haazaa kalaamu robbi

Saturday, August 8, 2009

Cerita...

Assalamualaikum,
Ptg td semasa makan bersama anak bongsu(?) saya, saya kopekkan udang yg dah tinggal seekor dan beri dia sebahagian besar. Katanya, umi makanlah udang tu. Kata saya xpe.. Adik(panggilan untuk dia) tau tak pernah satu hari seorang wanita dgn 2 org anaknya datang ke rumah Aisyah ra meminta makanan kerana lapar, lantas Aisyah ra yg hanya ada 3 biji kurma memberikan kpd wanita tadi kesemua kurma tu. Wanita tadi beri anaknya seorang sebiji kurma dan sebiji lagi untuknya. Mgkin terlalu lapar, kedua2 anaknya cepat sekali menghabiskan kurma masing2 dan meminta lagi pada ibunya...Ibunya yg belum sempat lg menjamah kurma yg sebiji tu lalu membahagi 2 kurma itu dan beri pd anak2nya. Dia sendiri tak makan.(Adik dah tunduk tak angkat2 muka lagi, saya tau dia cover2 dah nangis tu)...Aisyah ra lantas menceritakan kisah ini kepada Rasulullah saw apabila baginda saw kembali ke rumah.Rasulullah saw bersabda lebihkurang,"Wahai Aisyah, sesungguhnya ALLAH Menyayangi hambaNya 70X sayang ibu kepada anaknya..."
SubhanAllah, MasyaaAllah, Alhamdulillah...
Marilah kita membalas kasihsayang ALLAH kepada kita dgn menjadi hamba yg mentaati seluruh perintahNya dan menjauhi segala laranganNya...pun begitu kita tak akan dapat membalasnya...kerana kelemahan kita dan KerahimanNya yg Maha Luas...

2 comments:

jasmine said...

"Ya Halimu, Ya 'Alim,Ya'Aliyyu,Ya 'Azim."
"Wahai Allah sesungguhnya PengampunanMu lebih luas daripada dosa-dosa ku, dan aku lebih mengharapkan RahmatMu daripada amalan-amalanku....."

Umma-ali said...

Aamiiin ya ALLAH...
Akak dah sht ke?

haazaa kalaamu robbi