Assalamualaikum,
Nak cerita tentang Sya'wanah.
Beliau seorang wanita yg buruk akhlaqnya. kalau dia ada di satu tempat maka semua wanita yg berada di situ akan lari meninggalkannya kerana takut terkesan dgn akhlaqnya, kecuali wanita2 yg suka kpd perbuatan dosa, mungkin...
Suatu hari sedang Sya'wanah mundar mandir di jalanan, dia terdengar suara ceramah dari sebuah rumah lantas dia pun masuk ke dalam.Di dapatinya ramai wanita2 yg sedang mendengar ceramah dari seorang lelaki yg berada di sebalik tabir.Demi terpandang Sya'wanah semua wanita yg sedang mendengar ceramah tadi bingkas bangun meninggalkan majlis dan tinggallah Sya'wanah seorang diri mendengar ceramah.Si lelaki meneruskan ceramahnya dan antara isinya dia memberi kelebihan2 org yg duduk dalam majlis ilmu dan majlis membesarkan ALLAH iaitu peserta majlis akan diampuni dosa2nya dan dosa2nya digantikan dgn pahala. Mendengarkan kelebihan ini, Sya'wanah menangis teresak2 dgn kuat sehingga penceramah pun terganggu seketika...Dia menegur Sya"wanah lantas dijawabnya dosa2ku teramat banyak, adakah ALLAH akan mengampunkan dosa2 ku? Penceramah yg tidak nampak wanita itu terus berkata, wahai wanita, walaupun dosa2mu byk, tapi takkanlah sebyk dosa Sya'wanah! Apalagi, Sya'wanah tambah hiba bila dgr namanya disebut untuk membandingkan dosa...lalu dgn sedih tangis dia memberitahu penceramah bahwa sebenarnya aku lah Sya'wanah...Terkejutlah si penceramah tadi tapi dia masih dapat control suasana dgn ilmu yg dimilikinya dan dgn hikmah dia beritahu wanita itu bahwa ALLAH akan mengampuninya kerana ALLAH Maha Pengampun, Penyayang....
Selepas kejadian itu, Sya'wanah telah mengubah kehidupannya yg penuh dosa kepada kehidupan yg penuh beragama dgn melakukan amalan2 kesolehan sehingga akhirnya dia menjadi salah seorang auliya' ALLAH swt...
Di kisahkan seorg telah jatuh sakit dan coma. Semasa coma dia merasakan berada di pintu syurga dan melihat pelbagai hadiah yg tak pernah dilihat keindahannya lantas dia terfikir inilah hadiah untuknya sempena kematiannya.Sebaik dia ingin melangkah masuk ke syurga, dia ditahan oleh malaikat yg mengatakan bahwa masamu belum tiba lagi...Ini ialah untuk Sya'wanah, seorang yg dikasihi ALLAH...
MasyaALLAH kita tak tahu nasib seseorg walaupun mungkin dia pendosa, jika ALLAH inginkan kebaikan untuknya, akan diberi taufiq hidayat kepadanya...iye, mungkin lebih baik dari kita...Jangan kita membenci dia, tapi bencilah dosa2 yg dilakukannya sambil kita berdoa agar ALLAH memberi keinsafan padanya dan usahakan amar ma'ruf nahi mungkar ke atasnya...insyaALLAH jika dia bertaubat dan menjadi soleh, semua amalannya akan masuk dalam akaun kita...satu perniagaan yg baik...dan saham akhirat itu lebih menguntungkan dari saham dunia yg fana ini...
Ini juga antara kelebihan kita menghadiri majlis ilmu dan majlis membesarkan ALLAH swt...marilah kita pakat2 istiqomah hadir ta'lim mingguan kita di samping itu usahakan peningkatan dalam usaha taklim harian di rumah kita dgnpenuh fikir wpun taklim kita buat dalam 4 penjuru rumah tapi agar hidayat tersebar ke 4 penjuru alam...
Semasa khuruj di India, kami diberitahu akan kepentingan taklim mingguan. Antaranya taklim harian kita ni umpama gerabak keretapi dan taklim mingguan umpama kepala keretapi yg ada enjin.Kalau gerabak dihiasi dgn cantik, tapi takde enjin keretapi tak bergerak...begitulah kalau kita berpada dgn taklim harian kita saja tapi tak usaha hadirkan diri dalam taklim mingguan maka usaha kita tak bergerak, tak maju...masih ditahap lama juga.Sedangkan untuk dunia kita nak usaha tingkatkan kemajuan.Dah ada bachelors degree, nak sambung dapat masters pulak.Dah ada masters degree nak dapat phD...dah ada satu phD nak usaha dpt 2 phD sehinggalah kubur panggil kita tak habis2 usahakan dunia ni...org yg ada satu kedai dok usaha nak tambah jadi 2 kedai, dah 2 nak 3 dstnya... tak payah ceritalah hal dunia ni mmg takkan habisnya wpun kita tahu akhirnya kita akan kembali kepada ALLAH...kerana syaitan sgt licik dalam usahanya menyesatkan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sebab tu kita kena amalkan pemakaian sunnah dari hujung rambut sampai hujung kaki, baru ada perisai(indon kata 'taming') dari syaitan. Begitupun syaitan usaha 24jam bukan 2 stgh jam atau 8 jam atau stgh hari...jadi usahalah amalkan sunnah dari celik mata sehingga nak tidur kembali.Amalkan adab2 tidur, masuk tandas, makanminum, dll...inipun taming dari serangan syaitan....
