Assalamualaikum.
Kisah 1
******
Ada seorang miskin telah pergi berjumpa dgn seorang warak lalu mengadu kemiskinannya...
Dia amat sedih dan berkata bahwa kerana kemiskinan ini dia berhasrat untuk mati agar berakhir kesusahan ini.
Si warak tadi bertanya kpdnya, apakah kamu rela menberi kedua matamu buat selama-lamanya dan kamu akan diberi 10ribu dirham sebagai harganya?
Dia tidak sanggup...
Si warak bertanya lagi, baiklah, kamu akan diberi 10ribu dirham, cuma lidah kamu saja akan dicabut. Bersediakah kamu?
Dia tidak setuju juga.
Si warak berkata, tidak mengapa.Hanya kaki2 dan tangan2 kamu saja akan dikerat, kamu boleh dapat 10ribu dirham.Bersediakah kamu?
Dia tidak sanggup juga.
Maka si warak bertanya, bersediakah kamu menerima 10ribu dirham dan otak kamu akan dirosakkan dan kamu akan menjadi gila?
Atas cadangan ini juga dia tidak setuju.
Maka si warak berkata, tidakkah kamu malu mengadu kemiskinan, sedangkan mengikut pengakuanmu sendiri Maha Suci Allah SWT telah memberi kpdmu akan harta bernilai lebih 50ribu dirham?
Kisah 2
******
Ibnu Samaak rah telah pergi bertemu raja.Ketika itu di tangan raja ada segelas air. Raja meminta kepadanya, berilah sesuatu nasihat kpd beta.
Ibnu Samaak rah berkata, jika dikatakan bahwa segelas air ditangan tuanku itu hanya boleh dibeli dgn keseluruhan jajahan tuanku sebagai harganya, jika tidak maka tuanku tidak akan dapat minum air dan akan mati kerana dahaga, apakah tuanku sanggup membeli segelas air dgn harga itu dalam keadaan sedemikian untuk menyelamatkan nyawa tuanku?
Raja menjawab, sudah tentu beta akan bersedia memberi seluruh jajahan beta sebagai harga segelas air jika keadaan demikian berlaku.
Maka Ibnu Samaak rah berkata, bagaimana tuanku boleh merasai puas hati dgn memiliki satu kesultanan yang hanya bernilai sekadar harga segelas air sahaja?
Semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah2 di atas agar kita jadi org yg bersyukur kepada Allah SWT yg mana telah melimpahkan nikmatNya kepada kita tanpa dihitung, manakala kita pula kalau nak buat kebaikan kita sentiasa hitung...3hari tu 72jam, 4bulan tu 3x 40hari, satu hari solat wajib 5 kali saja...puasa 30hari saja...kita belum lagi buat keputusan untuk infaq diri, harta, masa sepenuhnya untuk Allah SWT...tak pe lah kita belajar2...ye, belajar, kalau awalnya tadika, lepas tu naik tahun 1, lama2 dah masuk sekolah menengah, lepas tu masuk IPT dstnya...tapi untuk agama, oh, saya memang istiqomah 3hari, cukuplah tu... 40hari? Nanti dulu kan saya masih belajar? Oh, dah 10 tahun masih tadika tak naik2, murid apa kategorinya ni? Memang kita masih belajar, tapi budak IPT pun dipanggil pelajar juga, pelajar tinggi... Ya, mungkin kita lebih selesa jadi anak2 tadika...itu keputusan kita sendiri... Ibubapa pun kalau anak sebegini, mula2 dia risau, lama2 bior je laa dah tak pandai nak wat camne? Takpe kita hantar sekolah lain, kemahiran ke ... Ya Allah janganlah hantar saya ke sekolah lain selain sekolah iman... saya akan cuba sedaya upaya untuk dapat cemerlang, usaha dan doa lagi dan lagi... sehingga saya dapat masuk syurgaMu ya Allah...
