacalah bismillahillazi laayadhurru... doa Khalid alWalid selamat dari racun...dalam kitab muntakhab hadith ada.
InsyaALLAH sama2 kita usaha dan doa, ALLAH yg menentukan...

Saturday, August 8, 2009

Alkisah

Assalamualaikum.
Alkisah ceritanya pada suatu masa sebuah negeri dilanda kemarau. Biasalah kan takde air...Raja telah beri perintah sesiapa yg dapat membawa segelas air kepadaNya, akan diberi hadiah lumayan.Maka beberapa orang rakyat telah berusaha mencari air untuk Raja. Ada juga yang tak hiraukan perintah Raja walaupun dah tahu ganjarannya. Alasannya wey kita pun susah nak dapat air, nak cari air untuk dia pulak. Dia kan kayaraya, pergilah beli air dari negeri2 lain ke dsbnya...
Ada seorang rakyat begitu bersemangat mencari air, wpun bkn untuk dirinya tapi disebabkan ia perintah diraja dia tak banyak songel, lalu dicarinya air ke seluruh pelusuk negeri mendaki bukit, menuruni cerun, menjelajah hutan, akhirnya dapatlah juga dia segelas air yg berkeladak, keruh, ye laa kemarau, untuk dipersembahkan kpd sang Raja...berpenat lelah dia membawa air itu sampailah ke istana dalam keletihan dan di beri kpd Raja. Raja amat gembira kerana di antara ramai2 rakyatnya yg ni sorang je yg bawa air untuknya. Dan janjinya untuk memberi hadiah lumayan pun ditunaikan. Org tadi diberi hadiah lumayan, tapi kata Raja, apabila nak keluar istana keluarlah melalui pintu belakang istana. Org yg taat mengikut saja apa perintah Raja...setelah melalui kawasan belakang istana, diapun keluar dari istana. Di tgh perjalanan, dia menangis teresak2 sambil membawa hadiahnya. Org2 bertanya kehairanan, tak cukupkah hadiah ni? Dijawabnya, hadiah ini lebih dari cukup kerana aku bawa air yg kotor kpd Raja tetapi apa yg aku lihat semasa lalu di belakang istana tadi, Raja mempunyai byk air, ada bertong2 air, siap ada air pancut (fountain) lagi di sana. Rupa2nya Raja tak perlukan air yg kotor itu, apa yg dia mahu lihat ialah siapakah rakyatnya yg sanggup berkorban untuknya...
Haa...ada faham kaa? Ibaratkan diri kita dgn RAJA SEGALA RAJA dan perintahNya...
Lu fikirlah sendiri...
Wassalam.

Cerita...

Assalamualaikum,
Ptg td semasa makan bersama anak bongsu(?) saya, saya kopekkan udang yg dah tinggal seekor dan beri dia sebahagian besar. Katanya, umi makanlah udang tu. Kata saya xpe.. Adik(panggilan untuk dia) tau tak pernah satu hari seorang wanita dgn 2 org anaknya datang ke rumah Aisyah ra meminta makanan kerana lapar, lantas Aisyah ra yg hanya ada 3 biji kurma memberikan kpd wanita tadi kesemua kurma tu. Wanita tadi beri anaknya seorang sebiji kurma dan sebiji lagi untuknya. Mgkin terlalu lapar, kedua2 anaknya cepat sekali menghabiskan kurma masing2 dan meminta lagi pada ibunya...Ibunya yg belum sempat lg menjamah kurma yg sebiji tu lalu membahagi 2 kurma itu dan beri pd anak2nya. Dia sendiri tak makan.(Adik dah tunduk tak angkat2 muka lagi, saya tau dia cover2 dah nangis tu)...Aisyah ra lantas menceritakan kisah ini kepada Rasulullah saw apabila baginda saw kembali ke rumah.Rasulullah saw bersabda lebihkurang,"Wahai Aisyah, sesungguhnya ALLAH Menyayangi hambaNya 70X sayang ibu kepada anaknya..."
SubhanAllah, MasyaaAllah, Alhamdulillah...
Marilah kita membalas kasihsayang ALLAH kepada kita dgn menjadi hamba yg mentaati seluruh perintahNya dan menjauhi segala laranganNya...pun begitu kita tak akan dapat membalasnya...kerana kelemahan kita dan KerahimanNya yg Maha Luas...

