haazaa kalaamu robbi

Friday, May 21, 2010

'ABID VS DA'IE

Assalamualaikum
Di pagi Jumaat yg mulia ni...
Kita layan wrestling antara 'abid dan da'ie...
Sapa gaknya yg menang...
Menang tangkap perhatian kita...
Bkn menang lawan ke bertumbuk ke...
Isyhhh3!!!
Bersopanlah sikit, takkan nak bertumbuk pada hari Jumaat ni...

Okay kita teruskan wrestling kita!!!
Round 1 !!!
Syurga abid umpama kulit bawang --- syurga da'ie umpama bawang tu lah!

Round 2 !!!
Mahligai abid guna 2 batubata emas dan perak berselangseli --- mahligai da'ie guna 5 batubata yg berlainan warna emas, perak, zamrud n ntah apa2 lagi lah...warna merah, biru, hijau selain emas dan perak...

Round 3 !!!
Bumbung mahligai abid tak tau dari apa (terlepas dengar ni!) --- bumbung mahligai da'ie dari mutiara...

Round 4 !!!
Syurga abid terletak di mana ye (sekali lagi terlepas dengar! bkn ape sebab tak heran sgt tu le tak perasan kat mana...huhu) --- syurga da'ie terletak betul2 di bawah 'arasy Allah SWT !!!

Round 5 !!!
Syurga abid dibina dgn 'kun fayakun' atau dibina oleh malaikat sebagaimana dlm kitab fadhilat zikir bila ditanya kpd malaikat, kenapa berhenti membina mahligai polan? ongkosnya belum sampai...zikirnya terberhenti, maqsudnya...oohh x pakai duit, pakai zikir...haa cpt amik tasbih!!!
--- syurga da'ie di bina dgn Tangan Allah SWT sendiri...demi kasihNya kepada para da'ie...
(teringat makcik2 kalau nak beli batik tentu dipilih batik tulis/lukis daripada batik print wpun harganya melampau tinggi bezanya...kenapa, ek...sebab batik yg di lukis tu memang takkan ada yg serupa dgnnya dalam dunia ni...begitulah alasan mereka...)

Round ... ah, tak payah lagilah...dah tau sapa yg akan menang kan?

Semasa di titian Sirat...
Abid dapat melintas dgn pantas, mengikut amalan masing2.
Da'ie disuruh oleh Allah, melintas sepantas kilat!!!
TAPI....ada tapinya...
Kata si da'ie dgn tangisan, wahai Allah, di bawah titian Sirat ini terdapat mereka2 yg dulu di dunia aku telah ziarah mereka, ajak mereka, gasyt, jaulah dll, tapi mereka taknak ikut aku, lantaran itu mereka sekarang berada di dalam neraka...izinkan daku untuk usaha lagi sekarang dan bawa mereka keluar dari api neraka masuk dalam syurga Mu ya Allah...
Maka Allah SWT dgn kasihsayangNya telah mengizinkan da'ie tadi bawaklah sebanyak mana orang yg kamu suka keluar dari api neraka masuk ke dalam syurga...SubhanAllah...
Maka apabila da'ie itu pijak kakinya di titi Sirat maka sejuklah api neraka dan dia masuk ke dalamnya dan bawa keluar mereka2 yg dulunya di dunia menyampah dgnnya, benci bila dia ziarah rumah mereka...dsbnya.
Seperti mana apabila sahabat2 Nabi SAW bertanya selepas haji wida' bila mereka berangkat ke serata dunia untuk dakwah, sampai bilakah ya Rasulullah kerja kami ini (lbh kurang..)? Di jawab "ilal liqo'...sehingga kita bertemu di Kawtsar..." (lbh krg mafhumnya)...
Jadi, wahai da'ie2 Allah teruskan kerja sehingga lah kita semua bertemu dgn baginda SAW di Kawtsar, insyaAllah...

Airmata dah mengalir...
Cukuplah dulu...
hari jumaat banyakkan solawat, ia akan dibawa ke hadapan Nabi SAW terus pada hari ini..
bacalah surah Al-Kahfi nescaya terpancar nur dari tempat kita hingga ke Kaabah, nur hidayat...

Semoga kita sama2 dapat azam untuk amal dan sampaikan...
Wassalam...

7 comments:

musa said...

