haazaa kalaamu robbi

Tuesday, January 12, 2010

PELAJARAN IMAN


Assalamualaikum,

ALLAH, TIADA TUHAN SELAINNYA, ALLAH RABBUL IZZAT...

ALLAH SEGALA-GALANYA

ALLAH BELAKA (versi trengganu)

Org yg mencari ALLAH, mencari iman, akan dapat pelajaran iman....

Suatu ketika Ibnu Abbas semasa menunaikan haji iaitu semasa melontar jamrah, beliau berdiri di menghadap semua manusia yg sedang melontar batu2 ke arah jamrah.Pelik dgn perlakuan beliau, sahabatnya bertanya kenapa...dijawabnya,"aku sedang memerhatikan batu2 yg dibaling ini, beribu malah berjuta2 batu tapi satu pun tak mengenai daku!!!Oleh ALLAH tidak dikenakan batu itu kpd ku, masyaALLAH..."

Kisah kedua seorg sheikh sedang berjalan2 dgn pelajarnya di tepi padang yg mana ada beberapa org kanak2 sedang bermain bola.Tiba2 bola itu hinggap di kepalanya lantas dia berteriak,"ALLAH...". Pelajarnya cemas, bertanya kenapa, sakitkah? "Oh, tidak...cuma aku hairan, di padang yg luas ini, dan anak2 ini takde pun yg berdendam dgnku(untuk sengaja membaling bola kpdku)...seolah-olah bola ini sengaja mencari kepalaku, masyaALLAH, oleh ALLAH dikenakan bola ini ke kepala ku..."

Kisah ketiga seorg tabi'in namanya Hatim sedang dalam peperangan yg marak...lantas dia turun dari kudanya, keluarkan 'beddingnya' dan dia pun berbaring.Sahabatnya bertanya apa yg kamu buat ini, adakah ini masa untuk tidur? Dijawabnya,"Meluruskan iman...".Sebenarnya dia nak tahu apa yg akan dilakukan ALLAH kepadanya...iya, kalau ajalnya dia akan mati, tapi berpantang maut sebelum ajal...Seorang musuh nampak keadaannya lalu datang kepadanya ingin nak penggal lehernya, tapi Hatim diamm aje, nak lihat apa akan berlaku...Seorang sahabatnya dari jauh melihat peristiwa ini lalu mengacukan panahnya ke leher musuh tadi dan zuuppp! Belum sempat dia memenggal leher Hatim, dia sendiri menyembam bumi...Naahh, kata Hatim, memang belum ajalku...Luruuss imannya...

Kisah keempat, seorang daei akhir zaman, keluarkan beddingnya, setelah satu hari buat jaulah, khususi, usuli, makan, bersembang...Rakannya bertanya, buat apa kau keluarkan bedding kau ni? Nak luruskan pingganglah...???!!@#$%

Sekian, wassalam.

6 comments:

seorangnenektua said...

wah!!!baik punya tamsil!!!
'luruskan pinggang!!!'

muah ha ha

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

Umma-Alii.. boleh tanya? bedding tu apa?

Umma-ali said...

Wah!!baik punya komen...tapi jgn gelak byk2 nnti tergeliat pinggang dah tak dapat lurus lagi nek...

Wa'alaikummussalam wrbt Ina, bedding tu alas tidur seumpama sleeping bag...biasa kami gunakan semasa keluar jalan Allah...

ahlia azharjaafar said...

hehe..bedding tu xleh tinggal tuh..wajib ade..hehe. Lebih2 lg pas makan tgh hari.

Umma-ali said...

ahlia azhar, pasni kalau di tanya nak tidor ke, dah bole cover...hehe.

namaku ina said...

hoo.. bedding tu sleeping bag.. na kira pedang :D hehe.. maklum la.. tak pandai2 ni belajar bahasa melayu :D

haazaa kalaamu robbi