Monday, July 27, 2009

to my followers & readers...

Assalamualaikum,
Jazakumullahukhoir atas kesediaan anda semua untuk mengikuti blog saya yg byk kelemahan dan kekurangan ini...alhamdulillah juga kita dpt bersilaturrahim dan bertukar-tukar komen.Semuanya dgn izin Allah swt jua...Saya jadikan blog saya ini sebagai salahsatu wadah untuk menyampaikan sedikit sebanyak apa yg saya belajar dari usaha atas iman dan amal @ lebih dikenali umum, usaha tabligh.Sememangnya kita dituntut untuk menggunakan segala apa kurniaan Allah swt kpd kita untuk maqsud agama.Samada harta,masa,bakat,kepandaian,budipekerti,sifat hatta nyawa kita milik Allah swt dan nikmat dari Allah swt, dan sebagai mensyukuri nikmat Allah swt kepada kita, kita gunakanlah segala2nya untuk mendapat keredhoan Allah swt kerana sesungguhnya Allah swt telah beli diri dan harta orang mukmin itu dan sebagai gantinya dia akan diberi syurga...
Baru2 ni saya telah nusrah/mengikuti jmh masturat/wanita dari Srilanka dan byk perkara saya dpt belajar dari mereka, antaranya Allah swt janjikan syurga yang besar dan luas untuk kita seorang dan khas milik kita saja bukan kongsi dgn suami, anak2, ibubapa dll manusia, walaupun begitu kita boleh saling ziarah menziarahi...saling berkumpul...tapi maqsudnya di sini, pada pandangan saya yg lemah ini, ialah semua kita akan suka kalau kita ada sesuatu hak milik kita yang mutlaq.Allah swt berkuasa memberi apa saja dgn kekuasaanNya dan yg pastinya khazanah Allah swt sangat luas di luar jangkauan pemikiran kita.
Tapi kita masukkan dalam hati kita yg kecik ni segala apa yg ada di dunia ini, suami, anak2, rumah, kereta, harta, pangkat dan semualah, kambing lembu sawah kilang dan segala apa milik kita dan yg bukan milik kita semua kita masukkan dalam hati kita dan kita nak syurga untuk kita je sorang2...apa pandangan Allah swt pada kita.. Padahal Allah swt berkeinginan supaya kita masukkan DIA sahaja dalam hati kita dan Allah swt amat cemburu dan tak suka kpd penyengutuan.
Marilah sama2 kita fikirkan tentang hati kita yg sepatutnya apa yg kita masukkan tapi apa yg telah kita masukkan selama ini...kita sahaja yg dapat menilai kerana hati kita dalam diri kita bkn dalam diri orang lain.
InsyaAllah kita sama ambil fikir risau ini dan berusaha untuk islah diri kita dan usaha juga untuk ahli keluarga dan orang lain.
Esok lusa dan entah bila kita akan dipanggilNya dan kita akan berjumpa dgnNya... sedia ataupun tidak sedia kita takde pilihan lain...esok akan dikeluarkan hati kita di hadapan Allah swt dan dibelah hati kita dan nampaklah apa yg ada dalam hati kita selama kita hidup di dunia ini...tak dapat kita nak berdalih lagi...Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini, taufiq hanya dariMu.Daku tak dpt buat apa2 tanpa izin dan pertolonganMu...
Laahaula walaa quwwata illa billahil 'aliyil 'azhim...
Doakan saya ya...

