haazaa kalaamu robbi

Thursday, November 5, 2009


Assalamualaikum,
Nak citer lagi arini...

Pada suatu waktu dahulu ada seorang anak muda yang ghairah untuk menuntut ilmu. Dia meminta izin dari ibunya untuk mengembara dalam menyempurnakan cita2nya. Dengan keizinan ibunya, dia pun mengumpulkan apa2 bekalan yg ada sekadar yg cukup untuknya dan keluarlah dari rumah dgn restu ibunya.

Setelah beberapa lama berjalan, anak muda tadi berjumpa dgn seorang lelaki yg agak tua. Setelah bertanya khabar, pakcik itu pun bertanya ke mana tujuan anak muda tadi. Setelah mendapat tahu bahwa anak muda ini berkeinginan untuk mengembara untuk menuntut ilmu, pakcik itupun meminta keizinan untuk menyertainya berjalan bersama-sama kerana dia hendak pergi menziarahi beberapa orang keluarganya di sepanjang perjalanan itu.Si anak muda tadi pun suka jugalah dapat kawan sambil berjalan boleh berbual...takdelah terasa penatnya...

Setelah berjalan beberapa ketika, pakcik pun berkata,'anak tunggu pakcik sekejap, pakcik nak singgah sebentar di rumah saudara pakcik di sini. Anak tunggu di sini sehingga pakcik dtg semula tau!' Pemuda itu pun mengiyakan pakcik tu dan tinggal lah dia sorang2 tunggu pakcik tu di jalan....

Tak berapa lama kemudian ternampaklah kelibat pakcik menghampiri pemuda itu kembali serentak dgn itu terdgr suara tangisan dari dalam rumah yg ditinggalkannya. Amat sedih sekali tangisannya. Pemuda pun bertanya pakcik tadi, kenapa mereka menangis...katanya, biasalah, dah lama tak jumpa, dpt jumpa pun sebentar saja dah nak pergi, sedihlah mereka...ooo gitu, kata pemuda tadi, betullah tu....

Mereka pun meneruskan perjalanan dan pakcik tadi bila sampai saja rumah saudaranya dia akan tinggalkan pemuda itu sebentar dan pergi menjenguk saudaranya dan kembali dgn diiringi suara tangisan yg sedih...

Setelah beberapa kali kejadian yg sama berlaku, maka pemuda itu pun hairan dan dia pun terasa nak tahu apa yg sebenarnya berlaku...Dia pun nak buatlah edisi siasat...Sedang pakcik tadi pergi jumpa saudaranya, pemuda itu pun ikut dari belakang dgn diam2. Dia mengintai dari lubang dinding apa yg dibuat oleh pakcik tadi...

Jeng,jeng,jeng....
Apa yg dia nampak?

Dia nampak oranglah, bukan beruang...
Dia nampak seorang sedang terbaring di katil dan saudara maranya yg lain sedang mengelilinginya dlm keadaan sedih...
Pakcik tadi kat mana? Tak nampak pulak...
Tiba2 dtg seorang yg besar mcm burung pun bukan, orang pun bukan sedang melebarkan sayapnya menutupi orang yg terbaring tadi.Yg lain2nya macam tak nampak lembaga tu, mereka pun buat derk je!
Kemudian lembaga tu angkat sayapnya dan serentak dgn itu org2 yg lain tadi terus menangis kerana yg terbaring tadi dah pun meninggal dunia...innalillahi...

Apa lagi pemuda tadi pun lari semula ke tempat yg dia tunggu tadi sambil berkata,'Haa, dah tau dah!' berulang-ulang kali sehinggalah pakcik tadi sampai terus aje dia cakap,'pakcik, saya dah tau pakcik ni siapa!' Pakcik kata,'oo...kau intai tadi ye, patutlae mencungap!' Setelah didesak akhirnya pakcik pun mengaku lah yg sebenar2nya bahawa dia adalah malaikat maut...eee...korang seram takkk? Malaikat maut dok bersaing-saing jalan dgn dia...

Tapi, pemuda ni berani orangnya, lantas dia pun berkata,'pakcik, kalau betullah pakcik ni malaikat maut, cuba pakcik check dalam fail pakcik, bila agaknya ajal saya?' Pakcik pun checklah dalam fail dia sebab pemuda ni pun baik orangnya, teman dalam perjalanannya...Check punya check, pakcik pun jumpa... Katanya kalau ikut fail pakcik ni, kau ni lepas kahwin aje kau mati!!! Well, at least sempat kawin, dokkk?

Pemuda tu pun cakap,'kalau macam tu, saya tak jadi meneruskan perjalananlah pakcik, lebih baik saya balik kahwin, lepas dah setel pakcik cabutlah nyawa saya, dapat saya berjumpa dgn ALLAH lebih cepat..' 'ok la kalau macam tu pakcik jalan aje lah sorang2, no hal..'jawab pakcik tu.

Pemuda tu pun balik kampung, tanam jagung, eh silap...dia suruh mak dia carikan calon isteri dia. Mak dia suka pun ye pelik pun ye, kata nak menuntut ilmu lum sampai dah pulang nak kahwin pulak, tapi takpe lah, dapat juga menantu, nanti dapat cucu...gitulah fikir mak dia...

