haazaa kalaamu robbi

Tuesday, April 13, 2010

Ummat yg sakit...

Assalamualaikum,

Sebuah cerita dari seorang kawan yg menziarahi ibunya di hospital wad icu.
Seorang wanita sedang dalam keadaan nazak, begitu susah dia hendak menarik nafasnya...
sehingga pesakit2 yg lain serta saudara2 mereka pun sedih dan semput mendgrnya...

Suami dan anak2nya ada juga tapi tak dapat hampir ke katil kerana dalam keadaan kritikal tu doktor dan jururawat sibuk berusaha untuk menyelamatkan nyawanya, walaupun ramai yg sedar keadaan yg sebenar tapi tugas tetap dijalankan...
Suaminya, anak2nya, dari segi pakaian memang nampaklah kurang agamanya...
Suaminya berteriak ,'You can do it, honey! Come on honey, you can do it!'

Orang2 di sekitar mereka menggelengkan kepala, ah, memang dia tak mengerti keadaan isterinya...
Seorang menghampiri suaminya dan berkata, jangan cakap macam tu, suruhlah dia mengucap...
Langsung dia berteriak! Mengucap honey! Mengucap!!!

Bertambah2 lah menggeleng org2 lain...

Itulah keadaan  sebahagian ummat Islam hari ni, sibuk mengejar dunia, tak sempat buat persediaan untuk mati, dan tak tau, nak mati apa nak buat, apa nak talkinkan...

Ya Allah, kasihanilah ummat ini...

InsyaAllah saya dan suami akan khuruj 3h bersama 6 pasangan lagi pada khamis ini, insyaAllah ke Serting, negri 9. Sesiapa yg tinggal berdekatan dan sewaktu dgnnya bolehlah datang nusrah, bantu jemaah kami...
Kecil tapak tangan, padang bola kami tadahkan...hehe.

Kata Khalid alWalid, 'Malam2, hujan2, dingin2, bersama org2 muhajirin dan ansor, memperjuangkan agama, lebih daku cintai dari malam pertama bersama isteriku...

Anjing yg nusrah pemuda kahfi di gua, akan menjadi satu2nya anjing yg akan masuk syurga Allah SWT dan akan di ubah bentuknya menjadi manusia di akhirat kelak...


Semoga dgn berkat nusrah kita, Allah SWT ubah bentuk iman kita dari lemah menjadi kuat, dari hina menjadi mulia...amiin.

Wassalam.

10 comments:

zarzh said...

Syahdu juga baca kisah dihospital tu. Hari ini pun, saya singgah satu perkampungan disini, waktu zohor sudah masuk, jadi saya tanya dimana masjid pada seorang budak keturunan Albani disini, dia pergi tunjukkan saya Gereja. Sedih hati, tapi apa daya, kerana orang tuanya tidak melaksanakan agama dalam hidup, sampai anaknya tidak dapat bezakan antara masjid dengan gereja.

Ya Allah, ampunilah kami semua dan sebarkanlah hidayat keseluruh alam.

Peluncur Islam said...

nak komen ni...janganlah paksa..huhu

pertama.. risau tengok keadaan orang yang tak dapat ucap kalimah akhir kalam... Ya Allah hanya Allah yg tahu hati ini merintih agar dipermudahknNya...

kedua... huhuhu... nak keluar mastura mcmana..khwin blm lagi.. mana aci macam ni...huhu

musa said...

memang cerita begitu memang banyak. ini satu cerite lagi untuk timbul fikir risau kita, kesah pelajar perempuan yang dah terlibat gejala buruk, apabila dibawa jumpa kaunselor, dia memberitahu selama ini dia ada buat kebaikan tetapi tak dapat apa-apa balasan, jadi dia libatkan diri dgn perkara ada juga dapat pulangan padanya berupa wang. Seorang lagi dia kata apa guna dia solat dia bukan ada buat jahat, sebenarnya perkara ini berlaku disekeliling kita, tapi kita tidak tahu kerna tak usaha jumpa mereka dari hati ke hati untuk terang dan ajak mereka kepada jalan yang benar dan diredzai Allah swt. Laporan diambil daripada majlis kaunseling sekolah daerah kami.

Umma-ali said...

Assalamualaikum.
Zarzh, ye ummat sdg sakit tenat, sakit batin.Kalau sakit zahir kita rawat di hospital, mungkin 3h duk wad, atau 40h atau 4bulan, semua pesakit sedia duk wad, lama pun takpe asalkan dia sembuh. Sakit iman pun kna masuk hospital, iaitu masjid.Hospital kalau bangunan je pasti penyakit tak sembuh. Begitu juga kalau masjid sekadar bangunan teguh dan indah tapi tak hidup amalan masjid nabawi, tentu tak dapat rawat penyakit iman...sama2 kita usaha dan doa ke arah itu...
Lebih malang bila org dah tak kenal mana masjid mana gereja... macam org sakit dihantar ke pasar lah gamaknya...Ya Allah bantulah kami...