Wednesday, July 8, 2009

rehat

Assalamualaikum.
InsyaALLAH saya akan berehat untuk sementara waktu sehingga habis ijtima' untuk cuba beri tumpuan kepada amalan2 infiradi dan untuk dapat tawajjuh pada ALLAH semasa program ijtima' dijalankan.Semoga ALLAH beri taufiq kpd saya dan anda sekelian untuk betul2 manfaatkan masa untuk fikir dan risau atas ummat seluruh alam...Oleh kerana kelemahan saya dan anak2, mungkin kami akan kurang tawajjuh jika media2 elektronik ada di depan mata kami...tak tahan ujian...jadi saya simpan sementara perkakas2 ini dan insyaALLAH kita akan berjumpa lagi mungkin Isnin ini.
Jadi saya panjatkan doa agar ALLAH datangkan nusrahNya kepada kita khasnya di Malaysia dan seluruh dunia agar dapat menghidupkan agama yang sempurna dalam kehidupan kita.
InsyaALLAH saya ada buat posting baru DOA HIDAYAT di blog FAS E ANFAAS saya, bolehlah anda sama2 ambil manfaat...
Yang baik dari ALLAH...
Wassalam.

Tuesday, July 7, 2009

ijtima', ijtima', ijtima'

Assalamualaikum,
Hari ni selasa bermakna tinggal sehari saja lagi maka bermulalah ijtima' yang kita nanti2kan...setelah sekian lama iaitu 27 thn tentulah kedatangannya di alu2kan oleh kita yang melibatkan diri dlm usaha atas iman dan amal ie dakwah dan tabligh.
Jika diteliti dgn mendalam, rasa sedih pun ada sbb negara jiran kita Thailand mndpt peluang mengadakan ijtima' sebegini almost every year, tp negara kita yg lebih aman dan mudah untuk jemaah bergerak hanya dapat peluang setelah 27 thn selepas ijtima' pertama pada tahun 1982!Tapi tentu ada khoir disebalik setiap perancangan ALLAH swt yg Maha Alim dalam segala hal kita.Dan supaya kita bersyukur kita dipilih untuk sama-sama menjayakan ijtima' ke2 ini.
Cuba pandang ke belakang pd ijtima' pertama dulu, kita masih belum kenal dgn usaha ini, saya pun baru 18 tahun pd masa tu...alam remaja, faham2lah...dan masa tu jg saya menjejakkan kaki ke bumi America USA untuk menyambung pelajaran dlm bidang civil engineering tajaan JPA. Alhamdulillah, kalau dgn duit makbapak mgkin ke universiti tempatan pun tak mampu, ye lah org kampung...tp dgn doa dan cita2 makbapak lah saya smpai ke sana dgn satu tanggungjawab untuk merealisasikan cita2 kedua ibubapa tercinta.Walaupun berat meninggalkan keluarga tapi demi cita2 kedua ibubapa saya terbang jg ke USA...sebenarnya kita tak tahu untung nasib kita hanya kita mengikut perancangan ALLAH swt...jauh di sudut hati saya sendiri tak ada cita2 hanya mengikut ibubapa dan bimbingan guru2 sekolah yg amat sya hargai, dari sekolah tadika ke sekolah kebangsaan Jln Dato Palembang,Bukit Baru,Melaka sehinggalah ke Kolej Tunku Kurshiah Seremban.Semoga Allah membalas jasa2 ibubapa dan guru2 saya kerana usaha mereka jadi asbab untuk saya dipilih oleh ALLAH swt menceburkan diri dalam usaha atas iman dan amal yg tiada kenal henti2nya dan tiada akan dapat ijazahnya selagi hayat dikandung badan..Teringat bayan ada britahu bahwa Sheikh Maulana Ilyas rah pernah berkeinginan jika ada nama untuk usaha ini maka beliau suka beri nama usaha ini 'The Walking/Moving University of Iman' kerana usaha ini asasnya ialah 'bergerak'...dari rumah ke rumah, dari lorong ke lorong, dari negeri ke negeri lain, dari negara ke negara lain...dan kalau ada manusia di bulan, dari bumi ke bulan pun akan dihantar jemaah, begitu fikir alami Hadratji Maulana Enamul Hassan rah.
Berbalik kepada diri saya, itulah dia dah masuk univ iman ni dah lupa lah cita2 mkbapak kita dulu, kesian mereka...semoga ALLAH bg mereka faham.Dek kerana saya pun mmg takde cita2 kot ALLAH tak pilih jadi civil engineer tapi jd human engineer je dan telah menghasilkan 6 product, 1 dah simpan di syurga iaitu Ali...yg lain2 4 dah jd hafiz hafizoh Alquran, yg mana 3 darinya sedang memondokkan diri untuk jadi alim alimah.Yg sulung akan tamat pengajian 'alimahnya Ramadhon ni insyaALLAH dan selepas raya insyaALLAH akn mewarisi umminya jd isteri kepada dae merangkap jd daeiyah lah insyaALLAH...doakan kami ya pembaca2 budiman...Anak yg kecil sekali masih sekolah tahun 3 di sekolah Cina, haa ada target jg tu, nak htr pg negeri China, ataupun jd mutarjim kpd jmh dari China insyaALLAH...dan dia pun akn kami usahakan untuk jd hafizoh Alquran dan 'alimah jg insyaALLAH...

