haazaa kalaamu robbi

Thursday, June 25, 2009

Terima jemaah

Assalamualaikum.Isnin & selasa kami terima jemaah masturat Pakistan dari Pesyawar kaum Pathan bahasa Posyto-betul ke tidak sebutannya x tau le. Anyway nk mudah mengenali mereka ni sekaum lah dgn bintang bollywood yg ada nama Khan, Salman Khan, Ameer Khan and of course Shah Rukh Khan...sapa x kenal yek wpun saya x tengok wayang tp dlm press mmg tertera nama2 ni wpun kita x baca bhgian hiburan, bintang popular... Ada lagi satu Khan yang popular, Imran Khan, pemain cricket international tu...tp saya dengar nama dia dalam bayan indonesia...ktnya Imran hadhir di ijtimak Raiwind dan seperti biasa di tasykil oleh Maulana Saad untuk beri masa beberapa hari untuk deen, tp katanya, saya dah banyak infaq untuk Islam, saya infaq pada anakyatim, bina masjid, madrasah dll...bagus jugak dia ni ye, wpun bekas isteri dia minah saleh...Jemimah kot nmnya.Kemudian Maulana Saad kata, wahai Imran, apa yang kamu buat ialah membantu umat Islam tapi kamu belum membantu AGAMA ISLAM...ayat Quran: "INTAN SURULLAHA YANSURKUM WAYUSABBIT AQDAA MAKUM..." mafhum lebih kurang: "JIKA KAMU BANTU (AGAMA) ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU KAMU, DAN MENEGAKKAN KAKI2 KAMU.." Jadi kita bantu agama Allah dengan buat dakwah, beri harta, diri, masa untuk bantu agama. Memang kita dapat pahala dgn bantu umat Islam tp kalau tak bantu pun umat ini dapat terus hidup. Contohnya kalau xde masjid, boleh solat di padang macam di sesetengah kampung di Afrika, mereka cacak2kan tiang dan solat berjemaah, tak perlu bina masjid. Begitu juga madrasah, zaman Nabi saw madrasah di bawah pokok kurma, tapi ilmu sahabah xde tolok bandingnya...TAPI apa janji Allah? DIA akan bantu org yang bantu agamaNya dgn DIRI,HARTA,MASA. Kemudian Imran kata saya tak pernah dgr seorang ulamak yang bercakap seperti kamu...begitulah tingginya kefahaman masyaikh2 kita kurniaan Allah pd mereka...
Wey, dah jauh pulak peginya cik kak kita ni yek, nak cerita pasal time jmh td. Dah bahasa dia kita x tau, jd ayam itiklah namanya...wpun saya tahu sikit2(tora2) Urdu tp byk dah lupa sbb dah dkt 4 thn lps pg India, lgpun makcik2 ni guna bahasa Posyto, yg habuk pun x faham, esp ahliah amersabnya, maklumle org tua.Yg muda2 tu bole jg ckp urdu tora2...kita tau khana, pina, sona je...makan, minum, tido...selain garam paney, thander paney bkn thunder cat tau adik2...iaitu air panas, air sejuk.
Bila tiba time taskil masturat tempatan, angguk2 je la kan, pastu tulis nama suami. Mudah je sebab kita dah tau cuma mereka menyampaikan je...alhamdulillah, wpun lain2 bahasa lain2 bangsa dan kaum, kita tetap ummatan wahidah, ummat yg satu, iaitu ummat Nabi Muhammad saw, boleh duduk bawah satu bumbung atas satu maqsud untuk selamatkan ummat dan fikir bagaimana ummat Islam dapat kembali kepada mengamalkan agama yg sempurna yg di tinggalkan kepada kita oleh nabi kita dan sahabat2nya.
Allah kurniakan kasih sayang kepada orang2 yang ada fikir ummat wpun hanya 2hari, tp terjalin kasih sayang dan kemesraan yg tak akan kita lupakan sepanjang hayat, dan apa yg perlu kita tanamkan ialah mafhum hadith Nabi saw tentang ummatnya yg berlainan bangsa datang dari berlainan kaum, tak kenal satu sama lain, tapi berkumpul atas maqsud agama, membesarkan Allah swt, akan duduk di mimbar2 yg tiangnya dari nur dipadang mahsyar nnti di mana akan di cemburui oleh semua manusia...insyaAllah semoga kita termasuk golongan demikian, aaamiiin Ya ROBBAL AALAMIIN.

Monday, June 15, 2009

karguzari

ahad-selepas asar>bayan hidayat di rumah mohd nor tmn desa baru.
isnin- 10 pg bertolak ke klia, flight 2.20 pm.
isnin- sampai tawau about 6 pm, sampai rumah sulaiman tmn ria slps maghrib.
khamis- pindah ke rumah imam semang di kmpung merotai.
sabtu- pindah ke kg air semporna, rumah saifulah.
selasa- kembali ke tawau rumah ustz ahmad khotib, kg jawa.
khamis- pindah ke rumah jabbar tmn ria.
jumaat- 4.20 pm bertolak ke airport tawau flight 5.50 pm.
jumaat- 8.30 pm smpai klia.

