haazaa kalaamu robbi

Monday, July 27, 2009

to my followers & readers...

Assalamualaikum,
Jazakumullahukhoir atas kesediaan anda semua untuk mengikuti blog saya yg byk kelemahan dan kekurangan ini...alhamdulillah juga kita dpt bersilaturrahim dan bertukar-tukar komen.Semuanya dgn izin Allah swt jua...Saya jadikan blog saya ini sebagai salahsatu wadah untuk menyampaikan sedikit sebanyak apa yg saya belajar dari usaha atas iman dan amal @ lebih dikenali umum, usaha tabligh.Sememangnya kita dituntut untuk menggunakan segala apa kurniaan Allah swt kpd kita untuk maqsud agama.Samada harta,masa,bakat,kepandaian,budipekerti,sifat hatta nyawa kita milik Allah swt dan nikmat dari Allah swt, dan sebagai mensyukuri nikmat Allah swt kepada kita, kita gunakanlah segala2nya untuk mendapat keredhoan Allah swt kerana sesungguhnya Allah swt telah beli diri dan harta orang mukmin itu dan sebagai gantinya dia akan diberi syurga...
Baru2 ni saya telah nusrah/mengikuti jmh masturat/wanita dari Srilanka dan byk perkara saya dpt belajar dari mereka, antaranya Allah swt janjikan syurga yang besar dan luas untuk kita seorang dan khas milik kita saja bukan kongsi dgn suami, anak2, ibubapa dll manusia, walaupun begitu kita boleh saling ziarah menziarahi...saling berkumpul...tapi maqsudnya di sini, pada pandangan saya yg lemah ini, ialah semua kita akan suka kalau kita ada sesuatu hak milik kita yang mutlaq.Allah swt berkuasa memberi apa saja dgn kekuasaanNya dan yg pastinya khazanah Allah swt sangat luas di luar jangkauan pemikiran kita.
Tapi kita masukkan dalam hati kita yg kecik ni segala apa yg ada di dunia ini, suami, anak2, rumah, kereta, harta, pangkat dan semualah, kambing lembu sawah kilang dan segala apa milik kita dan yg bukan milik kita semua kita masukkan dalam hati kita dan kita nak syurga untuk kita je sorang2...apa pandangan Allah swt pada kita.. Padahal Allah swt berkeinginan supaya kita masukkan DIA sahaja dalam hati kita dan Allah swt amat cemburu dan tak suka kpd penyengutuan.
Marilah sama2 kita fikirkan tentang hati kita yg sepatutnya apa yg kita masukkan tapi apa yg telah kita masukkan selama ini...kita sahaja yg dapat menilai kerana hati kita dalam diri kita bkn dalam diri orang lain.
InsyaAllah kita sama ambil fikir risau ini dan berusaha untuk islah diri kita dan usaha juga untuk ahli keluarga dan orang lain.
Esok lusa dan entah bila kita akan dipanggilNya dan kita akan berjumpa dgnNya... sedia ataupun tidak sedia kita takde pilihan lain...esok akan dikeluarkan hati kita di hadapan Allah swt dan dibelah hati kita dan nampaklah apa yg ada dalam hati kita selama kita hidup di dunia ini...tak dapat kita nak berdalih lagi...Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini, taufiq hanya dariMu.Daku tak dpt buat apa2 tanpa izin dan pertolonganMu...
Laahaula walaa quwwata illa billahil 'aliyil 'azhim...
Doakan saya ya...

Wednesday, July 8, 2009

rehat

Assalamualaikum.
InsyaALLAH saya akan berehat untuk sementara waktu sehingga habis ijtima' untuk cuba beri tumpuan kepada amalan2 infiradi dan untuk dapat tawajjuh pada ALLAH semasa program ijtima' dijalankan.Semoga ALLAH beri taufiq kpd saya dan anda sekelian untuk betul2 manfaatkan masa untuk fikir dan risau atas ummat seluruh alam...Oleh kerana kelemahan saya dan anak2, mungkin kami akan kurang tawajjuh jika media2 elektronik ada di depan mata kami...tak tahan ujian...jadi saya simpan sementara perkakas2 ini dan insyaALLAH kita akan berjumpa lagi mungkin Isnin ini.
Jadi saya panjatkan doa agar ALLAH datangkan nusrahNya kepada kita khasnya di Malaysia dan seluruh dunia agar dapat menghidupkan agama yang sempurna dalam kehidupan kita.
InsyaALLAH saya ada buat posting baru DOA HIDAYAT di blog FAS E ANFAAS saya, bolehlah anda sama2 ambil manfaat...
Yang baik dari ALLAH...
Wassalam.

