haazaa kalaamu robbi

Thursday, February 18, 2010

IKRAM MUSLIMIN

ASSALAMUALAIKUM,
Ini sebagai jawapan kpd soalan Suraya yg bertanya kpd saya apakah Ikram muslimin tu untuk org2 Islam saja?
InsyaALLAH kita lihat pada maqsud ikram ialah memuliakan...jadi maqsud ikram muslimin ialah memuliakan seorang Islam...Siapa org Islam?Org yg ada kalimah Laailaha illAllah, Muhammadurrasulullah...Maqsud Islam itu sendiri ialah menyerah diri, jadi org Islam adalah org2 yg menyerah diri (dan segala-galanya) kepada ALLAH SWT...Dulu saya pun tak faham maqsud serah diri ni sehinggalah saya khuruj ke Bangladesh, sudah hampir tamat cillah saya, semasa baru habis Tonggi Ijtima'.Seorg maulana dtg bayan dan dia memberitahu bahawa org Islam ialah org yg "Surrender".Alhamdulillah berkat doa saya setiap hari agar ALLAH SWT beri kefahaman maka kefahaman demi kefahaman dtg dgn beransur-ansur terutamanya pada hari2 terakhir cillah saya. Apa yg saya faham dari perkataan surrender tu ialah spt citer koboi bila di acukan pistol maka pihak lawan terpaksa surrender dgn melepaskan senjata/pistolnya dan angkat tangan kosong ke atas.Ini kalau taknak kena tembak lah...tapi ada juga yg brutal, kawan dah surrender pun ditembaknya...Berbalik kepada kefahaman tentang surrender ni, org yg surrender ni dia tak boleh buat sesuka hati dia...kalau disuruh 'turn around', dia otomatik berpusing.Kalau disuruh jalan, dia jalan...dll lagi. Well, bukanlah saya ni peminat citer koboi, cuma tertengok masa sekolah rendah dulu, bukan byk sgt citer omputih kat tv, jadi kalau terasa nak menonton tu, tonton je lah apa yg ada, channel pun tak byk masa tu kan! Ingat juga bila pagi2 sampai sekolah, kawan2 citer pasal 'The 6 million dollar man'...saya tak tahu pun apa citernya...sebab tv pun takde!!! Haha belum tabligh pun dah takde tv tau!!! Hehe, makbapak tak mampu beli tv laa. Tak lama kemudian baru dapat beli tv black n white...hmpph!tak bestnya, ek? Dan saya pun tak best gak tengok tv, saya lebih suka baca buku sekolah, dari awal sampai akhir saya baca wpun cikgu belum ajar!!! Nerd? Skema? Huhu, apa2lah... Bkn apa, buku cerita mana mampu nak beli, jadi baca buku sekolah je lah, pun byk gak citernya...Pernah saya bertanding informally dgn kawan seorang sikh yg boleh tahan bahasa Inggerisnya...bertanding sapa yg boleh baca buku 'reading English'. Sapa yg boleh baca bab yg last dia menang...Saya pun baca je lah until the last page!!!Kwang3!!!tapi habuk pun tak faham...janji menang...

Berbalik pada perkataan surrender tadi, jadi kita ni org Islam kena surrender everything to ALLAH SWT...
Tak boleh buat sesuka hati...semua kena ikut perintah ALLAH SWT...jadi org2 inilah yg kita kena muliakan walaupun dari segi pakaian dia tak macam org Islam pun, akhlaq dia pun tak mencerminkan Islam tapi kalau kita tahu dia seorang Islam yg ada kalimah Laailaha illAllah, kita kena muliakan dia...and on top of it, kenalah kita tunaikan segala haq2 dia, dan tanpa meminta haq kita- ini akhlaq Rasul saw.

Kalau kita sedang berjalan dan terjumpa sekeping papan atau secebis kertas yg ditulis kalimah Laailaha illAllah apa kita nak buat? Adakah kita biarkan aje? Wey, nanti org lain jalan tersepak tau, tak sampai hati kita...Jadi kita akan angkat papan atau cebisan kertas ni dan simpan di tempat yg tinggi supaya org tak sepak atau pijak kalimah ini kerana as a muslim kalimah ini adalah semulia2 kalimah, yg menentukan kelepasan kita dari neraka selama2nya, dan kemasukan kita ke syurga, walaupun dah diazab sampai rentung tetap akan kembali ke syurga, dgn asbab kalimah ini...

