haazaa kalaamu robbi

Monday, July 27, 2009

to my followers & readers...

Assalamualaikum,
Jazakumullahukhoir atas kesediaan anda semua untuk mengikuti blog saya yg byk kelemahan dan kekurangan ini...alhamdulillah juga kita dpt bersilaturrahim dan bertukar-tukar komen.Semuanya dgn izin Allah swt jua...Saya jadikan blog saya ini sebagai salahsatu wadah untuk menyampaikan sedikit sebanyak apa yg saya belajar dari usaha atas iman dan amal @ lebih dikenali umum, usaha tabligh.Sememangnya kita dituntut untuk menggunakan segala apa kurniaan Allah swt kpd kita untuk maqsud agama.Samada harta,masa,bakat,kepandaian,budipekerti,sifat hatta nyawa kita milik Allah swt dan nikmat dari Allah swt, dan sebagai mensyukuri nikmat Allah swt kepada kita, kita gunakanlah segala2nya untuk mendapat keredhoan Allah swt kerana sesungguhnya Allah swt telah beli diri dan harta orang mukmin itu dan sebagai gantinya dia akan diberi syurga...
Baru2 ni saya telah nusrah/mengikuti jmh masturat/wanita dari Srilanka dan byk perkara saya dpt belajar dari mereka, antaranya Allah swt janjikan syurga yang besar dan luas untuk kita seorang dan khas milik kita saja bukan kongsi dgn suami, anak2, ibubapa dll manusia, walaupun begitu kita boleh saling ziarah menziarahi...saling berkumpul...tapi maqsudnya di sini, pada pandangan saya yg lemah ini, ialah semua kita akan suka kalau kita ada sesuatu hak milik kita yang mutlaq.Allah swt berkuasa memberi apa saja dgn kekuasaanNya dan yg pastinya khazanah Allah swt sangat luas di luar jangkauan pemikiran kita.
Tapi kita masukkan dalam hati kita yg kecik ni segala apa yg ada di dunia ini, suami, anak2, rumah, kereta, harta, pangkat dan semualah, kambing lembu sawah kilang dan segala apa milik kita dan yg bukan milik kita semua kita masukkan dalam hati kita dan kita nak syurga untuk kita je sorang2...apa pandangan Allah swt pada kita.. Padahal Allah swt berkeinginan supaya kita masukkan DIA sahaja dalam hati kita dan Allah swt amat cemburu dan tak suka kpd penyengutuan.
Marilah sama2 kita fikirkan tentang hati kita yg sepatutnya apa yg kita masukkan tapi apa yg telah kita masukkan selama ini...kita sahaja yg dapat menilai kerana hati kita dalam diri kita bkn dalam diri orang lain.
InsyaAllah kita sama ambil fikir risau ini dan berusaha untuk islah diri kita dan usaha juga untuk ahli keluarga dan orang lain.
Esok lusa dan entah bila kita akan dipanggilNya dan kita akan berjumpa dgnNya... sedia ataupun tidak sedia kita takde pilihan lain...esok akan dikeluarkan hati kita di hadapan Allah swt dan dibelah hati kita dan nampaklah apa yg ada dalam hati kita selama kita hidup di dunia ini...tak dapat kita nak berdalih lagi...Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini, taufiq hanya dariMu.Daku tak dpt buat apa2 tanpa izin dan pertolonganMu...
Laahaula walaa quwwata illa billahil 'aliyil 'azhim...
Doakan saya ya...

8 comments:

jasmine said...

Salam.Alhamdulillah......akak dapat iktikaf dengan mereka semalam di rumah ahlia Azman,....dan lepas sarapan hantar mereka ke Melaka Central utk naik bas ke JB.....

Ahliahnizam said...

Amin ... amin ya Allah....

Umma-ali said...

Assalamualaikum,
Thanx for responding to both of u...semoga Allah tambah kefahaman kita.Kata Khalid Al-Walid; 'Hujan2,dingin2,malam2...bersama kaum muhajirin dan ansor memperjuangkan agama lebih daku cintai daripada malam pertama bersama isteriku...'.Anjing yg nusroh Pemuda Kahfi akan menjadi satu2nya anjing yg akan masuk syurga dan ditukar menjadi manusia...begitulah kelebihan nusroh jemaah.

izat said...

Assalamualaikum kak umi ali,lambat baca lah pulak.
Alhamdullillah..dapat baca posting nih..kena ambik manfaat dari org yg byk ilmu.
Semoga saya dapat amalkan

Anna said...

benar...

Umma-ali said...

Asalamualaikum Izat & Anna, jika ilmu menjanjikan kejayaan, nescaya azazil yg paling berjaya...tp haqiqatnya dia dicampak dari syurga oleh Allah swt kerana wpun berilmu, dia tidak mengingati Allah swt lantas menjadikan dia kibir,bangga diri...sbb tu kita kena amalkan sifat berilmu ma'a zikir iaitu cari ilmu beserta zikir ingat Allah swt dgn mengamalkan ilmu yg kita tahu...semoga Allah swt beri taufiq kpd kita untuk amal dan sampaikan...

fiqkofallah said...

terima kasih sudi ziarah blog saya..
tolong doakan untuk saya insan yang lemah..
moga allah tingkatkan darjat umi dan keluarga..

Umma-ali said...

aslm fiq sama2 kita doa...

haazaa kalaamu robbi