Pemuda tu pulak sementara mak dia carikan isterinya, dia sibuklah sedeqahkan baju2 dia pada orang2 miskin sebab dia tahu lepas kahwin ni dah nak mati bukan nak bawak masuk kubur pun baju2 dia.. tinggallah apa yg perlu dipakainya saja...Maknya geleng2 kepala lihat ragam anaknya, gaknya kena sampuk apa, dah gila apa, dok beri orang baju dia...tapi solat ok, cakap ok, suma ok tak macam org gila...

Di pendekkan cerita, jumpalah seorang gadis yg sudi mengahwini pemuda tu...alahai kesian dia tengok isteri dia sebab tak lama lagi nak jadi janda pulak, tapi dia tak lah beritahu siapa2 pun hal kematiannya... Dan selang beberapa tahun dia kahwin, eh, tak mati2 pun...heran jugak dia..pembohong betul pakcik ni! Takpelah, seronok juga ada isteri nanti ada anak pulak...

Pada satu hari, melintaslah pakcik dulu di depannya...Apa lagi, dia pun tanya pakcik, apasal pakcik tipu kalau tak saya dah jadik maulana dah...ni jadi 'mau lena dgn isteri' aje...

Pakcik kata 'betul pakcik tak tipu kau, memang dalam fail pakcik kau akan mati bila kau kahwin, tapi disebabkan kau beri sedeqah baju2 kau, ALLAH panjangkan umur kau sampailah masa DIA panggil kau nanti barulah pakcik datang cabut nyawa kau'....

Begitulah ceritanya...habis dah...fikir2lah...ada lebih ke takde lebih ke berilah sedeqah...kalau nak panjang umur, tapi itu salah satu je dari fadhilatnya.Ada byk lagi kelebihan sedeqah...boleh buka lah buku FADHILAT SEDEQAH karangan MAULANA ZAKARIYYA.

Wassalam.

10 comments:

Ummi-Izah said...

assalamualaikum kak umma ali

terima kasih.

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

subhanallah.. ingin segera bersedekah jadinya.. teringin pula bertemu dengan malaikat maut seperti kisah pemuda ni.. jalan bersama2..cakap bersama2..tentunya wajah malaikat maut tak seram disitu ya..

izat said...

Salam kak umi..dalam lawak ada takut, dalam takut ada harapan...Allahuakbar..Maha Pemurah, Maha Mengasihani. Hanya dengan sedekah Allah bagi ganjaran camtu, kalau amalan lain ie solat, puasa banyak lagi ganjarannya kan?Hishh..lama dah tak baca fadhilat sedekah...dok baca dua kitab je ( anak panggil kitab biru ngan kitab hijau ). Jumpa hari Sabtu ni ye..nanti saya lukis map n emel kat akak ye..tak sabo rasanya.

umma-ali said...

wa'alaikummussalam wrb ummi-izah, ina dan izat...insyaALLAH selalu ingat maut hati jadi bersih... tp takut juga sbb amalan lum cukup2 lagi...bykkan doa ini,
Ya ALLAH jadikan umurku yg terbaik di bahagian akhirnya, dan amalanku yg terbaik di bahagian penutupnya, dan hari daku bertemu dgnMU hari yg terbaik sekali.Wahai WALI Islam dan ahlinya, teguhkan daku dgnnya sehingga daku bertemu dgnMU.

ahlia azharjaafar said...

Salam kak..

...hehehe selalunye kami ni di jadikan oleh adik beradik sebgi tmpt menerima brg2 terpakai diorang, sb diorg ingat kami ni x mampu... hehehe (blanja ikut keperluan). Blaja2 hidup cam sahabat n sahabiah... zuhud. InsyaAllah mudah di dunia n di akhirat.

noorhawa said...

Salam

Baca punya baca, baru perasan siapa umma-ali...

Bila kahwinkan Mariam? Tak jemput saya pun...

Anyway, tahniah dah dapat menantu...insyaAllah nanti timang cucu...

umma-ali said...

wslm, ahlia azharjaafar, hehe kamipun dulu cmtu jg...dah tua2 ni je depa dah tak layan lagi sbb dah fhmlah tu...mmg pesen org tblig... pnah ada kwn citer, org2 kmpg selalu kata org tablig ni buang dunia, tp haqiqatnya satu dunia kita pegi...depa yg tak buang dunia tu dr muda smpai tua dok ngadap meja dam je...

wslm, hawa...kamu pun dok intai blog kita ye!hehe...oraitlah tu..
bkn xnk jemput tapi hp hilang, no member2 pun lesap skali...lgpun km bwt kecik2 je, tak berbaloi tkt pesawat dari brunei, huwaa...
doa2kan next year dpt cucu tp rs cam muda lagi...hehe perasan...

Ummi-Izah said...

assalamualaikum kak umma ali...hari tu suami saya tolong postingkan entry tuh..sebenarnya 1 pek tu hanyalah 1 band sahaja...sebab 1 band tu dipek satu2 tu yg kami letak 1 pek.. postage insya allah kalo pakai pos ekpress yg paling murah boleh muat 5 sekali (so harga postage taklah dikira satu2).. tapi nanti saya confirmkan dulu panjangnya boleh muat ker tidak..

hari yg pi piknik tu tak pakai sebab waktu tu belum beli lagi..

Ummi-Izah said...

alhamdulillah allah pilih akak keluar jln allah

umma-ali said...

Aslm ummi-izah, akk send emel 2 u, nnti check ye.

haazaa kalaamu robbi