haazaa kalaamu robbi

Wednesday, October 14, 2009

Sambungan...

Assalamualaikum,
Hari ni xde mood pulak nak sambung citer pengalaman haji, semua org ada pengalaman tersendiri pasal haji ni...mak mentua saya yg dah berjeman pg haji pun, kalau buka citer haji je...mulalah dia citer berulang-ulang yg dah berapa kali dgr sampai bole hafal...Itulah dia kemuliaan Makkah dan Madinah, sapa dah pegi mesti jatuh hati punya!Nak balik, menangis2... dan kbnykan mmg ada niat nak pegi lagi...
Yang belum pergi, ada yg azam sungguh2 macam saya lah dulu, duitnya tak penuh2 jugak...ai,amacam ni!Tp bila fikir2, pg haji pun pilihan ALLAH... Ada org xde cukup duit, tapi dia kerja kat hospital, terpilih pulak tahun tu nak pg haji...rezqi!Macam saya pulak dapat rezqi terpijak,tanah pusaka arwah pak mentua kerajaan ambik nak buat jalan...mmg rezqi sayalah tu nak pg haji sbb mula2 suami dah pg sorg2 dia, lum cukup untuk berdua, lagipun nak tunggu cukup kita lum tau ajal maut bila, kan.Biarlah dia pegi dulu. Lagipun cik abang kita ni berpendapat wanita tak berapa bagus pergi haji dlm keadaan sekarang, orgramai sangat...tp bila dia smpai sana dia dpt tahu elders ramai yg datang bawa isteri dan family, smpai malaysia tak lengah dia ajak kita pegi daftar.
Alhamdulillah selama di Makkah, kami dapat juga jumpa kgkawan karkun, lelaki dpt bwt tklim di surau hotel.Masturat bwt tklim kat bilik masing2lah tp dalam bilik saya sorang je karkunah...buat juga taklim, tak ajak pun rakan sebilik,low profile laa, ke takut?Apa2 laa.Tp lama kelamaan ada yg dtg ngendeng2 tanya, apa kau baca tu?Kita kan baca taklim kuat sikit lainlah kalau bc dlm hati,org tak tnya.Dah org tanya,mulalah jihad kita,huhu,jihad ke tu?Akhir zaman nak amal sunnah pun kena jihad tau! Kita pun ajak dia dgr fadhail hajj...haa suka makcik tu, ooo camni, ooo camtu... Ada jg yg lain2 dtg menempek tapi sekejap je...Yg bestnya bila dah tiba masa nak buat haji, barulah depa tnya kita, fadhilat2 dan sunnah2 masa haji...jd ustazah sekejap...
Kami ada juga bwt program bayan masturat di bilik salah seorang kwn yg dalam bilik tu dia 3 beranak, makcik sorang lg pun 3 beranak...jd ada 2 keluarga je, senang sikit nak deal,pasang tabir,dll.Maulan Farouq, zuminder Makkah bg bayan, kesian tercungap2 dia baru mendaki tangga sebab tak boleh masuk kot lobby hotel, nnti kena tgkap security...Susah payah dia dtg program kami...semoga ALLAH terima mujahadahnya.
Antara isi kandungan bayannya berkisar sekitar penunaian haji:
Sifat org mukmin ialah sabar dan yaqin.
Kita kena minta maaf dgn ALLAH swt.
2 perjanjian : -ikut perintah ALLAH swt
-ikut cara hidup Rasul saw
Tunai haji ada 2 iaitu zahir dan batin.
Zahir haji - pakai ihram,muzdalifah, mina dll>rukun2 dan wajib haji.
Batin haji - kena ada cinta pada ALLAH.

Kaabah ialah - hidayat untuk manusia
- berkat
Siapa buat amal2 baik, dapat hidayat dan berkat...buat amal2 buruk, dapat sebaliknya..
Semasa dalam haji, doa keampunan, ALLAH akan beri keampunan.
Di masjidilharam, amalan kena buat>zikir, tilawah, tawaf(dgn jasad n roh).

4 kumpulan orang yg pegi haji
1)musyrikin pada amalannya, walaupun mengaku muslim > org2 yg berbuat syirik semasa haji, byk amalan khurafat dsbnya.Mereka ni mmg tak diterima hajinya.
2)solihin, org2 yg jaga haji dia betul2 dari segi rukun, wajib, dan amalan2 kesolehan lain tapi tak peduli org lain...kau punya pasal lah betul ke tak, janji aku buat betul, bini aku buat betul...>ni pun tak diterima hajinya.
3)nabiyyin, org2 yg jaga kumpulan dia aje, sapa yg dah pg haji tau lah kan...dia pikir group dia je sampaikan masa tawaf pun macam group dia je yg patut tawaf,org lain ditolak2nya...>yg ni pun tak diterima hajinya.
4)rasul, org2 ni sentiasa fikir kan org lain, sedih lihat org dtg haji tanpa iman, sedih tgok org lain tolak2 nak tawaf dan doakan untuk ummat. Inilah fikir risau Nabi saw yg dia bawa masa haji nya sehinggakan dgn doanya pun ALLAH dah terima hajinya...doanya semoga ALLAH terima haji semua org wpun dgn kekurangan2 dan dosa2...>org macam ni hajinya diterima ALLAH swt, insyaALLAH...

InsyaALLAH kepada bakal2 haji, simpanlah niat dan azam untuk amalkan haji beserta fikir dan kerisauan Nabi saw dalam setiap amalan kita zahir dan batin...bukankah fikir risau itu lah sunnah Nabi saw yg paling unggul? Dgn fikir risau ini kita dapat buat semua sunnah yg lain2 dgn mudah insyaALLAH..Pada pengalaman saya semasa di kedua2 tanah haram, mmg sedih melihat kemunduran ummat yg begitu ketara...Semua para haji yg datang adalah wakil/duta negara mereka...apa yg mereka buat mencerminkan apa yg berlaku di negara mereka...byk kelemahan dari segi fardhu terutama solat dan dari segi sifat2 dan akhlaq, bknlah saya nak tengok kelemahan org lain, saya pun ada byk kelemahan...tapi kelemahan2 ini terpampang di depan mata kita waktu tu...Hanya syafaat dari Nabi saw yg kita harapkan untuk ummat akhir zaman ini...Ya ALLAH hanya kpd ENGKAU tmpat aku mengadu, kami mohon hidayatMu ya ALLAH...kembalikanlah ummat Islam kepada kalimah yaqin LAA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH...janganlah KAU lepaskan iman mereka akibat dosa2 mereka ya ALLAH...Aaamiiin.

6 comments:

karkunah said...

Salam kak...
nice story..seronok m'bacanye...izin tukar link yea..:)

Umma-ali said...

Wslm dik...bole aje insyaALLAH.. erm...seronok sambil fikir tau!

Anonymous said...

salam, doa utk saya kak. dh dftar, dh cukup duit. tunggu Allah panggil aje utk jadi tetamu dia. insyaAllah azam tahun depan.

Umma-ali said...

Wslm,insyaALLAH akak doakan awak, tp, kok nak sebut apa yek, 'anonymous'?Tiap2 malam bgun tahajjud doa untuk ummat dan doa nak pg haji, insyaALLAH qabul.AAAMIIIN!

Unknown said...

Salam...bagus lah awk ada fikir untuk agama,,,kita sama2 doa pada Allah supaya Allah terus istiqomah kita dalam agama yang mubarak ini!!!amin...

Umma-ali said...

Wslm anak pendang, sama2 kita doa hidayat sari alam he...

haazaa kalaamu robbi