Tuesday, July 7, 2009

ijtima', ijtima', ijtima'

Assalamualaikum,
Hari ni selasa bermakna tinggal sehari saja lagi maka bermulalah ijtima' yang kita nanti2kan...setelah sekian lama iaitu 27 thn tentulah kedatangannya di alu2kan oleh kita yang melibatkan diri dlm usaha atas iman dan amal ie dakwah dan tabligh.
Jika diteliti dgn mendalam, rasa sedih pun ada sbb negara jiran kita Thailand mndpt peluang mengadakan ijtima' sebegini almost every year, tp negara kita yg lebih aman dan mudah untuk jemaah bergerak hanya dapat peluang setelah 27 thn selepas ijtima' pertama pada tahun 1982!Tapi tentu ada khoir disebalik setiap perancangan ALLAH swt yg Maha Alim dalam segala hal kita.Dan supaya kita bersyukur kita dipilih untuk sama-sama menjayakan ijtima' ke2 ini.
Cuba pandang ke belakang pd ijtima' pertama dulu, kita masih belum kenal dgn usaha ini, saya pun baru 18 tahun pd masa tu...alam remaja, faham2lah...dan masa tu jg saya menjejakkan kaki ke bumi America USA untuk menyambung pelajaran dlm bidang civil engineering tajaan JPA. Alhamdulillah, kalau dgn duit makbapak mgkin ke universiti tempatan pun tak mampu, ye lah org kampung...tp dgn doa dan cita2 makbapak lah saya smpai ke sana dgn satu tanggungjawab untuk merealisasikan cita2 kedua ibubapa tercinta.Walaupun berat meninggalkan keluarga tapi demi cita2 kedua ibubapa saya terbang jg ke USA...sebenarnya kita tak tahu untung nasib kita hanya kita mengikut perancangan ALLAH swt...jauh di sudut hati saya sendiri tak ada cita2 hanya mengikut ibubapa dan bimbingan guru2 sekolah yg amat sya hargai, dari sekolah tadika ke sekolah kebangsaan Jln Dato Palembang,Bukit Baru,Melaka sehinggalah ke Kolej Tunku Kurshiah Seremban.Semoga Allah membalas jasa2 ibubapa dan guru2 saya kerana usaha mereka jadi asbab untuk saya dipilih oleh ALLAH swt menceburkan diri dalam usaha atas iman dan amal yg tiada kenal henti2nya dan tiada akan dapat ijazahnya selagi hayat dikandung badan..Teringat bayan ada britahu bahwa Sheikh Maulana Ilyas rah pernah berkeinginan jika ada nama untuk usaha ini maka beliau suka beri nama usaha ini 'The Walking/Moving University of Iman' kerana usaha ini asasnya ialah 'bergerak'...dari rumah ke rumah, dari lorong ke lorong, dari negeri ke negeri lain, dari negara ke negara lain...dan kalau ada manusia di bulan, dari bumi ke bulan pun akan dihantar jemaah, begitu fikir alami Hadratji Maulana Enamul Hassan rah.
Berbalik kepada diri saya, itulah dia dah masuk univ iman ni dah lupa lah cita2 mkbapak kita dulu, kesian mereka...semoga ALLAH bg mereka faham.Dek kerana saya pun mmg takde cita2 kot ALLAH tak pilih jadi civil engineer tapi jd human engineer je dan telah menghasilkan 6 product, 1 dah simpan di syurga iaitu Ali...yg lain2 4 dah jd hafiz hafizoh Alquran, yg mana 3 darinya sedang memondokkan diri untuk jadi alim alimah.Yg sulung akan tamat pengajian 'alimahnya Ramadhon ni insyaALLAH dan selepas raya insyaALLAH akn mewarisi umminya jd isteri kepada dae merangkap jd daeiyah lah insyaALLAH...doakan kami ya pembaca2 budiman...Anak yg kecil sekali masih sekolah tahun 3 di sekolah Cina, haa ada target jg tu, nak htr pg negeri China, ataupun jd mutarjim kpd jmh dari China insyaALLAH...dan dia pun akn kami usahakan untuk jd hafizoh Alquran dan 'alimah jg insyaALLAH...