Jadi org yg ada kalimah Laailaha illAllah pun kita kena muliakan dan letak di atas melebihi org2 kafir, walau macamana baik pun org kafir tu...Satu org Islam lebih mulia dari seluruh dunia yg dipenuhi oleh org2 kafir. Satu org Islam yg berbuat dosa tapi dia sembahyang...lebih mulia dari seorang kafir yg buat banyak kebajikan tapi dia tak de iman, tak sembahyang...

Saya so far dah jumpa org Islam yg awalnya hidup tak macam Islam, mengaku sendiri, haa rambut dye color merah...tapi bila dpt hidayat, dah pakai purdah macam hantu bungkus, yg dulu dia dok pikir org pakai purdah ni macam tu lah, la ni dia pulak yg jadik!!! Sorang lagi, ligat dkt swimming pool dgn bikini seksi dia, dah bikini memangle seksa mata melihat kan...eii, tak malunya i duluuu...katanya setelah dah berpurdah!!! Jadi, kita tak tahu ketentuan taqdir Allah, jadi jgnlah kita suka menghina mengejek org2 Islam...tapi kita kena lah ajak dia kepada kebaikan, amar bil maaruf...yg kita tak suka peranagi dan dosa dia dan kita doakan dia agar bertaubat...

Tapi kan org Kristian tu baik betul...akhlaq pun baik, serba serbi baik...biasa kita dgr kan! Kiyai Uzairon dari Temboro kata, walau baik manapun dia(bahasa melayu ni, bkn bahasa indonesia) tapi satu dosa dia mengatakan Allah itu ada anak, begitu berat sehingga bergegar langit kerana kemarahan dgn kesyirikannya! Bayangkan kalau kita sedang berjalan2 dgn seekor anjing atau kucing, seorang menyapa kita dgn berkata, oh...anjing atau kucing ini anak kamu, ya! Mungkin kita akan berkata, kurang ajar kamu ni, binatang ini kamu kata anak saya! Apa kamu pikir saya ini binatang jugak? Mungkin kalau kita lelaki, dah angkat kaki nak terajang org yg bermulut celupar tu...kalau kita yg pompuan pulak dah sinsing (bkn kopi sin sing...) lengan baju, atur langkah nak bertarik rambut, atau langkah seribu...huhu.

Contoh syirik lagi...umpama seorang presiden yg sudah bersusah payah memancing pengundi dan habiskan wang untuk pilihanraya, akhirnya menang dapat jadi pemimpin...kemudian ada segelintir rakyat yang berpiket mengatakan ada juga seorang lain yg jadi presiden juga boleh sama2 memerintah negara...sudah tentu sang presiden akan tangkap org2 ini dan masukkan ke dalam penjara selama dia memerintah jangan dibenarkan org ini keluar penjara...

Contoh lagi, kita telah dapat membeli sebuah rumah hasil titikpeluh bekerja keras mengumpul wang, dgn mengikat perut semata2 untuk dapat membeli mahligai wpun mahligai itu hanya sebuah rumah teres...Tiba2 dtg seorang lanun (bkn lanun ala azharjaafar...) dtg dan masuk dalam rumah kita dan berkata kita bahagi 2 rumah ni, bahagian depan kau punya, bahagian dapur aku punya!!! Mau menyinga kita dgn mengaum sekali menghalau lanun tu, siap amik parang panjang atau parang kontot pun jadiklah...dan teruss AMUUKKK!!!

Jadik, faham tak ni? Mata pun dah ngantuk ni...mau tahajjud gajah ni, atau langsung tak tokojut ni kang!!! Tiada sekutu bagi ALLAH SWT dan tiada yg sekufu dgnNYA!!!!

Akhir sekali walaubagaimanapun kita usaha lah juga menunjukkan akhlaq yg baik walaupun kepada non muslim kerana ini juga sebagai usaha kita untuk membawa mereka kepada agama kita dan kita juga dah banyak baca dan dgr sirah Rasulullah saw bagaiman dgn akhlaq baginda saw dan sahabah ra org2 kafir berbondong2 memeluk agama Islam...sehinggalah mereka akan berkata not only Islam is beautiful, the muslims are more beautiful...

