haazaa kalaamu robbi

Saturday, March 6, 2010

WANITA DI SEBALIK TABIR SEORANG LELAKI

Assalamualaikum,
Biasa dengar atau baca kisah Nabi Musa 'alaihissalam, kan?
Setiap kisahnya ada wanita yg menjadi tulang belakangnya...
Bermula semasa bayi, ibunya yang telah usaha menyorokkannya dalam tempat pembakar roti @ oven lah ikut bahasa semasa...ilham dari Allah SWT...agar dia tidak ditemukan dgn tentera2 fir'aun laknatullah yg berusaha membunuh setiap bayi lelaki keturunan bani israel.Malah tentera2 ganas itu telah pun masuk ke dalam rumahnya tapi sedikit pun tidak terlintas untuk membuka pembakar roti itu...iyelah kalau ikut logik akal pun buat apa cari dalam tempat yg panas tu...buang karen je, sebab kalau ada pun tentunya dah masak bayi tu kat dalam oven tu!!!
Tapi itulah antara mukjizat Nabi Musa 'alaihissalam yg mana tidak sedikit pun terkesan dari kepanasan oven tu dan selamatlah ia dari dibunuh...
Tapi tentera2 itu akan datang lagi dan geledah lagi, jadi kerana khuatir keselamatan anaknya, maka ibu Nabi Musa as telah berusaha menghanyutkan dia di sungai dan inipun adalah ilham dari Allah SWT yang mana apabila Allah Berkehendak sesuatu terjadi, maka ia pun akan terjadi walaupun berlawanan dgn asbab... Di kisahkan bahawa bekas yg mengandungi bayi Nabi Musa as ini, hanyut ke hulu, bukan ke hilir seperti yg kebiasaannya air mengalir...
Pada masa ini, seorang wanita lagi iaitu kakak Nabi Musa as telah memainkan peranannya pula iaitu telah menyusuri tebing sungai mengikuti arah ke mana pergi adik bayinya itu....ini pun atas nasihat ibunya.Dan ternyata dalam sejarahnya Nabi Musa as ini bahawa ia telah hanyut mudik ke hulu sehingga sampai ke kawasan istana firaun di mana pada masa itu Asiyah isteri firaun sedang mandi manda di dalam sungai dan demi terpandangkan Nabi Musa as langsung hatinya cairrr dan jatuh kasih sayangnya langsung teringin dia untuk mengambilnya sebagai anak angkat...Dan kakak Nabi Musa as yg tadi mengekori adiknya diam2 telah pun melapurkan kejadian ini kepada ibunya...Waduh, tentunya risau si ibu tadi, iyalah, nak ngelak dari firaun, rupa2nya hanyut terus ke istana firaun...tapi Allah berkuasa makhluq langsung takde kuasa...Asiyah telah dapat memujuk firaun untuk menjadikan bayi yg comel itu sebagai anaknya, lagipun dia sendiri memang takde anak...Firaun pun sebenarnya cuak juga melihat bayi tu, dalam hatinaya berkata mungkin inilah bayi yg telah diramalkan oleh nujum2 nya yg bakal menjatuhkan dia....Tapi bila dia melihat wajah Nabi Musa as yg masih bayi itu, hatinya pun jatuh kasih dan tak sampai hati nak buat apa2...ikut ko le Asiyah...mungkin begitu getus hatinya...
Sebenarnya korang nak tau, dah tau kot, takpe saya beritau juga...Allah SWT yg Maha Berkuasa telah menetapkan bagi sesiapa yg melihat atau terpandang akan Nabi Musa as ni hatinya memang cairrr...tak boleh nak marah...dan ini termaktub dalam Al-Quran sendiri, saya pun lupa surah apa, ayat berapa, nanti insyaAllah saya buat rujukan, insyaAllah.
Ada kisah bahawa seorang Nabi telah dapat menginterview syaithon laknatullah...dia tanya syaithon, sapa makhluq yg paling kau benci? Syaithon kata, anak adam = manusia lah... Dalam ramai2 anak adam ni sapa yang paling kau benci sekali? Syaithon kata, para anbiya' kerana mereka ni telah menghancurkan usaha aku. Tapi kau nak tahu, kata syaithon, ada seorang nabi tu , aku memang tak boleh nak benci dia, walaupun aku dah cuba...Siapa? tanya nabi tadi... Nabi Musa, jawab syaithon. Kenapa? tanya kembali nabi tadi... Syaithon kata, entahlah akau pun tak tahu...  Hah! inilah kerja Allah, yg Berkuasa membolak balikkan hati kita dan semua makhluqNya...
(Sebab tu jgn kata polan ni kemain benci dia dgn tabligh...bukan begitu, oleh Allah dibuatnya hati dia benci, tapi kalau Allah tukar mungkin dia jadi suka pulak...)
Kembali kita kepada kisah Nabi Musa as tadi, dah jadi ahli istana.Dan Allah taqdirkan ibunya sendiri yg menyusukan dia tanpa diketahui firaun yg itulah ibunya yg sebenar kerana Nabi Musa as tak mahu menyusu dgn org lain...akhirnya kakaknya yang dok spying dari awal tadi beritahu ibunya supaya pergi ke istana dan offer untuk jadi ibu susuannya...Cantik sungguh plan Allah SWT...
Kemudian setelah bayi comel ini semakin membesar maka pada suatu masa dia sedang bermain2 dgn firaun dan di tarik2nya jnggut firaun...tersentak seketika firaun dan dalam hatinya tergerak bahwa inilah bayi yg bakal manjatuhkan dia dan kerajaannya, mahu dihabiskan di situ juga bayi itu!!!
Namun sekali lagi, Asiyah telah memujuk rayunya dgn berkata bahawa dia hanyalah seorang bayi, biasalah main tarik2 janggut ni, kannn...Dan firaun tak puas hati, di ujinya bayi itu...
Maka diletakkan ketulan2 emas bersebelahan dgn ketulan2 bara api. Lalu di letakkan Nabi Musa as yg masih bayi untuk memilih...Sebenarnya Nabi Musa as telah menghulurkan tangannya untuk mengambil ketulan2 emas tadi, kerana dia bakal seorang nabi, tentunya akalnya bukan seperti manusia biasa, tapi atas sebab2 keselamatan, Jibril as telah menepis tangan Nabi Musa as dan lantas telah diambil oleh Nabi Musa as akan ketulan2 bara api tadi dan seperti kebiasaan bayi2 telah memasukkan bara api tadi ke dalam mulutnya maka melecur dan cedera lah lidahnya sedikit dan inilah asbab yg menjadikan dia tersekat2 apabila berbicara...tak lancar...org kata pelat, ada org kata gagap...yg bila dia dilantik jadi Nabi dia doa agar Allah pilih juga saudaranya Harun as jadi nabi, untuk membantunya kerana dia sendiri agak tidak lancar ketika berbicara...dan ini jugalah asbab ayat yg menjadi doa kita semua iaitu "Robbisyrohli sodri, wayassirli amri...dstnya"

