Assalamualaikum wrbt...
mungkin ini entry terakhir pasal iyaz...
kalau saya dapat habiskanlah, insyaAllah...
Satu ketika serombongan kafilah memasuki sempadan negara....
Raja dapat berita lantas dipanggil pembesar negara seorang lepas seorang...
dihantar pergi melihat dan menyelidik tentang kafilah itu...
sebab apa seorang lepas seorang dipanggil?
sebab...
setiap seorang yg pergi akan pulang dgn membawa satu maklumat saja...
kafilah tu dari mana? tanya Raja...
dari negeri sekian, sekian, tuanku...jawab menteri...
apa sebab kedatangan mereka? tanya Raja...
hamba tak tanya pulok! fikirkan tuanku nak tahu mereka dari mana saja....
Raja hantar seorang menteri lagi....
dan interview lagi...
dapat satu je maklumat tambahan....
begitulah seterusnya...
jadi byk pulok belanja nak hantar seorang lepas seorang menteri...
dapat maklumat sikit je...
so here comes iyaz...
kamu pergilah kepada kafilah tu ambil maklumat mereka...
maka iyaz pun pergi dan sebentar kemudian pulang dgn maklumat lengkap!
mereka dari negara sekian, atas tujuan sekian, sekian-sekian ramai dalam kafilah,
sekian...sekian...sekian....
puas hati lah Raja,
hantar iyaz sorang dah cukup...
boleh jadi menteri dalam negeri, menteri pelancongan, menteri itu, menteri ini,
ceo, consultant, mat despatch pun boleh...
semua iyaz boleh buat...
kan mudah?
haa inilah sifat yg patut ada pada da'e...
bila ada jemaah datang ke marhala kita,
pergilah nusrah, berkenalan, bertanya kabar, khidmat, ikram, tanya masalah, karkuzari/laporan dll....
ini tidak, pergi waktu solat fardhu je...
berapa org dalam jemaah tu?
entahlaa xdan kire tadi...
menteri dalam rumah(org rumah) rajin pulak nak tanya...
bkn apa, bole budget berapa kilogram tepung nak buat cekodok...
bagi jemaah makan...dapatlah saham...
tapi menteri luar rumah x brp nk ambik pot...
yg dalam rumah je lah pot pet pot....huhu...
tak pekena sapa2 aih!!!
ini sambungan cerita yg tertunggak selepas pulang bercuti 2 hari ke trengganu...
ingatkan bills aje yg selalu tertunggak yea?
actually jumaat lepas dah siap dah cerita iyaz ni,
tapi ditaqdirkan internet connection putus, tak tau kenapa...
tak sempat save la plk...tu la setakat yg atas tu je that was saved...
okayla kita sambung insyaAllah, harap2 dpt teruskan sampai habis...
Satu ketika Raja teragak nak uji pembesar2 istana...
ujian ketaatan...haa...
di panggil semua menteri kabinet dan yg takde kabinet, kabinet dapur je yg ada...hehe.
di bawakan juga seketul batu berlian yg besar...
phew!!!silau mata dek kilauan yg memancar dari berlian tu...
tentu kalah pencuci pinggan mangkuk axion...
woit nani jgn dok merapuu...
ok ok!
menteri semua terpaksa pakai mat lat (tau apa dia? mata lalat...sunglasses tu laaa).
masing2 tertanya2 dalam hati, apake hey raja ni?
ada yg terfikir, agaknya anugerah cemerlang kot...PTK kan dah x pakai...
hmm...syok jugak kalau dapat berlian besar ni...
masing2 dok mikirkan apakah kebaikan yg pernah diorang buat...
dan apakah kelebihan masing2 dari yang lain...
berangan je kejenya...
maka Raja pun bertitah,
beta nak tahu sapa yg boleh memecahkan batu berlian ni!
waduh, kok sudah sewel raja ni?
ingat nak bagi kat kita, rupanya suruh pecahkan pulak...
setiap menteri diberi tukul untuk pecahkan berlian...
berlian pun dibawa kpd menteri seorang lepas seorang...