Peluncur Islam,
Tak paksa deh!Jgn la asik garu kepala, dah tutup mata mmglah tak nampak jalan...huhu.
Sama2 kita usaha dan doa agar akhir kalam kita kalimah toiyibah, amin...
Cepat2lah kawin, boleh kuar masturat pulak...Tapi kan boleh usaha atas ibu dan saudara perempuan, itupun mahram kita juga...4 jenis wanita yg akan tarik kaki lelaki yg nak masuk syurga-isteri, mak, saudara perempuan, anak perempuan...hati2 yop!

Pak Musa,
JazakAllah kongsi cerita2 tu, mmglah ummat tenat skrg, tapi kan org tak berapa kesah pun pasal tu semua, dok banding2 SPM result je yg depa suka...Kerisauan dunia menyelubungi hati ummat Islam, tak jauh beza dgn kerisauan org2 kafir...

amirhailmi said...

semoga Allah mudahkan kita utk ucapkan kalimah di ujung nyawa nanti..

jemput singgah2 la kat blog saya ummu-ali. bagi nasihat sket kat saya yang lemah ni..

Umma-ali said...

Salam amirhailmi,
InsyaAllah ummi dah singgah, cuma ada problem sikit kalau ada lagu2 dlm blog biasanya tak dapat bertahan lama nak baca, laptop ni akan pop!Blackout...sama mcm blog2 lain yg sewaktu dgnnya...
Takpe nanti ummi singgah lagi insyaAllah...
Nasihat? Huhu, ummi ni yg kena dinasihatkan agar tak mengadap laptop lama2 habis sume amalan2 infrodi tertangguh, astahgfirullah...
Thanx for ur comment...

asy_syakirin said...

insyaALLAH ummi...
semoga ALLAH tetapkan hati kita pada jalanNya...
ana dah lihat mcm2 jadi kat dunia nihi.walaupun depa kata its normal but then ntil when? bila dah nak mati baru ingat Tuhan.astaghfirullah...nauzubillah...

semoga khuruj ummi dipermudahkan..=) syg ummi...

zaujah bahagia said...

Keadaan umat ini sememangnya semakin parah. Tidak perlu melihat kepada orang lain, dalam diri kita sendiri juga banyak compang camping dalam agama. banyak lagi ilmu yang tidak pelajari dan bergunung-gunung ilmu yang diketahui kita tidak amalkan. Semoga Allah swt bagi kekuatan untuk usaha lagi dan lagi agar iman kita berkembang mekar.

Di Sweden ini, ada seorang auntie (berasal dari singapore-indonesia). Dia cerita dia seorang Islam, tetapi satu hari, dia bertanya kepada saya, bagaimana untuk mengucapkan salam dengan betul? Dia kata sudah lama tak solat, bahkan ucapan salam pun dia sudah tidak reti lagi. Astargfirullah, ini salah kita. kita masih leka dan lalai sehingga ramai umat yang menderita tanpa agama.

Semoga Allah swt kekalkan kita semua dalam usaha agama yang mulia ini. Doakan saya dan suami di Sweden ini. Sangat mujahadah saya melihat suami membuat usaha di sini. Semoga Allah swt bertambah kasih sayangNYA pd mereka-mereka yang bersusah payah demi agama. ameen...

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

Umma-Ali..

kisah di hospital mengingatkan na dulu saat masih jadi nurse at hospital.. pernah jumpa anak muda yg sakit kerna obat ganja.. saat sakaratul maut, bukanlah kalimat thayyibah yg terucap melainkan lagu kanak2.. ayahnya yg melihat hanya bisa menangis dan ucap, ' Sebut nak.. sebut.. '

pernah pula na jumpa anak muda, masih dgn sakit kerna obat ganja namun ia ingin tobat. Ibunya kata, anaknya semenjak sakit jadi rajin sholat, ingin tobat.. namun orang2 disekitarnya malah menghina.. dengan berkata,

' baru sakit.. barulah bertobat.. '

akhirnya anak muda tu kadang2 malu, kerna dikenal sbg anak mantan ganja yg baru tobat saat sudah sakit..

Ya Allah.. sedihnya.. ingin tobat dihina.. tak tobatpun dihina..

Semoga Allah mau mengampuni kelalaian kita.. amiin ya Allah..

Umma-ali said...

Salam semua, semoga kita sama2 usaha dan doakan ummat bongsu ni, ummat yg paling special, diberi tugas kenabian, wanita pun bole buat kerja nabi walhal sebelum ini tiada wanita yg dipilih jadi nabi, tapi kita wanita ummat nabi akhir zaman SAW dipilih untuk buat kerja nabi...setiap kita ada potensi untuk buat kerja nabi, jadi sama2 kita bantu membantu mengajak semua ummat Nabi Muhammad SAW menegakkan syiar Islam sehingga Islam bertapak di setiap penjuru dunia...
Amin...

haazaa kalaamu robbi