haazaa kalaamu robbi

Wednesday, October 28, 2009

Haji lagi...

Assalamualaikum,
Khas untuk mereka yg nak pg haji...
Dah ada plan mcmana nk buat haji?
Nak ikut plan biasa...
Atau nak bwt haji jalan kaki...

Petikan dari kitab Fadhilat Haji karangan Maulana Zakariyya bab ketiga hadith pertama:

Ibn Abbas ra meriwayatkan daripada Rasulullah saw yg bersabda,"Barangsiapa pergi haji ke Makkah berjalan kaki dan kembali, untuknya ditulis ganjaran daripada 700 kebaikan daripada amalan2 yang dilakukan di dalam Haram Yg Suci bagi setiap langkah yg diambil."
Para sahabat bertanya,"Dan apa pula yg dimaqsudkan dgn amalan2 kebaikan daripada Haram?"
Rasulullah saw menjawab,"Setiap amalan baik dianugerahkan dgn ganjaran sebanyak seratus ribu(100 000) amalan2 kebaikan."

Menurut pengiraan yg di atas,ianya bermakna bahwa 700 amalan baik itu sama dgn tujuh puluh juta(70 000 000) amalan2 kebaikan! Dan ini adalah ganjaran bagi setiap langkah yg diambil! Dgn ini setiap orang boleh membayangkan berapakah jumlahnya yg akan didapati setelah menyempurnakan keseluruhan perjalanan.
Ibn Abbas ra telah menyarankan kepada anak2nya pada masa hendak matinya bahawa mereka hendaklah menunaikan haji dgn berjalan kaki, dan memberitahu kepada mereka tentang hadith ini...

Korang boleh baca sendiri dgn lebih lanjut dalam kitab Fadhilat Haji ni.. Bacalah sampai khatam kitab ni dan ulang2 lagi pembacaannya sehingga sampai ke Makkah Madinah pun bacalah lagi sebab byk ilmu yg bermanfaat untuk kita belajar dan terus amalkan semasa safar haji kita.

Di zaman kita ni dah ada byk kemudahan untuk para haji dari mula perjalanan di tanahair sehinggalah sampai di kedua2 tanah suci membuatkan kita tak berapa terasa betapa bernilai dan berharganya safar haji kita. Kalau ada pun, rasanya pengalaman ni sama mcm kita pg melancung ke luar negara ataupun lebih baik sikit dari tu...

No comments:

haazaa kalaamu robbi