Jauh menyimpang dari tajuk plk cik kak kita ni yek.Ye laa nostalgia...Tentu u all sume pun ada kenangan2 jugakan.Kenangan thn 1982...ada yg masih sekolah rendah, ada yg belum sekolah, ada yg masih menyusu masa tu, dan ada jg yg masih di alam azali lagi...tapi ingat jg ada yg bertungkus lumus mangusahakan ijtima' pada masa itu... dan insyaALLAH akan dibalas jasa mereka, keringat mereka, dgn kehadiran lebih ramai manusia pada ijtima' kali ini...buku akaun mereka masih terbuka lagi hingga hari Qiamat..MasyaALLAH tak dpt kita bayangkan ganjaran mereka.Pernah saya hadir ijtima' purana/org2 lama(4 bln) di Sri Petaling suatu masa dulu.Maulana bayan katanya majmak yg berkumpul hari ini adalah hasil pengorbanan titikpeluh dan airmata mereka2 yg dahulu memohon hidayat untuk kita, doa2 dari merekalah kita dapat berkumpul lagi. Ye benar bila kita pandang ke belakang rupanya ada mereka2 yg dahulunya susah payah buat usaha ini, awwalin, masa org tak kenal lagi usaha ini, orang tak suka lagi usaha ni, dihalau dari masjid, dihalau dari rumah, dipulau keluarga...ada yg masih bertahan hingga hari ini, ada yg mungkin kerana tak tahan ujian, kita tak nampak lagi wajah2 mereka dalam majmak...kesian, marilah kita sama2 panjatkan doa kpd Allah swt agar mereka yg dulu telah ambil usaha ini, berkat ijtima' kali ini ALLAH panggil mereka kembali kepada usaha ini dan tentunya kehadiran mereke akan menambah seri ijtima' kita kali ini.Aaamiin...

Ya, tak cukup hanya kita paling ke belakang saja sebab silap2 lori ada kat depan, accident pulak nnti...kita kena lihat ke hadapan jg, apa akn jd dgn ankcucu cicit kita, jd org ke jd beruang...yg penting cita2 kita, mcm makbapak kita jg, cita2 mereka nak kita jd org baik2 berjaya di dunia dan akhirat cuma mereka tak nampak nak berjaya di akhirat tu cemana caranya...dek terjajah lama oleh bangsa2 omputih... jd mereka fikir sekolah academic je...sekolah agama part time sebelah petang.Kita yg dah ada fikir kena lah mengorak langkah anak2 kita menuju syurga kerana ALLAH dah tunjuk jalannya...6 sifat sahabah, 6 pesanan wanita, 5 amal masjid, 12 adab usul, nisab kita dan suami khuruj fisabilillah...hidupkan suasana iman, suasana ibadat, sunnah dalam kehidupan seharian dll...korban diri harta masa untuk deen...yg penting doa hdyat untuk ummat seluruh alam...setelah usaha keras siang hari, menangis di malam hari...minta pdNya.

Dan khas semasa ijtima' sdg berlangsung marilah sama2 kita jaga amal,wpun kita xde di tapak ijtima' tp ALLAH Maha Melihat Maha Mendengar. Apa nak buat ek? Haa saya pun tak tahu juga tapi yg saya lihat dan bole jadikan contoh ialah semasa ijtima' Tonggi di Bangladesh, jmh kami di letakkan di sebuah rumah semasa suami2 kami berada di medan ijtima'.Masa tu thn 2002.Jmh msia kami sj, ada jmah dari Italy tp org keturunan Arab, dan lain2 jmh tempatan Bangladesh. Yg berada di rumah itu ialah tuan rumah, pembantu2nya, dan masturat2 yg telah diputuskan khidmat, selain keluarga tuan rumah semua wanita je lah...org lelaki ada di ijtima'. Hari sebelum ijtima' ada beberapa masturat yg datang tapi di suruh pulang oleh tuan rumah bila dapat tahu nama mereka tidak diputuskan untuk berada di situ oleh syura..tp dgn rela hati mereka pulang setelah di beritahu sebab2nya oleh tuan rumah, taat betul mereka.Bila kami tanya apa sebabnya, kami dberitahu bahwa semasa ijtima' berlangsung jangan ada satu org pun masturat berada di luar rumah kerana ini akan mengganggu keberkatan dan rahmat yg turun semasa ijtima'...barulah kami faham, sebenarnya kita pun ada peranan dalam menarik Rahmat semasa ijtima'.Kebykn wanita di rumah tu berpuasa selama masa ijtima' berlangsung.Mlm2 mereka bgun mendirikan malam dgn solat, doa menangis2 dan muzakarah iman...kemudian sahur.Selepas isyraq mereka rihat, ada yg tidur, khidmat dsbnya selain yg uzur bersarapan, termasuk sayalah, rugi rsnya xdpt puasa masa tu. Siang hari kami buat program macam biasa taklim, 6 sifat, halaqah Quran dan muzakarah...serta amal infradi tak ketinggalan dakwah infradi sesama kita dan sesama jemaah italy dan bangladesh.

