Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat luangkan masa lagi untuk menyambung cerita...
Nabi kita Muhammad SAW tentunya ramai yg maklum akan keadaan isteri2 baginda yg memang memberi galakan dan dorongan tanpa berbelah bagi lagi bersepadu dalam usaha dakwah sehingga kita di hari ini dapat mengecap kenikamtan sebagai org2 beriman...
Khadijah ra tak perlulah saya cerita panjang lebar kerana kita semua tahu bahwa beliaulah org yg pertama memeluk agama Islam, dan di kala semua orang menolak baginda Rasulullah SAW, beliaulah yg telah banyak memberi kata2 perangsang sehingga menjadi tenang suaminya...Pernah sahabat2 ranhum mengajukan soalan kpd Rasulullah SAW bagaimana baginda dapat sabar dgn kerenah org2 Quraysh yg sentiasa menentang baginda, kalau pagi keluarnya baginda dgn baju putih bersih, senjanya baginda pulang dgn baju yg penuh kotoran, debu ,malah najis...sahabat2 begitu kagum dgn semangat dan ketahanan baginda SAW... Namun apa kata baginda SAW ialah apabila baginda masuk ke rumah, disambut dgn senyuman manis Khadijah ra, demi terlihat saja wajah Khadijah ra maka hilanglah segala jerih perih, kerisauan, kesedihan baginda...sehingga baginda rasa aman sejahtera dan bersemangat lagi untuk berdakwah...
Ayuk, ibu2 semua, apa peranan kita...janganlah bila suami pulang kita giat sekali menceritakan kepenatan kita melayani kerenah anak2 kita tanpa kita bertanya kepada suami kita, siapa abang dah tasykil hari ini, apa masalah kerja abang hari ni, boleh saya jadi telinga yg sentiasa sedia dan sudi mendengar segala keluhan, tekanan perasaan suami kita setiap suami kita pulang dari berdakwah, pulang dari mencari keperluan dll... InsyaAllah kita akan berubah dan boleh berubah, ya...bukan malaysia saja BOLEH!!! kita pun BOLEH!!!
Aisyah, Hafsah, Zainab, Saudah, Sofiyyah, Juwairiyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, dan Maimunah (radhiAllahu'anhum ajma'in)adalah nama2 yg tersohor bergelar 'Ummuhatul Mukminin' = ibu kepada org2 mukmin...Byk kisah2 mereka yg boleh jadi ikutan kita sebagai mukminah yg menjadi sayap kedua kpd suami kita dalam perjuangan menghidupkan agama keseluruhannya dalam diri kita, keluarga, dan ummat seluruh alam.
Teringat saya kisah pada masa Perjanjian Hudaibiyah sewaktu NabiSAW dan sahabat2 baginda berkhemah di luar kota Makkah untuk masuk mengerjakan umrah, dan org2 kafir Makkah telah membuat satu perjanjian perdamaian dgn org2 Islam...Keinginan untuk masuk mengerjakan umrah sangat menebal dalam hati sahabat2 sehingga apabila Rasulullah memutuskan untuk tidak jadi masuk ke Makkah, mereka begitu hampa sehingga ramai yang berdegil untuk tidak taat kepada keputusan Rasulullah SAW...Baginda SAW amat kecewa dgn sikap para sahabat dan dgn sedih dan risau telah masuk ke dalam khemah bertemu Ummu Salamah yg mengikuti rombongan baginda, dan memberitahu isterinya akan sikap para sahabat dan kerisauannya akan kemurkaan Allah terhadap mereka kerana tidak mentaati keputusannya...Dgn tenang Ummu Salamah memujuk Rasulullah SAW agar mencukur kepalanya tanda tahallul, keluar dari keadaan ihram, insyaAllah sahabat2 pun akan turut serta.Maka baginda SAW menerima syor isterinya dan keluar dari khemah.Sahabat2 baginda yg melihat keadaan baginda langsung semuanya pakat2 bertahallul juga...Nah! Inilah syor dari seorang isteri Rasulullah SAW yg telah menyelamatkan sahabat2 dari kemurkaan Rasul SAW dan Allah SWT...Dan juga telah mamberi ketenangan dalam hati suami tercinta apakala dilanda kerisauan yg amat dahsyat...
Kita???Apabila suami kita mengadu tentang kesusahan mengajak org kepada agama, apa kata kita??? Apa kita nak cakap?? Alaa, runtuh langit pun tak de lah dia nak ikut abang... atau... memang susah nak ajak orang2 jahil ni bang... Astaghfirullah...istighfarlah kita banyak2, sekurang2nya 100 pagi, 100 petang, kerana kita memang banyak buruk sangka dgn ummat... InsyaAllah kita ubah lepas ni ya, cuba kita tanya suami kita, siapa abang jumpa hari ni, beritahu nama dia nanti saya doakan dalam tahajjud...atau...Nabi SAW ketuk pintu Abu Jahal 1800 kali!!! Abang baru 30 kali dalam sebulan...x brutal lah camni...Haha insyaAllah ya ibu2, kita pun bkn pandai agama, kekadang semangat JAWS kemain...dalam diri sendiri ngalahkan ikan bilis...ajak 3h masturat macam2 alasan....'jom pegi berkelah...' tak lengah berkemas...atau 'jom pegi Cherating!Tp abg xdpt cuti, masa cuti kena pg sekolah'...takpe, kita doa Allah lembutkan hati pengetua sekolah abang, mesti dapat cuti punya...Tapi untuk dakwah, bang, janganlah asik mc je, cuti je, nanti tak dapat naik pangkat... InsyaAllah ibu2 semua bukan jenis yg ini kan...kita sama2 doa dan sentiasa beri galakan dan dorongan kepada suami...bukan tak boleh pegi Cherating, tapi setiap tahun 10 ke 15 hari tu, kena juga kita fikir2kan dan buat jadual untuk setahun penuh, bila 3h kita, bila 10-15 hari kita dan juga nisab2 suami kita...Kalau mati pun dah kira siap jadual khuruj kita insyaAllah niat pun dah dapat pahala, kan...
InsyaAllah kita sambung lagi dgn kisah sahabiah2 pula...eh, bila nak habis ni!!!
No comments:
Post a Comment