haazaa kalaamu robbi

Showing posts with label sembang2 masturat di jln Allah. Show all posts
Showing posts with label sembang2 masturat di jln Allah. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

KARGUZARI 10HARI MASTURAT KE JOHOR BHARU

Assalamualaikum.

5 pasangan dari Melaka:
  1. Ckg Abdurrauf dan isteri
  2. Ckg Mansor dan isteri
  3. Encik Ajis dan isteri
  4. Encik Hafizul dan isteri
  5. Ckg Nasiruddin dan isteri ( dari Subang, join jmh Melaka - menantu dan anak kpd Ckg Abdurrauf)
(Sepasang suami isteri dari Pasir Gudang join jemaah kami selama 6 hari pertama iaitu Encik Idris dan isteri.)

5 buah rumah yg telah diwakafkan untuk agama Allah SWT selama 2 hari setiap rumah:
  1. Rumah Encik Hj Muhammad di Taman Nusantara, Gelang Patah.
  2. Rumah Encik Abdul Kadeer (Bangladeshi, wife Malay) di Taman Nusantara Fasa 4,
  3. Rumah Encik Mohd Desa masih di kawasan Gelang Patah juga.
  4. Rumah Ustaz Shamsuddin di Taman U, Skudai.
  5. Rumah Encik Fidlah di Taman U, Skudai juga.(surau berlainan).

Kami diberi bayan nasihat pada 5 jun kuranglebih jam 9 pagi di rumah Encik Azmi di Taman Desa Baru.
Bersama kami, satu jemaah masturat seramai 4 pasangan dari Melaka juga, route Singapore.
Selepas bayan, kami terus bergerak dgn 3 kenderaan ke JB.
Kereta kami 2 pasangan, anak beranaklah...
Kereta Encik Hafizul dinaiki bersama oleh Encik Ajis suami isteri.
Kereta Ckg Mansur dinaiki bersama-sama para malaikat...begitu anjuran amirsab jemaah...wakaka...
Tak aci lah, kami pun tentunya bersama para malaikat...

Zohor kami dah sampai di rumah pertama disambut riang oleh isteri dan anak2 perempuannya yg 6 org, lelaki 2 org...umm...lumayan tu buk!!! Tak perlu susah2 bawak naik beg ke tingkat atas sebab anak2 perempuannya pantas membawa semua beg2 makcik2 ke atas...Anak2nya memang cekap bab khidmat ni... Sejuk hati tengok...ada sapa2 berkenan nanti hubungi saya ya...huhu. Tapi yg sulung baru je 16 tahun...
Hari pertama saya khidmat bersama tuan rumah, tapi nama aje khidmat, anak2nya semua turun padang, makcik ni cuci tangan je...alhamdulillah, rezqi...
Pasangan Encik Idris dan isteri sampai sejurus selepas kami sampai...terus aje bole masuk 'gu'...
Almaklum bugis jumpa bugis...speakinglah...

Selepas 2h kami berpindah ke rumah Encik Abdul Kadeer, bersemangat dia tunggu kami. Kami sampai bersama hujan yg turun dan dia menunggu di luar rumah dgn payung!! Terharu kita dibuatnya... Sampai di dalam rumah isterinya kat suaminya berkali-kali keluar masuk rumah risaukan bila nak sampai jemaah ni... Ramai juga yg dtg nusrah kami di kedua2 rumah ni...

Rumah ketiga, Encik Mohd. Desa, seorang nelayan...lumayanlah makan ikan!!! Di sini hari pertama ramai juga yg datang nusrah termasuk jiran2 sebelah menyebelah...Dan di sini juga rumah terakhir kami bersama Encik Idris suami isteri, maka pada hari berpindah tu, terjadilah 'heavy drama' yg menyayat hati...sob, sob, sob...eh, mana tissue ni nak kesat airmata dan air hidung sekali....

