haazaa kalaamu robbi

Sunday, July 25, 2010

AGAMA...MASALAH?

Assalamualaikum wrbt...

Agama itu masalah?
Bagaimana pulak?
Emm...memanglah, nak balik kampung ikut hiway...
Kena berhenti untuk solat...
Bukanke masalah tu???

Nak sambung tidur...as solaatu khoirum minan naum!!!
Genyeh2 mata...pelan2 bangunlah jugak solat subuh...
Masalah jugak...

Hmm...bau satay, sedapnya...tapi...puasa lah pulak...

zakat, haji, dll...semua masalah!!!

Tapi, memanglah semua ciptaan Allah ini dicipta kerana masalah agama...
Langit bumi gunung sungai pokok haiwan dll semua dicipta untuk khidmat kpd manusia,
Manusia dicipta kerana agama...
Allah nak ambil dari manusia ini untuk jadi kekasih2Nya,
Di beri masalah iaitu agama...
Siapa yg sanggup ambil agama,
Hidupnya memang masalah...
Kena jaga pakaian jgn kena najis supaya solat diterima...
Kena jaga makan, ambil yg halal2 sahaja...
Kena jaga anak isteri, ibubapa, semuanya akan disoal...
Pokoknya agama ni mendatangkan masalah kepada kita kerana,
Memang Kehendak Allah begitu...

Tapi semua masalah2 lain hanya akan selesai bila kita ambil agama dalam kehidupan kita...

Semasa ijtimak kawasan selatan di melaka baru2 ini saya dapat beberapa karkuzari dari suami,
Antaranya bayan mengenai masalah...
Orang lelaki mungkin dah dgr bayan ni...
Bagi org pompuan pulak layannn...

Ceritanya...
Seorang ayah mewasiatkan kepada anak2nya...
Apabila ayah meninggalkan dunia ini nanti ayah akan wariskan unta2 kepunyaan ayah kepada kamu...
Unta ayah ada 19 ekor semuanya...
A akan dapat separuh,
B akan dapat 1 per 4,
C akan dapat 1 per 5...(anaknya cuma 3)
Tapi setiap org mesti mendapat unta yg tiada cacat...maknanya tak bolehlah disembelih kemudian dibahagi2kan...

Tak lama kemudian ayahnya pun meninggalkan dunia yg penuh masalah ini...
Dan meninggalkan masalah yg lebih rumit kepada anak2nya...
Macamana nak membahagi2kan unta yg 19 ekor ini tanpa cacat cela setiap seekor unta pun!
Puaslah mereka nak selesaikan masalah ni...19/2 mana boleh dapat solid2...mesti kena potong...
Dipanggil beberapa org bijak pandai untuk menyelesaikan masalah rumit ini...
Namun buntu juga...
Sedang mereka memikirkan masalah ini,
Lalu di situ seorang tua(bukan seorang nenektua...) dgn seekor unta...
Dia bertanya, apa kamu buat ni, berkumpul2 di sini...
Mereka kata tak payah tanyalah, bkn boleh selesai pun kalau pakcik tahu masalah kami...
Org tua tu kata beritahulah, mungkin saya dapat tolong...
Mereka pun beritahu masalah mereka...
Oh, senang saja, ambillah unta saya ni...
Ahhh...pening2!!!
Kita dah pening dgn 19 ekor unta ditambah lagi sekor pulak...
Orgtua kata, 19 + 1 = 20...
A dapat separuh kan, haa ambil lah 10 ekor...
A pun ambil 10 ekor dan berlalu...
B, kamu berapa?
1/4...
Haa ambil 5 ekor.dan pergi...
C, kamu berapa?
1/5...
Ok ambil 4 ekor dan calo!!!

Dah berapa ekor yang di ambil tu adik2 semua???
Hehehe ada macam cikgi kan???
Ok 10+5+4 = 19 ekor dah diambil.oleh tuan masing2...
Berapa yg tinggal???
20-19 = 1 ekor laa...
Orgtua tu pun ambil balik unta dia yg sekor tadi...
No gain, no loss...but,
Problems solved!!!

Eh, eh kekadang ada gak tambah ajinomoto untuk lebih perisa cerita ni,
Soli maa...

Ok, faham ke tak ni???
Awal2 tadi dah beritahu bahawa agama ini masalah...
Walaupun ia masalah, tapi kita kena juga ambil agama dalam hidup kita,
Kerana bila kita ambil agama, semua masalah lain akan selesai...
Macam unta yg satu tadi...

Ok lah kalau tak faham, don't hesitate to ask...
InsyaAllah akan di terangkan lagi...
Tak pun tanya lah cik2 abang karkun kita...

Wassalam...
Bila larut malam....
Mengantuk laa...

8 comments:

nz said...

oh unta2... at least adik beradik tu akur dgn pembahagian yg arway ayah tetapkan dan x de nak gado2.

musa said...

Kesah ini saya dah dengar lebih 30 tahun dahulu oleh maulana Omar rah. dia ada beri maksud cerita ini tapi saya dah lupa, baguslah kalau dah umma ali cerita semula saya boleh ingat semula, t, kaseh

Umma-ali said...

buat apa nk gado2...mkn gado2 lagi sodap...

Umma-ali said...

Tuan musa, suami saya pun dah penah dgr bayan ni lama dulu, sbb tu bila dgr skali lagi dia boleh relate kat saya citernya...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

assalamualaikum ummi...

hehe,unta2...agama memudahkan kehidupan bila agama diaplikasikan secara ikhlas...insyaAllah...segalanya mudah dengan hati yang ikhlas...

doakan sy ummi :))

jazakillah kisahnya menarik utk cerna minda..hehe

azharjaafar said...

lepas tanam kurma, bela unta la pulak.. mau jadi arab daa...

Umma-ali said...

Salam,
Asy_syakirin...kisah menarik jgn trbawak dlm mimpi, nnti jatuh dari unta pulak...

Azhar,
Arab padi daa...

NH said...

Salam Kak J!

Ye laa harini kita malu nak ambik agama dalam hidup kita...last last kita di susahkan, kita dihina, kita tak bahagia, kita tak berjaya...kita bermasalah!

Kita tinggalkan agama sebab nak selesaikn masalah dunia...tapi masalah dunia nertambah2..kesian umat hari ini...

Jazakillah..saya baru tahu cerita unta ini.

haazaa kalaamu robbi