haazaa kalaamu robbi

Wednesday, October 13, 2010

Fikir Risau...

Assalamulaikum wrbt....

Semasa khuruj 40 hari ke India,
kami dihantar ke Bangalore...
usaha agama sudah lama bertapak di sana...
pekerja2 ke pejabat dan lain2 memakai kurta...
bkn kemeja dan seluar panjang (slacks) macam di tempat2 lain di India.
pelajar2 wanita ke sekolah memakai purdah/niqab...
tak ada sekolah co-ed yaitu campu lelaki dan perempuan...
suasana masyaAllah...
lunch hour masjid penuh....
menunggu solat zohor, mereka berzikir dan mentilawah alQuran...
selesai solat pun begitu...
baru pulang ke pejabat dll...

Suami saya cerita serba sikit...
Katanya kalau sesiapa bertanya,
Where is the toilet?
kalau di tempat lain termasuk negara kita,
org akan tunjukkan jalan dgn memberitahu...
jalan terus, kemudian belok kiri bla,bla,bla...
tapi di sana...macamana katanya?
Follow me...
dia bawa kita sampai ke pintu toilet!
Wait! katanya...
dia masuk dulu!!
pastikan ada air!!!
bersihkan dulu!!!!
baru dia kata,
Now you can go in...
Amacam?
Malaysia boleh???
Huhuhu...

Ok, finish...
not yet...ada citer lagi ni...
salah seorang wanita tempatan yg nusrah kami beberapa hari bercerita...
tentang seseorang... pengasas tariqat chistiah,
saya tak recall nama dia pulak...
karkun tahu rasanya...
begini ceritanya...

Setelah bertahun2 belajar di sebuah madrasah,
akhirnya pada tahun itu tinggal 8 pelajar sahaja yg tinggal...
Guru mereka memanggil mereka dan berkata...
Subuh esok hari,
sesiapa yg bersolat di belakang saya(jadi makmum) ahli syurga!
sesiapa yg beritahu kpd org lain, ahli neraka!
kemudian mereka pun bersurai...
masing2 ingat pesanan Sheikh...
sapa taknak masuk syurga???
sapa lak nak masuk neraka???
masing2 terus tidur, mengelakkan diri dari memberitahu org lain...
hanya tinggal seorg murid yg gelisah tak boleh tidur...
pusing sana sini tak lelap2...
akhirnya dia bangun dan ketuk pintu setiap rumah yg ada di situ...
dan beritahu,
siapa solat di belakang Sheikh ahli syurga,
siapa beritahu org lain, ahli neraka...
tak ketinggalan satu rumah pun...

esoknya penuhlah masjid...
satu kampung solat berjemaah berimamkan Sheikh!!!
selesai solat semua bersurai...legaa...dpt solat belakang sheikh...

sheikh panggil semua anak muridnya!!!
siapa yg beritahu org?
semua menafikan diri masing2...kecuali seorang,
dia tunduk...
kemudian mengaku, dia lah yg beritahu mereka!
sheikh tanya kenapa??
saya risau, saya nak semua org masuk syurga...
biarlah saya seorang saja masuk neraka asalkan org lain semua dapat masuk syurga...

Akhirnya...
dia sorang saja yg lulus!!!
kenapa?
sheikh nak uji siapa yg byk fikir risau tentang ummat...
kemudian dia kembali ke kampungnya...
org miskin, takde kenderaan...
jalan kaki merentasi benua india...
kalau tak silap dari pakistan ke bangladesh...
musim sejuk, tanpa baju tebal...
akibatnya...
beratus ribu org memeluk Islam di tangannya sepanjang perjalanan itu...
inilah yg sekarang diteruskan jemaah jalan kaki/pedal...
yg mana dgn pengorbanan yg lebih tentu Allah turunkan hidayat yg lebih...
insyaAllah...

Wassalam
semoga kita dapat ambil pengajaran dan sampaikan...

10 comments:

n0vemBer zuLu said...

baca mcm ade lakonan semula dpn mata....

=)

Umma-ali said...

ada bakat jadik pengarah? huhu... anybody wants to hire me? hehe...

Peluncur Islam said...

nak ambik buat koleksi dalam blog fikir dan risau pada masa akan datang...

coming soon...

syukran

asy_syakirin said...

salam ummi..

subhanallah..

malaysia bagaimana? huhu~

Umma-ali said...

Salam...
peluncur islam, meluncur laju membawa fikir risau ummat, insyaAllah semoga niat yg baik itu
dimudahkan jalannya...

asy_syakirin, hmm...xbole jawab, insyaAllah boleh di usahakan... bermula dari rumahlaa...khidmat.

CS said...

salam....
unexpected...sy betul2 xterfkir, itu maksud gurunya...smoga dpt sama2 ambil iktibar...

Umma-ali said...

Salam CS, iye, unexpectable, unpredictable...unfikirable... itulaa org yg ada ilmu yg sebenar...
kita ni ada maklumat je...

Ummu Aman said...

Salam..lama xdgr kabor...Chat ker?? Cucu pn dh besor yer...
Hiduup Umma ali!!!! trskn p'juangn utk agama!!!!

Umma-ali said...

Wslm ummu aman...err...sapa plk kamu ni yea? Anyway, thanx for the semangat...semoga Allah kekalkan kita dlm perjuangan agama...
Psst...smngt, smngt jugs, tapi jgn mcm pom pom gurlz dahle hehe...
peace....

NH said...

Salam

Kita lupa yg 'khidmat' itu salah satu sifat da'ie. Patutnya kita yg mengaku jadi da'ie ni kena khidmat 'luarbiasa'. Macam sahabat2 dulu.

Tapi kita khidmat masa khuruj saja...(saya komen saya) tdak dlm masyarakat..anywhere anytime to anybody..

Dngr byn, Allah swt pilih Musa a.s jadi nabi kerana sifat dia sewaktu menjaga kambing2 bapa mertuanya. Allah takdirkan anak2 kambing lari sana sini..tapi dengan sabarnya Musa a.s kejar seekor demi seekor supaya terkumpul dalam 'jemaah'. Sampai tahap nak hilang sabar mengejar anak2 kambing yg nakal. Tapi bila dpt tangkap, tidak di pukul tapi digosok2 anak2 kambing sambil brkata 'aku kejar kamu bukan nak sakitkan kamu tapi nak kamu duduk dlm kumpulan supaya kamu terselamat dari serigala.'

Mcm org fikir risau umat..ketuk2 pintu, tuan rumah dah lari..bukan datang nak sakitkan tuan rumah, tapi nak ajak tuan bersama jemaah supaya selamat dari disesatkan syaitan..

haazaa kalaamu robbi