haazaa kalaamu robbi

Tuesday, April 27, 2010

PENYAKIT pulak...

Assalamualaikum,
Tak habis2 cerita pasal sakit dan penyakit ni...
Cik Abang pun sakit tu, demam, mc arini...

Penyakit yg nampak dgn mata kasar,
Contohnya sakit kulit, gatal2 (bkn gatal, tu penyakit dalaman...huhu),
Atau luka terkena pisau ke terlecur dek air panas ke...dan sewaktu dgnnya,
Mudah diubati,
Sebab nampak kat mana sakitnya dan boleh terus apply medicine ke tempat sakit...

Penyakit yg tak nampak tempat sakitnya,
Tapi nampak efeknya,
Macam demam, pening kepala, sakit lutut, terseliuh dll,
Pun mudah di ubati,
Sebab dah tau nak amik ubat apa,
Nak kena picit, urut ke dll...

Penyakit yg tak nampak dan tak nampak efeknya pada mata orang tapi yg kena penyakit saja merasakannya...
Sakit jantung, buah pinggang, cancer (bkn kanker, anak saya di Temboro selalu beritahu dia sakit kanker, mulanya saya terkejut juga, rupanya kantong kering...pokai rupanya...indon kan suka shortform...)
Dan macam2 sakit dalaman,
Ini ada sedikit parah,
Ada yg memang parah,
Macam cancer,
Tak rasa sakitnya,
Tau2 dah stage 3,
Begitu kata doktor...saya bukan doktor...

Jadi penyakit ni makin tak nampak, makin parah,
Makin susah nak di ubati...
Org yg sakit yg nampak spt di atas sekali, tak payah masuk wad...
Pegi klinik pesakit luar jumpa doktor dah cukup...
Pegi farmasi beli ubat sendiri pun lebih jimat...

Orang sakit yg tahap kedua spt pening, demam, kenalah pegi jumpa doktor.
Antibiotik tak boleh jual senbarangan di farmasi, kena ada doc's prescription, biasanya...
Dan mungkin juga demam biasa2 boleh jadi kronik, kena H1N1 ke, denggi berdarah ke...
Baru kena masuk wad...

Tapi orang yg sakit tahap ketiga di atas,
Biasanya kena jumpa pakar,
Kena duduk wad,
Mungkin seminggu, sebulan, 2 bulan...
Berulang2 ke hospital macam pesakit cancer, kena kemotrafi...dsbnya..
Ermm betul tak ni tuan puan doktor, eden memang tak pas lah bab2 kesihatan ni...

Well, anyway...jarang sekali pesakit yg menolak untuk di ubati,
atau taknak masuk wad...
kalau dia taknak, ibubapa akan pujuk dia...
kalau yg sakit tu org tua, tentu anak2 akan pujuk dia...
sebab di hospital ada segala macam kelengkapan untuk mengubati penyakit...
ada doktor, nurse, ubat2, oksigen tank,all tools provided dan ntah apa2 lagi lah...
sekali lagi I surrender, I must admit kurangnya pengetahuan tentang hospital...

Ada pesakit bila diberitahu, awak kena duduk wad sebulan tau, untuk kawal darah tinggi awak ni!!!
Boleh aje, janji sihat...
Family pun beri galakan, takpe bang, saya akan datang setiap hari untuk ziarah abang...
anak2, adikberadik, makpak, mentua...
semua setuju dan bagi semangat...
semata2 untuk dia kembali sihat...
wey, kalau 2, 3, 4 bulan duk wad pun takpe...

TAPI!!!
Ada satu lagi penyakit dalaman yg lebih teruk dari sakit cancer stage 4,
Lebih susah untuk di ubati,
Lebih susah nak detect,
Sebab pesakit pun rasa tak sakit...
Family pun nampak dia ok je,
Boleh kerja, overtime lagi tiap2 hari....
Makan selera je,
mandi gerenti basah,
tidur lebih dari cukup!!!

CUMA!!!
Solat tak cukup 5 waktu...
Solat jumaat tak miss setiap 2 minggu (ustaz kata lebih 2 minggu tak solat jumaat, munafiq...).
Puasa tak cukup sebulan...
Zakat tak pernah cek, kena bayau ke tak...
Haji??? Uh, oh belum sampai seru...wpun dah beberapa kali melancung ke Eropah...
Ayat Qursi tak hafal...
Doa qunut...tak dapat2 dari tadika dah belajar tapi tak boleh hafal,
Ke tak usaha nak hafal...
Sifir boleh lak hafal...

Ohhh...cukuplah tu....penyakit ummat akhir zaman...
Sakit iman namanya...
Yg tak nampak tapi ada menular lebih hebat dari H1N1,
lebih teruk dari cancer...

Sekarang carilah ubatnya...
Di mana?
Di masjid2...
Tapi macam hospital juga...
kalau bangunan hospital tersergam indah!
HOSPITAL BESAR MELAKA!!!
Tapi doktornya tak kelihatan...
Pakar psikatriknya takde...
Jururawat tak nampak kelibatnya...
Perkakas takde...
Ohh...salah tempat ni...
Muzium kot...
Melaka kan negeri yg banyak muzium...