Jadi marilah kita sama2 hidupkan rumah kita dgn amalan2 nurani, puasa, bc quran, yaasin dll, zikir, muzakarah iman, hidupkan sunnah, yg penting hidupkan malam dgn ibadat dan doa semoga nur ijtima' jg sampai ke rumah2 kita...klu dpt hidupkan amalan 24jam, contohnya siang jaga amal, malam gilir2 dgn anak berjaga sehingga ke subuh.. kejut mengejut seorang lepas seorang...tentu nur nya berlipat kali ganda terang benderang...insyaALLAH...

Jangan lupa doakan saya yg lemah ini juga, yg hanya pandai mencatat tapi tak de kekuatan beramal...moga2 dgn usaha ini ALLAH br taufiq untuk saya sendiri amalkan dan kita semua dapat amalkan dan sampaikan pada orang lain...

Tasbih kifarah...

Wabillahitaufiq wal hidayah...

Wal 'asr!....

Friday, July 3, 2009

HARI JUMAAT

Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat dgn istiqomah ialah ALLAH akan pancarkan nur dari org itu sehingga ke Kaabah dan sentiasa diberi hidayat kepada pembacanya.
Banyakkan solawat kerana ini ialah hari mulia dikurniakan ALLAH untuk ummat ini.
Tapi syaitan tipu kita dgn merasakan bahwa ini hari2 biasa saja spya kita terhindar dari kelebihan2 hari Jumaat.
Sesiapa yang bersuci dgn sempurna dari rumahnya dan berjalan ke masjid awal2 lagi, setiap langkahnya mendapat pahala setahun ibadat, berpuasa siang, dan bersolat malam.
Ada lebih 40 kelebihan Jumaat drpd hari2 yg lain...SubhanALLAH!
Semoga ALLAH beri taufiq kpd kita untuk amal dan sampaikan...

