haazaa kalaamu robbi

Monday, October 12, 2009

AURAT PEREMPUAN MERDEKA , NISBAH PADA PANDANGAN LELAKI AJNABI

MALIKIYY : SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.
MUBAH(YAKNI HARUS) DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, TETAPI DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.JIKALAU DITAKUTI FITNAH, MAKA WAJIB DITUTUP.

HAMBALIYY : ADA 2 QAWL:
1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA.MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA HALAL DILIHAT OLEH LELAKI AJNABI, JIKA AMAN DARIPADA FITNAH. TETAPI WAJIB DITUTUP SEKIRANYA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH.
2)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INI BERDASARKAN SATU RIWAYAT DARIPADA IMAM AHMAD DAN INILAH QAWL YG PALING SOHIH).

SHAFI'IYY : ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM SHAFI'IYY>>
1)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INILAH QAWL YG PALING SOHIH, ATAU YG PALING NYATA, ATAU YG PALING MUKTAMAD,SEBAGAIMANA YG DITERANGKAN OLEH IBNI HAJAR AL-HAITAMIYY DI DALAM AZZAWAJIR, ALBAYDAWIYY DI DALAM TAFSIRNYA, DAN LAIN2 PARA ULAMAK SHAFI'IYYAH)
2)SEMUA BADANNYA, MELAINKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGN DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.WAJIB MENUTUP MUKA DAN 2 TAPAK TGN ITU, BUKAN KERANA IANYA AURAT, TETAPI KERANA MENUTUP PINTU FITNAH DAN FASAD.

HANAFIYY : ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM ABU HANIFAH>>
1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TGN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA DIJALAN DAN DIHADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH,JIKA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH ATAU MEMBAWA KEPADA FASAD, MAKA WAJIB DITUTUP.
2)SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA, 2 TAPAK TGN, 2 QADAM(YAKNI TAPAK KAKI) DAN PERGELANGANNYA.

daripada kitab AL-HIJAB susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,boleh beri sedikit pandangan, saya ada kawan masturat berpurdah seperti yg lain2 tetapi sms bekerja di sebabkan tidak di benarkan berpurdah, dia berpakaian biasa warna terang, tudung biasa zaman terkini dan berlipstick juga walaupun sebenarnya masih boleh bertudung labuh atau warna pudar, saya jadi keliru pula, sebab saya ni kurang pengetahuan agama, berpurdah tetapi pd masa yg sama bertabarruj di hadapan lelaki bukan muhrim. Wassalam.

umma-ali said...

Wa'alaikumussalam,mmg ada juga akk jumpa org mcm tu,akk pun keliru juga...rasa nk tnya WHY? Tp takut kecik ati lak kawan, kita kan kena jaga ati saudara islam kita...Jadi, kita sangka baiklah, mgkin dia pakai purdah pada tempat yg patut2 je sbb lum ada kekuatan iman, tak pun suami dia suruh pki, dia pki lah, untuk taat suami... Apa yg penting klu bwt apa2 yg baik,kita istiqomah wpun sikit... Then, tmbah sikit2 dan doa nk dpt ikhlas,sbb yg akk dgr ikhlas ni kita kena minta, baru ALLAH beri. Mgkin awk bole tnya juga baik2 pada dia 'why?', pastu btau akk ye!

haazaa kalaamu robbi