Tapi syaitan tetap nak cucuk hati kita, dia ready aje dgn belalai dia dan duduk kat kiri hati kita...bila kita lalai je dia akan cucuk belalai dia dan semburkan shelltox...oops silap, racun maksiat dalam hati kita...kalau setakat shelltox boleh ampun lagi tapi dia semburkan hasad dengki, bkn denggi dalam hati kita sehinggalah kita ni tak payah masuk universiti tak payah hadir kuliah tak payah buat research, terus dapat PHD...haa tau kan apadia tu?Perasaan Hasad Dengki!!!Lebih kronik dari denggi berdarah... Jadi kita kena ada dalam hati kita perasaan sayang, kasih pada ummat...risau ummat, macamana nak selamatkan ummat dari azab dan neraka ALLAH swt...Barulah lengkap Taming kita, tak payah pakai keris Tamingsari Pak Hang Tuah lagi (wpun saya org melaka)...Bak kata org portugis masa dia serang melaka dan kemudian berhasrat nak serang Kedah pulak...Spy dia kata, kat melaka ni ada 5 Hang (Tuah,Jebat,Kasturi,Lekir,Lekiu) buatkan kita penat nak dapat tawan melaka...Jgn haraplah nak tawan Kedah sebab hang kat sana lagi ramai, semua hang, hang noo, hang nii, hangpa pun ada...tu lah selamat org kedah nooo....hehe dah merepek cik kak ni, baik le kita tangguh dulu...tapi jgn lupa tasbih kifarah...
Wassalam.
7 comments:
Assalamualaikum kak zah..dah balik yer alhamdulillah..terima kasih atas entry di atas..ari tu pakai band tu cam mana ok tak?
lani orang kedah tak kata "hang no" dah tapi depa kata "hang yes" sebab bila kata hang no depa angguk kepala saja tapi tak mau keluar khuruj. sebab depa kata "hang yes". kemarin semasa didalam hspital(masuk wad) aku saya ada baca baca kitab hayatussahabah terjemahan jilid 5, kesah kezuhudan nabi saw.satu hadith " aku merendah diri pada allah maka barangsiapa yg merendah diri pada allah, allah angkat mengaNGKAT DARJATNYA. Barang siapa yg membesar-besarkan diri, allah akan menjatuhkannya, barangsiapa yang bersederhana dalam segala hal allah akan mencukupi segala keperluanya, barangsiapa mengingati maut alllah akan mencintainya. At targhib
Wa'alaikumussalam Izah, haa pasal band tu ok jugak, cuma nyamuk Palembang ni kebal kot ataupun minat bau band tu sebab tangan yg pakai band tu yg banyak kena gigit...tak boleh harap makhluq pun satu hal juga...tapi lelap juga mata di dendang dgn lagu ghazal nyamuk2 tu...almaklumlah siang dah letih melayan org tempatan, yg khidmat lagilah letih memasak...letak kepala terus hanyut. Akk masih ada lagi bakinya bolehlah pakai kat sini pulak, nyamuk malaysia lembik kot...
Salam musa, hang ni tak dan bagi salam terus hang no hang yes...hehe. Jmh kami ada satu psg dr Kulim, kami rajinlah tiru2 cakap depa...isyy!tu cakap siam tu, kata depa... qolqola tebai sgt!Siam ka, kedah ka, janji bole sembang...Yg bestnya kami suruh dia sebut 'ayaq' ikut slang kami 'air' tapi mmg jdi lucu sbb katanya 'aiyer'...haa kalah!!!
JazakAllah bg sedutan hytussahabah...sama2 kita amik iktibar.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah ummi dah selamat pulang...
Apa khabar ummi? Semoga Allah swt juga memilih Nur untuk khuruj ke jalan Allah swt seperti ummi.
Salam Annur, alhamdulillah ummi sihat... InsyaALLAH Annur pun akan keluar ke jalan ALLAH kalau betul2 ada keinginan...ALLAH adalah sebagaimana sangkaan makhlukNya...
Salam ahlia sidek, bdk ni ada kat sini sama2 baca komen awak...hehe...salam ukhuwwah... Tp kita dah pernah berjumpa, awak tak ingat kot, kat PD and Rim,Melaka...
Salam kak umma ali,
Jgn lupa tasbih kifarah ye...semua hang ada sekarang ni, 'hantu' pun ada. He he..bila nak jumpa lagi? Karkuzari live in person lagi best kan?
Wsalam izat, hang kot yg hantu...hehe...
Nak jumpa,dtgle melaka...
Post a Comment