tapi setiap kali diangkat tangan nak pecahkan berlian tu,
tak jadi!
semua sayang nak pecahkan sebab masing2 tahu betapa bernilai dan berharganya berlian tu...
habis semua menteri kabinet dan dapur kabinet,
sorang pun tak sampai hati nak pecahkannya...
satu sebab lain ialah diorang pikir raja ni dah sewel kot...
ye laa berkawan dgn iyaz yg separuh sewel...
pada pendapat mereka...
so, here comes iyaz again...
dgn senyum simpul dan joss!
dipegangnya tukul dan hayun sampai habis berlian tu pecah berderai...
"menjadi debu berterbangan..."
eh eh terlebih lak cik kak ni...
tu bait lagu kgkawan yg frust bercinta...
zaman merantau kat US dulu...
nostalgia tu...hehe, kenyit mata sikit!!!
heran lah semua orang...
hmmph samalah iyaz dgn raja...
raja pun puas hati tapi nak juga dgr penjelasan iyaz tentang hal tu...
kenapa kau sanggup pecahkan berlian tu iyaz?
kau tak tahu ke nilai dan harga nya?
iyaz jawab, memang saya tahu berlian tu berharga, tuanku...
lebih2 lagi kepada hamba yg hanya seorang gembala kambing ni...
kalau dapat berlian tu dan jual,
tentu hamba tak payah lagi jaga kambing, kejar kambing,
jadik bidan kambing, senyum kambing....bla, bla, bla...
tapi kerana titah tuanku hamba pandang lebih bernilai dari berlian ni,
hamba sanggup gadai nyawa utk melaksanakannya...
inikan pulak setakat nak pecahkan berlian ni...kacanggg jer!!!
Raja pun amat puas hati dgn ketaatan iyaz dan amat berbesar hati dgn iyaz...
Raja pun ambil keputusan drastik!
oleh kerana sayang dan percaya kpd iyaz,
kau tak payahlah pergi gembala kambing lagi, iyaz...
beta lantik kau jadi bendahari yg akan menjaga perbendaharan negara,
dan harta milik beta...
kau tinggal saja di istana beta,
kunci bilik khazanah beta kau pegang...
fuyooo...caya laa,
memang Raja dah percaya habis dgn iyaz ni...
but on the other hand...
menteri2 yg lain punya PHD tahap gaban dah tu...
mereka usaha cari kesilapan dan kekhilafan iyaz...
mereka dah tukar kerjaya pulak,
jadi pengintip iyaz...
apa saja yg iyaz buat dicatit...
agak2 sensasi sikit, terus masuk paper...
eh, macam politik semasa je bunyi nya...hehe...
cerita je, jgn terasa yek, kecuali yg makan cili...
bila kita usaha kan sesuatu dgn kesungguhan,
tentu akan dapat hasilnya,
tak kire lah usaha baik atau tak baik...
begitulah mereka2 yg ada PHD ni...
dapat berita dari sumber yg boleh dipercayai,
bahwa dak iyaz ni tiap2 malam sebelum tengah malam akan masuk ke bilik khazanah,
sebelum subuh baru dia keluar semula...
jadik mesyuarat lagi lah dgn syaitan,
sok sek sok sek...
keputusannya pergi beritahu raja...
Raja pun agak terkejut!
mana tak terkejut...
diorang ni reka2 cerita lagi,
nak nambahkan perisa...
katanya iyaz ni malam2 kerja korek lubang bawah tanah!
nak pindahkan harta tuanku semua ke tempat rahsia....
raja pun kata okeylah kiat siasat perkara ni...
jadi pada malam tu ,
raja dan beberapa menteri menyorok mengintai iyaz...
haa skodeng namanya tuuu...
memang betul, sejurus sebelum tgh malam iyaz pun sampai...
dgn senyum hansemnya...bkn senyum kambing lagi,
sebab dah pakai jubah pembesar sekarang...
dibukanya pintu bilik khazanah...
masuk ke dalam dan pergi ke setiap peti emas, intan berlian, wang...
di ambil, lihat, telek, dilambung2...
dan dia pun ketawa...
hahaha...aku kaya, aku kaya...
hahaha...ketawa macam perompak yg jumpa harta karun...
terkejut Raja!!!
yg lain2 sengih...thumbs up!
berjayalah kita kali ni...memang betul lah iyaz ni tak le suci macam raja sangka...
diorang dah nak serbu tangkap je iyaz ni!!!
