haazaa kalaamu robbi

Monday, April 26, 2010

KISAH PESAKIT DGN DOKTOR

Assalamualaikum,
Kita layan lagi satu cerita lah yek!
Kisah seorang pesakit diabetes...
Jumpa doktor, doktor kata, kaki kamu ni terpaksa dipotong!
Owhh! Ermm, berapa kos nya?
Hmm, sekian sekian ribu ringgit...
Baiklah doktor...

Dgn risau dia pun hubungi keluarganya...
Mereka pun usahakan wang yg perlu dikumpul untuk bayaran potong kakinya.
Setelah cukup, maka proses pembedahan pun dilakukan.

Setelah siap di potong,
Doktor pun jumpa pesakit,
Apa khabar kamu sekarang...
Alhamdulillah doktor,
Terima kasih doktor kerana telah potong kaki saya,
Telah selamatkan saya...

Kisah lagi satu, seorang pesakit di beritahu oleh doktor,
Wah! Gula dalam darah kamu ni tinggi kandungannya...
Tapi saya tak nampak pun gulanya doktor...
Buat lawak pulak dia...
Kata doktor, terpulanglah kepada awak nak percaya atau tidak...
Dari apa yg saya telah belajar di fakulti kedoktoran, darah awak ni mengandungi gula yg berlebihan,
Ia akan memudaratkan seluruh badan awak, kena kawal ni, kalau tak, bahaya!!!
Iyelah doktor, saya faham, dan saya percaya (wpun tak nampak gulanya...).

Kenapa kita percaya kpd doktor?
Kerana dia telah belajar di fakulti kedoktoran bertahun-tahun...
Dia telah diajar oleh pensyarah2 yg berwibawa,
di bimbing oleh doktor2 senior,
banyak pengalaman dalam bidang kedoktoran...



Nabi kita Muhammad SAW belajar di Sidratul Muntaha...
Di ajar oleh Allah SWT...
Di bimbing oleh Jibril AS...
Senior2nya 124000 para Nabi, 25 para Rasul...
Dia pelajar terbaik antara semua Rasul2...

Adakah kita percaya kata2 baginda sepertimana kita percaya kata2 doktor?
Adakah kita yaqin dgn kata2nya sepertimana yaqinnya pesakit yg sedia dipotong kakinya?
Adakah kita bayar upahnya yg telah bersusahpayah untuk iman kita?
Adakah kita berterimakasih kepadanya yg telah menyelamatkan iman kita?
Adakah kita yaqin pada perkara2 ghoib yg diberitahu kepada kita?
Malaikat, akhirat, syurga, neraka, mizan, mahsyar dll?
Seperti pesakit yg tak nampak pun gula dalam darahnya tadi, tapi tetap percaya???

Aduh, malangnya kita ni tak berbuat kpd baginda seperti pesakit yg tak byk soal bila kena potong kaki...
Nabi SAW tak suruh pun kita potong kaki...
Lebih2 pun disuruh khuruj jalankaki saja...
Masya Allah...
Itu kaki mau kasi jalan...
Azharjaafar sudah kasi jalan...
Korang bila lagi???
Tentang jemaah jalan kaki ni saya ada dgr mengenainya...
Katanya jemaah yg khuruj fisabilillah ni di bawah naungan malaikat...
Tapi jemaah jalankaki ni dalam DAKAPAN Malaikat...
SubhanAllah...

Kisahnya satu jemaah jalankaki dtg ke Melaka...
Satu ketika sedang mereka jalankaki untuk berpindah ke masjid lain,
Sebuah kereta sport milik seorang cina dgn laju memotong kumpulan jemaah tadi dan terus memberhentikan keretanya betul2 di hadapan mereka.
Kemudian dia keluar dari keretanya dan beberapa kali dia pusing mengelilingi jemaah yg agak terpinga2...
Seorang ahli jemaah tanya, apa awak cari?
Dia jawab, semasa saya di belakang kamu tadi, saya nampak banyak kuda di keliling kamu,
Tu pasal lah saya berhenti turun mau tengok kuda2 tu!!! Tapi sudah takde pulak!!!

Ini cerita benar...masyaAllah!!!
Semoga Allah tambah kefahaman kita dalam agamaNya,
Juga ketaatan kita kpd junjungan kita Rasulullah SAW...
Aaamiiin...

Wassalam.

5 comments:

Alfarisi said...

insyaAllah..azam keluar jemaah jln kaki suatu hr nnt

p/s: blog dah kaler oren effect tnm kurma ka..hehe

namaku ina said...

Subhanallah.. Allahu Akbar..!!!

duh..irinya dengan jemaah jalan kaki tu... hiks.... TT___TT

amirhailmi said...

langkahkan kaki di jalan Allah sebelum nikmat kaki di tarik.

~sekarang ni, bukan saje doktor orang percaya, bomoh palsu pun orng bleh turut cakap dia. Semoga Allah bagi kita semua sifat taat dan yakin dengan apa yang di bawak oleh Rasulullah...

ahlia azharjaafar said...

Salam kak. masa sy mula2 berjinak2 ngan usaha agama nih...nmpak le jemaah tgh buat gash...cam ramai je. Bila hubby blk tnya dia, kenapa ramai2 buat gash.. hubby kata mane ramai..3-4 org je...aik?? pelik tapi benar..

itulah kena buat dakwah hari2 spy iman yakin kita 100% kpd Allah n sabdaan Rasulullah..kesian tgk keadaan ummat..sedihhhh...:(

Umma-ali said...

Assalamualaikum wrbt...

Insan lemah, nak kuar jmh jln kaki ada syarat2nya, kalau tak silap yg berkahwin dan umur 30 ke atas...antara syarat2nya, semoga satu hari nanti terkabul azam saudara...
Oren efek pemilik blog yg suka tukau2 kaler!!! Tak lama lagi kaler lain pulak, jgn risau, kot silau ke???

Ina, insyaAllah keliling kita pun ramai malaikat, cuma kita tak nampak...mcm gula dalam darah juga...

Amirhailmi, semoga nikmat kaki kita gunakan dgn sebaik2nya, iaitu di jalan Allah...
Ha'ah lah, makhluk ni mudah je nak di percaya sbb iman pada Allah tahp rendah jadi yaqin makhluq naik taraflah...tu lah kita kna tingkat usaha...

Ahliah Azhar, wah, kasyaf juga awak ye? InsyaAllah bila suami kita kuar jln kaki lebih byk kefahaman tentang usaha agama akan kita dapat, segala kegelapan akan dipancari nur...masyaAllah...akak pun dah rasa dulu masa suami kuar jlnkaki...ni dok azam agar dia dapat kuar lagi 4 bulan pulak jlnkaki. Masa dulu hanya 2 bulan je dibenarkan...sampai pecah2 tapak kakinya...masyaAllah semoga jadi saksi di akhirat nanti...amin.

haazaa kalaamu robbi