haazaa kalaamu robbi

Saturday, August 8, 2009

Alkisah

Assalamualaikum.
Alkisah ceritanya pada suatu masa sebuah negeri dilanda kemarau. Biasalah kan takde air...Raja telah beri perintah sesiapa yg dapat membawa segelas air kepadaNya, akan diberi hadiah lumayan.Maka beberapa orang rakyat telah berusaha mencari air untuk Raja. Ada juga yang tak hiraukan perintah Raja walaupun dah tahu ganjarannya. Alasannya wey kita pun susah nak dapat air, nak cari air untuk dia pulak. Dia kan kayaraya, pergilah beli air dari negeri2 lain ke dsbnya...
Ada seorang rakyat begitu bersemangat mencari air, wpun bkn untuk dirinya tapi disebabkan ia perintah diraja dia tak banyak songel, lalu dicarinya air ke seluruh pelusuk negeri mendaki bukit, menuruni cerun, menjelajah hutan, akhirnya dapatlah juga dia segelas air yg berkeladak, keruh, ye laa kemarau, untuk dipersembahkan kpd sang Raja...berpenat lelah dia membawa air itu sampailah ke istana dalam keletihan dan di beri kpd Raja. Raja amat gembira kerana di antara ramai2 rakyatnya yg ni sorang je yg bawa air untuknya. Dan janjinya untuk memberi hadiah lumayan pun ditunaikan. Org tadi diberi hadiah lumayan, tapi kata Raja, apabila nak keluar istana keluarlah melalui pintu belakang istana. Org yg taat mengikut saja apa perintah Raja...setelah melalui kawasan belakang istana, diapun keluar dari istana. Di tgh perjalanan, dia menangis teresak2 sambil membawa hadiahnya. Org2 bertanya kehairanan, tak cukupkah hadiah ni? Dijawabnya, hadiah ini lebih dari cukup kerana aku bawa air yg kotor kpd Raja tetapi apa yg aku lihat semasa lalu di belakang istana tadi, Raja mempunyai byk air, ada bertong2 air, siap ada air pancut (fountain) lagi di sana. Rupa2nya Raja tak perlukan air yg kotor itu, apa yg dia mahu lihat ialah siapakah rakyatnya yg sanggup berkorban untuknya...
Haa...ada faham kaa? Ibaratkan diri kita dgn RAJA SEGALA RAJA dan perintahNya...
Lu fikirlah sendiri...
Wassalam.

7 comments:

BaNaTean_Z said...

Salam Alayk..

Subhanallah.. Suka baca cerita ini.. Boleh copy?

Semoga kita dikurniakan iman yang kuat.. Ameen!~

Hayyakillah~

izat said...

salam kak umi, gua nak fikir sendiri ni... kak umi lama tak dengar berita, keluar satu cerita posting menyentap jiwa... hehe2

Umma-ali said...

Salam to both of u, ada cerita baik kita sampai2kanlah, copy je tak pyh mintak izin lagi, insyaAllah...saya pun dpt citer ni masa byn dr seorg yg br blik 4 bln IPB...

Ahliahnizam said...

Beedebukk..!! kene sebijik. Astaghfirullah ... sombongnye kite ye.

Umma-ali said...

Salam, ahliahnizam, mmg kene sebijik, tp bkn tujuan nk pekene org, sama2 kita ambik fikir..apalah kita ni yg x punya apa2 hatta nama pun makbpk yg bg, masih kita lupe diri kan?Ada dgr byn ktnya org yg sombong ni dia lupe diri sendiri sbb selalunya depa kata, "kau tau siapa aku?"...kuang3x, dah diri sendiri pun nk tnya org!begitulaaa manusia...

musa said...

assalmulaikum, saya suka baca blog tentang cerita jemaah tabligh boleh dikatakan banyak yng saya dan berminat macam2 cerita ada, tapi diorang tak mengata orang. banyak cerita ttg org islam luar negara yg kita x tahu

Umma-ali said...

wslm musa, jazakAllah sudi ziarah blog saya. InsyaAllah, apa yg baik kita sampai2kan semoga jadi renungan kita bersama.

haazaa kalaamu robbi