5 pasangan dari Melaka:
- Ckg Abdurrauf dan isteri
- Ckg Mansor dan isteri
- Encik Ajis dan isteri
- Encik Hafizul dan isteri
- Ckg Nasiruddin dan isteri ( dari Subang, join jmh Melaka - menantu dan anak kpd Ckg Abdurrauf)
5 buah rumah yg telah diwakafkan untuk agama Allah SWT selama 2 hari setiap rumah:
- Rumah Encik Hj Muhammad di Taman Nusantara, Gelang Patah.
- Rumah Encik Abdul Kadeer (Bangladeshi, wife Malay) di Taman Nusantara Fasa 4,
- Rumah Encik Mohd Desa masih di kawasan Gelang Patah juga.
- Rumah Ustaz Shamsuddin di Taman U, Skudai.
- Rumah Encik Fidlah di Taman U, Skudai juga.(surau berlainan).
Kami diberi bayan nasihat pada 5 jun kuranglebih jam 9 pagi di rumah Encik Azmi di Taman Desa Baru.
Bersama kami, satu jemaah masturat seramai 4 pasangan dari Melaka juga, route Singapore.
Selepas bayan, kami terus bergerak dgn 3 kenderaan ke JB.
Kereta kami 2 pasangan, anak beranaklah...
Kereta Encik Hafizul dinaiki bersama oleh Encik Ajis suami isteri.
Kereta Ckg Mansur dinaiki bersama-sama para malaikat...begitu anjuran amirsab jemaah...wakaka...
Tak aci lah, kami pun tentunya bersama para malaikat...
Zohor kami dah sampai di rumah pertama disambut riang oleh isteri dan anak2 perempuannya yg 6 org, lelaki 2 org...umm...lumayan tu buk!!! Tak perlu susah2 bawak naik beg ke tingkat atas sebab anak2 perempuannya pantas membawa semua beg2 makcik2 ke atas...Anak2nya memang cekap bab khidmat ni... Sejuk hati tengok...ada sapa2 berkenan nanti hubungi saya ya...huhu. Tapi yg sulung baru je 16 tahun...
Hari pertama saya khidmat bersama tuan rumah, tapi nama aje khidmat, anak2nya semua turun padang, makcik ni cuci tangan je...alhamdulillah, rezqi...
Pasangan Encik Idris dan isteri sampai sejurus selepas kami sampai...terus aje bole masuk 'gu'...
Almaklum bugis jumpa bugis...speakinglah...
Selepas 2h kami berpindah ke rumah Encik Abdul Kadeer, bersemangat dia tunggu kami. Kami sampai bersama hujan yg turun dan dia menunggu di luar rumah dgn payung!! Terharu kita dibuatnya... Sampai di dalam rumah isterinya kat suaminya berkali-kali keluar masuk rumah risaukan bila nak sampai jemaah ni... Ramai juga yg dtg nusrah kami di kedua2 rumah ni...
Rumah ketiga, Encik Mohd. Desa, seorang nelayan...lumayanlah makan ikan!!! Di sini hari pertama ramai juga yg datang nusrah termasuk jiran2 sebelah menyebelah...Dan di sini juga rumah terakhir kami bersama Encik Idris suami isteri, maka pada hari berpindah tu, terjadilah 'heavy drama' yg menyayat hati...sob, sob, sob...eh, mana tissue ni nak kesat airmata dan air hidung sekali....
Kemudian perjalanan agak jauh sikit je, ke Taman U di Skudai. Rumah berikutnya, Ustaz Samsudin, dgn anak2 lelakinya seperti khalifah yg 4...hero semuanya...Hmm...teringatlah zaman muda2 dulu, kita dgn anak keliling pinggang...terima jemaah lagi...semoga susah payahnya diterima Allah...Yg paling tak tahan bila makan ada muzik background...ada aje yg menangis waktu tu...hmmm...nenek ni dah lama tak dgr muzik masa makan...
Rumah terakhir, Encik Fidlah, disambut manis oleh isterinya dan anak2 perempuannya...yg paling terkejut bila tengok anak yg kecil, sudah besar juga...masih menyusu dgn botol!!! Emm...cedapnya dia hisap...bg acik hisap sikit boleh??
Rumah terakhir, hari terakhir, heavy lagilah dramanya...
Tapi saya pulak sakit perut lama duk dalam tandas, bila keluar, dah jadi light drama...
Ok la tu x habis tissue...hehe.
Nampaknya itulah serba sedikit laporan khuruj kami di JB.