Raja buat isyarat, NANTI!!! kita lihat seterusnya...bkn iklan tau!!!
seterusnya iyaz pergi tengok cermin pulak...
senyum simpul dia tgok muka dia dalam cermin...
dok pusing sana sini, macam peragawan...
hmm...hansem jugak aku pakai pakaian org istana ni...
dah puas posing dan senyum...
dia pun pergi ke satu peti yg usang...
di bukanya peti tu...
di keluarkan baju yg buruk, dibuka baju yg cantik,
kemudian dipakainya baju buruk tu...
rupa2nya baju lama yg dia guna semasa jadi penggembala kambing...
pergi semula kat cermin...
bercakap dgn cermin...
iyaz, inilah kau yg sebenarnya...
dulu kau hanya seorang penggembala kambing...
yg hidup sekadar mencukupi keperluan...
yang kau tahu kambing, kambing, kambing...
kini Allah telah mengangkat darjat kau,
jadikan hati Raja senang dgn kau,
sehingga dia melantik kau menjaga hartanya...
tapi janganlah keadaan ini menjadikan kau lupa diri,
lupa daratan...
walau kaya manapun kau,
bila tiba masanya maut pasti akan memutuskan semua kesenangan,
dan kau akan tinggalkan semua kesenangan ini...
bila2 masa sahaja...
janganlah dgn harta ini kau jadi sombong, bangga, bongkak, dll..
ingatlah asal usul kamu....
byk lagilah celoteh iyaz muhasabah dirinya sendiri...
sehingga berlinangan airmatanya....
sejurus kemudian dia ambil wudhu dan solat sunat sehingga menjelang subuh...
teresak2 menangis munajat pada Allah...
ditukar semula pakaian yg indah,
kemudian keluar dari bilik untuk solat subuh di masjid...
haa...apa citer yg dok skodeng tadi?
hmm...semuanya menangis juga...insaf, insaf...
tak baik betul kita ni buruk sangka dgn iyaz yg baik tu...
Raja pun legaaa...betul lah suci murni hati iyaz ni....
yg lain2 semua taubat dan jadi menteri yg baik2 belaka....
itulah kan, nur iman dan keikhlasan hati seorang yg mukhlis,
menjadi cahaya yg terang benderang menyinari hati2 manusia...
walau hati itu keras macam batu kerikil yg disangka asam boi...
sekali kunyah patah gigi dibuatnya...
kita ambil pengajaran dari kisah iyaz ni,
kita ni siapa?
masing2 tahu menilai diri sendiri...
dgn berkat dan kasih sayangNya kita berada di tempat kita sekarang...
namun masih ada lagi saki baki hati yg belum suci sepenuhnya...sayalah tu...
kita rajin2lah muhasabah diri...
dan syukur Allah beri taufiq kepada kita untuk menjadi seorang Islam,
diberi iman yg sejati...
marilah kita pupuk iman kita agar bertambah hari demi hari,
dan jangan lupa pula...
sama2 ajak kepada maaruf...
dan sama2 menjauhi mungkar...
ROBBANA ZOLAMNA ANFUSANA,
WAIN LAM TAGHFIRLANA,
WATARHAMNA,
LANAKU NAN NAMINAL KHOSIRIN...
Sekian wassalam...
sedikit sebanyak ajinomoto yg ditambah buat perisa harap dimaafkan...
tujuan nya agar mudah difahami dan dihayati...