Alhamdulillah jemaah kami seramai 7 psgn ke Tawau telah mengalami pelbagai pengalaman di Tawau dan Semporna dan yang paling penting kami banyak belajar dari masturat2 sana yg sgt lemah lembut dlm menyampaikan dakwah. Sejuk hati bila dgr perbicaraan mereka.Kadang2 terikut2 style ckp mereka yg persis cerita era P.Ramlee. Mcm kembali ke zaman 50an pulak.Kanak2 pun bermain n berbual mcm kita sdg tengok filem2 melayu lama, seronok dgr ckp mereka...perkataan 'bilang' yg kita x pakai lg sekarang ni menjadi perkataan favorite mereka Ye laa anak2 kita tau bilang nombor je...
Pengalaman di Kg Air, Semporna paling seronok, rumah atas air laut yg jernih nampak sampai ke dasar tapi jgn tengok lama2 nnt ternmpak yg itu...maklumle tandasnya bkn mcm kita ada septic tank lah n ntah ape2 tank lg.Di sana tank nya air laut laa, tp alhamdulillah saya x pernah nampak, ada jg kwn yg nmpak...itu bab air bwh rumah. Tp air yg nak digunakan untuk memasak, istinjak, wudhu, dan semua keperluan tetap air paip dari loji di daratan, air tawar n bersih, cuma dtgnya tak menentu, kekadang ada kekadang xde.Wbgmanapun tuan rumah dah simpan air dalam berpuluh2 botol2 coke, sah peminat cocacola depa ni, untuk dgunakan semasa ketiadaan air paip.Jd km pun bljr2lah cebok pki botol, wudhu pun pki botol, pandai lak jimat wudu pki stgh botol je... itulaa umat semenanjung yg dah biasa mewah...hari terakhir paling dahsyat.Pagi2 air ada, tapi selepas zohor air berhenti..nak djadikan cerita ada beberapa org termasuk org tempatan yg terkena keracunan makanan, air botol coke pun habis dkerjakanya... berderet que tunggu bilik termenung...ada ok selepas beberapa kali cirit,tp ada sorang ahli jmh yg bw smpi ke malam sakitnya, last skli sblum tidor muntah, baru lega...asbab Allah nak ampunkan dosa mungkin...sebenarnya silap makan kilinak atau tempura atau sushi butan masturat dari filipine, tp tukang buat pun join the que...
Di Semporna majoriti kaum bajau nelayan dan suluk yg asal keturunanya dari Filipina, ada juga memang Filipina betul baru migrate. Di Tawau ada bugis, dusun, jawa dll tak ketinggalan kwn2 semenanjung yg bekerja di sana. Rumah terakhir kami d sana pun isterinya org melaka dan dah menetap d sana lah, maklum suami orang sana.Cakap pun x telo melaka lagi, anak2 apalagi...aku sudah lapar bah!ngomel anak bongsunya yg comel berusia 2 tahun...Ye laa org sabah mmg byk guna 'bah' kecik besar bah aje sebutanya mcm kita guna 'lah'.
Hari terakhir kami di Tawau juga adalah hari pertama sub ijtimak di sana yg di hadiri oleh beberapa elders yg sudah berada di KL.Alhamdulillah pagi jumaat kami dpt dgr bayan taqrir dari Maulana Mahmood Bishr kalau tak silap.Kebetulan bayannya sekitar nasihat dari makkah yg sy catat dlm blog sy previously, dan kebetulan sy pun dah muzakarahkn secara infirodi bersama2 rkn jemaah, jd byn tu sebagai huraian kpd apa yg kami dah bincangkan...
Bayan tangguh sgt tersentuh di hati saya pabila pembayan terangkan kepentingan dakwah iaitu semua amalan lain boleh di tampung kelemahanya dgn ibadat nafilah, spt solat puasa zakat haji dll tp kekurangan dalam dakwah tak boleh di tampung oleh mana2 ibadat nafilah, kerana dakwah ialah ummu amal, ibu segala amal.Pun begitu semua amal dapat di tampung dgn amalan dakwah. Di kisah kan cerita sahabat2 badar wpun mereka lakukan dosa selepas badar mereka tetap dapat keampunan n kemaafan tp 3 sahabat yg terlengah dari menyertai Tabuk terpaksa mengalami hukuman boikot selama 50 hari.Sama2lah kita renungkan kekurangan dakwah kita.
InsyaAllah di sini sja catatan saya semoga pengalaman ini jadi iktibar dan semangat kepada semua masturat untuk terjun lebih jauh dalam usaha agama ini, sepertimana dalamnya jurang mindanao jurang terdalam di dunia insyaAllah kita terjun lebih dalam lagi...insyaAllah sembang2 ahli syurga juga berkisar tentang pengalaman mereka semasa berada di jalan Allah...begitu ucapan pembayan...masyaAllah.
WASSALAM.

haazaa kalaamu robbi