haazaa kalaamu robbi

Thursday, December 23, 2010

SURAT UNTUK UMMU ........................

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh!
Nahmaduhu wanusolli 'ala rosulihilkarim...

Kepada Ummu .............................................................................

Dengan sukacitanya kami telah bersama-sama dengan anak puan selama 4 minggu/ 20 hari belajar, dan alhamdulillah anak puan telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan projek sulung kami ini. Syabas kami ucapkan dan bersyukurlah bahawa dengan pengorbanan diri, harta dan masa yang sedikit ini semoga dipandang oleh Allah SWT dengan pandangan RahmatNya dan seterusnya memilih kita dan zuriat keturunan kita untuk menjadi insan-insan yang akan memberi manfaat kepada seluruh ummat dengan berbakti kepada agamaNya sepanjang hayat...Sesungguhnya apabila Allah SWT sayang kepada hambaNya, Dia memberi nikmat agama kepadanya, dan apabila Dia lebih sayang, maka Dia akan berikan usaha agama kepada hambaNya sepertimana para sahabah r.anhum yang mana bukan sahaja mereka dapat iman tetapi mereka juga telah disediakan untuk usaha atas iman mereka dan ummat keseluruhannya,,,

Sebenarnya ini adalah tujuan utama kami iaitu untuk memberi sedikit fikir kepada anak-anak kita betapa pentingnya iman dan betapa pentingnya usaha atas iman/dakwah kerana tanpa dakwah, agama akan mati seperti ummat di zaman anbiya' terdahulu sebelum junjungan besar Rasulullah SAW, yang mana apabila wafatnya nabi mereka, lama kelamaan agama makin menurun dan akhirnya mereka kembali kufur. Tapi kita sebagai ummat Nabi SAW, khotaman Nabiy, kita telah ditarbiyah dengan usaha kenabian yang mana walaupun Nabi SAW telah lama wafat, agama masih hidup lagi sehingga ke hari ini, berkat usaha dakwah para sahabah r.anhum, para tabi'in, tabi' tabi'in dan salafussoleh selepas mereka...

Namun apa yang kita nampak sekarang ialah penurunan dan kejatuhan iman dan amal yang amat ketara pada diri kita 'amnya, dan khasnya pada diri anak-anak kita terutama golongan remaja. Bukan sahaja iman dan amal, tapi akhlaq juga telah menampakkan ciri-ciri penjajahan kaum kuffar kepada anak-anak kita, dan itulah yang merunsingkan pihak kami...dan ibubapa yang waras dan prihatin, insyaAllah...

Justru dengan kudrat dari Allah SWT kami telah berusaha sedikit sebanyak membentuk fikir dan risau tentang iman dan amal ke dalam diri anak-anak ini, namun atas kelemahan kami dan kesuntukan masa, tentunya kami tidak dapat betul-betul melaksanakan tanggungjawab kami dengan baik. Jadi kami memohon agar dimaafkan kesalahan dan kesilapan kami dalam mentarbiyah anak-anak puan dan kami juga mohon dihalalkan segalanya dari segi wang ringgit, masa, tarbiyah dan teguran kepada anak-anak ini. Sesungguhnya memang kami masih lemah dalam usaha kami. InsyaAllah madrasah yang terbaik ialah di pangkuan ibu-ibu, jadi harapnya ibu-ibu akan berusaha lebih giat lagi dalam mentarbiyah anak-anak sendiri dan semoga usaha kita diberi pertolongan oleh Allah SWT.

InsyaAllah sama-sama kita doakan agar seluruh ummat Islam kembali kepada agama yang diamalkan oleh para sahabah r.anhum ajmain.

Sekian. InsyaAllah kita berjumpa lagi...ilal liqo'.

Subhana robbika robbil 'izzati 'amma yasifun, wasalaamun 'alal mursalin, walhamdulillahi robbil 'alamin...

Wassalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh!

Dari pihak Madrasah Ar-Rauf...

