haazaa kalaamu robbi

Sunday, December 5, 2010

TIPS FOR PARENTS....

Assalamualaikum wrbt...

Masa tak berapa mengizinkan saya,
untuk menarikan jejari di keyboard ini,
namun rasa membuak2 nak update jgk blog...
alangkah bagusnya kalau perasaan yg sama ini ada,
atas maqsud utk mnmbah amalan2 kerohanian...
istighfar bbyk ni...
semoga coretan ini dapat mndtgkn manfaat kpd ummat...
dek lemahnya org yg menaip coretan ini
untuk berdakwah kpd 25 atau sekurang2nya 13 org setiap hari...

semoga Allah mengampuniku...

insyaAllah,
beberapa tips utk ibubapa,
yg inginkan anak2nya berjaya mnjadi hafiz Al Quran,
menjadi ulamak yg pakar dalam hal2 agama...
insyaAllah azam sungguh2...
kerana kelak di akhirat,
org yg anaknya hafiz Quran akan memberi syafaat
kpd 10 org ahli keluarganya yg pasti masuk neraka,
agar dapat dimasukkan ke dalam syurga...

ketika semua manusia hiruk pikuk di mahsyar,
masing2 nafsi2,
masing2 mencari org utk dpt syafaat...
maka seorg akn cari anaknya...
'nak, engkau kan presiden...tolonglah bapak...'
anaknya berkata, 'oh...sudah tidak laku lagi profesyen itu di sini'
seorg lagi akan berkata,
'nak, tolonglah ayah...kau kan menteri dalam negeri...'
anaknya berkata,
'tidak ada gunanya jawatan itu di sini ayah...'
ternyata tidak berguna lagi pangkat dan kedudukan...
di sisi Allah SWT hanya lah amal kebajikan yg dilakukan di dunia
yg dapat menolong orgtuanya...
dan anak2 yg soleh...

nanti org2 yg anaknya hafiz akan bergembira...
wah, kalau begini, mau sekali semua anak2ku ku jadikan hafiz Quran belaka...

dan setelah menjadi hafiz Quran,
ditambahi lagi ilmunya...menjadi 'alim...
maka dikatakan kpd org2 ahli ibadat,
"udkhulil jannah"
"masuklah ke dalam syurga"...
tetapi kpd seorg 'alim @ ulamak...
"isyfa' linnaas"
"berilah syafaat kpd manusia"
berapa? 100, 500, 1000...
mengikut tahap ke'alimannya dan kewaliannya...
kelak anak2 ini akan menanti di pintu syurga...
memberi syafaat kpd manusia...
tentunya orgtuanya berbangga...