Thursday, June 25, 2009

Terima jemaah

Assalamualaikum.Isnin & selasa kami terima jemaah masturat Pakistan dari Pesyawar kaum Pathan bahasa Posyto-betul ke tidak sebutannya x tau le. Anyway nk mudah mengenali mereka ni sekaum lah dgn bintang bollywood yg ada nama Khan, Salman Khan, Ameer Khan and of course Shah Rukh Khan...sapa x kenal yek wpun saya x tengok wayang tp dlm press mmg tertera nama2 ni wpun kita x baca bhgian hiburan, bintang popular... Ada lagi satu Khan yang popular, Imran Khan, pemain cricket international tu...tp saya dengar nama dia dalam bayan indonesia...ktnya Imran hadhir di ijtimak Raiwind dan seperti biasa di tasykil oleh Maulana Saad untuk beri masa beberapa hari untuk deen, tp katanya, saya dah banyak infaq untuk Islam, saya infaq pada anakyatim, bina masjid, madrasah dll...bagus jugak dia ni ye, wpun bekas isteri dia minah saleh...Jemimah kot nmnya.Kemudian Maulana Saad kata, wahai Imran, apa yang kamu buat ialah membantu umat Islam tapi kamu belum membantu AGAMA ISLAM...ayat Quran: "INTAN SURULLAHA YANSURKUM WAYUSABBIT AQDAA MAKUM..." mafhum lebih kurang: "JIKA KAMU BANTU (AGAMA) ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU KAMU, DAN MENEGAKKAN KAKI2 KAMU.." Jadi kita bantu agama Allah dengan buat dakwah, beri harta, diri, masa untuk bantu agama. Memang kita dapat pahala dgn bantu umat Islam tp kalau tak bantu pun umat ini dapat terus hidup. Contohnya kalau xde masjid, boleh solat di padang macam di sesetengah kampung di Afrika, mereka cacak2kan tiang dan solat berjemaah, tak perlu bina masjid. Begitu juga madrasah, zaman Nabi saw madrasah di bawah pokok kurma, tapi ilmu sahabah xde tolok bandingnya...TAPI apa janji Allah? DIA akan bantu org yang bantu agamaNya dgn DIRI,HARTA,MASA. Kemudian Imran kata saya tak pernah dgr seorang ulamak yang bercakap seperti kamu...begitulah tingginya kefahaman masyaikh2 kita kurniaan Allah pd mereka...
Wey, dah jauh pulak peginya cik kak kita ni yek, nak cerita pasal time jmh td. Dah bahasa dia kita x tau, jd ayam itiklah namanya...wpun saya tahu sikit2(tora2) Urdu tp byk dah lupa sbb dah dkt 4 thn lps pg India, lgpun makcik2 ni guna bahasa Posyto, yg habuk pun x faham, esp ahliah amersabnya, maklumle org tua.Yg muda2 tu bole jg ckp urdu tora2...kita tau khana, pina, sona je...makan, minum, tido...selain garam paney, thander paney bkn thunder cat tau adik2...iaitu air panas, air sejuk.
Bila tiba time taskil masturat tempatan, angguk2 je la kan, pastu tulis nama suami. Mudah je sebab kita dah tau cuma mereka menyampaikan je...alhamdulillah, wpun lain2 bahasa lain2 bangsa dan kaum, kita tetap ummatan wahidah, ummat yg satu, iaitu ummat Nabi Muhammad saw, boleh duduk bawah satu bumbung atas satu maqsud untuk selamatkan ummat dan fikir bagaimana ummat Islam dapat kembali kepada mengamalkan agama yg sempurna yg di tinggalkan kepada kita oleh nabi kita dan sahabat2nya.
Allah kurniakan kasih sayang kepada orang2 yang ada fikir ummat wpun hanya 2hari, tp terjalin kasih sayang dan kemesraan yg tak akan kita lupakan sepanjang hayat, dan apa yg perlu kita tanamkan ialah mafhum hadith Nabi saw tentang ummatnya yg berlainan bangsa datang dari berlainan kaum, tak kenal satu sama lain, tapi berkumpul atas maqsud agama, membesarkan Allah swt, akan duduk di mimbar2 yg tiangnya dari nur dipadang mahsyar nnti di mana akan di cemburui oleh semua manusia...insyaAllah semoga kita termasuk golongan demikian, aaamiiin Ya ROBBAL AALAMIIN.

Monday, June 15, 2009

karguzari

ahad-selepas asar>bayan hidayat di rumah mohd nor tmn desa baru.
isnin- 10 pg bertolak ke klia, flight 2.20 pm.
isnin- sampai tawau about 6 pm, sampai rumah sulaiman tmn ria slps maghrib.
khamis- pindah ke rumah imam semang di kmpung merotai.
sabtu- pindah ke kg air semporna, rumah saifulah.
selasa- kembali ke tawau rumah ustz ahmad khotib, kg jawa.
khamis- pindah ke rumah jabbar tmn ria.
jumaat- 4.20 pm bertolak ke airport tawau flight 5.50 pm.
jumaat- 8.30 pm smpai klia.

