Sahabiah...seperti sahabah radiAllahuanhum ajma'in...
Mereka umpama bintang2 di langit, jika kamu ikut salah seorang dari mereka, nescaya kamu tidak akan tersesat...mafhum hadith Rasulullah SAW - lebihkurang maqsudnya...
Fatimah Azzahrah, ketua para wanita di syurga, kenapa dia mendapat gelaran ini?
Pernah saya dgr bayan,gelaran ini adalah kerana dia tidak pernah menyungut apabila ditinggalkan oleh suaminya Ali RA untuk pergi berjihad mengajak manusia kepada Allah SWT.
Satu ketika Ali RA pulang ke rumah dan mendapati tiada apa2 untuk dimakan, apabila diajukan soalan, Fatimah menjawab sudah 3 hari takde makanan, maka Ali RA berkata, kenapa kamu tak beritahu aku, supaya aku dapat pergi mencari keperluan makanan untuk kita...di jawab Fatimah RA, jika aku beritahu kamu tentang ketiadaan makanan maka kau akan fikir dan usaha untuk itu, maka apa akan jadi pada ummat, yg masih ramai perlu di fikirkan dan di dakwahkan...
Seorang sahabat Farrukh RA keluar ke jalan Allah ke sebuah negara yg mana azamnya selagi tidak tegak Islam di negara itu dia tidak akan pulang (lebih kurang riwayatnya)...maka dia usaha di negara itu, tahu2 dah 27 tahun dia buat usaha barulah Islam betul2 mantap di situ...Dia pun pulang ke Madinah, langsung ke masjid untuk solat spt kebiasaan sahabat2 apabila pulang dari jalan Allah pergi masjid dulu, solat, baru pulang rumah, ini juga sunnah Rasulullah SAW...
Setibanya di masjid selesai solat tahiyyatul masjid, langsung dia duduk dalam halaqoh iman yg mutakallimnya seorang pemuda...Di teleknya pemuda itu, aku tak kenal dia ni, masa aku masih di sini, mungkin dia belum dilahirkan, bagusnya anak ini, alangkah...jika aku mempunyai anak seperti dia...getus hati kecilnya.
Selesai majlis Farrukh pun menyusuri jalan menuju ke rumahnya...di belakangnya pemuda tadi pun melalui jalan yg sama.Akhirnya mereka berhenti di rumah yg sama.Mahu ke mana kamu?Tanya Farrukh. Masuk ke rumah saya, jawab pemuda itu. Pakcik mahu ke mana? Masuk ke rumah pakcik lah...Eh, ini rumah saya... Iya ini rumah pakcik, mungkin kamu silap...Dalam hatinya Farrukh berfikir, adakah pemuda ini sudah berkahwin dgn isteriku, org yg masih ada suami, dikahwini??
Setelah beberapa kali bersoal jawab, keluarlah seorang wanita dari pintu rumah seraya berteriak, panggil lah ayahmu masuk nak!!! Haa, anakku...masyaAllah...terkejut Farrukh...
Bertemulah anak dan ayah buat pertama kalinya...rupa2nya semasa Farrukh keluar ke jalan Allah 27 thn yg lalu, isterinya sedang mengandung, tanpa diketahuinya...
Farrukh ini seorang yg kaya, sebelum keluar rumah dia telah mengamanahkan sekarung wang kepada isterinya, di suruh simpan baik2...dulu takde bank...simpan kat rumah aje.Bila dia teringatkan wangnya, di ajukan soalan kepada isterinya tentang wang sekarung itu...Isterinya soal kembali, kamu mahu wang, atau seorang anak yg 'alim??? Tentu sekali anak yg 'alim, jawab Farrukh... Saya telah menghabiskan wang itu untuk belanja pelajaran anak kita... Farrukh sangat gembira walaupun habis wangnya tapi ternyata berbaloi kerana dia dapat seorang anak yang berilmu agama yg tinggi, beri manfaat kpd agama...dan anaknya itulah Rabiah, guru kepada Imam Malik...
Beginilah kesan tarbiyah dan pengorbanan seorang ibu, walaupun ayah tiada di samping namun dia tetap memberi tarbiyah yang baik sehingga mendapat anak yg begitu tinggi darjat ke'alimannya...seorang diri dia mendidik anaknya...masyaAllah...semoga kita juga dapat jadi begitu ya ibu2...Tiada yg mustahil bagi Allah, hanya kita yg masih lemah, kurang tawakkal padaNya...
Seterusnya, kita renungi kisah Imam Bukhari yg memang sudah terkenal di serata pelusuk dunia.Tidak ada madrasah ilmu yang tidak mengambil kitab sohihnya sebagai salah satu matapelajaran yg wajib...
Ibunya Imam Bukhari seorang wanita yg kayaraya,namun dia habiskan semua hartanya untuk menghantar anaknya belajar agama ke serata dunia, sehingga habis semua hartanya...lihat saja dalam blog saudara Ziarah 76, guru Imam Bukhari berapa semuanya...1018 orang, kalau tak silap saya...cuba klik blog ini:
http://ziarah76.blogspot.com/2010/03/buku-biografi-imam-al-bukhari.html
Sekarang ibubapanya tersenyum dalam kubur selepas lebih 1000 thn masih lagi pelajar2 yg menyebut2 'rawahul bukhari' setiap sebutan mendatangkan hadiah kepada ibubapanya...masyaAllah, tentunya kita cemburu dgn nikmat ini...Yg besar peranannya ialah ibunya, sekali Imam Bukhari terkena penyakit cacar yg menyebabkan matanya buta...ibunya menangis tiap2 malam berdoa agar Allah menyembuhkan mata anaknya...tidak putus2 doanya, bkn macam kita, doa 5 minit, kemudian tidur...ok lah tu ada juga doa... tapi ibu Imam Bukhari doa lagi dan lagi, selagi belum terkabul dia doa kerana dia tahu doa seorang ibu pasti diterima Allah sehinggalah satu malam Imam Bukhari mimpi berjumpa Nabi Ibrahim AS yg memberitahunya doa ibumu sudah dikabulkan Allah...bangun tidur langsung celik matanya, boleh melihat kembali...
