Assalamualaikum wrbt...
Citer haji lagi...
hari ni KT 1 berlepas dalam pukul 1.30 pagi td kalau tak silap...
cehh cam wartawan lak...
bkn ape, sbb kakak saya dan suaminya ada dalam KT 1 tu...
haa tu pasal laa...
kemudian KT 2 kabarnya berlepas pukul 5 pagi...
ni pulak ada rakan seusaha tiga beranak yg berlepas dgn KT 2 tu...
sorang lagi tgh mengadap laptop KT RUMAH !!!
hu hu hu...huh!!!
LabbaikAllahumma labbaik...
labbaikalaa syarikala kalabbaik...
innalhamda wannikmata laka wal mulk
laa syarikalak...
seronoknya rasa melafazkan bait bait ini...
lebih2 lagi bila kita menghayati makna2nya...
tapi ada yg lebih terkesan bila melafazkan ikut rentak
kumpulan nasyid Raihan...
ada citernya...
masa kami buat umrah sunat,
rakan2 malaysia kita layan baca ikut lagu Raihan ni laa...
suami kata beliak mata pak2 arab nun...huhu!
biasalaa dorg tu mmg pantang kalau kita melagu2kan wirid dsbnya...
selepas haji, kami sempat bentuk 2 jemaah masturat dari hotel kami.
satu jemaah diputuskan dalam lingkungan tanah haram Makkah,
satu jemaah, saya dalam jemaah tu, diputuskan ke Jeddah...
tapi kita merancang, Allah yg menentukan.
kami tak dpt kebenaran dari pihak Tabung Haji untuk keluar dari Makkah.
akhirnya, kami keluar 1 hari di rumah yg sama dgn jemaah pertama tadi.
depa tangguh, kami sambung pulak 1 hari lagi...atas ihsan tuan rumah...
hanya Allah yg dapat membalasnya...
sebenarnya saya suka juga dapat keluar jln Allah di tanah haram,
sebab di sana setiap amalan kita digandakan 100,000 kali!
jadi wpun keluar satu hari, mcm keluar 100,000 hari dari segi ganjaran...
calculate lah adik2...
kalau kami pergi Jeddah kami dapat 3 hari X 700,000 = 2,100,000 ie 2.1 juta ganjaran utk setiap amalan dan setiap riyyal yg dibelanjakan...
tapi bila kami keluar di dalam Makkah al mukarramah, ganjarannya...haa siapkan calculator ye adik2!!!
1 hari X 700,000 X 100,000 = 70,000,000,000 ie 70K juta ganjaran!!!
(pardon me kalau tersilap kire, nenek le katakannn...)
sesungguhnya benarlah ia satu perniagaan yg amat menguntungkan...
ini belum lagi darab kalau org dah kahwin didarab 70x lagi,
bikin juling mata nanti...
'malaikat2 sanggup mengira butiran pasir di pantai,
namun malaikat2 tidak sanggup mengira ganjaran pahala yg di perolehi oleh orang yang keluar ke jalan Allah SWT...'
citer seterusnya...actually flashback...
kami dijemput dgn sebuah kenderaan MPV kepunyaan tuan rumah...
tapi drivernya rakan seusaha nusantara kelahiran Makkah,
Cikgu Najib...kecil orangnya,
biasalah melayu kita...asal Pattani.
dgn serban arab dan jubah serba putih,
musafahah dgn suami saya dan ahli jemaah rijal yang lain...
cuppp!!! dicium dahi mereka memang gaya arab tulin,
tersenyum kami dalam kelambu purdah kami...huhu, melayu arab...
wait seminit...bkn saja2 nak tgok org lelaki tau!
dah bayan hidayat, org lelaki tak bole nampak kita,
kita pun tak boleh tengok depa...
full hijab inside out...well, just a glimpse to get a picture of their lifestyle...
kemudian kami dibawa ke rumah tuan rumah yg agak jauh sedikit dari bandar Makkah,
tapi masih dalam lingkungan tanah haram...
bandar baru, kat cikgu najib...
sampai satu kawasan lapang di kiri kanan jalan,
padang pasir/batu...
katanya di sini tempat Bilal bin Rabah disiksa dgn di hempap dgn batu besar,
sepertimana kita tahu ceritanya yg penuh sabar...
AHADUN...AHAD!
AHADUN...AHAD!
itu saja lafaznya yg menambah jengkil hati si kafir!!!
airmata saya bergenang serentak dgn meremangnya bulu roma,
bila cikgu najib mention about the famous history...
sejurus kemudian kami sampai di kediaman mewah Dr. Nawawi,
hmm...sapa tak kenal dia, ramai rakan seusaha senusantara yg jadi tetamunya pada musim haji.
dgn keramahan sifat isterinya sebagai penyambut tetamu,
masih terbayang senyuman manisnya menyambut kami...
walaupun sudah 3hari dia melayan rakan kami yg sejurus lagi akan tangguh.
memang keluarga yg penuh berkat, mereka itu...