Alhamdulillah jemaah kami seramai 7 psgn ke Tawau telah mengalami pelbagai pengalaman di Tawau dan Semporna dan yang paling penting kami banyak belajar dari masturat2 sana yg sgt lemah lembut dlm menyampaikan dakwah. Sejuk hati bila dgr perbicaraan mereka.Kadang2 terikut2 style ckp mereka yg persis cerita era P.Ramlee. Mcm kembali ke zaman 50an pulak.Kanak2 pun bermain n berbual mcm kita sdg tengok filem2 melayu lama, seronok dgr ckp mereka...perkataan 'bilang' yg kita x pakai lg sekarang ni menjadi perkataan favorite mereka Ye laa anak2 kita tau bilang nombor je...
Pengalaman di Kg Air, Semporna paling seronok, rumah atas air laut yg jernih nampak sampai ke dasar tapi jgn tengok lama2 nnt ternmpak yg itu...maklumle tandasnya bkn mcm kita ada septic tank lah n ntah ape2 tank lg.Di sana tank nya air laut laa, tp alhamdulillah saya x pernah nampak, ada jg kwn yg nmpak...itu bab air bwh rumah. Tp air yg nak digunakan untuk memasak, istinjak, wudhu, dan semua keperluan tetap air paip dari loji di daratan, air tawar n bersih, cuma dtgnya tak menentu, kekadang ada kekadang xde.Wbgmanapun tuan rumah dah simpan air dalam berpuluh2 botol2 coke, sah peminat cocacola depa ni, untuk dgunakan semasa ketiadaan air paip.Jd km pun bljr2lah cebok pki botol, wudhu pun pki botol, pandai lak jimat wudu pki stgh botol je... itulaa umat semenanjung yg dah biasa mewah...hari terakhir paling dahsyat.Pagi2 air ada, tapi selepas zohor air berhenti..nak djadikan cerita ada beberapa org termasuk org tempatan yg terkena keracunan makanan, air botol coke pun habis dkerjakanya... berderet que tunggu bilik termenung...ada ok selepas beberapa kali cirit,tp ada sorang ahli jmh yg bw smpi ke malam sakitnya, last skli sblum tidor muntah, baru lega...asbab Allah nak ampunkan dosa mungkin...sebenarnya silap makan kilinak atau tempura atau sushi butan masturat dari filipine, tp tukang buat pun join the que...
Di Semporna majoriti kaum bajau nelayan dan suluk yg asal keturunanya dari Filipina, ada juga memang Filipina betul baru migrate. Di Tawau ada bugis, dusun, jawa dll tak ketinggalan kwn2 semenanjung yg bekerja di sana. Rumah terakhir kami d sana pun isterinya org melaka dan dah menetap d sana lah, maklum suami orang sana.Cakap pun x telo melaka lagi, anak2 apalagi...aku sudah lapar bah!ngomel anak bongsunya yg comel berusia 2 tahun...Ye laa org sabah mmg byk guna 'bah' kecik besar bah aje sebutanya mcm kita guna 'lah'.
Hari terakhir kami di Tawau juga adalah hari pertama sub ijtimak di sana yg di hadiri oleh beberapa elders yg sudah berada di KL.Alhamdulillah pagi jumaat kami dpt dgr bayan taqrir dari Maulana Mahmood Bishr kalau tak silap.Kebetulan bayannya sekitar nasihat dari makkah yg sy catat dlm blog sy previously, dan kebetulan sy pun dah muzakarahkn secara infirodi bersama2 rkn jemaah, jd byn tu sebagai huraian kpd apa yg kami dah bincangkan...
Bayan tangguh sgt tersentuh di hati saya pabila pembayan terangkan kepentingan dakwah iaitu semua amalan lain boleh di tampung kelemahanya dgn ibadat nafilah, spt solat puasa zakat haji dll tp kekurangan dalam dakwah tak boleh di tampung oleh mana2 ibadat nafilah, kerana dakwah ialah ummu amal, ibu segala amal.Pun begitu semua amal dapat di tampung dgn amalan dakwah. Di kisah kan cerita sahabat2 badar wpun mereka lakukan dosa selepas badar mereka tetap dapat keampunan n kemaafan tp 3 sahabat yg terlengah dari menyertai Tabuk terpaksa mengalami hukuman boikot selama 50 hari.Sama2lah kita renungkan kekurangan dakwah kita.
InsyaAllah di sini sja catatan saya semoga pengalaman ini jadi iktibar dan semangat kepada semua masturat untuk terjun lebih jauh dalam usaha agama ini, sepertimana dalamnya jurang mindanao jurang terdalam di dunia insyaAllah kita terjun lebih dalam lagi...insyaAllah sembang2 ahli syurga juga berkisar tentang pengalaman mereka semasa berada di jalan Allah...begitu ucapan pembayan...masyaAllah.
WASSALAM.

Wednesday, May 27, 2009

nasihat dari makkah


4 musuh kita: > Lawannya:
1.syaitan > Dakwah
2.nafsu > Mujahadah/tekan nafsu
3.suasana > 5 amal maqomi
4.adat > Sunnah Nabi saw


5 senjata mukmin:
1.tundukkan pandangan
2.wudhu sentiasa ada
3.zikir setiap masa
4.qiyamullail/tahajjud
5.doa

Daei itu wajahnya menghadapi manusia tetapi hatinya menghadap hanya kepada Allah.
Dia mengetuk pintu-pintu rumah orang, haqiqatnya mengetuk pintu Rahmat Ilahi.
Akhir kalamnya LaailahaillAllah seperti azan, akhirnya kalimah toiyibah.
InsyaAllah....

haazaa kalaamu robbi