haazaa kalaamu robbi

Sunday, March 7, 2010

WANITA DI SEBALIK TABIR SEORANG LELAKI II

Assalamualaikum,
Kisah seterusnya, Nabi Ibrahim as mempunyai 2 org isteri Sarah dan Hajar yg sama2 membantu usaha dakwah suami mereka.Diceritakan sifat Nabi Ibrahim as ini suka makan dgn tetamu.Kalau takde tetamu, dia takkan makan, sehinggalah ada tetamu yg dtg baru dia makan.Kalau tidak dia akan ke hulu ke hilir mencari orang untuk makan bersama2nya.Isteri pertamanya Sarah seorang wanita yg suka masak untuk tetamu...ngam aje lah kan dgn suaminya yg suka makan dgn tetamu.Satu ketika, dtg beberapa org malaikat yg disangkanya manusia biasa. Maka Nabi Ibrahim as pun meng'order' lah sajian dari isterinya iaitu  ijlin haneez  @ anak lembu yg dipanggang...tau2 dh siap dah masakan itu, tapi tak pun disentuh  oleh tetamu2nya kerana ternyata mereka bkn manusia tapi malaikat...yg tak makan minum mcm kita...Apabila Nabi Ibrahim as nampak takut dan terkejut maka malaikat pun mententeramkan dia dgn berkata kami ini malaikat yg di utus oleh Allah kepada mu untuk memeberitahu mu 2 perkara, 1.kaum Luth as akan di timpa bala kerana kedegilan dan kemaksiatan mereka (homosexual) dan 2.kamu akan dapat anak dari Sarah, seorang yang 'alim...(wah, belum lahir sudah 'alim,tak payah ke pondok lagi, dah dapat gelaran)...
Sarah yg mendgr perbualan itu telah menepuk dahinya terkejut kerana dia sudah tua pun akan dapat anak, tapi demikianlah kehendak Allah...Haa, bagaimana boleh dapat anak yg 'alim wpun belum dilahirkan, baca balik bahagian atas tu...Sarah suka masak untuk tetamu...ibu2 kalau nak dapat anak2 yg 'alim, bkn setakat tinggalkan je kat madrasah/pondok tu, tiap2 bulan hantar bekalan makanan dan wang belanja...tapi ikutlah macam Sarah, suka masak untuk tetamu, apalagi kalau tetamu2 Allah, org yg selalu dtg ke masjid, org yg buat kerja kenabian, lebih2 lagilah kita masakkan dan bagi makan...tanya cik abang ada tak jemaah2 yg sedang bergerak sekitar tempat kita ni, abang belilah lauk, saya masakkan beriani, eh,eh, bkn beriani pun boleh.......insyaAllah niatkan supaya Allah ganjarkan dgn mendapat anak yg 'alim...mudah je kan, saham dunia dan akhirat...insyaAllah...

Hajar pulak, memang kita sudah maklum akan sifat pengorbanan yg tinggi dari wanita tersohor ini yg mana tingkahlakunya menjadi rukun haji iaitu berlari2 anak antara Sofa dan Marwa...baik nabi, raja, presiden, pak menteri, dan sapa2 pun juga kalau tak lari2 antara sofa dan marwa ni, tak dikira haji dia...Masa saya di sana dulu, setelah berhempas pulas bertawaf (first time...) kemudian buat saie, airmata tak dpt dibendung2 lagi, mengalir terus, memikirkan saya ni lari2 tapi suami ada di sebelah...tapi Hajar dulunya lari2 sendirian, dgn kerisauan tentang anaknya yg kehausan, suami pergi jauh buat dakwah...Tapi pengorbanan Hajar ini membuahkan hasil yg amat tinggi nilainya kerana dari zuriatnya lahir Nabi akhir zaman, Muhammad saw...
Dan ada juga saya dgr bayan, mujurlah Hajar lari2 7 pusingan saja...Kalau dia lari2 20 pusingan, ramai lah para haji yg syahid...nak menghabiskan saei mereka...x pun, ambulans mesti byk tunggu nak bawak org yg pengsan lepas saei...hehe lawak kejap...

Dan Hajar bukan saja ditinggalkan, cukup itu aje, malah di ambil tanggungjawab mengasuh anaknya sehingga sampai tahap ketaatan yg tinggi pada Allah dan ayahnya, dgn bersedia disembelih demi untuk mentaati perintah Allah...ujian yg paling klimaks!!! Di sudut lain, bagaimana anak Nabi Nuh yg terdidik dgn sifat buruk ibunya, ayahnya ajak naik kapal, taknak pulak dia...cuba anak kita, kita ajak naik kapal, naiklah nak...JOMMM!!!katanya, takpayah 2,3 kali ajak kan... Tapi Nabi Ismail, diajak untuk di sembelih...mau aje dia, tak banyak songeh...tak tanya byk, perintah Allah? InsyaAllah saya siapp/sedia!!! Kerana apa? Tarbiyah ibu semata2...ayah tak duduk di rumah, baca paper ke, basuh kete ke, berkebun ke...malah pergi berdakwah...jadilah Hajar ibu dan ayah kpd Ismail...

InsyaAllah sambung lagi...

3 comments:

seorangnenektua said...

Salam
Insaf insaf...
Sungguh tangan yang menghayun buaian itu perlu betul minda dan cara mereka berfikir.

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

umma Ali.. masakkan beriani tu apa? teman na pernah cerita, nanti kl sudah ikut usaha masturah, dibagi menjadi per team, salah satunya team khidmat, yaitu utk masak2.. benar?

na tak pandai masak..apa nanti bs diajari dulu?

na pernah baca buku masturah, salah satu diantaranya ada penjelasan mengenai tarbiyah untuk anak.. buku itu kata, kata2 pertama yg diajarkan anak yg baru belajar bicara adalah kalimat thayyibah.. subhanallah...

besarnya peran wanita ya Ummi untuk usaha atas agama..

Umma-ali said...

Wa'alaikummussalam wrbt,

Nek, memang tangan yg menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Tapi la ni ada juga tangan yg menghayun buaian tu tgn si bapak sbb maknya pegi keje...x kesahle tu, janji dapat beri didikan yg baik, kan...

Na, nasi beriani ni special biasa di jamu waktu kenduri walimah...
Na nak rasa jemputlah ke malaysia...hehe.
Benarlah teman Na beritahu tapi masak biasa2 aje, bisa belajar jugak.Karkun ramai yg belajar masak waktu keluar berjemaah sehingga ramai org lain mengakui memang org tabligh ni pandai masak sebab waktu keluar kena masak sendiri tanpa isteri di sisi... Inikan pulak kita yg perempuan tentu lebih cepat belajar nanti, jgn risaulah Na...masak bening pun ok juga...masa berjemaah ni semuanya sedap aje, Allah beri nikmat...

haazaa kalaamu robbi