1 hari penuh kami dilayan gayanya macam raja,
dgn teh arabnya, kek dan juadah2 lain...
kami buat program sikit je, makan je lebih!! huhu! malunya...
mereka ni semuanya dilahirkan di tanah haram...
baik tuan rumah ataupun yg nusrah jemaah, kebanyakannya lahir di Makkah...
jealous rasanya...
memang pure arab, hanya physically Malay...
yang kami jumpa samada asal dari Pattani spt cikgu Najib,
atau dari kepulauan Indonesia spt Dr.Nawawi sekeluarga.
dan mereka ketemu jodoh dgn senusantara...yg indon kahwin dgn siam...
di sana takde org indon, ke siam ke lagi...
pokoknya nusantara...boleh, at least faham sikit2 bahasa melayu, cakap melayu memang ada yg tak tau...
hmm...citer pasal orang aje akak ni yea...
bkn apa, suka tengok gaya arabmelayu tu...
but most revealing ialah kefahaman mereka dalam kepentingan usaha agama,
wpun mereka tak boleh buat gasyt macam kat tempat kita,
tapi mereka ambil kesempatan untuk berjumpa pada sekian2 hari dan buat halaqoh percakapan iman yaqin dll sehingga kita nampak kefahaman mereka jauh lebih dari kita...subhanAllah...
semasa kami buat program muzakarah 6 sifat,
hmm terlopong lah bila giliran isteri tuan rumah yg cakap...
alhamdulillah, berkatnya kami pun tambah kefahaman lagi tentang 6 sifat sahabat.
Esoknya kami pulang dgn dihantar oleh tuanrumah dgn kenderaan yg sama...
part ni yg saya paling ingat sampai sekarang...
rupa2nya baru kami tahu Dr.Nawawi ini seorang yg gagap!
bukan nak mengumpat, saya tak berniat untuk merendahkan sesiapa,
cuma saya sangat kagum dgn semangat dakwah dia...
i tell u, gagap dia bkn sederhana tapi memang lebih dari gagap yang biasa saya jumpa.
susah betul dia nak sebut sesuatu perkataan!
namun sepanjang perjalanan tak berhenti2 dia bercakap perkara2 keimanan, targhib kami dll,
sehingga terkesan sampai ke hari ini...
perkataannya menambah kefahaman kita tentang iman, agama, kepentingan usaha agama,
dan byk nasihat2 yg lain...
kami masturat, biasalah org pompuan kan...tak sampai hati...
rasa nak beritahu dia cukuplah tu, kesian dia tergagap2 melafazkan setiap perkataan dgn penuh gigih.
namun suka nak dgr lagi dan lagi nasihat2nya...
begitulah bila jiwa dah penuh dgn fikir risau Nabi SAW,
tiada apa pun yg boleh jadi rintangan untuk terus maju dalam usaha dakwah!
hmm...macam entry saya yg dulu, tiada alasan utk tidak berdakwah!!!
insyaAllah isi nasihat Dr.Nawawi telah saya post dalam blog saya ni seawal2 pembabitan saya dalam kerja blogging ni, bolehlah korang semak balik kalau nak tahu...
http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com/2009/05/nasihat-dari-makkah.html
insyaAllah semoga Allah pilih kita utk tambah korban utk agamaNya...
teringin nak keluar jemaah masturat 2bulan di tempat kelahiran junjungan kita dan tempat bersemadinya jasad junjungan mulia Rasulullah SAW...
ku akhiri dgn kata2 Sayyid Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi seawal tahun 1950 semasa beliau menunaikan haji, ditemubual oleh sebuah stesen radio Arab Saudi, katanya...
"WAHAI SEMENANJUNG ARAB, DARIPADA MU LAH TERPANCAR CAHAYA YANG MENERANGI SEKELIAN ALAM. DI SISI MU LAH TERDAPATNYA KUNCI KEBAHAGIAAN ALAM...
WAHAI SEMENANJUNG ARAB, SEBENARNYA KAMI TIDAK PERLU KEPADA MINYAK PETROL YANG KAMU HASILKAN UNTUK MENJALANKAN RODA DAN ENJIN, TETAPI YANG SANGAT KAMI PERLUKAN IALAH KEPANASAN IMAN YANG MAMPU MENGHIDUPKAN AKAL DAN HATI...
BUKANKAH ALLAH TELAH MEMBERI KAMU KEISTIMEWAAN INI YANG TIDAK DIBERIKANNYA KEPADA NEGARA2 LAIN?"
Sekian...
Wassalam.
6 comments:
Salam,
SUBHANALLAH...terkesan sungguh!
Aslmkm..