Kemudian perjalanan agak jauh sikit je, ke Taman U di Skudai. Rumah berikutnya, Ustaz Samsudin, dgn anak2 lelakinya seperti khalifah yg 4...hero semuanya...Hmm...teringatlah zaman muda2 dulu, kita dgn anak keliling pinggang...terima jemaah lagi...semoga susah payahnya diterima Allah...Yg paling tak tahan bila makan ada muzik background...ada aje yg menangis waktu tu...hmmm...nenek ni dah lama tak dgr muzik masa makan...

Rumah terakhir, Encik Fidlah, disambut manis oleh isterinya dan anak2 perempuannya...yg paling terkejut bila tengok anak yg kecil, sudah besar juga...masih menyusu dgn botol!!! Emm...cedapnya dia hisap...bg acik hisap sikit boleh??

Rumah terakhir, hari terakhir, heavy lagilah dramanya...
Tapi saya pulak sakit perut lama duk dalam tandas, bila keluar, dah jadi light drama...
Ok la tu x habis tissue...hehe.

Nampaknya itulah serba sedikit laporan khuruj kami di JB.
Setinggi2 penghargaan kepada mereka yg telah nusrah kami dgn rumah, makanan dan ukhuwah kalian...
InsyaAllah kami tak lupa hingga kita bertemu lagi...nanti kita sembang2 di syurga...Aamiin.
Tentunya balasan dari Allah SWT tak dapat kita hitung...
Dan juga kami mohon berbanyak maaf kerana kami tak dapat buat kerja agama dgn baik di sana, lebih banyak bercakap yg sia2, semoga di lain ketika, Allah SWT pilih kami lagi untuk memperbaiki kesilapan2 kami...

JAZAAKUMULLAHU KHOIRON KATHIRON, KATHIRON, KATHIRO...

p/s: dah dkt bersawang karguzari ni...sorry laa...
       x lupe jazakillah kpd puan anna yummy cuppy cakes for the choc cake n pandan muffin.

Monday, February 8, 2010

Bayan jemaah Bangladesh

Assalamualaikum,
Jemaah masturat bangladesh yg masih berada di melaka sekarang ini ada 5 pasangan.
Salah satu pasangan boleh berbahasa melayu ala bangla...sikit2lah...namun boleh bagi bayan dan muzakarah 6 sifat dengan baik dalam bahasa kita...
Yang isterinya selalu suruh saya semak bahasa melayunya yg dia gunakan untuk program muzakarah.
Juga saya perbetulkan serba sedikit bahasa kita yg dia gunakan dalam perbualan infradi.
Pernah semasa program taklim, kami buat halaqoh berasingan.Melayu baca kitab melayu, bangla baca kitab merekalah...easier...sebelum ni mereka buat 1 halaqoh.Selepas mereka baca, orang kita pulak baca hadith yg sama...Jadi, masa untuk baca dah terpendek...Untuk lebih berkesan, kami cadangkan baca berasingan.Tapi pada hari pertama memandangkan takde sorang pun org tempatan yg hadir nusrah untuk program pagi dan malam, jadi saya pun dgn senang hati ikutlah taklim bahasa bangla saja...wpun mereka tak puas hati katanya saya tak faham bahasa mereka...takpelah, yg penting kita sama2 duduk dalam majlis yg sama, lagipun macam buang karan je untuk saya sorang baca kitab melayu...kefahaman dari Allah jua...
Okay berbalik pada kisah baca ikut halaqoh bahasa masing2 ni terjadi soal jawab yg melucukan, at least to me it is lucu...
Rakan tempatan tanya: Taklim berapa lama?
Bangla jawab: Duabelas setengah jam!
Aihh terlopong cik kak kita...mak aihhh, lamanya...
Melihat kita terlopong dia kata: Sepoloh setengah jam sampai dua belas setengah jam...
Muahahaha rupa2nya 10.30 sampai 12.30...
Perghhh macam nak pecah perut menahan gelak (dalam majlis mana boleh gelak kuat2...)
Kwang kwang kwang...
Pening lalat dibuatnya....

