haazaa kalaamu robbi

Saturday, October 31, 2009

DIDIK ANAK...

ni anak raja melaka...dgn raja melaka...At-Teheli
             
Assalamualaikum...nak cerita je...
Pernah dahulu ada seorang raja tua berwasiat bahwa jika dia wafat, mayatnya hendaklah dimandikan oleh seorang yg mempunyai ciri2 ini:
1)semenjak baligh tak pernah tinggalkan solat tahajjud.
2)semenjak baligh tak pernah tinggalkan solat sunat sebelum asar (kerana solat sunat sebelum asar bukan muakkad, yakni dituntut, kalau seseorg tak tinggalkan solat ni, tentu sekali solat2 sunat yg lain dia tak tinggalkan).
Dan beberapa ciri2 kesolehan yg lain.

Sampai ajalnya...meninggallah dia...kini tugas org lain untuk menunaikan haqnya.Teringat akan wasiatnya, maka penbesar2 negara pun memanggil sekalian orang istana dan rakyat jelata, siapa2 yg mempunyai ciri2 yg di sebutkan, tampillah ke hadapan untuk memandikan jenazah raja.

Sehingga 3 hari berlalu tidak ada sesiapa pun yang tampil ke hadapan... nampaknya takde sapa pun yg ada amalan sebegitu soleh...Akhirnya tampillah seorang pemuda dgn tunduk tawadhunya ke hadapan sekelian rakyat dan berucap,

Saya seboleh2nya tak mau memgumumkan amalan saya kerana untuk menjaga keikhlasan saya tapi memandangkan sudah 3 hari jenazah ini belum dapat disempurnakan dan jenazah ini pula ialah jenazah AYAHANDA SAYA, maka saya terpaksa tampil ke muka...

Haa...ambillah iktibar wahai pembaca sekelian, seorang anak raja yg dibesarkan dalam istana, penuh kemewahan, bangsawan lagi, mempunyai sifat dan amalan kesolehan yg begitu tinggi...asbab didikan ayahanda bondanya yg tak kenal erti kemewahan harta dan kedudukan tinggi boleh mendidik anak menjadi begitu soleh sehingga tiada tandingannya dgn rakyat jelata...

Marilah kita azam sungguh2 didik anak kita dgn sunnah Nabi saw dgn surah, sirah dan sarirahnya...
Siapalah kita ni, bkn anak raja, bkn anak menteri, hanya orang biasa, takkan kita taknak jadi raja di akhirat nanti yg paling kecil jajahannya 10 kali ganda besarnya dunia ini...
InsyaALLAH sedia???
Aaamiiin...

7 comments:

izat said...
This comment has been removed by the author.
izat said...

Salam kak umma ali,yelah kak, kita ni siapa kan? Saya azam nak didik anak cara raja tua tu. Belum terlambat lagi kan? Doa sungguh2, usaha dan amal.

fiqkofallah said...

assalamualaikum ummi..
harap ummi sekeluarga dalam jagaan allah..

makin kerap ummi update blog sekarang?

sy nak mintak tolong ummi..
tolong la sgt2 nusrah doa untuk saya..

doa agar allah taala pilih saya untuk keluar 40 ari cuti semester sy nnt..

usaha ini adalah kabuliat..
allah kabul sapa2 saja..
mana tau asbab ummi doa allah taala pilih saya untuk keluar di jalannya..
amin

karkunah said...

salam kak,
hai..jelesnye..kan
saya pun azam nak didik anak cara sunnah..
biarla org bangga anak dia berjaya masuk u ke..ada degree ke..
tapi saya..nak anak jd hafiz hafizah,daie daieyah,alim alimah..insyaAllah..biarla xde yg lain..tapi ada anak yg soleh solehah..yg diharapkan..insyaAllah..sama2 doa..

Umma-ali said...

Wslm izat, insyaALLAH mintak dgn ALLAH dgn perantaraan amal, yg penting ada keinginan yg sungguh2...dan kesediaan untuk menghadapi ujian2nya...bkn senang tp kita yaqin kpd LAAHAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH...anak2 aset paling berharga buat kita kurniaan ILAHI.

Wslm fiq, aamiin!
Idea byk,nak sampaikan kat org kita duduk dlm 4 dinding je ni... kena tmbah 1 dinding lagi, dinding laptop, hehe...
Tp kalau usaha kat laptop je tak ramai yg dpt manfaat, hanya yg rajin surfing je dpt kan? untuk itu kita kna turun padang juga...
InsyaALLAH ummi doakan...

Wslm karkunah, itulah impian kita kan...patut btau kat org lain juga spya akan lahir pejuang2 agama yg sejati...aamiin...

Ahliahnizam said...

Ya Allah .. jadikanlah zuriat keturunan kami daie/ah, hafiz/ah, alim/ah. Dan jadikanlah zuriat kami sebagai asbab hidayah tersebar seluruh alam ... amin.

Umma-ali said...

Aslm ahliah nizam,
Sama2 kita doa agar ALLAH swt terima kita dan anakcucu kita hingga qiamat untuk bantu dan khidmat agama ALLAH swt...Aamiiin.

haazaa kalaamu robbi