Pernah dahulu ada seorang raja tua berwasiat bahwa jika dia wafat, mayatnya hendaklah dimandikan oleh seorang yg mempunyai ciri2 ini:
1)semenjak baligh tak pernah tinggalkan solat tahajjud.
2)semenjak baligh tak pernah tinggalkan solat sunat sebelum asar (kerana solat sunat sebelum asar bukan muakkad, yakni dituntut, kalau seseorg tak tinggalkan solat ni, tentu sekali solat2 sunat yg lain dia tak tinggalkan).
Dan beberapa ciri2 kesolehan yg lain.
Sampai ajalnya...meninggallah dia...kini tugas org lain untuk menunaikan haqnya.Teringat akan wasiatnya, maka penbesar2 negara pun memanggil sekalian orang istana dan rakyat jelata, siapa2 yg mempunyai ciri2 yg di sebutkan, tampillah ke hadapan untuk memandikan jenazah raja.
Sehingga 3 hari berlalu tidak ada sesiapa pun yang tampil ke hadapan... nampaknya takde sapa pun yg ada amalan sebegitu soleh...Akhirnya tampillah seorang pemuda dgn tunduk tawadhunya ke hadapan sekelian rakyat dan berucap,
Saya seboleh2nya tak mau memgumumkan amalan saya kerana untuk menjaga keikhlasan saya tapi memandangkan sudah 3 hari jenazah ini belum dapat disempurnakan dan jenazah ini pula ialah jenazah AYAHANDA SAYA, maka saya terpaksa tampil ke muka...
Haa...ambillah iktibar wahai pembaca sekelian, seorang anak raja yg dibesarkan dalam istana, penuh kemewahan, bangsawan lagi, mempunyai sifat dan amalan kesolehan yg begitu tinggi...asbab didikan ayahanda bondanya yg tak kenal erti kemewahan harta dan kedudukan tinggi boleh mendidik anak menjadi begitu soleh sehingga tiada tandingannya dgn rakyat jelata...
Marilah kita azam sungguh2 didik anak kita dgn sunnah Nabi saw dgn surah, sirah dan sarirahnya...
Siapalah kita ni, bkn anak raja, bkn anak menteri, hanya orang biasa, takkan kita taknak jadi raja di akhirat nanti yg paling kecil jajahannya 10 kali ganda besarnya dunia ini...
InsyaALLAH sedia???
Aaamiiin...