haazaa kalaamu robbi

Thursday, July 26, 2012

SPECIAL DISCOUNT!!!


Assalamualaikum,
Dah dkt seminggu puasa...shopping mall pun meriah discount sana discount sini...
Masjid2 pun meriah dgn terawih...
Tapi terawih pun pakat nak discount jugak?!!
20 rakaat discount jadi 8 rakaat...
Pelbagai dalil dicari utk mengiyekan discount solat terawih ini...
Ada yg kata, Nabi SAW solat 8 rakaat je...
Selebihnya baginda SAW habiskan di rumah...
Iye betul, insyaAllah...
Tapi adakah org2 kita buat kalau dah balik rumah?
Adaaa...tapi brp kerat?
Husnuzhon lah, jgn berfikiran negatif!
Emmm...klu mcm tu Saiyidina Umar RA pun negatif fikirannya?
Beliau RA menetapkan 20 rakaat solat terawih di masjid semasa pemerintahan beliau kerana katanya, nanti kalau buat 8 rakakat maka ramai yg tak sambung lagi di rumah...
Ini masih zaman Islam masih kuat, masih ada lagi Amirul Mukminin, Khulafa ur Rasyidin...
Skrg zaman apa kita?
Zaman ummat corot2, belakang2, akhir zaman....
Teringat kata2 seorg ulamak dlm ceramahnya,
Semua nak discount...
Solat pun nak discount,
Terawih discount...
Kemudian cari dalil utk menguatkan pendapat masing2...
Dalilnya apa?
Dalilnya MALAS!!!!
Itu yg sebenarnya...
Seorg ahli fikir lagi menegaskan...
Kalau kita solat 8 rakaat saja,
bermakna kita ketinggalan 12 rakaat stiap malam daripada org2 yg solat 20 rakaat...
Kalau sebulan, 30hari, bermakna kita ketinggalan 12x30=360 rakaat!!!
Weh! Come on, berapa darjat di syurga kita dah ketinggalan dlm bulan yg mulia ini?
Errr...tapi kan discount tu untung?
Iye untung di dunia tapi rugi di akhirat...
Kalau quran kita boleh lumba2 sapa nak khatam berapa kali dlm sebulan ramadhan ni,
Kenapa kita tak berlumba utk solat terawih yg hanya dlm bulan ni je kita berpeluang mendirikannya, sekali setiap tahun...
Fikir n renungkanlah...
Doakan saya....

p/s: sebenarnya umo kita pun Allah SWT dah discount...ummat2 dulu umo beratus tahun, kita tinggal 60,70 thn...

haazaa kalaamu robbi