Ok lah, tak payahlah karkuzari byk2. Lebih baik kita ambil isi bayan nya je yg bagus pun ada, yg buat kita melayu tersengih pun ada...ye la bahasa kita versi bangla...ada perkataan yg kita malu nak sebut dalam majlis dia main langgar aje, tersipu2 lah kami makcik2, eh kakak2 melayu ni...

Sedutan bayan...

Ikan hidup berjaya di dalam air, kalau dia hidup di luar air, samada dia mati atau digoreng(mati jugaklah, huhu).
Binatang buas hidup dan berjaya di dalam hutan, kalau dia masuk kampung atau bandar, orang akan takut dan usaha untuk tangkap dia...silap2 kena tembak mati  (huhu sekali lagi...).
(Burung pun begitu juga, kalau dok jalan2 kat atas tanah, mungkin ditangkap manusia kena masuk lokup dalam sangkar, takpun kena tangkap dek kucing terus kena ngap - ni saya punya bayan...memandai tambah...maknanya dah faham sikitlah kannn).

Manusia kejayaan dan kesenangannya adalah dalam agama, taat perintah ALLAH, jauhi larangan ALLAH, ikut sunnah Nabi saw...
Kalau manusia ingin cari kesenangan dan kejayaan dalam pangkat, harta dsbnya...dia sebenarnya dalam kegagalan seperti binatang2 yg tadi kalau berada di luar dari kehidupan yg sepatutnya.

Kemudian dia bayan tentang sifat2 yaqin dll dan beri berbagai2 contohlah yg biasa kita dgr lagi dan lagi dalam bayan2 kita tu...

Otak manusia berhajat kpd ALLAH, kalau otak rosak, tak guna...
Mata boleh melihat dgn izin ALLAH, ada orang ada mata tapi tak boleh melihat - buta!
Mulut juga, org bisu tak boleh bercakap...
Tangan dan kaki juga...
Semua makhluk berhajat kepada ALLAH.

Gajah tak kerja, isteri dia ada, anak pun dia ada tapi tak kerja juga. Tapi tiap2 hari dapat makan rezqi dari ALLAH...Isteri dia tak kerja, anak dia pun tak kerja, takda pergi kilang, tak pergi pejabat...
Begitu juga burung, masing2 ada keluarga anak isteri tapi tak kerja, dapat makan hari2...
Ikan paus pun ada anak isteri, tapi tak kerja dapat makan hari2...

Kita manusia, bapak kerja, mak kerja, anak kerja, datuk, nenek pun kerja...ALLAHU...

Kisah riwayat Imam Ghazali (rah) : Ada seorang pemuda, dia beribadat, berzikir tiap2 hari dan setiap 3 hari, ALLAH beri dia makanan.Begitulah rutin dia beberapa lama. Kemudian ALLAH uji dia. Selepas 3h takde makanan, masuk hari ke 4 dia sudah lemah, takde kekuatan untuk beribadat...dia munajat pada ALLAH, saya ni ada dosa kah, Kau tak bagi makan? Ampunkanlah dosa2 saya...ALLAH tanya dia, kau minta makanan ke kekuatan? Pemuda kata, kekuatan. ALLAH kata, berdirilah dgn NamaKu! Pemuda pun ucap ALLAHU AKBAR dan berdiri!!! Dia berdiri dgn kekuatan dari ALLAH...bukan makanan yg bagi kuat, ALLAH yg bagi kuat...

LAA ILAHA ILLALLAH  - masukkan yaqin sohih! Kita usaha atas hati kita dan hati orang2 lain...bawa seluruh kehidupan cara Nabi saw , berjaya dunia akhirat...

Sekali Abu Bakr (ra) tanya sahabat2, apa warna dinding ini? Sahabat2 kata, hitam. Betul, saya pun kata hitam...Tapi kalau Rasul saw datang dan kata dinding ini putih, saya pun kata putih wpun semua orang kata hitam. Sahabat2 tanya, kenapa? Katanya, hanya Rasul saw yg celik, kita semua buta!!!MasyaALLAH...

