haazaa kalaamu robbi

Thursday, January 21, 2010

SEKADAR RENUNGAN

Assalamualaikum,
Alhamdulillah ijtimak Tonggi akan berlangsung lagi, dan tahun ni insyaALLAH semoga limpahan Rahmat Taufiq dan Hidayat dari ALLAH SWT akan turun mencurah2 ke alam ini...Amin.Semoga kita ditambah kefahaman tentang usaha suci murni Nabi SAW dan sahabat2 RAnhum ajmain...
Yg baru lepas ialah ijtimak di Bangkok, saya belum dapat lagi dgr karkuzari tentangnya.
Yg terbaru saya dgr sedikit karkuzari tntang perjumpaan dgn Maulana Syamim dll di markas Sri Petaling petang isnin yg baru lepas sebab suami saya pun pergi ke sana.Antara yg dapat saya kongsi bersama ialah tentang keyaqinan kita kepada usaha ini.Seperti bayan Maulana Saad di ijtimak Msia tahun lepas, kita diberitahu lagi dan lagi bahwa kita kena yaqin dgn sebenar2nya bahwa inilah satu2nya jalan untuk mendapat taufiq hidayat dari ALLAH SWT...jika kita ada disudut hati kita bahwa jalan ini adalah salah satu jalan, dan ada juga jalan2 lain untuk mencapai hidayat dari ALLAH SWT, maka kita tidak akan diberi taufiq oleh ALLAH SWT untuk menjalankan kerja ini...nauzubillah! Kita sama2 doa agar ALLAH SWT beri kita kefahaman dan keyaqinan yg sungguh2 dgn kerja ini.Amin.

Pada hari jumaat yg lepas saya mendapat panggilan dari anak saya di Temboro, katanya ijtimak JATIM (Jawa Timur) sedang berlangsung hari ke2.Katanya 30ribu kehadiran...masyaALLAH...Katanya dia kena khidmat...alhamdulillah.Khidmat apa?Katanya khidmat baca Quran setiap hari 10 juzuk, maknanya 3 hari, khatamlah.MasyaALLAH...kalau 100 org yg khidmat, maka 100 kali khatam dalam masa 3 hari...tentunya bercahaya2 ijtimak 3hari mereka...Sungguh2 mereka mengusahakan kejayaan ijtimak.Terfikir juga, masa ijtimak di negara kita, adakah usaha begini?Mungkin ada, dan saya tak tahu mengenainya.Tapi kalau takde, mungkin kita boleh ambil contoh dan usahakan pada ijtimak yg akan dtg...bila?WAllahualam... Di Temboro sana pelajarnya bukan puluhan, bukan ratusan, malah ribuan...jadi tentunya kesan amalan mereka lebih hebat lagi, tak hairanlah kalau bapak2 indonesia boleh kuar 4bulan tiap2 tahun kerana usaha dakwah dibantu dgn usaha kerohanian...lebih2 lagi daripada anak2 pelajar, tentu sekali Pandangan Rahmat ALLAH SWT tertumpu pada mereka.

Beberapa tahun yg lepas saya juga dgr karkuzari bahwa sebelum ijtimak, anak2 pelajar Temboro (Ponpes Al-Fatah) ini berpuasa sebulan terus menerus menjelang ijtimak...masyaALLAH ada anak2 yg kecil2 pun berpuasa bukan 3hari, tapi 1 bulan, 30 hari!!!Sanggup tak kita yg dewasa ni buat camtu???Sama2lah kita renung dan ambil iktibar...

Ada antara kita yg bawa isteri dan keluarga berjalan2 melihat2 tapak ijtimak, saya pun ada juga pergi... nak dapat rasa 'zupp' je...Tapi apa amalan kita menjelang ijtimak...kita flashback lah, sambil istighfar, mungkin inilah punca2 kita tak dapat capai target pengeluaran jemaah...Masyaikh kita telah jalankan kerja mereka, luangkan masa datang ke tempat kita, beri bayan berjam2...Tapi kita macam dgr untuk halwa telinga saja... Kerja masih ditahap lama, markas masih kurang bilangan yg iktikaf pada malam markas...org2 baru je yg rajin iktikaf...mana pergi org lama??? Masalah kita ialah, wpun ramai org baru tapi org lama makin berkurangan...kita rekrut org baru tapi kita membelakangkan diri kita...memang tak maju usaha kalau terus2an begini...Masyaikh kita kata, thermometer/jangkasuhu usaha ni kita boleh baca sendiri, kalau kita sedia terima takaza2, mengkedepankan diri dalam setiap juzuk usaha agama ini, maka suhu usaha kita masih panas...setiap ada jemaah, kita terima, kita nusrah, kita iktikaf bersama jemaah yg dtg ke marhala kita, kita bantu dgn khususi, usuli, gasyt, makan minum, basuh pakaian, duduk program dll, sambut takaza jmh cash dll lagi yg saya pun kurang arif...insyaALLAH suhu kita ditahap selamat...Tapi kalau kita asik membelakangkan diri, masa gasyt sorong org baru, masa khususi nak balik kampung, ada kenduri, segan nak jumpa org kampung untuk khususi, jemaah yg dtg usaha untuk org2 marhala kita tapi kita tak bantu...nak suruh isteri masak untuk jemaah pun tak sampai hati, isteri pun muncung je bila kena masak xtra, sanggup ulur duit je kat jemaah, pandai2lah korang beli goreng pisang ke...itu bermakna suhu dah menurun...silap haribulan kena demam kura2...bukan ke kura2 tu pelan2 keluarkan kepala dia, kalau takde org...haa selamat aku! Tapi bila nampak org, cupp!!! cepat2 dia masukkan kepala...nanti kena jadi rahba plk ni...baiklah i menyorok...