****************************************************************************

Antara yang telah kami kongsi dengan anak-anak puan:

1. Al-Quran
2. Taklim-bacaan hadith-hadith tentang kelebihan amal.
3. Muzakarah 6 sifat unggul para sahabah.
4. Adab-adab:
  • seorang murid kepada guru
  • tidur
  • tandas
  • makan
  • perjalanan
  • hijab aurat
5. Kepentingan dan kelebihandakwah.
6. Duabelas usul dan tertib:
  • 4 perkara yg perlu kita perbanyakkan-dakwah, taklim, ibadat, khidmat.
  • 4 perkara yg perlu kita kurangi-masa makan minum, masa tidur n rehat, qodho hajat, cakap sia2.
  • 4 perkara yg perlu kita tinggalkan:
  1. jangan minta dgn lisan kpd makhluk, minta/doa kpd Allah.
  2. jangan harap dalam hati kpd makhluk, harap hanya kpd Allah.
  3. jangan gunakan barang orang tanpa izin pemiliknya.
  4. jangan membazir.
 InsyaAllah semoga kiat sama2 dapat amal dan sampaikan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Anak-anak pilihan Allah SWT :
  • AZYAN ANISAH
  • SITI ZALBIHA
  • SYAFAZLIN NASUHA
  • NURUL NABILA
  • NURUL AIN
  • AISYAH WAHIDA
  • NUR SYAQIRA
  • SYAZA ADDINA
  • SYAZATUL HUSNA
  • INTAN NUR SABRINA
  • INTAN NUR SYAHIRA
  • INTAN NUR SOFIYYAH
  • NUR AISYAH
  • NABILA ATIQAH
  • NABILAH ZAID
  • SAKINAH
  • RASYIDAH
  • NURUL RADZIAH
  • IZZATUL ISLAMIAH
  • HILYAH HUSNA

10 comments:

Bijen M. said...

Fikir risau abang ni kat adik-adik dia.
Ha ha ha.

Anonymous said...

Hi all! I'm originally from London but am living in Berlin at the moment.
Gotta like this place!


____________________________________
[url=http://stephetteh.wordpress.com/]Barrater is my life[/url]

Umma-ali said...

emm ye laa abg bijen risau tu adik2!!! hehe...

aliaazuan said...

Salam.

masyaAllah...tahniah2! dah boley bukak mdrsh sepenuh masa ni...

Umma-ali said...

wslm, insyaAllah berkat doa aliaazuan nanti...amin...

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Blog berwajah baru, dengan semangat dan keazaman yang baru selepas suami tercinta baru balik dari khuruj 40hari kuching. Tahniah atas kejayaan mempelopori penubuhan madrasah di Kg Tehel. Semoga semangat keagamaan semakin semarak di kalangan anak-anak muda. Moga Allah terima kesungguhan pengasas madrasah sekeluarga jadi amal jariah, bekalan yang bekekalan dan terus mengalir hingga haria kiamat insyaAllah.

Umma-ali said...

Wslm wrbt,
anak pendang, insyaAllah sy cb lapangkan masa menatap karguzarinya.
Jazakallahukhoir...

ishak...eh, mn bole lawan pngntin baru!!! alhamdulillah amin kpd doa kalian...dan alhamdulillah salah seorg pljr kami telah buat keputusan utk teruskn bljr di salah sebuah madrasah tahfiz di melaka ni... ta'jub juga, ibubapa bkn dr klangan karkun, namun semangat anaknya utk jd hafizah tak dpt dibendung lagi...wpun upsr dpt result yg baik...syukur...dan dah sedia pakai purdah! Masyaa Allah, semua drNya...pd hari terakhir, 90% minat nak pakai purdah dan kecohlah berposing dgn memakai purdah...ye la anak2 ni bersih hatinya, mudahnya dpt hidayat...semoga mereka jadi asbab hdyt utk kuarga n seluruh ummat...

Anonymous said...

di mana madrasah nya?
kalau bukan anak karukun boleh masuk x?
after upsr..

Umma-ali said...

Anonymous, maaf terlepas pandang...
InsyaAllah madrasah kami ni maa cuti sekolah yg panjang saja, doakan semoga kami mampu utk buka sepenuh masa...insyaAllah.
Sama saja anak2 karkun atau bkn, kita semua pekerja agama Allah SWT, semua layak, insyaAllah...

haazaa kalaamu robbi