Jauh menyimpang dari tajuk plk cik kak kita ni yek.Ye laa nostalgia...Tentu u all sume pun ada kenangan2 jugakan.Kenangan thn 1982...ada yg masih sekolah rendah, ada yg belum sekolah, ada yg masih menyusu masa tu, dan ada jg yg masih di alam azali lagi...tapi ingat jg ada yg bertungkus lumus mangusahakan ijtima' pada masa itu... dan insyaALLAH akan dibalas jasa mereka, keringat mereka, dgn kehadiran lebih ramai manusia pada ijtima' kali ini...buku akaun mereka masih terbuka lagi hingga hari Qiamat..MasyaALLAH tak dpt kita bayangkan ganjaran mereka.Pernah saya hadir ijtima' purana/org2 lama(4 bln) di Sri Petaling suatu masa dulu.Maulana bayan katanya majmak yg berkumpul hari ini adalah hasil pengorbanan titikpeluh dan airmata mereka2 yg dahulu memohon hidayat untuk kita, doa2 dari merekalah kita dapat berkumpul lagi. Ye benar bila kita pandang ke belakang rupanya ada mereka2 yg dahulunya susah payah buat usaha ini, awwalin, masa org tak kenal lagi usaha ini, orang tak suka lagi usaha ni, dihalau dari masjid, dihalau dari rumah, dipulau keluarga...ada yg masih bertahan hingga hari ini, ada yg mungkin kerana tak tahan ujian, kita tak nampak lagi wajah2 mereka dalam majmak...kesian, marilah kita sama2 panjatkan doa kpd Allah swt agar mereka yg dulu telah ambil usaha ini, berkat ijtima' kali ini ALLAH panggil mereka kembali kepada usaha ini dan tentunya kehadiran mereke akan menambah seri ijtima' kita kali ini.Aaamiin...

Ya, tak cukup hanya kita paling ke belakang saja sebab silap2 lori ada kat depan, accident pulak nnti...kita kena lihat ke hadapan jg, apa akn jd dgn ankcucu cicit kita, jd org ke jd beruang...yg penting cita2 kita, mcm makbapak kita jg, cita2 mereka nak kita jd org baik2 berjaya di dunia dan akhirat cuma mereka tak nampak nak berjaya di akhirat tu cemana caranya...dek terjajah lama oleh bangsa2 omputih... jd mereka fikir sekolah academic je...sekolah agama part time sebelah petang.Kita yg dah ada fikir kena lah mengorak langkah anak2 kita menuju syurga kerana ALLAH dah tunjuk jalannya...6 sifat sahabah, 6 pesanan wanita, 5 amal masjid, 12 adab usul, nisab kita dan suami khuruj fisabilillah...hidupkan suasana iman, suasana ibadat, sunnah dalam kehidupan seharian dll...korban diri harta masa untuk deen...yg penting doa hdyat untuk ummat seluruh alam...setelah usaha keras siang hari, menangis di malam hari...minta pdNya.