Apakah perlu kita ada utk anak2 berjaya?
  1. Sifat pengorbanan...seperti sifatnya Nabi Ibrahim as dan isterinya Hajar dan anaknya Ismail...Dgn sifat ini Allah kurniakan mereka keturunan yg baik2 kebanyakn Nabi2 adalah dari keturunan Ibrahim as.
  2. Sifat khidmat, beri makan pada tamu dll...dgn sifat ini , juga Ibrahim as mndpt anak yg 'alim iaitu Ishaq...yg apabila Ibrahim dan Sarah memasak n menghidangkan makanan ijlin haneez=anak lembu yg dipanggang kpd malaikat2 yg dtg ke rumahnya, mereka tidak menjamah makanan itu krn malaikat bkn sifatnya memakan apa yg manusia makan...dan mereka memberi khabar gembira kpd Sarah dgn kelahiran seorg anak yg 'alim..."bighulamin 'alim...". Ternyata anak yg 'alim itu bkn asal dari madrasah tapi dari sifat ibubapanya sendiri...
  3. Banyak berdoa...kerana Rasul SAW bersabda lbhkrg, doa seorg ayah/ibu terhadap anaknya pasti diqabulkan Allah SWT...oh, tapi saya sudah berdoa tapi tidak menjadi...hmm...berapa lama kamu berdoa? Doa 5 minit, tidur...byk tidur dari doa nya...Doa lah terus menerus dgn ilhah yakni terus2an doa lagi dan lagi, 1000x, 2000x...owh!semoga saya dapat sifat ini....
  4. Cita2 yg tinggi...kerana bila ada cita2 tentu ada kesungguhan dan keazaman yg kuat utk mncapai yg dicita2kan...seperti ibunya Maryam as...bernazar dan menunaikan nazarnya wpun ternyata anaknya seorg perempuan...Cita2 juga perlu ada amalan yg betul, bkn hanya cita2nya nak anak jadi wali, tapi ibunya terus2an nonton TV...astaghfirullahal'azim...dan jalan utk mndapatkan yg dicita2kan juga kena jalan yg betul...iya kalau mahu ke markas sri petaling, tapi bawa kereta menuju ke selatan, dari melaka lah...tentunya tidak sampai ke sri petaling...akan sampai ke markas johor baru lah gamaknya...Dan cita2 juga kena kuat, jgn nanti sudah separuh jalan, dipanggil anaknya pulanglah saja, ayah daftarkan kamu utk ambil SPM, nanti boleh masuk universiti...habis cita2 anaknya...dan hancur harapan ustaz2 yg membimbingnya...kerana bapanya tidak tetap pendirian...
  5. Selain itu kita juga harus memikirkan anak2 org lain, anak2 saudara kita,jiran2 kita, anak2 rakan seusaha kita, anak2 rakan2 kita, dan anak2 Islam keseluruhannya...bagaimana mereka juga di usahakan utk jadi hafiz dan alim dan org yg berguna utk agama...dan dgn niat kita yg baik ini, automatic anak2 kita akan dapat manfaatnya...kerana bila kita fikir dan doa utk org lain, malaikat akan doakan utk kita....
  6. Banyakkan sodaqoh kerana sodaqoh penolak bala n musibah. Apakah bala yg lebih besar dari mempunyai anak2 yg umpama ular di dalam kocek kita...nak dibiarkan ia menggigit kita, nak dikeluarkan nanti dilihat orang dan menggigit org...nauzubillah...dan bila kurang sodaqoh, mmg krg keberkatan...jadi bila ada masalah anak2 kita sodaqoh dgn niat agar anak2 kita jadi anak yg baik, yg menyukakan hati kita dan hati ummat....

InsyaAllah ini serba sedikit yg dapat saya kongsi bersama anda,
semoga ianya bermanfaat utk kita bersama....
Azam?
InsyaAllah....
Aaamiiin....

Wassalam...

11 comments:

Elham said...

Words of wisdom from someone who walks the talk never fail to reach deep into the hearts...thanks so much for sharing them and please make du'a that, like you, I'll be able to put them into practice too...

diah badriyah said...

Asslmkm ummi....
Alhamdulillah....jazakillah tips nya.....insya Allah niatul amal wat tabligh...insya Allah....

Senyumlah Selapangnya said...

salam.wbt

Subhanallah!Taujihat yg sungguh brmakna buat bekalan msa mndatang.
Jzakillah dan salam ukhwah ya Ukhti.barakallah fiik

Umma-ali said...

Assalamualaikum..

Nor, thanx for ur words, doa jgk tuu...tujuan sampaikan agar diri sendiri dapat amalkan...insyaAllah sama2 kita doa...

Diah, insyaAllah niyatul amal wat tabligh...

Bintu ariffin, salam ukhuwwah! semoga bakal lahir zuriat2 pejuang agama...

NH said...

Salam Kak J

Jazakillahu khoir for the tips...

NH said...

..o..ye..antara pesanan taklimat semasa masukkan anak ke madrasah aritu..
* Kena syukur Allah bagi taufik utk belajar Al-Quran. Nikmat ini sgt besar. Jgn kufur akan nikmat ini. Bila kufur, cepat Allah tarik rahmat.

*Agama Allah tak berhajat pada kita tapi kita yang berhajat pada agama. Jika ternafi dari agama, kitalah yg tersangat2 rugi.