Kalau kita nak ajak orang masuk rumah kita, kita kenalah bersihkan rumah kita, tebas rumput2 dan lalang di luar tu, deretkan pasu2 bunga agar nampak berseri....dalam rumah pulak, sapulah sampah2 tu, atau vacuum aje lagi mudah...hiaskanlah dgn gambar2 hiasan yg cantik di dinding, langsir yg menarik dll tak lupa pewangi yg melekat kat dinding tu beberapa minit pencit, pencit, wangi....harum bau syurga...Orang yg meninjau2 akan teruja untuk masuk ke dalam...lebih2 lagi bila dah masuk kita hidangkan dgn air dan kuih muih... tambah suka lah kawan tu...rasa nak duduk terus! Balik rumah dia, dia pun cerita yg baik2 je pada org lain, semua org nak masuk rumah kita...

Tapi kalau kawasan halaman rumah kita penuh dgn duri, semak dgn lalang, ada lipan, ular, kalajengking...bkn nya nak masuk, org lari terusss...

Begitulah Islam and Muslims to NonMuslims...
Fikir2kanlah...
Tasbih kifarah lah...

12 comments:

musa said...

Bila baca perkataan surrender teringat saya satu kesah karguzari dari satu jemaah yg keluar kat Amerika, mereka solat ditepi jalan, bila mereka mula bersolat datang satu kumpulan geng motor besar, berbadan besar dan bertatu mengelilingi jemaah solat dengan motor mereka. Setelah selesai solat mereka telah bertanya imam yg juga amer jemaah.Katanya "Kami hairan setiap kali kamu membuat pergerakan kamu surrender (angkat tangan takbir). Kamu surrender kepada siapa" Jadi Amersab dakwahkan mereka. "Sebenarnya kami setiap masa surrender kepada Allah pencipta kita semua,bla, bla.... citer kebesaran Allah.Akhir sekali semua geng ini telah mengucap kalimah syahadah Lailha illallah Muhammadarrasulullah.

NH said...

Salam Kak J

Kak J ingatkan saya zaman tak mampu beli TV dulu, tapi sempat gak tengok cite koboi..Wild Wild West...huh
Ye laa time tu takde komik, nak beli buku Enid Blyton pun kena simpan seposen sehari duit sekolah...masa sekolah rendah pun baca buku2 sastera kepunyaan abang2 seperti "Tulang2 Berserakan"..padahal ntah faham ntah tidak. Kakak saya drjh satu, tapi khatam buku drjah 6. Camnepun dulu lain, sekarang lain...tapi Allah tetap sama, perintah agama tetap sama.
Anyway, walaupun nonmuslim takda haq sebagai saudara seIslam tapi sometimes depa ada haq sebagai jiran, sebagai rakan sekolah, kawan ofis dsbnya.
Ye laa betulla tu...akhlak kita sendiri mesti diperbaiki, kalau tak camne org nak 'masuk rumah' kita.
Alahai Kak J, terasa pulak. Haritu rmh kami bersepah, tapi saya jemput jugak wanita bertudung yang buat satay untuk kenduri Cina depan rumah tu masuk. Saya offer dia solat maghrib kat rumah saya...dia kata dia peluh2ni, nanti balik dia qadho'. Saya kata, kalau nak mandikan baby, jemputlah. (Kesian tengok, maghrib2 dok kat luar sebab emaknya bakarkan satay utk kenduri Cina depan rumah). Alhamdulillah dia masuk. Sambil dia pakaikan baby dia pampers, saya tak lepas peluang...cerita tentang kepentingan solat. Takde hikmah lagi, terus tembak mcm koboi, cerita pasal satu huqub. Dia kata dia baru tau yg solatni takde qodho'. Dan dipendekkan cerita, maghrib esoknya dia tumpang solat kat rmh saya (Cinatu buat kenduri 2 mlm). Abih solat, suruh cerita lagi pasal 'satu huqub'. Saya ajakdia taklim. Bagi buku fadhilat solat, suruh buat taklim kat rumah.
Beginilah keadaan saudara kita seIslam...macam saya dulu jugak...tak tahu dan ada yang tahu, tapi kerana tak digerakkan hati supaya mahu, maka tak dapat taufik untuk 'mahu' amalkan.
Tapi, rumah itu masatu memang sangat2 bersepah...hu3..