Jadi kesimpulan ceritanya Nabi Musa as ini, di belakang tabir sejarahnya ialah 3 org wanita dan kemudian ada lagi wanita2 lain selepas itu iaitu isterinya dan saudara perempuan isterinya yg dia tolong semasa dalam pelarian meninggalkan istana dan kerajaan firaun...

Ini baru kisah Nabi Musa as, insyaAllah saya akan sambung lagi pada n3 akan datang kisah2 yg lain...
InsyaAllah kita juga tekad untuk jadi pendorong dan penggerak kepada usaha agama, sama2 berganding bahu dgn kaum lelaki...Sejarah telah membuktikan dgn adanya kaum hawa, usaha dakwah kaum adam meningkat dan mencapai kejayaan...

Tuhannya ibu, kakak, dan ibu angkat Musa as (Asiyah) juga Tuhan kita...

2 comments:

soleh solehah said...

Salam kak uma-ali,
haa sambung kak jgn tak sambung..syok lah pulak bacanya..semoga cerita akak ni memberi dorongan kepada kaum perempuan macam saya nih..amin..tq

Umma-ali said...

Wa'alaikummussalam Izat & Ina,
Ini dalam proses menyambung cerita lah tapi asik tangguh aje, tak dpt nak beri tumpuan betul2...InsyaAllah bila dikehendaki Allah akan siap lah tu...
Dah buat rujukan ayat 39 surah Thoha, cuba baca beberapa ayat di situ tentang ceritanya Musa as dihanyutkan...dan bagaiman Allah melimpahkan kepadanya kasih sayang yg datang dari Allah swt sendiri sehingga setiap orang yg memandang nya akan merasa kasih sayang padanya...WAllahualam...

haazaa kalaamu robbi