Sheikh Abdul Qadir Jailani, yg terkenal ceritanya, dari awal proses pertemuan ayah dan ibunya sehinggalah ibunya mengandungkannya sentiasa berpuasa dan membaca Al-Quran sehingga lahirnya di bulan Ramadhan si anak kecul ini tidak mahu menyusu walaupun beberapa kali di cuba...tapi apabila masuk waktu iftar, barulah dia mahu menyusu...masyaAllah...lahir terus puasa, kerana sudah di didik dalam perut... Kita semua tahu bagaimana susahnya kita nak tarbiyah anak kita bila dia nak mula2 puasa Ramadhan,kan! Selang 2,3 minit bertanya, ummi dah pukul berapa, lama lagi ke nak iftar...sampai jemu kita nak menjawab, itu tarbiyah zaman kita ni lah...ok juga dapat tarbiyah, daripada langsung tak didik anak untuk puasa kan...
Dan kita juga tahu ceritanya bagaimana ibunya tarbiyah dia untuk solat dulu, minta makanan pada Allah, barulah buka tudung saji dan makan, sehingga satu hari, ibunya terlewat menyediakan makanan kerana terlewat pulang dari menziarahi seseorang, lantas si anak ini terus solat seperti biasa dan buka tudung saji terus makan, dan katanya inilah makanan yg paling enak...ibunya yg lewat pulang dlm perjalanan sentiasa berdoa, ya Allah, sekian lama aku tarbiyah anakku supaya yaqin bahwa Kau yg beri dia makan, hari ini aku terlewat, janganlah kecewakan daku dan anakku...ternyata Allah tidak mensia-siakan doanya...
Setelah Syeikh Abdul Qadir Jailani membesar ibunya in hantar anaknya belajar ke tempat yg lebih jauh, makanya dia dan anak perempuannya, kakak kepada Sheikh Abdul Qadir, mempersiapkannya. Ibunya berpesan, jangan sekali-kali kamu berbohong, sentiasalah bersikap jujur. Kakaknya menjahitkan lengan bajunya yg di isi dgn beberapa keping wang supaya selamat wang itu dari tercicir dan hilang.
Dalam perjalanan, seorang perompak telah merompak Syeikh dgn bertanya, kamu ada wang, berikan padaku...Syeikh menjawab, saya ada wang di dalam lengan baju saya ini...Perompak kehairanan, kenapa kamu beritahu aku, kalau kamu tak beritahu, aku tentu tidak menyangka sama sekali ada wang dalam lengan baju kamu...Syeikh berkata, ibuku berpesan supaya sentiasa bercakap benar...Maka si perompak tadi amat sangat menyesali perbuatannya dan insaf melihatkan sifat seorang anak yg jujur, lalu dia pun tidak merompak lagi...
Begitulah ibu2 inilah contoh2 bagaimana di sebalik setiap lelaki yang cemerlang terbilang itu, ada wanita di belakangnya yang medidik, mengasuhnya dgn baik, memberi semangat kepadanya untuk maju dalam apa bidang sekali pun...dgn pengorbanan demi pengorbanan, wanita2 ini telah dapat melahirkan generasi lelaki2 yg di segani dahulu dan sekarang...
Benarlah kata2 seorang hukama'
WANITA TIANG NEGARA,
APABILA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH NEGARA,
DAN APABILA IA SOLEH, MAKA SOLEH LAH NEGARA
Semoga kita juga mendapat sedikit semangat dari kisah2 ini untuk kita jadikan suri tauladan agar lahirlah nanti dari rumah2 kita generasi2 yang terbilang bukan saja di dunia , malah di akhirat yang kekal selama2nya... Andai ada tersilap bahasa, tersinggung di hati saya mohon kemaafan dari pembaca sekelian...bukan hasratku nak pancung sesiapa...
cuma nak semelih je...halal tuu...kwang,kwang,kwang!!!
jangan marah, bacalah tasbuh kifarah..
wassalam
2 comments:
Asalamualaikum ummu Ali
Sungguh hebat pengorbanan Sahabiah dan tabi'in[wanita zaman tabi'in panggil apa? tabi'innah ke? ish mandai mandai ! abaikan]
Kalau hantar suami atau anak keluar khuruj mereka tak harap anak pulang balik kepangkuan.Serah 100% kepada Allah jalla jalaluh.Tapi nenek bila anak keluar khuruj doa keselamatan siang malam.lagi lama keluar lagi panjang doa merayu rayu.padahal yang keluar tu nak sangat mati jalan Allah.Iman sangat lemah! hu hu hu
Wslm, nek...samalah kita...karkun akhir zaman, book tiket to n fro, dah tau tarikh pulang...sahabiah babai tp tak harap kepulangan suami atau anak2...semoga Allah terima pengorbanan kita yg sedikit ni...
Post a Comment