haazaa kalaamu robbi

Monday, June 15, 2009

karguzari

ahad-selepas asar>bayan hidayat di rumah mohd nor tmn desa baru.
isnin- 10 pg bertolak ke klia, flight 2.20 pm.
isnin- sampai tawau about 6 pm, sampai rumah sulaiman tmn ria slps maghrib.
khamis- pindah ke rumah imam semang di kmpung merotai.
sabtu- pindah ke kg air semporna, rumah saifulah.
selasa- kembali ke tawau rumah ustz ahmad khotib, kg jawa.
khamis- pindah ke rumah jabbar tmn ria.
jumaat- 4.20 pm bertolak ke airport tawau flight 5.50 pm.
jumaat- 8.30 pm smpai klia.

Alhamdulillah jemaah kami seramai 7 psgn ke Tawau telah mengalami pelbagai pengalaman di Tawau dan Semporna dan yang paling penting kami banyak belajar dari masturat2 sana yg sgt lemah lembut dlm menyampaikan dakwah. Sejuk hati bila dgr perbicaraan mereka.Kadang2 terikut2 style ckp mereka yg persis cerita era P.Ramlee. Mcm kembali ke zaman 50an pulak.Kanak2 pun bermain n berbual mcm kita sdg tengok filem2 melayu lama, seronok dgr ckp mereka...perkataan 'bilang' yg kita x pakai lg sekarang ni menjadi perkataan favorite mereka Ye laa anak2 kita tau bilang nombor je...
Pengalaman di Kg Air, Semporna paling seronok, rumah atas air laut yg jernih nampak sampai ke dasar tapi jgn tengok lama2 nnt ternmpak yg itu...maklumle tandasnya bkn mcm kita ada septic tank lah n ntah ape2 tank lg.Di sana tank nya air laut laa, tp alhamdulillah saya x pernah nampak, ada jg kwn yg nmpak...itu bab air bwh rumah. Tp air yg nak digunakan untuk memasak, istinjak, wudhu, dan semua keperluan tetap air paip dari loji di daratan, air tawar n bersih, cuma dtgnya tak menentu, kekadang ada kekadang xde.Wbgmanapun tuan rumah dah simpan air dalam berpuluh2 botol2 coke, sah peminat cocacola depa ni, untuk dgunakan semasa ketiadaan air paip.Jd km pun bljr2lah cebok pki botol, wudhu pun pki botol, pandai lak jimat wudu pki stgh botol je... itulaa umat semenanjung yg dah biasa mewah...hari terakhir paling dahsyat.Pagi2 air ada, tapi selepas zohor air berhenti..nak djadikan cerita ada beberapa org termasuk org tempatan yg terkena keracunan makanan, air botol coke pun habis dkerjakanya... berderet que tunggu bilik termenung...ada ok selepas beberapa kali cirit,tp ada sorang ahli jmh yg bw smpi ke malam sakitnya, last skli sblum tidor muntah, baru lega...asbab Allah nak ampunkan dosa mungkin...sebenarnya silap makan kilinak atau tempura atau sushi butan masturat dari filipine, tp tukang buat pun join the que...
Di Semporna majoriti kaum bajau nelayan dan suluk yg asal keturunanya dari Filipina, ada juga memang Filipina betul baru migrate. Di Tawau ada bugis, dusun, jawa dll tak ketinggalan kwn2 semenanjung yg bekerja di sana. Rumah terakhir kami d sana pun isterinya org melaka dan dah menetap d sana lah, maklum suami orang sana.Cakap pun x telo melaka lagi, anak2 apalagi...aku sudah lapar bah!ngomel anak bongsunya yg comel berusia 2 tahun...Ye laa org sabah mmg byk guna 'bah' kecik besar bah aje sebutanya mcm kita guna 'lah'.
Hari terakhir kami di Tawau juga adalah hari pertama sub ijtimak di sana yg di hadiri oleh beberapa elders yg sudah berada di KL.Alhamdulillah pagi jumaat kami dpt dgr bayan taqrir dari Maulana Mahmood Bishr kalau tak silap.Kebetulan bayannya sekitar nasihat dari makkah yg sy catat dlm blog sy previously, dan kebetulan sy pun dah muzakarahkn secara infirodi bersama2 rkn jemaah, jd byn tu sebagai huraian kpd apa yg kami dah bincangkan...
Bayan tangguh sgt tersentuh di hati saya pabila pembayan terangkan kepentingan dakwah iaitu semua amalan lain boleh di tampung kelemahanya dgn ibadat nafilah, spt solat puasa zakat haji dll tp kekurangan dalam dakwah tak boleh di tampung oleh mana2 ibadat nafilah, kerana dakwah ialah ummu amal, ibu segala amal.Pun begitu semua amal dapat di tampung dgn amalan dakwah. Di kisah kan cerita sahabat2 badar wpun mereka lakukan dosa selepas badar mereka tetap dapat keampunan n kemaafan tp 3 sahabat yg terlengah dari menyertai Tabuk terpaksa mengalami hukuman boikot selama 50 hari.Sama2lah kita renungkan kekurangan dakwah kita.
InsyaAllah di sini sja catatan saya semoga pengalaman ini jadi iktibar dan semangat kepada semua masturat untuk terjun lebih jauh dalam usaha agama ini, sepertimana dalamnya jurang mindanao jurang terdalam di dunia insyaAllah kita terjun lebih dalam lagi...insyaAllah sembang2 ahli syurga juga berkisar tentang pengalaman mereka semasa berada di jalan Allah...begitu ucapan pembayan...masyaAllah.
WASSALAM.