Hehe. Nenek dah tunjukkan gamba cucu sulungnya yang comel tu..
Pujangga Urdu bermadah:
Setelah mencari dan mencari, akhirnya kami sampai di rumahnya. Ketika hati ini bingung, tiba-tiba muncul penunjuk jalan.
Semangat hatilah yang telah menyampaikkan kami ke rumah kekasih. Dalam hidup ini aku telah masuk di taman surga.
Syaikh Maulana Khalil Ahmad rah.a bersyair.
Di mana kami dan di mana sang kekasih.
Di dalam kesejukan udara di pagi hari ini kita telah bertemu.
Ini semua adalah kasih sayang-Mu.
Barangsiapa yang hatinya telah dilukai oleh perasaan cinta, bila ia telah sampai ke rumah sang kekasih, maka apa yang dirasakan dalam hatinya dan yang terpikir oleh otaknya tidak bisa dilukiskan dengan kata-kata.
Petikan madah dari Fadhilat Haji.
Salam Kak J
Subhanallah comelnya cucu tuu. Dia dok kat mana?
InsyaAllah tahun depan kami pun kesunyian...si bongsu pun nak ke madrasah..doa untuk kami jugak.
Salam,
CSue...alhamdulillah, yg memberi kesan ialah Allah SWT...
Ishak Zaini...baru dpt nk melayan blog...kkadang tak faham jgk puisi2 tuuu...
NH...cucu dok subang...taklim kat damansara, tp slalu dia ke paya jaras...
thn depan jd pngantin tua laaa...
insyaAllah sama2 doa, dah tgl berdua mudah nak nusrah jemaah...
"...cucu dok subang...taklim kat damansara, tp slalu dia ke paya jaras"
mcm sama ja dgn sy..hehe..klu suami ajak ke damansara tu berattt ja..alasan jauh & jam,lps zohor a bit rushing.mcm2 la..klu paya jaras tu sepelaung ja dh smpai.
-petot-
Salam
Ohh.. Dr Nawawi memang selalu ikram jemaah time haji.
Kami dulu dijemput makan, muzakaroh n bayan d rumah Osman Melayu di Mina. Kat sana memang jumpa Osman Pattani, Dr Nawawi dll yg ada khuruj kat sri petaling the same year. Rasanye Dr Nawawi jugak yg khidmat hantar kami balik ke hotel..esoknye kami ke Madinah.
Alhamdulillah lepas haji kami dapat khuruj 3 hari ke Jeddah. Tidur rumah msian Rohaizad tapi pagi2 pergi rumah Indon utk buat prog. Ada perkampungan Indon kat situ. Markaz dorang siap panggil Kebun Jeruk jugak. MasyaAllah ramai nusrah...makan sayur lodeh..
Mlm kami tido rumah Rohaizad.
Tapi memang on the way ke Jeddah ada road blok. Zikir banyak2 dlm kereta sewa tuu..Alhamdulillah takde masalah. Kami 3 couples je..dah mesyuarat dgn Ustaz Abd. Ghani di Mekah. Alhamdulillah Allah mudahkan pengurusan surat dari tabung haji utk kami.
Di hotel pun kami sempat jemput org (msian yg khuruj 4 bln) bagi bayan masturat. Jemput je kawan2 haji yg karkunah dan bukan karkunah. Alhamdulillah dapat dok majlis bayan di Mekah.
Di Madinah, ramailah pulak Arab yg jemput kerumah.
Satu rumahtu hidang kami 'air jamu' n kurma dan anak dara dia mengajar kami zikir2..nak ambik peluang dakwah kat org prgi haji kot.
Satu rumah tu time majlis weekly taklim. Tengok family-tree tuan rumah yg tertampal kat dinding tu ...root back pada Saidina Ali r.a. Yg datang bermcm warna kulit. Baca Riadussolihin. 6 points...depa cakap Arab...maka agak2 jelaa. Dah nak abih prog baru ada sorang yg tau translate datang.
Dorang bagi kelebihan puasa 9, 10 Muharam. Memang kami sampai hari Asyura balik ke Jddah.
Men diperdengarkan dgn bacaan Al-Quran anak lelaki tuan rumah...floor lain. Jamuannya segala cheesecake n of course nasi arab dlm talam. Men dapat talam besar, yg 15 org boleh mkn.
Di Madinah ada karkun Msia jemput pegi hotel lain..they arranged bayan masturat...yg bayan tu either India or Pkistan..in English.
Tak dapat penuhi semua undangan Arab dah sampai masa utk balik...InsyaAllah lain kali datang lagi..
Syukur dapat pegi Mekah Madinah dan dapat join sikit2 usaha d sana...tempat bermula usaha agama..rindu...rindu..
Doa utk saya jugak dapat khuruj fi sabilillah di sana..
Post a Comment