Tanda syukur ialah kita mengkedepankan diri, masa, dan harta kita untuk agama Allah SWT. Setiap ada takaza kita sambut, setiap ada jemaah kita usaha nusrah, beri makan, bawa khususi, iktikaf bersama... seperti org2 muhajirin dan ansor, sentiasa sambut takaza agama... Sahabat2 tidak tunggu apa2 apabila datang seruan jihad...sedang berniaga, sedang berkebun, sedang makan, sedang bersama dgn isteri belum sempat mandi junub, seperti sahabat Hanzalah, terus bingkas, seperti org mabuk, apabila diseru 'Wahai tentera2 Allah, berjuanglah!'...tak payah panjang2 tasykilan nya...mereka sudah tak kenal lagi anak isteri, ibubapa, sahabat jiran, mata mereka merah terus siap keperluan untuk berjihad, seperti kena rasuk...walaupun tadinya mereka sedang bergurau senda...begitulah sahabat2 Nabi SAW org2 yg terbaik antara seluruh manusia selepas para anbiya'...Semoga kita ada sedikit dari sifat2 mereka agar apabila kita dibangkitkan kelak, di sebelah kita ialah Khansa, Ahliah Amar bin Jamooh, Ummu Haram selain Khodijah, Aisyah, Fatimah radhiAllahuanhum ajmain...dan lain2. Begitu juga suami kita bangkit dgn AbuBakar, Umar, Ali, Utsman, dll, bersebelahan mereka....Sekarang kita baca kisah2 mereka, insyaAllah nanti kita akan ketemu mereka, yakinlah!!!
Ya Allah daku malu untuk berangan2 sebegini kerana kurangnya pengorbananku, tetapi Kau Maha Rahim...
InsyaAllah untuk kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT walaupun sekecil2nya nikmat kita layanlah pulak kisah seterusnya...
Kisah 3
******
Pada zaman Nabi Isa as ada seorang yg sangat miskin.Dia dtg mengadu kpd Nabi Isa as tentang dirinya yg tiada apa2, hanya sehelai kain untuk menutup auratnya. Nabi Isa as beritahu dia agar bersyukur dgn apa yg ada. Dia tidak puas hati dan terus bersedih dgn keadaannya. Tiba2 datang angin yg kuat langsung menerbangkan kain sekeping yg dipakainya itu dan...haa tutup mata!!! Kain yg sekeping itupun patut dia syukur kpd Allah yg mana boleh menutup auratnya...
Allah SWT berfirman, lebihkurang, "JIKA KAMU BERSYUKUR NESCAYA AKU TAMBAHKAN BAGI KAMU"...
Nikmat yg paling besar ialah nikmat iman yg dikurniakan Allah SWT kpd kita hingga dgn iman kita boleh bersyukur kpd Allah dan mengetahui nikmat dunia ini hanya kecil dibandingkan dgn nikmat yg akan diberi kpd kita dalam syurga Allah SWT kelak...
Dan akal juga adalah nikmat Allah SWT kpd kita...kalau kita tak gunakan akal kita dgn baik, ia akan menjadi lebih hina dari tapak kaki kita.
Dikatakan bahwa syaitan itu cerdik tetapi ia tidak kuat yakni lemah.
Nafsu itu kuat tetapi ia bodoh!
Jadi, hendaklah kita kawal nafsu dgn akal kita.
Akal pula kena ikut iman kita...
Kalau tidak, syaitan akan menunggang nafsu kita seperti musuh menunggang kuda dan dia mengarahkan kuda itu ke tempat2 yg akan memusnahkan kuda itu sendiri...
Ya Allah daku tak dapat menghitung kurniaan2Mu kpdku...
Jadikanlah aku hamba yg sentiasa bersyukur kpdMu...
Aaamiiin...
9 comments:
amin..
amin..Ya ALLAH.
amien...insyaALLAH...
syukur lebih baik dari meminta
syukur lebih indah dari menyesal
syukur lebih baik daripada pertikaian
dan kerana syukur kita semakin CINTA ALLAH...insyaALLAH
amien...
doakan ana ye...
Ameen.
Alhamdulillah, dan terima kasih kepada akak atas ingatan.
assalamualaikum...suntikan muhasabah sambil ziarah ..
smg kita semua sentiasa kuat dijalanNya
jom ziarah tgk2 di sini juga..buatmu syabab dan muslimah =). blh tautkan ukhuwah hubungi ana juga =)
salam,ummi dah balik belom?camne kluar?
Aslmkm semua, sori baru dpt bls komen u all, baru pulang dari khuruj tghari semalam... alhamdulillah ok je... rumah yg kami tumpang selama 3h ialah rumah yg sama pernah kami tumpang semasa kuar 3h 19 thn yg lalu...dgn izin Allah, nostalgic btul, masa tu saya mengandung 8bulan anak ke2 dan bawak anak sulung lagi...dulu2 kan boleh bawa anak...sekarang saya sedang menunggu cucu dari anak sulung tu...how time flies so fast!!! Jazakumullahukhoir 4 ur comments...
Ewah..ewah..pokok kurma pulak..makin maju nampak..persada camne?
Ewah2, tunaikan hajat hubbiy...
Persada tabligh antarabangsa masih giat maju...huhu...persada bisnis...tak tau nak kata...
Post a Comment