15 comments:
kakakkkkk....mana u dpt kisah iyaz nih? i wanna marry him lorhhh =). thanks for sharing this amazing kisah tauladan. Alhamdulillah =)
Salam kak,
memang best citer iyaz ni..insyaAllah,seoga Allah beri kita kekuatan utk mengikuti sifat2 iyaz ni..
ayat "tak pekene sapa2"tu..memang terkena jugak kt saya..hehehe
Iyaz ni dah kahwin belum?
He he he.
aaaaa...jangan ngorat iyaz. i punya! hehe
assalamualaikum..
hehe,best ever!
anyway,no phone iyaz ade tak.hehehe
-insaf-
salam,
hmmmm mmg sweeettt sgt iyaz ni..hrp sama2 dpt ambil iktibar...hmmm xsgka, ramai gak peminat iyaz kat cni ;P
Salam...
Hijabrockers...i got some of the stories during my cillah(40days) in Bangladesh, 2002...bayan tntang sifat2 da'e...
Then the next year, my husband kuar 2bln jalan kaki and told me more stories about iyaz...so i combined the stories...
Nak kawen dgn iyaz? Allah SWT sebut dalam Al-Quran, org lelaki mukmin dgn org perempuan mukminat...solihin dgn solihat...tak pantas seorg yg baik dijodohkan dgn org yg tidak baik... lbhkrg mafhum ayat...this was about the story of Aishah ranha difitnah...so, moralnya nak kawen dgn iyaz kenalah adopt sifat2 iyaz yg baik ni... insyaAllah your prince charming will stroll down your doorsteps...
Karkunah woi, samalah kita...sapa mkn cili memang dia yg pedas...xpe, pastu hisap gula2, hilang pedas...
alahai encik bijen...sama sibuk nak tanya iyaz dah kawen lum... kalau baca citer ni agaknya besar kemungkinan lum...emm tak tau nak kata...
hijabrockers...jgn risau aih!!! bijen tu sewaktu dgn iyaz...sama2 waktu subuh, zohor, asar, dstnya...
solat tak payah pakai telekung...
asy syakirin...no tel iyaz 24434, klu tekan hp mmg tak dapat...tutup hp, amik wudhu, solat baru dapat...
CS, biau le bdk2 ni berebut...kita yg dah ada iyaz kat umah ni, kenalah srh tgok cermin selalu... tgok janggut ada lagi ke dah cantas? hehe...oh iyaz ku...
o lala penatlah pulak layannn korang ni! dah le penat taip citer...huhuhu...
hehe..kelakarla baca penulisan ummi ni.
santai tp byk pengajarannya..
walau msg (baca:ajinimoto) x elok utk kesihatan.hehe..
terbaik...
salam kak.. Alhamdulillah.. terpujuk hati biler baca citer iyaz ni.. naik semula semangat yg dah down tempoh hari.. semua tu ujian Allah utk hamba yg disayangiNya.. InsyaAllah..
Salam kak Z....
(nama dirahsiakan atas kemaslahatan ummat!)
Erk, mmg byk betui ajinomoto dlm menu ari ni.. sedap tak terperi!
nak tambah lagi! hehehehehe..
Salam,
shaza...mmg msg x elok utk kesihatan...tapi kalau dah biasa makan, tentu tak sedap kalau takde msg, kan? alaa sy pun klu kena msg terus pening kpla...korang jgn pening plk bc my entry...
ahliacikgukhairul...ujian utk tambah darjat...kalau x amik SPM, mn bole masuk U, kan?
aliaazuan...kak Z pulok dah! hehe...atas kemaslahatan umat, takpe, jgn atas masalah umat sudah! borek nk di tanggung eh!
alaa takde ajinomoto nnt tak laku lak warung...huhuhu...
masyaAllah....moga Allah pilih...
Salam,
anak pendang, alhamdulillah sht, insyaAllah dah browse entry terbaru anta...terkesan...nnti nak baca betul2 lagi di lain masa, insyaAllah...
hamdi, aaamiin ya Robb!!!
Uish.
Busy nenek ni sampai tak sempat update.
Ha ha ha.
:D
Whoosh!!!
Dah update lah yang oii...
Suka cabar2 org...
^_*
Post a Comment