haazaa kalaamu robbi

Tuesday, March 23, 2010

TEMBORO perihalnya...

Assalamualaikum,
Nak coret sikit, masa tak mengizinkan untuk celoteh bnyk...insyaAllah lain masa...
Pondok Pesantren AlFatah,
Santri/pelajarnya lebih 8000 yg tinggal di pondok termasuk santri putri 2000 lebih.
Belum masuk yg berulang alik dan yg di serata Indonesia di cawangan2nya...

Kampung Temboro patut kita cemburui...
Pagi2 bersimpang siur anak2 ke sekolah dgn berbasikal, berspedar motor?motosikal, berjalan kaki tapi yg jelas semua bersongkok/kopiah bg yg lelaki, dan yg wanitanya bertudung labuh, ada ramai yg bercadar/purdah sehingga anak2 tadika pun tak canggung berpurdah...
Terusik juga hati melihat anak2 gadis mengayuh basikal maemakai jubah hitam, coklat dan bertudung serta purdah!!!
MasyaAllah...ke arah Madinah al Munawwaroh zaman baginda SAW...

Bila agak2 dah nak masuk waktu solat, kedai2 ditutup, org2 lelaki/rijal berjalan menuju masjid berjubah, berserban, berkopiah...ramainya...

Bila kami keluar dari kampung itu seolah2 ada sempadan suasana, iya bila kelihatan wanita pakai celana pendek, tak bertudung, lelaki tak berkopiah mundar-mandir...anak2 saya bilang...ini tentu bukan desa Temboro lagi, sudah nampak aurat masing2...

Tanya supir/driver yg asalnya penduduk Temboro, berapa ramai yg sudah ikut dakwah di sini? Maqudnya yg sudah biasa buat usaha atas iman amal ikut cara Nabi saw? Dijawabnya 90% sudah ikut...tinggal hanya 10% yg perlu diusahakan lagi...

MasyaAllah...

Ok tutup laptop nak solat zohor...

Wassalam...

7 comments:

Ziarah76 said...

subhanallah...
saya dah isteri azam jemaah masturat ke sana, amin.

Ziarah76 said...

saya 'dan' isteri (salah taip yg atas tu).

Suraya said...

Masya-Allah...

byk saham masuk 'poket' cekgu yg jd antara yg terawal usahakan hidupkan usaha di sana tu....

Umma-ali said...

Salam,
Saudara ziarah76, insyaAllah diqabulkan Allah...saya pun dah lama azam nak kuar sana, lum dapat2 lagi...dapat pegi ziarah aje pun alhamdulillah...emm, kalau dpt pegi nnti boleh join?

Suraya, awk knl ke cikgu tu? Saya kenal, org melaka,bekas cikgu kpd suami saya...Sbb tu kita kena usaha sungguh2, tak tau yg mana Allah nak bagi bonus...

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Alangkah dicemburuinya perkampungan sebegini..

Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.. (al-'Araf: 96)

kampung orang dah maju, kampung sendiri tertinggal jauh nun di belakang.. hm.. lantaran lemahnya memberi masa hari2 untuk usaha agama..kena istighfar byk sy ni..

Umma-ali said...

Wkmslm Ishak,
Tidak mustahil kampung kita pun boleh maju...itu yg bermain2 di kepala saya...kalau mereka boleh wujudkan suasana beragama di sana, kita pun boleh,Allah beri kita tertib yg sama, 5 amal maqomi yg sama...2 stgh jam yg sama, gasyt yg sama, 3h setiap bulan pun sama, selain mesyuarat dan fikir harian yg sama...kenapa kita tak boleh? Kata pak kiayai uzairon dlm bayannya, usaha agama ni mudah aje...3h, 2stgh jam, 2 jaulah... tau2 Islam sudah tersebar ke Russia, Jepun, Perancis dll kerana yg sebarkan hidayah ialah Allah bukan kita...kita ikut tertib saja. InsyaAllah kita sedia, dgn bantuan dari kaum masturat juga insyaAllah kita majukan kampung kita, seterusnya dgn bantuan Allah, hidayat tersebar seluruh alam...amin.

Pensil said...

Salam, memang benar, kita kena dan tidak boleh tidak untuk bagi masa. Bila da'wah dijalankan baru suasana agama tersebar, sebaliknya suasana mungkar akan bermaharaja-lela sehingga mempengaruhi anak-anak karkun. Jadi karkun2 buatlah pilihan, nak anak jadi soleh atau sebaliknya. Kita kena lebih-lebih bangga dapat amalkan sunnah, barulah jiran2 dalam taman yang memakai seluar pendek, tidak bertudung rasa malu tidak mengikut syariat. Jika kita plak malu amal sunnah, tulah yang jadi sebaliknya.

haazaa kalaamu robbi