haazaa kalaamu robbi

Thursday, June 17, 2010

Assalamualaikum,
Khas kepada jemaah masturat melaka ke JB (5-15 Jun)
Dan semua masturat JB yg telah nusrah jemaah kami...

Jadikan jalinan antara kita persis untaian tasbih
Ada awal tiada penghujung
Dibentuk untuk mengingatiNya
Dicantum kerana cintaNya
Diratib semata-mata kerana redhoNya
Menitis airmata tika merasai kemanisannya
Semoga jalinan ini kekal dan dirahmati Allah...

buat suami tercinta...
ibubapa tersayang...dan
anak-anak permata hatiku...
sanak famili,
rakan seusaha...dan
umat seluruh alam...

6 comments:

hamdi said...

salam....
pg tadi lps Subuh saya hadir ke pengajian Quran bersama ayah dan gurunya ialah bapa saudara saya sendiri, Imam sebuah masjid di Melaka.

Biasanya selepas belajar bacaan Quran beramai-ramai beliau akan membacakan tafsiran ayat Quran yg dibaca.

Seperti biasa, kadang-kadang beliau akan berkongsi ilmu dan mengupas sedikit sebanyak yg beliau tahu tentang isu-isu semasa.

Sekali saya agak tersentak juga.
Beliau memberitahu hadirin yg hadir dlm majlis ilmu ini bahawa ada seorang isteri telah bertemu dgn beliau dan mengadu tentang hal suaminya yg sudah 20 tahun keluar berdakwah. Namun, dia memberitahu bahawa suaminya kosong terus dan tiada ilmu dalam diri. Imam ini memberitahu bahawa si isteri ini berniqab, jadi di hanya mengadu dgn menundukkan pandangan.

Dia juga mengadu bahawa suaminya pergi keluar berdakwah di sana sini jauh-jauh tapi kosong (tiada ilmu). Tambahan lagi dia memberitahu bahawa si suaminya sering menggunakan keperluan daripada isterinya utk keluar di mana-mana negara jauh sehinggakan banyak perkara yg terpaksa ditanggung oleh isterinya sendiri.

Kalau dilihat, memang benar kebanyakan org2 yg buat usaha agama ini tidak gemar utk menuntut ilmu di mana-mana pengajian ustaz...betulkah?kerana mereka nampak sering mengelakkan diri....waAllahua'lam..

ada karkun tempatan beritahu, kalau di Thailand ramai karkun yg sangat gemar dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu dalam pengajian dan pada masa yg sama ikut tertib dlm usaha agama.

Bagaimana pula kebanyakan kita?
Apa pendapat Ummu?
Saya risau dan takut kalau hal ini menjadi fitnah dan orang Islam sendiri akan lari dan tak suka dgn usaha agama.

Adakah ini kesilapan segelintir karkun atau sebagainya...?
boleh jelaskan...

Ishak Zaini said...

bertemu berpisah semata-mata kerana Allah.. moga Allah pertemukan semula di jannah nanti..

Umma-ali said...