*Sediakan suasana madrasah di rumah supaya bila anak2 pulang bercuti di rumah tidak 'keliru'. Umpama sediakan landasan yg betul utk kapalterbang landing. Kalau kplterbang landing di kawasan perumahan, kapalterbang musnah, dan perumahan jugak musnah. Likewise, pelajar umpama kapalterbang, bila salah landing, dia pun rosak dan merosakkan masyarakat. Masyarakat juga akan keliru kenapa budak tahfiz pun berperangai buruk...rupa2nya suasana di rumah tidak membantu. Ooh..muga Allah selamatkan anak2 tahfiz/alim..

NH said...

..err satu lagi..

masa anak2 belajar tahfiz, dah kena bentuk fikir mereka (parents juga) utk terus sambung belajar 'alim yg sempurna' selepas khatam hafaln. Masyarakat kita masih keliru..asal hafal Quran shj dah panggil ustaz..sedangkan mereka hanya Qori..belum boleh dijadikan tempat bertanya hukum hakam atau fatwa. Fitnah di Malaysia...takada asas agama, dah mula mengajar. Umat tengah 'hancur'. Tidak cukup 'alim ulama yg muktabar.
Mafhum "Kalau kamu letakkan satu urusan kepada org yg bukan ahli, tunggulah kiamat..!". Jadi, sebelum anak2 yg hafal Al-Quran dianggap ustaz, selamatkanlah mereka dgn menjadikan mereka 'alim yg sempurna yg akan mendapat ganjaran yg dijanjikan dlm Al-Quran dan Ahadith.

Umma-ali said...

Assalamualaikum NH,
Jazakumullah juga atas penyampaian nasihat2 di atas...
Saya masih byk lg kekurangan terutama sebagai landasan...semoga Allah beri kita taufiq utk amal n sampaikan...
Yg penting kita kena ingat bahwa madrasah2 adalah hanya pelengkap kpd usaha agama, bkn usaha agama dah lgkap hnya bila dah ada madrasah... justru pihak2 bertanggungjawab hal madrasah kena ambil usaha dakwah sebagai tujuan utama...agar agama berkembang trus. Bygkn org yg tak berhijab, tapi pakai niqab saja...tentu jadi mcm clown...jadi niqab adalah pelengkap kpd hijab...wallahua'lam.

Bijen M. said...

Tak dapat jadi hafiz, tak dapat jadi alim.
Jadi syuhada pun oke.
Ye dok?
:D

Umma-ali said...

Encik Bijen M.,
ini semua pilihan Allah...
kalau ada kesungguhan masih ada jalan...
di Temboro sana, ramai yg berumahtangga tetap juga enroll jadi student...
saya pun bercita2 juga nak jadik hafizah alimah, insyaAllah satu hari nanti...
saya kagum dgn istri ckg hj bakaq, madrasah titibesi, a.star... dgn usia melebihi stgh abad masih bljr 'alim n dah habis pun, siap bersanad lagi...
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...
semoga termasuk pilihan Allah...

Bijen M. said...

He he.
Hari tu dengar targhib untuk student.
Bila kita buat usaha, kita jadi josh.
Lepas habis belajar, rasa nak sambung belajar agama pula.
Dia kata tak payah.
Teruskan dengan apa yang kita buat.
Dia bagi karkuzari basketball player kat US lepas keluar 4 bulan, dia nak quit.
Hadratji kata tak payah.
Teruskan jadi basketballer.
Buktikan jadi basketballer pun boleh baca taklim, buat ghast segala.
Ada lagi karkuzari yang dia dapat offer bahasa Perancis dengan Arab.
Kalau kita mesti nak choose Arab.
Lepas mesyuarat, hadratji kata ambil bahasa Perancis.
Dengan asbab tu, Perancis sekarang dah ada beribu-ribu masjid compare masa dia mula-mula datang ada satu je.
He he he.
Apa-apa pun semuanya Allah pilih.
Nak keluar pun Allah pilih.
Nak syahid pun Allah pilih.
:D

haazaa kalaamu robbi