Nurul said...

MashaAllah. Saya suka sangat entry ni. Terima kasih banyak2. :)

Anak Pendang Sekeluarga said...

slam...sy pernah tanya seorg maulana dari sri Langka,dia cakap maksud ikram ni ialah bagaimana diri,masa dan harta kita digunakan untuk memudahkan org lain..dan ikram yang paling rendah,bagaimana diri,masa dan harta kita tidak menyusahkan org lain..

kata maulana Saad,bantuan dan Allah ada disebalik sifat mulia,akhlak yang terpuji yang ada pada org Islam,..

Anak Pendang Sekeluarga said...

pembetulan,kata maulana Saad,bantuan dan janji Allah ada disebalik sifat mulia,akhlak yang terpuji yang ada pada org Islam,..

Umma-ali said...

Assalamualaikum wrbt semua.

Musa, well that's amazing isn't it?Ckp omputih pulaklah...

NH, takpe rumah semak pun dia nak datang lagi mngkin istiqbal dasyat punya! Tak pun rumah dia lagi semak!! Huhu...

Nurul, sama2 kasih...

Anak Pendang, actually kalau nak kupas habis pasal ikramulmuslimin ni tak tido la ummi mlm tadi, so apa yg dlm n3 tu sekadar jawapan kpd suraya...maulana yusuf kata ikram ialah tunaikan haq tanpa menuntut haq...jazakallah sudi kongsi ilmu dan kefahaman tuan... sama2 kita amal dan sampaikan... insyaAllah.

seorangnenektua said...

moga kita boleh surrender pada Allah 100% seumpama kita sedang timbul tengelam ditengah lautan seorang diri.mengharap pertolongan Allah pasal dah tau dah tak sape boleh tolong!.

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

Umma-Ali... cillah itu apa artinya?

Na sering sekali, berniat ingin ikram pada sahabat.. maksudnya tak ingin menyusahkan dirinya.. tapi jadinya na malah menyusahkan dirinya.. hiks :(

Umma-ali said...

Salam nek, betullah tu, cuma taknaklah jadi mcm firaun laknatullah, dah nak tenggelam baru ingat Allah...nauzubillah.

Wslm wrbt Ina, cillah ialah 40hari dlm bahasa urdu.
InsyaAllah lain kali kena doa pada Allah bagaimana nak ikram seseorang tu sebab memang manusia ni berbagai2 sifat dan perangai.Mungkin apa yg kita nak kesenangan bgnya, rupanya dia merasakan ia satu kesusahan pulak. Jadi, kita rujuk kepada Maha Pencipta yg Maha Mengetahui segala2nya tentang ciptaanNya... wAllahualam.

Suraya said...

Assalamualaikum kak...

Mekasih byk yek sbb sudi 'ikram' su, tolong jwb soklan2 su tu...

Psl makan pemberian org bukan Islam plak, cemana ek?

Umma-ali said...

Wslm wrbt Suraya,
Pasal mknan tu akk tangguh2 langsung terlupe...sori...nnti akak tnya ustaz insyaAllah n reply kat hp ye!Pada akk takpe kalau mknan yg dibeli siap mcm jajan2, cuma kne tengok ingredients dulu lah.Mcm kita beli pun dr kedai non muslims jg kan?Tapi klu mknan yg dimasak, mmg tak berani lah sbb kita tau mereka kan makan mknn yg kita tak bole makan, guna bekas yg sama untuk masak...Even family km yg nonmuslim pun tak jamu kami dgn makanan yg depa masak, sbb depa tau km x mkn.Selalu klu ziarah km dberi air tin n jajan2 biasa je, buah2an...Dulu masa mak akk bru kwin klu dtg uma depa ada periuk yg khas untuk mak, yg depa tak pakai.Tapi mak tu orthodox sikit.. takde dia berani guna...hehe.

Suraya said...

haha...mmg semangat kental mak akak tuh...
btw, buleh x mintak anakanda akak sms sy...sbb sumer contact dlm fon sy ilang aritu...ilang lah contact ngan kekawan...nih jenuh nak menjejak kasih smula...

tq

haazaa kalaamu robbi