Ali ra tidur dgn tenang di tempat tidur Nabi saw pada malam hijrah Nabi saw...org tanya kenapa dia tak takut sebab org2 kafir suda kepung rumah Nabi saw dan nak bunuh Nabi saw? Dia pulak sanggup tidur di tempat Nabi saw? Katanya, Nabi saw sudah beritahu dia akan jumpa Nabi saw di Madinah, jadi selagi dia belum pergi Madinah, dia yaqin dia takkan mati lagi...Yaqin pada sabdaan Nabi saw...itulah sahabat2...

LAA ILAHA ILLALLAH , masukkan dalam hati yaqin pada ALLAH.
MUHAMMADUR RASULULLAH , keluarkan dalam kehidupan, cara Nabi saw.

Solat - selesaikan masalah dgn perantaraan amal, iaitu solat, sebaik2 amal...
Contoh2 solat yg selesai masalah sahabat ranhum :- sahabat seberang sungai berjalan atas air, setelah solat minta pada ALLAH. Pengisar tepung berkisar sendiri dan mengeluarkan tepung, pun asbab solat sahabat. Anak yang mati hidup kembali pun asbab solat sahabiah...

Kenapa mereka dapat selesaikan masalah dgn perantaraan solat? Sebab mreka solat dgn ingat/tawajjuh pada ALLAH...jadi solat mereka ada roh, solat mereka hidup! Semua amalan bila ada ingatan pada ALLAH, amalan jadi bernyawa, ada roh, tak mati. Tapi amalan yg tak ada ingatan pada ALLAH, itu amalan yang mati!!! Kenapa solat kita tak dapat selesai masalah? Sebab solat kita takde roh, solat yg mati...sebab badan solat, hati ingat selain ALLAH...Kita bangun solat subuh, tapi hati kita masih tidur!!! Solat yg mati tak dapat manfaat dari ALLAH!!!

Kalau kita beri lembu yg mati kepada pengerusi (mungkin maksud dia orang besar, menteri, yb, dll) tentu dia tak nak dan akan marah kita! Tapi hari2 kita beri solat yg mati 5 kali setiap hari pada ALLAH, sebab tak de khusyuk dalam solat, itulah solat kita dilemparkan kembali ke muka kita oleh ALLAH swt seperti kain buruk!!! (meleleh juga airmata kita mengenangkan yg ini...astaghfirullah...)

Orang yg berzikir, bertasbih, tapi bila masuk masjid dgn kaki kiri, zikirnya zikir yg mati! (semasa di Tawau pun kami dgr bayan camni, tambah lagi org berzikir tapi perempuan/ lelaki bkn mahram lalu, dia pandang! Zikir, tasbih yg mati!)
Masa khuruj, bawa telefon, telefon keluarga, ingat keluarga, khuruj yg mati.
3h yg mati, 40h yg mati...

Setiap amalan kalau ada roh, bernyawa, baru nusrah ALLAH datang...
Pintu kenabian telah ditutup, TETAPI KERJA KENABIAN TIDAK DITUTUP!!!
ALLAH makmurkan dunia ini dgn wanita dan lelaki,
InsyaALLAH sama2 usaha atas agama...AZAM!
Beri nama...

p/s ada yg ummi ubah2 perkataan untuk memudahkan kefahaman pembaca, semoga kita semua dapat manfaat darinya...aaamiiin!!!

Tasbih kifarah...

Wednesday, November 11, 2009

KORBAN



Assalamualaikum.
Korban?Korang dah korban?
Korban apa?Lembu, kambing?

Bukan, korban diri, harta, masa, zuriat untuk agama ALLAH swt...
Ye laa kita kata kita dah korban tapi kita tengok pengorbanan orang lain yg lebih tinggi korbannya supaya kita tambah jazbah untuk tambah korban...
Sahabat2 Nabi saw mmg korban mereka kita tak dapat nak tanding...
Korban para anbiyak...jauh, jauh dari pencapaian kita...
Tapi ada juga ummat akhir zaman ni yang pengorbanannya kita pun tak mampu nak ikut tapi kita renung2kanlah...