Wslm Hamdi,
Maaflah ummi baru dpt bls komen awk, itupun xtaulah dapat jelaskan dgn sebaik2nya atau tidak...
Sebenarnya kalau kita lihat dalam setiap golongan pasti ada org yg baik dan sebaliknya. Begitu juga dgn usaha agama atau lbh dikenali dgn tabligh...
Untuk mudah kita bayangkan kalau kita pakai baju putih, pasti akan nampak kotorannya berbanding kalau kita pakai baju yg berwarna-warni kotoran tak berapa nampak.
Begitu juga dgn usaha suci murni Rasulullah saw ini umpama kain putih, jika ada setitik hitam pasti yg hitam itu akan dilihat dan sibuk diperkatakan, namun yg putih tu tak diendahkan org. Kenapa? Kerana fitrah manusia yg buruk tu selalu mudah nampak tapi yg baik tu perlu di usahakan barulah nampak...
Yang nampak pulak bkn sebarang org, hnya yg dipilih oleh Allah SWT dgn sekurang2nya 70x tilikan rahmat.
Kita lihat, lalang tak perlu diusahakan namun mudah aje hidup dan membiak tapi nak tanam pokok sayur atau lain2 yg bermanfaat, perlu dibaja, diairi, baru boleh subur, kemudian ulat dan serangga perosak pula datang nak hapuskan tumbuhan itu...
Jadi, anggaplah tuduhan2 itu umpama serangga perosak...
Dan yg buat tak betul tu umpama taik lalat di baju yg putih...
Ummi dah biasa dgr tohmahan ini, walaupun sekarang dah tak byk karkun yg buat mcm tu tapi cerita lama itu juga yg di ulang2...sebab tu tak heranlah kalau karkun taknak duduk majlis ilmu, kerana ilmu yg dapat tak banyak tapi perkara2 buruk yg byk didapati...
Dan yg paling banyak kita lihat org yg mengaku alim dan pandai tafsir quran dsbnya, hanya sampai ke masjid lewat dan solat bersendirian ataupun masbuk, kemudian baru memulakan majlis ilmu yg kdg2 disentuh juga kelebihan solat berjemaah tapi apa yg dibuatnya macam cakap tak serupa bikin...bknnya dia mmbawa org kpd kebaikan tapi kpd kekeliruan...dan kebanyakn yg mendgr syaranhannya org yg tak terbuka akal dan fikirannya cuma syarat saja nak duduk majlis ilmu...karkun mmg tak duduk sbb tak tahan melihat org yg hanya cakap tapi tak amal...
Janganlah salahkan karkun. Dan lagi, apa yg kita belajar dan amal dari sifat sahabat yg pertama saja iaitu keyaqinan terhadap kalimah Laailaha illAllah lebih tinggi pemahamannya dari sifat 20 yg di ulang2 bertahun2 tapi yaqin pada dunia masih menebal...
Perlu juga kita lihat bahwa sekarang telah ramai karkun2 dan isteri2 mereka yg belajar ilmu masail setelah mempunyai keghairahan yg sebenarnya, dan ummi juga byk bljr ilmu masail kerana mmg kita tahu kelemahan ilmu kita...jadi, jgn hanya dgr tuduhan sebelah pihak sahaja. Di sripetaling saja pun dah ada kelas2 pengajian ilmu fardhu 'ain untuk isteri2 karkun dan org awam, begitu juga di byk tempat2 lain di malaysia atas kesedaran agama dari taklim fadhail...
Hmm...sebelum ummi akhiri ummi nak cerita sikit, semasa ummi nikah dulu, ummi dah memang pakai purdah semasa belajar di US,bkn nak bangga, tapi nak cerita. Setelah beberapa tahun seorg jiran yg dulu masih kecil semasa ummi nikah, beritahu,dia selalu ikut maknya belajar agama di surau dan ustaz tu sering menceritakan tentang pelajar wanita yg pulang dari luar negara yg pakai purdah tapi dalam tudungnya dia memakai salib!!! Bayangkan perasaan ummi, tapi alhamdulillah, Allah tutup pendengaran ummi dari berita itu sehinggalah dah tua ni baru tahu fitnah tu...dan yg buat fitnah tu pun dah meninggal dunia...dan ummi kenal juga anaknya yg memang tak menutup aurat langsung...jadi, ummi pun tak heranlah...mmg byk org yg kononnya ahli ilmu, yg kehidupannya begitu...semoga Allah mengampuninya.Wallahualam.

Ishak,
Amin ya robbal alamin, sesungguhnya kasih sayang kerana Allah yg akan kekal sehingga di syurga...

Anonymous said...

mOHON IJIN UNTUK SAYA BAGIKAN DI FACEBOOK

hamdi said...

syukran ummu....
sbnrnya mmg sye dh agak jawapan yg akan ummu beri....
cuma nk kepastian saja....

moga Allah istiqamahkan....

Umma-ali said...

aslm,
anonymous,silakan...

hamdi, usaha agama penuh ranjau, doa lah Allah tmbh kefahaman dan kekuatan untuk menempuhnya...

haazaa kalaamu robbi