9 comments:

azharjaafar said...

Salam.

Seronok dgn karkuzari akak. Sy g Labuan 10h(2006) tp alhmdulillah xdelah mujahadah sgt. Boleh tahan lg.

p/s - pengantin baru.. hehehe seram sejuk di buatnye..kehkehkeh

Ahlia Azhar

Ahliahnizam said...

Salam

Ye la, seronok dengar karkuzari akak. Doakan saya dapat keluar masturat ye kak. Dah 'berkarat' dah ni, nak kene polish balik :D

Walau kat mana pun kita berada, kita tetap berpijak di bumi Allah, walau apapun bahasa yang kita guna, kita tetap punya IMAN yang sama. Allahu Akbar!

umi-ali said...

Waalaikumsalam ahliah azhar, akk pun pnah pg labuan 17thn lps kua 40h tp bkn labuan je, kk, beaufort n sandakan..mujahadah jg maklum blum masuk alaf baru thn 2000an.D sandakan pun kampung air jg, lg mjhdh selama 3h di c2 x bole mndi, air xde, guna utk perlu je... tebal bedak esp kat ketiak, hehe... Seramsejuk lg best tmbh aura haha...d semporna pun akak giat ucap slmt pngntin bru kpd mstrt sna suami depa tgl 10h je lg, tersipu2 kawan2 tu...

umi-ali said...

Waalaikumsalam ahliahnizam, insyaAllah semoga di pilih Allah utk kuar lg n lg selagi hayat d kandung badan... d rumah pun ada tjawab utk anak2 family n jiran2...1 pkra akak bljr ms muz fikir alami, apa2 amaln kita bwt fikirlah tntang umat hinggakn bl kita wudhu untuk solat doa niatkn agr semua org islam dpt bgun untuk slt subuh.. masyaAllah semoga kita dpt fikir yg sama. sentiasa doa utk umat.

izat-syah said...

Assalamualaikum kak..
wahh seronok tul karkuzarinya..terasa bersemangat lak saya..
doa utk saya ye kak biar kuat skit..la ni dok lembik je...

umi-ali said...

Waalaikummussalam izat, semoga Allah beri kekuatan pd kita semua untuk tmbah korban.. bkn khuruj sj, maqami pun penting. InsyaAllah rumah km akn terima jmt mstrt Pakistan pd isnin & selasa ni...nk kene kms umah la nmpknya...sjk blik dr tawau, bdn lum brp selesa lg...cm nk dmam tak dmam...kwn2 lain pun sm moga Allah bg kudrat utk akk bwt psiapan..doakn ye.

musa said...

assalmkum, saya suka baca blog org tabligh banyak perkara baru boleh belajar, ada yg biasa dengar dan ada yg x pernah dengar dan menarik, ada yg mendatangkan keinsafan, ada yg menambah semangat utk beramal, dan ada yg simpati terutama ttg agama islam, lepas 2 saya ceritalah kat isteri semasa tidur malm sebelum mata pejam, sbb masa dah x sibuk maklum anak ramai saya pula malas nak tolong kerja rumah tapi tak pernah complin isteri walau keadaan rumah jadi gempabumi. Teruskan usaha murni anda tahniah

musa said...

asssalamualaikum ,saya suka baca blog org dakwah sbb banyak perkara boleh belajar, terutama cerita pengalaman mereka semasa berada diluar negara @ dlm negara, cerita yg x pernah kita dengar kekadang ia mendatangkan keinsafan, kesedaran ada juga yg membuatkan kita sedih dgn keadaan org islam yg diceritakan ttg amalan mereka yg jauh dari agama.Satu yg paling saya tabik pada kaum wanita ialah kesanggupan mereka ditinggalkan oleh suami untuk keluar dakwah 3hari, 40hari dan 4bulan, bagi saya tahap kesabaran dan iman mereka amat tinggi sebabnya, ada wanita yg ditinggalkan suami berbulan-bulan dan bertahun kerana sesuatu pekerjaan atau pengajian, si isteri rela dgn ikhlas kerana selepas itu mereka yakin akan mendapat wang/harta atau pangkat yg memberi keselesaan kpd mereka. Berlainan dgn isteri yg ditinggalkan suami keluar untuk tunai tuntutan agama selama masa yg terhad mereka hanya dijanjikan dgn keampunan, rahmat, sakinah dan syurga yg dijanji oleh allah dan rasul. Kedua-dua wanita ini bersusah payah menjaga anak-anak mereka dgn keadaan niat dan keyakinan yg berbeza dan kedua-dua mereka mempunyai ketabah dan kesabaran yg tinggi, itulah wanita yg mana ia menjadi tonggak kepada kejayaan pada keluarga,negara dan agama. Yang hebat lagi wanita ini sanggup mengikut suami utk berdakwah meninggalkan ank-anak semata mencari kerezaan allah dan anak juga sanggup ditinggalkan ibubapa semata kerana allah, Dalam penilaian saya, org yg x pernah memcebur diri dlam dakwah tak adil kalau nak mengata mereka salah dan sepatutnya mereka kena baca dan ikut baru dapat menilai. Bagi anda teruskanlah usaha murni anda dan doakan untuk saya juga dalam doa kamu.

umi-ali said...

InsyaAllah syukur Allah beri sedikit kefahaman agama kpd kita..tanda kasih Allah pada kita.

haazaa kalaamu robbi