Haa...ni lah nak cerita ni...

Semasa kami dihantar ke Bangalore, India untuk sebulan belajar buat usaha di sana, masturat2 sana dok sibuk cerita tentang sepasang suami isteri Somalia yg baru je berangkat pulang dari tempat mereka.
Pasangan ini sangat2 zuhud...memang kita boleh bayangkan org Somalia yg kurus kering...

Bermula ceritanya, suami bermimpi Rasulullah saw menyuruh mereka cepat2 pergi ke India untuk belajar usaha ni lah kot...duit takde.Suami kerja gaji rendah.Jadi mereka bermesyuarat dan sepakat memakan 2 biji tamar setiap hari(mereka takde anak) sehingga wang gaji suaminya terkumpul cukup untuk tiket penerbangan mereka berdua ke India.Jadi, selama 9 bulan mereka hidup hanya dgn makan tamar sebiji siang, sebiji malam tiap seorang...dapatlah kumpul duit...

Dan mereka sampai di India dlm keadaan yg sgt dhoif, musim sejuk, baju nipis, beberapa helai je, selimut tak de yg tebal...tapi semangat jatidiri mereka kuat, org2 bangalore nak bagi baju mereka tak nak, kata mereka, sahabat lebih miskin kami ni ok lagi...org bangalore pun tak sampai hati tengok.Suaminya tidur di masjid dgn selimut nipis di musim sejuk tapi bila org selimutkan dia dgn selimut tebal, dia terus terjaga dan beritahu, sahabt2 lebih lagi korban, dia tak korban apa2...

MasyaALLAH semoga kita pun dapat secebis dari sifat pengorbanan mereka ini, tentunya hidayat tersebar asbab pengorbanan org2 seperti ini....

WALLAHUALAM...

