Assalamualaikum,
Hari ni selasa bermakna tinggal sehari saja lagi maka bermulalah ijtima' yang kita nanti2kan...setelah sekian lama iaitu 27 thn tentulah kedatangannya di alu2kan oleh kita yang melibatkan diri dlm usaha atas iman dan amal ie dakwah dan tabligh.
Jika diteliti dgn mendalam, rasa sedih pun ada sbb negara jiran kita Thailand mndpt peluang mengadakan ijtima' sebegini almost every year, tp negara kita yg lebih aman dan mudah untuk jemaah bergerak hanya dapat peluang setelah 27 thn selepas ijtima' pertama pada tahun 1982!Tapi tentu ada khoir disebalik setiap perancangan ALLAH swt yg Maha Alim dalam segala hal kita.Dan supaya kita bersyukur kita dipilih untuk sama-sama menjayakan ijtima' ke2 ini.
Cuba pandang ke belakang pd ijtima' pertama dulu, kita masih belum kenal dgn usaha ini, saya pun baru 18 tahun pd masa tu...alam remaja, faham2lah...dan masa tu jg saya menjejakkan kaki ke bumi America USA untuk menyambung pelajaran dlm bidang civil engineering tajaan JPA. Alhamdulillah, kalau dgn duit makbapak mgkin ke universiti tempatan pun tak mampu, ye lah org kampung...tp dgn doa dan cita2 makbapak lah saya smpai ke sana dgn satu tanggungjawab untuk merealisasikan cita2 kedua ibubapa tercinta.Walaupun berat meninggalkan keluarga tapi demi cita2 kedua ibubapa saya terbang jg ke USA...sebenarnya kita tak tahu untung nasib kita hanya kita mengikut perancangan ALLAH swt...jauh di sudut hati saya sendiri tak ada cita2 hanya mengikut ibubapa dan bimbingan guru2 sekolah yg amat sya hargai, dari sekolah tadika ke sekolah kebangsaan Jln Dato Palembang,Bukit Baru,Melaka sehinggalah ke Kolej Tunku Kurshiah Seremban.Semoga Allah membalas jasa2 ibubapa dan guru2 saya kerana usaha mereka jadi asbab untuk saya dipilih oleh ALLAH swt menceburkan diri dalam usaha atas iman dan amal yg tiada kenal henti2nya dan tiada akan dapat ijazahnya selagi hayat dikandung badan..Teringat bayan ada britahu bahwa Sheikh Maulana Ilyas rah pernah berkeinginan jika ada nama untuk usaha ini maka beliau suka beri nama usaha ini 'The Walking/Moving University of Iman' kerana usaha ini asasnya ialah 'bergerak'...dari rumah ke rumah, dari lorong ke lorong, dari negeri ke negeri lain, dari negara ke negara lain...dan kalau ada manusia di bulan, dari bumi ke bulan pun akan dihantar jemaah, begitu fikir alami Hadratji Maulana Enamul Hassan rah.
Berbalik kepada diri saya, itulah dia dah masuk univ iman ni dah lupa lah cita2 mkbapak kita dulu, kesian mereka...semoga ALLAH bg mereka faham.Dek kerana saya pun mmg takde cita2 kot ALLAH tak pilih jadi civil engineer tapi jd human engineer je dan telah menghasilkan 6 product, 1 dah simpan di syurga iaitu Ali...yg lain2 4 dah jd hafiz hafizoh Alquran, yg mana 3 darinya sedang memondokkan diri untuk jadi alim alimah.Yg sulung akan tamat pengajian 'alimahnya Ramadhon ni insyaALLAH dan selepas raya insyaALLAH akn mewarisi umminya jd isteri kepada dae merangkap jd daeiyah lah insyaALLAH...doakan kami ya pembaca2 budiman...Anak yg kecil sekali masih sekolah tahun 3 di sekolah Cina, haa ada target jg tu, nak htr pg negeri China, ataupun jd mutarjim kpd jmh dari China insyaALLAH...dan dia pun akn kami usahakan untuk jd hafizoh Alquran dan 'alimah jg insyaALLAH...
Jauh menyimpang dari tajuk plk cik kak kita ni yek.Ye laa nostalgia...Tentu u all sume pun ada kenangan2 jugakan.Kenangan thn 1982...ada yg masih sekolah rendah, ada yg belum sekolah, ada yg masih menyusu masa tu, dan ada jg yg masih di alam azali lagi...tapi ingat jg ada yg bertungkus lumus mangusahakan ijtima' pada masa itu... dan insyaALLAH akan dibalas jasa mereka, keringat mereka, dgn kehadiran lebih ramai manusia pada ijtima' kali ini...buku akaun mereka masih terbuka lagi hingga hari Qiamat..MasyaALLAH tak dpt kita bayangkan ganjaran mereka.Pernah saya hadir ijtima' purana/org2 lama(4 bln) di Sri Petaling suatu masa dulu.Maulana bayan katanya majmak yg berkumpul hari ini adalah hasil pengorbanan titikpeluh dan airmata mereka2 yg dahulu memohon hidayat untuk kita, doa2 dari merekalah kita dapat berkumpul lagi. Ye benar bila kita pandang ke belakang rupanya ada mereka2 yg dahulunya susah payah buat usaha ini, awwalin, masa org tak kenal lagi usaha ini, orang tak suka lagi usaha ni, dihalau dari masjid, dihalau dari rumah, dipulau keluarga...ada yg masih bertahan hingga hari ini, ada yg mungkin kerana tak tahan ujian, kita tak nampak lagi wajah2 mereka dalam majmak...kesian, marilah kita sama2 panjatkan doa kpd Allah swt agar mereka yg dulu telah ambil usaha ini, berkat ijtima' kali ini ALLAH panggil mereka kembali kepada usaha ini dan tentunya kehadiran mereke akan menambah seri ijtima' kita kali ini.Aaamiin...