Dan khas semasa ijtima' sdg berlangsung marilah sama2 kita jaga amal,wpun kita xde di tapak ijtima' tp ALLAH Maha Melihat Maha Mendengar. Apa nak buat ek? Haa saya pun tak tahu juga tapi yg saya lihat dan bole jadikan contoh ialah semasa ijtima' Tonggi di Bangladesh, jmh kami di letakkan di sebuah rumah semasa suami2 kami berada di medan ijtima'.Masa tu thn 2002.Jmh msia kami sj, ada jmah dari Italy tp org keturunan Arab, dan lain2 jmh tempatan Bangladesh. Yg berada di rumah itu ialah tuan rumah, pembantu2nya, dan masturat2 yg telah diputuskan khidmat, selain keluarga tuan rumah semua wanita je lah...org lelaki ada di ijtima'. Hari sebelum ijtima' ada beberapa masturat yg datang tapi di suruh pulang oleh tuan rumah bila dapat tahu nama mereka tidak diputuskan untuk berada di situ oleh syura..tp dgn rela hati mereka pulang setelah di beritahu sebab2nya oleh tuan rumah, taat betul mereka.Bila kami tanya apa sebabnya, kami dberitahu bahwa semasa ijtima' berlangsung jangan ada satu org pun masturat berada di luar rumah kerana ini akan mengganggu keberkatan dan rahmat yg turun semasa ijtima'...barulah kami faham, sebenarnya kita pun ada peranan dalam menarik Rahmat semasa ijtima'.Kebykn wanita di rumah tu berpuasa selama masa ijtima' berlangsung.Mlm2 mereka bgun mendirikan malam dgn solat, doa menangis2 dan muzakarah iman...kemudian sahur.Selepas isyraq mereka rihat, ada yg tidur, khidmat dsbnya selain yg uzur bersarapan, termasuk sayalah, rugi rsnya xdpt puasa masa tu. Siang hari kami buat program macam biasa taklim, 6 sifat, halaqah Quran dan muzakarah...serta amal infradi tak ketinggalan dakwah infradi sesama kita dan sesama jemaah italy dan bangladesh.

Jadi marilah kita sama2 hidupkan rumah kita dgn amalan2 nurani, puasa, bc quran, yaasin dll, zikir, muzakarah iman, hidupkan sunnah, yg penting hidupkan malam dgn ibadat dan doa semoga nur ijtima' jg sampai ke rumah2 kita...klu dpt hidupkan amalan 24jam, contohnya siang jaga amal, malam gilir2 dgn anak berjaga sehingga ke subuh.. kejut mengejut seorang lepas seorang...tentu nur nya berlipat kali ganda terang benderang...insyaALLAH...

Jangan lupa doakan saya yg lemah ini juga, yg hanya pandai mencatat tapi tak de kekuatan beramal...moga2 dgn usaha ini ALLAH br taufiq untuk saya sendiri amalkan dan kita semua dapat amalkan dan sampaikan pada orang lain...

Tasbih kifarah...

Wabillahitaufiq wal hidayah...

Wal 'asr!....

Friday, July 3, 2009

HARI JUMAAT

Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat dgn istiqomah ialah ALLAH akan pancarkan nur dari org itu sehingga ke Kaabah dan sentiasa diberi hidayat kepada pembacanya.
Banyakkan solawat kerana ini ialah hari mulia dikurniakan ALLAH untuk ummat ini.
Tapi syaitan tipu kita dgn merasakan bahwa ini hari2 biasa saja spya kita terhindar dari kelebihan2 hari Jumaat.
Sesiapa yang bersuci dgn sempurna dari rumahnya dan berjalan ke masjid awal2 lagi, setiap langkahnya mendapat pahala setahun ibadat, berpuasa siang, dan bersolat malam.
Ada lebih 40 kelebihan Jumaat drpd hari2 yg lain...SubhanALLAH!
Semoga ALLAH beri taufiq kpd kita untuk amal dan sampaikan...