Thursday, June 25, 2009

Terima jemaah

Assalamualaikum.Isnin & selasa kami terima jemaah masturat Pakistan dari Pesyawar kaum Pathan bahasa Posyto-betul ke tidak sebutannya x tau le. Anyway nk mudah mengenali mereka ni sekaum lah dgn bintang bollywood yg ada nama Khan, Salman Khan, Ameer Khan and of course Shah Rukh Khan...sapa x kenal yek wpun saya x tengok wayang tp dlm press mmg tertera nama2 ni wpun kita x baca bhgian hiburan, bintang popular... Ada lagi satu Khan yang popular, Imran Khan, pemain cricket international tu...tp saya dengar nama dia dalam bayan indonesia...ktnya Imran hadhir di ijtimak Raiwind dan seperti biasa di tasykil oleh Maulana Saad untuk beri masa beberapa hari untuk deen, tp katanya, saya dah banyak infaq untuk Islam, saya infaq pada anakyatim, bina masjid, madrasah dll...bagus jugak dia ni ye, wpun bekas isteri dia minah saleh...Jemimah kot nmnya.Kemudian Maulana Saad kata, wahai Imran, apa yang kamu buat ialah membantu umat Islam tapi kamu belum membantu AGAMA ISLAM...ayat Quran: "INTAN SURULLAHA YANSURKUM WAYUSABBIT AQDAA MAKUM..." mafhum lebih kurang: "JIKA KAMU BANTU (AGAMA) ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU KAMU, DAN MENEGAKKAN KAKI2 KAMU.." Jadi kita bantu agama Allah dengan buat dakwah, beri harta, diri, masa untuk bantu agama. Memang kita dapat pahala dgn bantu umat Islam tp kalau tak bantu pun umat ini dapat terus hidup. Contohnya kalau xde masjid, boleh solat di padang macam di sesetengah kampung di Afrika, mereka cacak2kan tiang dan solat berjemaah, tak perlu bina masjid. Begitu juga madrasah, zaman Nabi saw madrasah di bawah pokok kurma, tapi ilmu sahabah xde tolok bandingnya...TAPI apa janji Allah? DIA akan bantu org yang bantu agamaNya dgn DIRI,HARTA,MASA. Kemudian Imran kata saya tak pernah dgr seorang ulamak yang bercakap seperti kamu...begitulah tingginya kefahaman masyaikh2 kita kurniaan Allah pd mereka...
Wey, dah jauh pulak peginya cik kak kita ni yek, nak cerita pasal time jmh td. Dah bahasa dia kita x tau, jd ayam itiklah namanya...wpun saya tahu sikit2(tora2) Urdu tp byk dah lupa sbb dah dkt 4 thn lps pg India, lgpun makcik2 ni guna bahasa Posyto, yg habuk pun x faham, esp ahliah amersabnya, maklumle org tua.Yg muda2 tu bole jg ckp urdu tora2...kita tau khana, pina, sona je...makan, minum, tido...selain garam paney, thander paney bkn thunder cat tau adik2...iaitu air panas, air sejuk.
Bila tiba time taskil masturat tempatan, angguk2 je la kan, pastu tulis nama suami. Mudah je sebab kita dah tau cuma mereka menyampaikan je...alhamdulillah, wpun lain2 bahasa lain2 bangsa dan kaum, kita tetap ummatan wahidah, ummat yg satu, iaitu ummat Nabi Muhammad saw, boleh duduk bawah satu bumbung atas satu maqsud untuk selamatkan ummat dan fikir bagaimana ummat Islam dapat kembali kepada mengamalkan agama yg sempurna yg di tinggalkan kepada kita oleh nabi kita dan sahabat2nya.
Allah kurniakan kasih sayang kepada orang2 yang ada fikir ummat wpun hanya 2hari, tp terjalin kasih sayang dan kemesraan yg tak akan kita lupakan sepanjang hayat, dan apa yg perlu kita tanamkan ialah mafhum hadith Nabi saw tentang ummatnya yg berlainan bangsa datang dari berlainan kaum, tak kenal satu sama lain, tapi berkumpul atas maqsud agama, membesarkan Allah swt, akan duduk di mimbar2 yg tiangnya dari nur dipadang mahsyar nnti di mana akan di cemburui oleh semua manusia...insyaAllah semoga kita termasuk golongan demikian, aaamiiin Ya ROBBAL AALAMIIN.

Monday, June 15, 2009

karguzari

ahad-selepas asar>bayan hidayat di rumah mohd nor tmn desa baru.
isnin- 10 pg bertolak ke klia, flight 2.20 pm.
isnin- sampai tawau about 6 pm, sampai rumah sulaiman tmn ria slps maghrib.
khamis- pindah ke rumah imam semang di kmpung merotai.
sabtu- pindah ke kg air semporna, rumah saifulah.
selasa- kembali ke tawau rumah ustz ahmad khotib, kg jawa.
khamis- pindah ke rumah jabbar tmn ria.
jumaat- 4.20 pm bertolak ke airport tawau flight 5.50 pm.
jumaat- 8.30 pm smpai klia.

