haazaa kalaamu robbi

Wednesday, March 3, 2010

CEMBURU JANGAN TAK CEMBURU...



Assalamualaikum,
Baca n3 asyhabulkahfi, rasa nak cerita sikit tentang tajuk di atas...
Iyalah kita ni manusia memang tak lari dari berbagai-bagai perasaan...
Sebab kita bukan malaikat...

Suatu ketika seorang wanita yg berpurdah tutup semua wajahnya, kot, datang menemui seorang sheikh yg sedang mengajar agama. Wanita itu mengajukan soalan kepada sheikh.

"Tuan, saya seorang wanita yang sangat cantik, jika saya buka wajah saya, nescaya semua hadirin di sini akan terpukau dan terpikat dgn kecantikan saya...Namun, suami saya telah memadukan saya dengan seorang wanita lain...saya amat cemburu.Adakah patut saya berperasaan begini?"

Sebaik sahaja wanita tadi habis berkata-kata, sheikh terus pengsan !!!
Kecohlah jadinya...
Pelajar2nya merenjis2kan air ke muka sheikh tadi...
Seketika kemudian, sheikh pun sedar kembali.
Wanita tadi yang panik juga dgn situasi yg berlaku, bertanya lagi,
"Kenapa tuan pengsan setelah mendengar perbicaraan saya?"

Maka sheikh pun menjawab,
"Wahai wanita, aku terkenangkan bahawa sesungguhnya Allah itu lebih cemburunya dari kamu, sedangkan kamu makhluk pun cemburu bila ada seorang lain di dalam hati suamimu, Allah Maha Kholiq, tentu sekali amat cemburu bilamana dalam hati makhluqNya ada yang lain selain dariNya...itu yg membuatku pengsan kerana aku sendiri takut jika dalam hatiku ini ada yang lain selain dariNya..."

Allah swt berfirman, lebihkurang, RumahKu adalah dalam hati org2 mukmin...

Pernah saya dgr seorang berkata bahawa Allah kurniakan syurga untuk hamba2Nya khas untuk setiap seorang, takde kongsi2 samada dgn isteri atau suami, atau anak2, namun tetap berjumpa di syurga insyaAllah...dan sekecil2 syurga ialah untuk org yg ada iman wpun sebesar zarrah luasnya syurga itu ialah 10 kali ganda luasnya dunia ini!!! Tapi kenapa lah dalam hati kita yg kecik ni kita nak masukkan semua yg ada di dunia ke dalamnya??? Allah berkehendak kita masukkan hanya Dia saja dalam hati kita!!! Tapi kita masukkan suami kita, anak2 kita, makbapak kita, rumah kita, ladang kita, pejabat kita, kambing lembu, sawah kita, hatta shopping complex pun kita masukkan dalam hati kita!!! Sedang solat dah terpandang Mydin Mall, Jaya Jusco, tak pun nasi yg sedang menggelegak atas dapur....

Ya Allah hanya kepadaMu aku mengadukan kelemahan diriku ini...
Ampunilah hamba yg malang ini...
Bantulah hambaMu ini untuk memasukkan kebesaranMu dalam hati ku
dan hati seluruh ummat hingga qiamat...
Aaamiiin, ya Robbal 'Aalamiin...

14 comments:

Ziarah76 said...

makin ceria blog ni...

Umma-ali said...

insyaAllah seceria blogger nya...

Ahliacikgukhairul said...

hmm.. berpandukan citer akak.. memang saya ni sgt lemah imannya.. Na'uzubillah.. kena usaha lebih lg ni utk mantapkan iman.. InsyaAllah

CS said...

tamakkah kita?hati yg kecil mahu di"sumbat" dgn seluruh dunia dan isinya?wahai hati....insaflah....

seorangnenektua said...

fuh! yang lip lap lip lap tu yang tak boleh tahan.
entah! macam poket doremon semua nak isi!. Allah tidak mahu dikongsi!

seorangnenektua said...

silap! silap! sebenarnya Allah tidak mahu berkongsi maksudnya tidak mahu diduakan apatah lagi tiga atau empat!

Umma-ali said...

Salam,

Ahliacikgukhairul,
Sama lah kita,
sama2lah kita usahakan iman kita,
semoga Allah pandang usaha kita...

Cikgu Sue,
Dunia byk perhiasan yg kita nampak, sebab tu kita tamak...
Tapi Allah kita tak nampak, syurga kita tak nampak...
Yg boleh ialah dgr, lagi dan lagi, sehingga kebesaran Allah masuk dalam hati, keinginan untuk syurga jadi cita2 kita...
Bila kita cakap, kita sendiri akan dgr, org lain pun akan dgr...
Marilah kita cakap kebesaran Allah...

Nek,
Silap dalam blog takpe...
Silap dalam hati yg bahaya,kena cek selalu...
Doraemon...hehe, org kata pembawak budak, kalu ibu mengandung, ini anak kita yg mengandung...pembawak cucu le namanya...
Nama je nak jadi nenek, tapi dok suka lagi mende2 gitu ye...apalah ummi ni...