MASJID???
Berkunci, takut orang curi lampu 'cinderella' nya, org tua2 cakap...
Takut org curi tabungnya, curi jam besar antiknya...GRANDFATHER'S CLOCK!!!
Takut itu, takut ini...
Iyelah...masjid ada macam2 macam muzium juga...
Yg takde, org nk solat...

JOM!!!
Jadikan masjid kita seperti masjid Nabawi zaman Nabi SAW...
Ada dakwah, taklim, ibadat, khidmat....ini tools/perkakas2 nya...
Ada halaqoh iman, muzakarah 6 sifat sahabat...doktornya...
Ada halaqoh Quran...jururawatnya....
Ada 5 amal masjid...
Mesyuarat harian = pentadbirannya.
Taklim = buku panduannya...
2 stgh jam = doktor2 yg kena pergi ke desa2 merawat org2 kampung kot ada yg sakit tapi tak tau yg dia sakit...nasihatkan bawak ke hospital...(masjid)...
Gasyt/jaulah = ambulansnya, angkut pesakit ke masjid.
3 hari setiap bulan = semua kakitangan kena pergi kursus bergilir2 untuk mantapkan perkhidmatan...
Insya Allah kita usaha hidupkan masjid kita,
Sebab semua kita sakit,
Saya, awak, dia, polan, polanah, kita, mereka...seluruh ummat!!!

Owhh...penat lah menaip...
Cukuplah tu..
Saya pun sakit juga...
Semoga Allah bagi kekuatan untuk ubati penyakit ni...

Wassalam.

6 comments:

seorangnenektua said...

Asalamualaikum.
Oleh kerana Puan Ummu-Ali dah perkenalkan pusat pusat rawatan untuk penyakit paling merbahaya ini,nenek nak tolong iklankan jawatan jawatan kosong.

Tuan tuan,
Pusat pusat rawatan ini sangat sangat memerlukan pekerja pekerja dalam semua peringkat dan katagori.Pekerja sepenuh masa sangat sangat diperlukan dan pekerja separuh masa dan sambilan adalah juga dialu alukan kerana pusat pusat yang cawangannya berada diseluruh dunia ini sangat memerlukan tenaga kerja dengan kadar segara kerana berstatus kritikal.
Kadar bayaran kerja dan imbuhan adalah sangat sangat memuaskan!
Cepat! cepat! Datanglah beramai ramai ke masjid masjid berdekatan kerana ini "walk in" special.
Masuk aje terus dapat kerja!

ahlia azharjaafar said...

Salam kak..hehe nak sambung iklan..

Firman ALLAH swt: "Wahai org beriman! Mahukah Aku tunjukkan kpdmu satu perniagaan yg akan menyelamatkan kamu dr azab yg pedih (ia adalah kamu beriman kpd ALLAH dan RasulNya dan berjihad kpdNya dgn harta dan jiwamu yg demikian itu adalah baik bg kamu jika kamu tahu. Dgn ini ALLAH akan mengampunkan dosa2mu dan akan memasukkan kamu ke dlm taman2 yg mengalir dibwhnya anak2 sungai dan ia akan memasukkan kamu kedlm rumah indah yg kekal. Ini adalah kejayaan yg besar". (As-Saff ayat 10-12)

Umma-ali said...

Wa'alaikumussalam,
Syabas syabas!!!
Dah dapat jorna/tukang iklan sukarela, 2 org sekali daftar! InsyaAllah imbuhannya akan di claim dari Raja segala raja, Pemilik alam semesta, Allah Robbul Jaleel...
Tapi imbuhannya nanti kita dapat di akhirat sebab kalau dpt di sini, tak tau mana nak letak sbb melebihi besarnya dunia ini... hati2 akan pecah dek terkojut dgn hadiah lumayan tu...
Jgn risau, hadiahnya sudah ada, cash, cuma tunggu masa untuk di claim aje...
Nabi saw semasa isyra'mi'raj telah nampak syurga2 untuk Abubakar, Umar, dan baginda sendiri, wpun mereka masih hidup di dunia lagi, bererti Allah dah bayar cash segala pengorbanan mereka!!! Dan ingatlah bahwa Allah Tuhan mereka, Allah Tuhan kita juga...

ziarah76 said...

sakit iman...

umu6point said...

Assalamualaikum Ummi,

alamak....umu kena pastikan setiap kaum lelaki dalam family umu rebut keje ni..ishh, x leh jadi ni...
x leh biarkan diorng tertinggal! "jawatan" dan "kekayaan" yang ummi iklankan tu harus di rebut segera...biar kelak manfaatnya dapat kat kaum wanita di rumah kami...amin.

Umma-ali said...

Salam,
Ziarah76, cepat2 masuk hospital, eh, masjid...

Umu, cepat2 beri galakan...nanti dah tutup offer baru terhegeh2 nak dtg pulak...haha, jgn marah...
Amin, tapi kan wanita yg suka rebut peluang, baik kerja dunia maupun kerja agama...cikgu kat sekolah pakcik tu lebih 90% wanita...kat masjid kalau ada majlis ilmu, ramai pompuan dari lelaki...apa nak jadi dgn kaum adam kita???

haazaa kalaamu robbi