Alhamdulillah jemaah kami seramai 7 psgn ke Tawau telah mengalami pelbagai pengalaman di Tawau dan Semporna dan yang paling penting kami banyak belajar dari masturat2 sana yg sgt lemah lembut dlm menyampaikan dakwah. Sejuk hati bila dgr perbicaraan mereka.Kadang2 terikut2 style ckp mereka yg persis cerita era P.Ramlee. Mcm kembali ke zaman 50an pulak.Kanak2 pun bermain n berbual mcm kita sdg tengok filem2 melayu lama, seronok dgr ckp mereka...perkataan 'bilang' yg kita x pakai lg sekarang ni menjadi perkataan favorite mereka Ye laa anak2 kita tau bilang nombor je...
Pengalaman di Kg Air, Semporna paling seronok, rumah atas air laut yg jernih nampak sampai ke dasar tapi jgn tengok lama2 nnt ternmpak yg itu...maklumle tandasnya bkn mcm kita ada septic tank lah n ntah ape2 tank lg.Di sana tank nya air laut laa, tp alhamdulillah saya x pernah nampak, ada jg kwn yg nmpak...itu bab air bwh rumah. Tp air yg nak digunakan untuk memasak, istinjak, wudhu, dan semua keperluan tetap air paip dari loji di daratan, air tawar n bersih, cuma dtgnya tak menentu, kekadang ada kekadang xde.Wbgmanapun tuan rumah dah simpan air dalam berpuluh2 botol2 coke, sah peminat cocacola depa ni, untuk dgunakan semasa ketiadaan air paip.Jd km pun bljr2lah cebok pki botol, wudhu pun pki botol, pandai lak jimat wudu pki stgh botol je... itulaa umat semenanjung yg dah biasa mewah...hari terakhir paling dahsyat.Pagi2 air ada, tapi selepas zohor air berhenti..nak djadikan cerita ada beberapa org termasuk org tempatan yg terkena keracunan makanan, air botol coke pun habis dkerjakanya... berderet que tunggu bilik termenung...ada ok selepas beberapa kali cirit,tp ada sorang ahli jmh yg bw smpi ke malam sakitnya, last skli sblum tidor muntah, baru lega...asbab Allah nak ampunkan dosa mungkin...sebenarnya silap makan kilinak atau tempura atau sushi butan masturat dari filipine, tp tukang buat pun join the que...
Di Semporna majoriti kaum bajau nelayan dan suluk yg asal keturunanya dari Filipina, ada juga memang Filipina betul baru migrate. Di Tawau ada bugis, dusun, jawa dll tak ketinggalan kwn2 semenanjung yg bekerja di sana. Rumah terakhir kami d sana pun isterinya org melaka dan dah menetap d sana lah, maklum suami orang sana.Cakap pun x telo melaka lagi, anak2 apalagi...aku sudah lapar bah!ngomel anak bongsunya yg comel berusia 2 tahun...Ye laa org sabah mmg byk guna 'bah' kecik besar bah aje sebutanya mcm kita guna 'lah'.
Hari terakhir kami di Tawau juga adalah hari pertama sub ijtimak di sana yg di hadiri oleh beberapa elders yg sudah berada di KL.Alhamdulillah pagi jumaat kami dpt dgr bayan taqrir dari Maulana Mahmood Bishr kalau tak silap.Kebetulan bayannya sekitar nasihat dari makkah yg sy catat dlm blog sy previously, dan kebetulan sy pun dah muzakarahkn secara infirodi bersama2 rkn jemaah, jd byn tu sebagai huraian kpd apa yg kami dah bincangkan...
Bayan tangguh sgt tersentuh di hati saya pabila pembayan terangkan kepentingan dakwah iaitu semua amalan lain boleh di tampung kelemahanya dgn ibadat nafilah, spt solat puasa zakat haji dll tp kekurangan dalam dakwah tak boleh di tampung oleh mana2 ibadat nafilah, kerana dakwah ialah ummu amal, ibu segala amal.Pun begitu semua amal dapat di tampung dgn amalan dakwah. Di kisah kan cerita sahabat2 badar wpun mereka lakukan dosa selepas badar mereka tetap dapat keampunan n kemaafan tp 3 sahabat yg terlengah dari menyertai Tabuk terpaksa mengalami hukuman boikot selama 50 hari.Sama2lah kita renungkan kekurangan dakwah kita.
InsyaAllah di sini sja catatan saya semoga pengalaman ini jadi iktibar dan semangat kepada semua masturat untuk terjun lebih jauh dalam usaha agama ini, sepertimana dalamnya jurang mindanao jurang terdalam di dunia insyaAllah kita terjun lebih dalam lagi...insyaAllah sembang2 ahli syurga juga berkisar tentang pengalaman mereka semasa berada di jalan Allah...begitu ucapan pembayan...masyaAllah.
WASSALAM.

haazaa kalaamu robbi