haazaa kalaamu robbi

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Assalamualaikum,
Tajuk biasa kebelakangan ini, topik semasa. Ingat tak dulu, SARS melanda dunia lebihkurang juga lah kan...sana sini org bertopeng. Beberapa malam yg lepas km dijemput ke kenduri rumah kakak. Seronoklah dapat jumpa adikberadik yg dah lama tak jumpa maklumlah depa tak duduk di melaka. Bila depa blik kmpung kita ada hal tak dpt jumpa jg...karkun kan ada2 je programnya...
Adik sy yg ke 8, yg tgl di Branang, N9, menyapa saya, sana sini org pakai purdah! H1N1 laa...Haa tu le pasal! Haha gelihati juga. Senang kan kita dah mmg pakai purdah lagi ori punya selamat! Tapi ALLAH jua yg menyelamatkan...
Berbalik kpd SARS td, selepas wabak tu melanda, ada seorang makcik, orang lama, yg rumahnya yg pertama ada taklim mingguan di melaka...mngkin ada yg kenal makcik ni. Dia cerita, masa SARS tu ALLAH bg taufiq pd makcik pakai purdah, wpun sebelum ni nak pakai tapi takde kekuatan. Bila dah reda wabak tu, kawan2 makcik cakap tak payahle kau tutup hidung dan mulut lagi, dah takde SARS lagi..Katanya, makcik diam je, diorang tak tau mmg kita nak pakai purdah terus...Alhamdulillah penyakit bg org lain, hidayah bg makcik!
Begitulah ceritanya, insyaALLAH ada sesiapa nak ikut jejak langkah makcik ni, doa2lah semoga dapat kekuatan...Anak saya kat sekolah pun dok btau, umi buatkan adik purdah je lah, leceh nak pakai topeng ni, sakit telinga...umi nya lum dapat nak pegang gunting dan jarum...
Suami saya kata tasykil lah kawan2 yg lum pakai purdah tu, mula2 3hari, belajar2... macam kita ajar budak2, cuba bilang 123 atau cuba baca abc, takde pun org ckp cuba bilang 8 9 10, atau xyz...sbb tu kita pun mula2 kena kuar 3hari, baru 10hari...
Lps 3hari, tingkatkan ke 10hari pakai purdah...pastu sampai 40hari,insyaALLAH, boleh pakai terus!!!
Amacam, adaa berani?!

p/s: Tips untuk selamat dari wabak...anak saya yg belajar agama di kedah kata, ustaz btau ada hadith yg mengatakan ALLAH swt menurunkan wabak pada satu malam dalam setahun, tapi kita tak tahu bila, ini rahsia ALLAH kot. Setiap bekas yang terdedah dan terbuka, macam periuk atau pinggan mangkuk yg tak ditutup atau diterlangkupkan akan dimasuki wabak itu, yg akibatnya penghuni rumah itu akan terkena wabak itu...haa tu laa cik kak dan cik adik kalau malas basuh pinggan malam2 tutuplah bekas2 tu dgn apa2lah samada dgn tutup periuk ke dulang ke... pandai2le korang. Yg cik kak ni pun bkn rajin benor, ye laa dah tua2 ni...kalau ada anakdara kat rmh bole mntk khdmat, tapi anakdara2 saya kat asrama madrasah... sabor je laa...Lagi satu, kalau dah terlupa nak tutup, bangun pagi baru perasan ...jgn susah hati, semasa basuh pinggan tu baca2lah apa2 yg patut, bismillah, selawat dan sebagainya disamping doa spya ALLAH jauhkan kita dari apa2 wabak...
Ada lagi amalan, setiap pagi dan petang bacalah bismillahillazi laayadhurru... doa Khalid alWalid selamat dari racun...dalam kitab muntakhab hadith ada.
InsyaALLAH sama2 kita usaha dan doa, ALLAH yg menentukan...

4 comments:

izat said...

Salam kak umi ali,
betul lah kak, saya pun rasa cam nak pakai purdah je..tp mula ngan pergi taklim dulu ( huaa tak de kekuatan lagi ). Insya Allah satu hari nanti..
Pasal wabak tu pun dulu saya ada dengar dlm rancangan masakan bulan posa( ustaz tu jd tetamu ), dia cakap lailatul qadar turun dlm bulan ramadhan tp wabak trun waktu mlm sekali dlm satu tahun jd kena tutup makanan kita atau ltk sudu ke sudip ke melintang atas bekas makanan sambil baca bismillah..Doa yg akak kasi tu pun bagus gak. Masa saya kerja kat tapak bina 3 tahun lps ( biasalah tpk bina ni keras sikit- depa kata lah ). Saya selalu amal doa ni sambil cakap 6 perkara sorang2..( saya site qs- jd selalu kena turun site ). Alhamdullillah, tak de apa yg jd, Allah pelihara.

p.s : Bila kenal ramai karkunah ni, makin byklah doa yg bgs2 terhafal..he he..byk kebaikan kenal karkunah ni.

Umma-ali said...

Wslm izat, akak ni kartunah bkn karkunah laa...lum bwt keje betul2!Main2 je...kena byk istighfar!

Anonymous said...

kalau gi branang, kami dah ada taklim mingguan bermula 2010 ni... kalau datang ziarah adik ke 8 tu boleh joint sekali..iaitu rumah cikgu hassan dan mula taklim hari ahad jam 3 hinnga 4.30 patang. h/p cikgu hasan 019 2996 347

Umma-ali said...

Anonymous, jazakLlahukhoir 4 the info.
Ermm, bole tau sapa ni?siap tau adik sy yg ke8 plk...please feel free to email me at umi3ali@gmail.com
wslm.

haazaa kalaamu robbi