Thursday, June 25, 2009

Terima jemaah

Assalamualaikum.Isnin & selasa kami terima jemaah masturat Pakistan dari Pesyawar kaum Pathan bahasa Posyto-betul ke tidak sebutannya x tau le. Anyway nk mudah mengenali mereka ni sekaum lah dgn bintang bollywood yg ada nama Khan, Salman Khan, Ameer Khan and of course Shah Rukh Khan...sapa x kenal yek wpun saya x tengok wayang tp dlm press mmg tertera nama2 ni wpun kita x baca bhgian hiburan, bintang popular... Ada lagi satu Khan yang popular, Imran Khan, pemain cricket international tu...tp saya dengar nama dia dalam bayan indonesia...ktnya Imran hadhir di ijtimak Raiwind dan seperti biasa di tasykil oleh Maulana Saad untuk beri masa beberapa hari untuk deen, tp katanya, saya dah banyak infaq untuk Islam, saya infaq pada anakyatim, bina masjid, madrasah dll...bagus jugak dia ni ye, wpun bekas isteri dia minah saleh...Jemimah kot nmnya.Kemudian Maulana Saad kata, wahai Imran, apa yang kamu buat ialah membantu umat Islam tapi kamu belum membantu AGAMA ISLAM...ayat Quran: "INTAN SURULLAHA YANSURKUM WAYUSABBIT AQDAA MAKUM..." mafhum lebih kurang: "JIKA KAMU BANTU (AGAMA) ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU KAMU, DAN MENEGAKKAN KAKI2 KAMU.." Jadi kita bantu agama Allah dengan buat dakwah, beri harta, diri, masa untuk bantu agama. Memang kita dapat pahala dgn bantu umat Islam tp kalau tak bantu pun umat ini dapat terus hidup. Contohnya kalau xde masjid, boleh solat di padang macam di sesetengah kampung di Afrika, mereka cacak2kan tiang dan solat berjemaah, tak perlu bina masjid. Begitu juga madrasah, zaman Nabi saw madrasah di bawah pokok kurma, tapi ilmu sahabah xde tolok bandingnya...TAPI apa janji Allah? DIA akan bantu org yang bantu agamaNya dgn DIRI,HARTA,MASA. Kemudian Imran kata saya tak pernah dgr seorang ulamak yang bercakap seperti kamu...begitulah tingginya kefahaman masyaikh2 kita kurniaan Allah pd mereka...
Wey, dah jauh pulak peginya cik kak kita ni yek, nak cerita pasal time jmh td. Dah bahasa dia kita x tau, jd ayam itiklah namanya...wpun saya tahu sikit2(tora2) Urdu tp byk dah lupa sbb dah dkt 4 thn lps pg India, lgpun makcik2 ni guna bahasa Posyto, yg habuk pun x faham, esp ahliah amersabnya, maklumle org tua.Yg muda2 tu bole jg ckp urdu tora2...kita tau khana, pina, sona je...makan, minum, tido...selain garam paney, thander paney bkn thunder cat tau adik2...iaitu air panas, air sejuk.
Bila tiba time taskil masturat tempatan, angguk2 je la kan, pastu tulis nama suami. Mudah je sebab kita dah tau cuma mereka menyampaikan je...alhamdulillah, wpun lain2 bahasa lain2 bangsa dan kaum, kita tetap ummatan wahidah, ummat yg satu, iaitu ummat Nabi Muhammad saw, boleh duduk bawah satu bumbung atas satu maqsud untuk selamatkan ummat dan fikir bagaimana ummat Islam dapat kembali kepada mengamalkan agama yg sempurna yg di tinggalkan kepada kita oleh nabi kita dan sahabat2nya.
Allah kurniakan kasih sayang kepada orang2 yang ada fikir ummat wpun hanya 2hari, tp terjalin kasih sayang dan kemesraan yg tak akan kita lupakan sepanjang hayat, dan apa yg perlu kita tanamkan ialah mafhum hadith Nabi saw tentang ummatnya yg berlainan bangsa datang dari berlainan kaum, tak kenal satu sama lain, tapi berkumpul atas maqsud agama, membesarkan Allah swt, akan duduk di mimbar2 yg tiangnya dari nur dipadang mahsyar nnti di mana akan di cemburui oleh semua manusia...insyaAllah semoga kita termasuk golongan demikian, aaamiiin Ya ROBBAL AALAMIIN.

haazaa kalaamu robbi