Setinggi2 penghargaan kepada mereka yg telah nusrah kami dgn rumah, makanan dan ukhuwah kalian...
InsyaAllah kami tak lupa hingga kita bertemu lagi...nanti kita sembang2 di syurga...Aamiin.
Tentunya balasan dari Allah SWT tak dapat kita hitung...
Dan juga kami mohon berbanyak maaf kerana kami tak dapat buat kerja agama dgn baik di sana, lebih banyak bercakap yg sia2, semoga di lain ketika, Allah SWT pilih kami lagi untuk memperbaiki kesilapan2 kami...
JAZAAKUMULLAHU KHOIRON KATHIRON, KATHIRON, KATHIRO...
p/s: dah dkt bersawang karguzari ni...sorry laa...
x lupe jazakillah kpd puan anna yummy cuppy cakes for the choc cake n pandan muffin.
9 comments:
Al-hamdulillah ....
Allah swt pilih akak dan ahli jemaah yang lain untuk buat usaha. Semoga segala susah payah akak & jemaah serta tuan puan rumah jadi asbab hidayah tersebar seluruh alam.
Moh le ke Kuching, lepak-lepak sambil pk agama kat umah saye plaks .. ;)
Kucing???
Meowww...haa nanti kami datang juga insyaAllah...
Asmkum Kami jemaah dari Jitra 7 pasang semua datuk/nenek belaka (kakek/Omma cakap Indon)keluar kat Surabaya 15 hari Nusroh disana masyaallah hebat, mereka masih baru dalam usaha masturat tetapi nusroh dan khidmat mereka macam orang lama-lama, bila kita sampai di rumah, sudah siap menunggu suami isteri yang bukan tuan rumah untuk khidmat pd jemaah(kita kat sini biasanya isteri dan anak2 kita sahajalah yg tunggu, kalau adapun seorang dua sahaja) ,karkuzari isteri saya mengatakan semua 6 rumah yg kita pergi Allhuakbar begitulah punya baik dan mesranya, setiap rumah yg kita pergi agak jauh tetapi bila kita pindah mereka datang lagi untuk nusroh, insyaalah berkat pengorbanan kaum wanita ini Allah akan jadikan asbab untuk hidayat seluruh alam
Wslm,
Wah jauh bapak keluar masturat kali ini ya!
Memang betul kalau di Indonesia mmg hebat nusroh nya...
Malaysia, singapore pun tak kurang jugak, cuma mgkin kita dalam zon selesa?!!Terkesan dgn n3 tamindhari...
Assalamualaikum wr wb...
Ummi apa kabar...?Alhamdulillah smg krj dkwh ummi mnjd asbab hidayah slruh alam..amin....kapan ummi keluar ke tempat saya (rmh sy di tangerang dekat dg bandara soekarno hatta)...sy pun ingin sekali keluar ke malaysia ...do'a bi do'a ya ummi....mdh-mdhan Allah swt pertemukan kita dlm waktu dekat ini...amin....
berjumpa dan berpisah kerana ALlah...
p/s moga Allah pilih saya yg lemah nih..amin..
Salam,
Diah tkasih mengunjungi blog ummi...semoga Allah perkenankan doa diah...insyaAllah kalau diizinkan Allah kami akan sampai juga ke tempat diah...memang azam mau ke serata pelusuk dunia untuk dakwah ilallah...insyaAllah semoga diah sampai juga ke malaysia, amiin..dan kita dpt berjumpa di jalan Allah...
Ahliah azharjaafar,
amiin juga semoga Allah sentiasa pilih kita untuk kerja2 agama, maqomi dan intiqoli...
Assalamualaikum kakak ku yang dihormati,
Kita pernah jumpa masa akak keluar 10 hari di JB. Subhanallah...dapat berjumpa lagi di internet. Subhanallah! :)
Nama saya di sini Ummu Solihin. Kalau akak ingat, saya ada bawa 1 girl around 4 years old + 1 baby boy yg tembam 7 months old.ingat lagi tak?
hehe...tak habis2 dengan bugis nya ye.. :P bugis bugis pun buat dakwah..Alhamdulillah :)
ok,insyaAllah jumpa lagi..
p.s: jemput datang blog saya yg tak seberapa ini www.anakkusoleh.com
Wa'alaikummussalam...
Masya Allah mmg ingatlah bdk tembam tu!!! Dan kakaknya yg comel. Dan umminya yg moyangnya sekapal dgn akak, hehe!!! Tapi bugis tu org lain...InsyaAllah ada masa free akak ziarah blog awak...
Post a Comment