Ishak Zaini said...

aslmkm..

kita usaha hidup hingga lupa untuk akhirat, maka hati kita cinta apa yang kita usahakan..

Allahu..

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

Ummi..
kenapa kita suka isi hati kita yg kecil ini dgn perkara2 yg makin membuat hati kita sempit?

kalau na baca entry.. atau sedang taklim sendiri.. kadang ada rasa malu pada Allah.. sampai nangis2... tapi habis itu.. dah selesai..

jumpa kawan, lupa lagi dengan rasa malu pada Allah..
jumpa kesenangan, lupa lagi dengan rasa takut pada Allah..

apa yg harus na lakukan ummi? agar Allah senantiasa ada di hati na?

Umma-ali said...

Wa'alaikummussalam wrbt,

Ishak Zaini, lama menyepi, khuruj ke?
Usaha dan pengorbanan membuahkan cinta,itulah sebabnya seorang ibu cintakan anaknya...
Untuk cintakan Allah hendaklah kita usaha dan korban atas agamaNya ikut cara Nabi saw sptmana firmanNya,"Katakanlah(wahai Muhammad) jika kamu ingin dicintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu..."-mafhum ayat.

Ina,
Iya lah ummi ni lebih2 lagi selalu lupa pada Kholiq, sama2 kita doa agar Dia sentiasa bersama-sama kita...
Janji Allah itu benar, dulu semasa ummi buat keputusan untuk memakai niqab, di sini panggilan umumnya, purdah, ummi berbicara dgn Allah,"Ya Allah aku sdg membuat keputusan yg berat, please be with me when I'm in trouble...". Ya, ternyata setiap ada problem, Allah bantu, alhamdulillah...
Sebenarnya ummi perlukan Allah setiap masa tetapi pada masa itu ummi belum berapa mengerti, langsung doa begitu aja...tapi ummi tahu Allah sentiasa mengawasi kita...

soleh solehah said...

Salam kak uma-ali..
Waduhh tak boleh tahan lah tengok glitter2 tuhhh..he he he..nilah padahnya kalau dok mengeram je..byk n3 kak uma-ali tak terbaca nih.. pasal 'jealousy' dah terbaca komen kak uma-ali kat asyhabulkahfi..hi patutlah hati selau rasa 'jealous' bila nampak benda2 tak elok..tp tulah setan selau putar alam..lalu tak menegur..dah 40 hari terus gelap...
terima ksihlah kak uma-ali, nanti kami nak dtg nak makan briani tanam ye..muahaha..

Umma-ali said...

Wslm izat,
Alaaa mana bole lawan awak punya jubah2 yg gliter2 tu...siap masyuukk lagi...akak punya takde masyuk...kasi can org yg tengok biar asyik mahsyuk je...silap haribulan bertambah power cermin mata!!!Kwang3!!!
Haa...dtgle, bole main tanam2...special punya, nak tanam tebu ada, limau ada, kurma pun ada... emm briani tanam???Bole insyaAllah...

Anonymous said...

assalam mualaikum wrt,
semoga Allah memudahkan urusan hambanya di dunia dan akhirat.
nak tanya sikit,kalimah "RumahKu adalah dalam hati org2 mukmin..." tu datangnya dari mana yer?

syukran atas peringatan yang bermakna ini. semoga Allah merahmati kita dalam menyampaikan yang hak.

sekian wassalam.

Umma-ali said...

Wa'alaikummussalam wrbt,
Anonymous...saya quote dari bayan2 yg saya dgr, selalunya bayan dari elders di ulang2 oleh pembayan yg bkn alim, kita kan msih belajar, jadi takdelah dinyatakan rujukannya...mgkin kalau nak rujukan bole baca kitab2 hadith yg ditulis oleh org2 'alim...dari blog ni kebyknya bkn yg 'alim kecuali segelintir...juga semasa khuruj di Bangalore,India beberapa kali kami dgr quote ayat itu oleh masturat2 yg berpengalaman buat usaha dakwah dan antaranya ada yg jadi perintis kpd usaha taklim masturat di negara kita dan berpuluh negara.Mgkin atas asbab pengorbanan mereka, keyaqinan mereka pada Allah sgt tinggi...Saya ni belum sampai pun 5 negara yg saya pergi, sbb tu lah mintak maaf byk2 tak dpt meyaqinkan pembaca apatah lagi diri sendiri...maaf di atas kesilapan saya...saya masih dan sedang belajar...
Buah cempedak di luar pagar...haa sambunglah sendiri...
Thanx 4 ur comment, insyaAllah saya berhati2 dalam n3 yg akan datang...
Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Ajillullaha yaghfirlakum" = "Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya".(HR Ahmad).
Aamiin...

haazaa kalaamu robbi