Asmkum Dae dan abid umpama ibu dan anak, Tiada ibu maka tiada lah anak, begitulah jika tiada dae tiadalah abid. Ganjaran ibu banyak daripada anak, apa yang anak amal semua dapat juga pada ibu, tapi apa yang ibu amal tak dapat pada anak, begitulah juga apa yang dibuat oleh abid akan dapat pada dae yang mengajaknya, tapi apa yg diamal dae tidak dapat oleh abid. Conculsion amalan dae adalah saperti amalan sahabat r.hum mendapat ganjaran tertinggi berbanding dgn abid

umu6point said...

Alhamdulillah.. banyaknya ilmu dapat di pagi jumaat ni bila baca cerita orang2 berilmu. Jazakallah ummi dan tuan musa...sudi nak berkongsi ilmu :).
Jadinya kita x boleh merasakan adalah selamat untuk kita menjaga kesolehan diri kita sahaja..fikir dan risau serta usaha dakwah sangat2 perlu di kalangan ummat. Besar ganjaran yg telah di sediakan. InsyaAllah. Azam.

amirhailmi said...

bestnyer syurga da'i...

Umma-ali said...

Aslm,
Tinggg!!! tiga kosong!!! KO lah abid kali ni...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

assalamualaikum ummi
wow! pink nya...hehehe
jazakillah...ilmu yg disampaikan hebat sekali..huhu
semoga daie2 tetap menjalankan kerja walaupun rintangannya besar..huhu

=)

ana tolong ummi
"Tinggg!!! 4 kosong!!!"

NH said...

Salam Kak J

"Hadis sohih ke ni?"
"Dapat dari kitab mana?"
"Siapa periwayatnya?"
...

Opps jgn marahh...saje je..Inilah contoh2 soalan yg selalu kena tanya bila saya nak cerita tentang fadilat2 yg saya dengar dari bayan atau kitab fadhoil atau dari cerita kawan2.

Macamana nak handle soalan2 camni?

...
4 hari jemaah Bangalore datang sini...bayannya banyak tekan untuk buat fikir agama. Nabi saw mendahulukan fikir umat berbanding fikir utk diri sendiri, atau anak kesayangan atau cucu kesayangan. Dunia adalah ujian. Setiap org diuji; org kaya diuji dgn kekayaan, yg miskin diuji dgn kemiskinan, yg sakit diuji dgn kesakitan, yg sehat diuji dgn kesehatannya dan seterusnya apa jua keadaan kita...adalah dalam ujian. Dan result ujian itu masa dalam kubur. Kalau pass, bahagialah selamanya, kalau fail..tak boleh repeat..

Dan kita kena ajar anak2 kita buat dakwah...kalau tidak mereka yg kena 'dakwah' oleh kawan2.

..antara peringatan dari jemaah tuu.

Umma-ali said...

Salam,
asy_syakirin...bguslah dah dapat assistant sukarela...huhu.
aritu asik bergelap, la ni ceria sikitlah dgn pink...

NH...soalan biasa tapi biasanya yg melontarkan soalan2 sebegini bkn ahli agama, ustaz atau ustazah... ahli dunia juga selalunya macamle depa tu pakar hadith...cuba kita jawab hadith dari kitab tanbihul ghofilin, durratun nasihin atau riadussalihin...apalagi kalau kitab muntakhab ahadith...pasti terpinga2 tak pnah dgr kitab2 tu sumer kan??? Kkdg bl geram cam nak bantai je hadith riwayat sekian2, yg tak betul pun, tgok depa tau tak, betul ke x betul!!! tapi takut lak mempermainkan hadith... biarlah mereka tu...peringatan Allah adalah untuk org yg mahu berfikir, yg tak mau fikir mau hentam aje, semoga Allah buka hati mereka sebelum mereka pun kena hantam nanti!!!
Oh thanx jazakillahukhoir for the byn2 nasihat jmh bangalore one of the first places yg mana usaha telah dijalankan sejak zaman maulana ilyas...masturat mereka jugalah yg telah dtg ke malaysia dan memulakan taklim mingguan di seluruh pelusuk malaysia...
Should anybody get the chance to go to bangalore don't miss it... suasana agama hebat, masa rehat waktu zohor pekerja2 habiskan dgn tilawah quran di masjid2...yg kita takkan nampak di tempat kita sbb rmi yg ambil masa untuk tido waktu tu...girls going to school dgn purdah pun antara scenario biasa di sana walaupun di negara yg punya pemerintah kafir...
mmm ckuplah tu nnti jadi n3 lain pulak hehe...

haazaa kalaamu robbi