Ya, tak cukup hanya kita paling ke belakang saja sebab silap2 lori ada kat depan, accident pulak nnti...kita kena lihat ke hadapan jg, apa akn jd dgn ankcucu cicit kita, jd org ke jd beruang...yg penting cita2 kita, mcm makbapak kita jg, cita2 mereka nak kita jd org baik2 berjaya di dunia dan akhirat cuma mereka tak nampak nak berjaya di akhirat tu cemana caranya...dek terjajah lama oleh bangsa2 omputih... jd mereka fikir sekolah academic je...sekolah agama part time sebelah petang.Kita yg dah ada fikir kena lah mengorak langkah anak2 kita menuju syurga kerana ALLAH dah tunjuk jalannya...6 sifat sahabah, 6 pesanan wanita, 5 amal masjid, 12 adab usul, nisab kita dan suami khuruj fisabilillah...hidupkan suasana iman, suasana ibadat, sunnah dalam kehidupan seharian dll...korban diri harta masa untuk deen...yg penting doa hdyat untuk ummat seluruh alam...setelah usaha keras siang hari, menangis di malam hari...minta pdNya.
Dan khas semasa ijtima' sdg berlangsung marilah sama2 kita jaga amal,wpun kita xde di tapak ijtima' tp ALLAH Maha Melihat Maha Mendengar. Apa nak buat ek? Haa saya pun tak tahu juga tapi yg saya lihat dan bole jadikan contoh ialah semasa ijtima' Tonggi di Bangladesh, jmh kami di letakkan di sebuah rumah semasa suami2 kami berada di medan ijtima'.Masa tu thn 2002.Jmh msia kami sj, ada jmah dari Italy tp org keturunan Arab, dan lain2 jmh tempatan Bangladesh. Yg berada di rumah itu ialah tuan rumah, pembantu2nya, dan masturat2 yg telah diputuskan khidmat, selain keluarga tuan rumah semua wanita je lah...org lelaki ada di ijtima'. Hari sebelum ijtima' ada beberapa masturat yg datang tapi di suruh pulang oleh tuan rumah bila dapat tahu nama mereka tidak diputuskan untuk berada di situ oleh syura..tp dgn rela hati mereka pulang setelah di beritahu sebab2nya oleh tuan rumah, taat betul mereka.Bila kami tanya apa sebabnya, kami dberitahu bahwa semasa ijtima' berlangsung jangan ada satu org pun masturat berada di luar rumah kerana ini akan mengganggu keberkatan dan rahmat yg turun semasa ijtima'...barulah kami faham, sebenarnya kita pun ada peranan dalam menarik Rahmat semasa ijtima'.Kebykn wanita di rumah tu berpuasa selama masa ijtima' berlangsung.Mlm2 mereka bgun mendirikan malam dgn solat, doa menangis2 dan muzakarah iman...kemudian sahur.Selepas isyraq mereka rihat, ada yg tidur, khidmat dsbnya selain yg uzur bersarapan, termasuk sayalah, rugi rsnya xdpt puasa masa tu. Siang hari kami buat program macam biasa taklim, 6 sifat, halaqah Quran dan muzakarah...serta amal infradi tak ketinggalan dakwah infradi sesama kita dan sesama jemaah italy dan bangladesh.
Jadi marilah kita sama2 hidupkan rumah kita dgn amalan2 nurani, puasa, bc quran, yaasin dll, zikir, muzakarah iman, hidupkan sunnah, yg penting hidupkan malam dgn ibadat dan doa semoga nur ijtima' jg sampai ke rumah2 kita...klu dpt hidupkan amalan 24jam, contohnya siang jaga amal, malam gilir2 dgn anak berjaga sehingga ke subuh.. kejut mengejut seorang lepas seorang...tentu nur nya berlipat kali ganda terang benderang...insyaALLAH...
Jangan lupa doakan saya yg lemah ini juga, yg hanya pandai mencatat tapi tak de kekuatan beramal...moga2 dgn usaha ini ALLAH br taufiq untuk saya sendiri amalkan dan kita semua dapat amalkan dan sampaikan pada orang lain...
Tasbih kifarah...
Wabillahitaufiq wal hidayah...
Wal 'asr!....
3 comments:
Assalamualaikum.. tqvm kak ummi.. kalau saya tak baca posting nih, saya pun tak tahu nak buat apa. Apa yg saya tahu mesti kena buat sesuatu agar ijtimak nih berjalan ngan lancar. Thanks for the info.
Salam...Jazakillah.. azam nk puase n tmbhkn amalan. Doa utk sy yg lemah ini. Smuga Allah kekalkan sy n kite smua dlm usha ini hingga akhir hayat. amin
Ana Ahlia Azhar
Waalaikumussalam izat & ana, sori lama menyepi manyak bizilaa...sama2 kita doa Allah kurnia kita sume fikir risau Nabi saw begitu juga kpd mereka yg telah hadir di ijtimak agar Allah pilih semuanya utk sebarkan Islam ke seluruh alam.Amin.
Post a Comment