Sorilah, bukan nak kenakan sapa2 tapi sendiri mau ingat...kita ni dah dipilih ALLAH SWT untuk jadi wakilNya memperkenalkan ALLAH kepada hamba2Nya...Tapi kalu kita tak buat kerja kita ALLAH SWT akan pilih org lain...dan kita akan ketinggalan, langsung lenyap dgn kesibukan dunia kita yg secopet tu, rumah, pejabat, rumah, pelabat...petang2 berkebun...ummat dalam kelalaian, berlari menuju neraka tapi kita buat tak tau aje...Akhirnya kita pun sama2 berlari dgn mereka, nauzubillah...

Semasa di Palembang saya suka kepada satu ungkapan seorang masturoh sana, katanya di siang hari, kita berusaha memeperkenalkan ALLAH SWT kepada hamba2Nya...maka di malam hari, kita usaha pula memperkenalkan hamba tadi kepada ALLAH SWT dgn berdoa menyebut2 namanya agar ALLAH SWT beri taufiq hidayat padanya...(iya, wpun ALLAH SWT itu Maha Mengetahui setiap hambaNya)...

So, insyaALLAH sedia???Buat keputusan sekarang!!!

Alhamdulillah...

7 comments:

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

Na pun ada dengar karguzari dari ijtima' di Temboro. Disana ramai masjid ada, tiap adzan berkumandang, jemaah pun memenuhi masjid2 hingga penuh... subhanallah..


ya Allah..pilihlah aku dan keluargaku dalam usaha atas dakwah ini.. amiin ya Allah..

mohon doanya ya Umma-ali.. masukkanlah nama na yang lemah ini dalam doa umma-ali..

Anonymous said...

keluar palembang ari 2dgn ahlia cikgu zul skali eh..?

Umma-ali said...

Wa'alaikumumussalam wrbt Na, insyaAllah...Na pun doakan ummi yg byk kelemahan ni juga ye!

To anonymous,
Yupp!!!

musa said...

Assalamualaikum, jika semua wanita kita mempunyai semangat dan tawajuh seperti umma ali masyaallah usaha pasti akan meningkat sebagaimana di Sri Lanka dan Thailand. Disini usaha amat maju kerana wanita mereka main peranan yg penting dalam menggalakkan mahram mereka keluar dijalan allah dan mereka sendiri sabar diatas kesusahan semasa ketiadaan suami dan begitu yakin dgn janji allah, Alhamdulillah kami diberi kesempatan oleh allah keluar masturat di 2 negeri ini, diThailand jika kita pergi markas Yala, ada banggunan 4 tingkat khas untuk kegunaan masturat (Iktikaf, bayan hidayat, bayan wapsi)siap dengan masturat jemaah khidmat. Tahukah kita bahawa banggunan ini dibina dengan tangisan dan pengrbanan wanita dan kanak-kanak selatan Thailand yang telah korbankan barang perhiasan mereka dan menangis ditengah malam. Alhamdulillah kami merupakan jemaah masturat pertama yang iktikaf semasa mula dibuka ketika kami keluar 40h masturat Nov2008. Jadi saya seru kepada ahliah saya dan juga semua wanita yang membaca komen ini supaya dapat memberi galakkan pada mahram mereka dan mereka sendiri mempunyai semangat seperti untuk korban dijalan allah swt. dan istiqomah dalam keluar masturat setiap 3bulan keluar 3hari masturat dan setiap 3 tahun keluar 40 hari dan masturat 10h/15h setiap tahun

Umma-ali said...

Wslm musa, sy jg kagum dgn usaha masturat srilanka n thailand dan ada azam nak pg keluar ke sana dan bljr dr mereka,insyaAllah semoga dipilihNya satu hari nanti...
Salah satu asas2 dakwah ialah 'gerak' bkn 'tulisan' jd bkn berpada dgn kita coretkan tskil di sini je...insylh kena turun padang juga...dan doalah agar masturat2 kita bersedia untuk keluar di serata pelusuk dunia.Saya pun lemah juga sebab tu nak coretkan sesuatu untuk peringatan diri sendiri...tu pun masih x cukup sebab kna dakwah 13x setiap hari...

seorangnenektua said...

Insyaallah nenek azam keluar 15 hari tahun ini.Mohon turut mendoakan...

Umma-ali said...

Insylh kita sama2 doa, kami pun azam nak kuar mid year ni, semoga dimudahkan kita...amin.

haazaa kalaamu robbi