haazaa kalaamu robbi

Friday, July 22, 2011

TERLEPAS!

Assalamualaikum,

Seorg banduan,
sudah beberapa lama dlm penjara,
kerana kesalahan melanggar undang2,
kesalahannya berat,
hukumannya gantung sampai mati!!!
setelah beberapa lama dlm penjara,
beliau insaf akan kesilapannya...
namun beliau tahu,
keinsafannya tidak mungkin menyelamatkannya,
dari tali gantung...
hanya simpati dari Tuan Hakim,
yg diharapkan dapat selamatkan dia,
kerana segala keputusan akan dibuat oleh Tuan Hakim...

hanya tinggal sebulan saja lagi,
banduan sedih,
apa yg pasti berlaku padanya,
ia pasrah...namun,
dalam hatinya ada pengharapan besar,
agar dia dpt keampunan dan bebas...
ahh...berangan angan dia...

kemudian datang pak hakim,
meneliti dokumen2 beliau,
dan daripada laporan ternyata,
beliau sudah sgt insaf,
malah jadi seorg yg warak...

maka pak hakim memanggilnya,
dan berbisik,
mahu tak kamu ni bebas dari tuduhan?
terlopong mulut banduan tadi,
dan selamat dari tali gantung?
seakan mahu menjerit kegembiraan dia!
tapi ada syaratnya...
apadia? cepat aje dia tanya...

syaratnya kamu puasa selama sebulan!
setelah sebulan kamu akan bebas dari hukuman,
dan kemudian aku kahwinkan dgn anakdaraku!!!
aaaaa?????

oh tuan hakim,
jangankan sebulan,
setahun pun saya sanggup utk puasa...

nah!!!
faham tak ni?
haa, pose dah dekat ni!
inilah kelebihan yg Allah akan beri pada kita,
sesiapa yg berpuasa sebulan penuh,
dgn menjaga hak2 puasa dgn baik,
tiba hari raya aidil fitri,
dia dapat hadiah pada mlmnya,
iaitu malam aidil fitri,
atau malam pengurniaan hadiah,
lailatul jaaizah...

ini petikan hadithnya...

"KEMUDIAN DTGLAH MALAM AIDIL FITRI YG DIKENALI SEBAGAI LAILATUL JAAIZAH (MLM PENGURNIAAN HADIAH). DI WAKTU PAGI AIDIL FITRI, ALLAH MENURUNKAN MALAIKAT2NYA KE SEMUA TEMPAT2 DI BUMI DI MANA MEREKA MENCARI TEMPAT2 MASING2, MENYERU DGN SUARA YG DIDENGARI OLEH SEMUA MAKHLUK MELAINKAN MANUSIA DAN JIN, "WAHAI UMMAT MUHAMMAD, KELUARLAH DARI RUMAH2 KAMU KE ARAH TUHAN YG MULIA DAN AGUNG, YG MENGURNIAKAN SEBYK2NYA DAN MENGAMPUNKAN DOSA2 BESAR."
BILA MEREKA MENUJU KE TEMPAT SOLAT HARIRAYA, ALLAH BERKATA KPD MALAIKAT, "APAKAH UPAH SEBENARNYA BAGI SEORG PEKERJA YG TELAH MEMBERIKAN KHIDMATNYA?""
MALAIKAT2 MENJAWAB," WAHAI TUHAN DAN PENGUASA KAMI, ADALAH BERHAK BAGINYA BAHWA DIA MENDPT GANJARANNYA YG SEPENUHNYA DI ATAS TUGASNYA ITU."..............

dan seterusnya hadith ini bolehlah tuan2 n puan2 baca dari kitab2 fadhilat ramadhan...
insyaAllah semoga kita bertambah rakus utk mencapai nikmat2 yg dijanjikan Allah SWT utk kita.
sebagaimana rakusnya ahli dunia utk menambah harta,
sanggup menganiaya walaupun kerabat sendiri...
sebaiknya kita mengejar nikmat2 Allah SWT....

sekian...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBAROK!

wassalam...
semoga dapat amal dan sampai2kan...

Tuesday, July 19, 2011

TAULADAN KITA

Assalamualaikum wrbt,

FATIMAH AZ-ZAHRAH (radhiAllahu anha)

Sapa x kenal beliau...
anak kesayangan Rasulullah SAW...
anak kesayangan Kekasih Allah SWT...
Penghulu Wanita Syurga...
betapa tingginya darjat beliau...

namun setelah berpenat lelah mengurus rumah sendirian,
suaminya Ali ra mengesyorkannya agar meminta seorg pembantu..
dari Ayahandanya SAW...
tapi sifat malunya mengatasi segala keperitan tenaganya,
malu dia nak minta dari Ayahandanya...
lalu pulang dgn hampa...

tak lama kemudian dtg Ayahandanya,
Baginda SAW tahu keinginannya,
namun apa nasihatnya?
bacalah subhanAllah 33x,
alhamdulillah 33x,
Allahuakbar 34x...
ini lebih baik dari seorg pembantu...
dan apa katanya?
saya redho dgn Allah n RasulNya...

Skali peristiwa,
Ali ra pulang ke rumah...
tiada satu makanan pun utk dimakan,
diberitahu bahwa sudah 3 hari begini,
tanpa ada makanan satu pun utk dimakan..
Ali ra berkata, kenapa aku tidak diberitahu?
supaya aku usahakan utk dptkan sedikit makanan?
Apa kata Fatimah ra?
kalau abang memikirkan keperluan kami semua,
apa yang tinggal utk ummat?
apa akan jadi pada ummat?
fikirmu utk ummat akan beralih kpd fikir atas makanan
utk kami....
begitu skli fikir anak kesayangan Rasulullah SAW ini....

Kita bagaimana?
setiap hari mikirkan,
apa nak masak hari ni?
apa nak kirim abang beli hari ni?
gula dah nak habis...
beras tinggal stgh kampit...
makannnn aje kita fikir...
walhal ummat menderita...
tanpa kalimah, tanpa solat, tanpa lain2 amal...
iman pun merudum...
kita apa kesah....

skli kesah Fatimah ra berjalan bersama Ali ra..
bertembung dgn sahabah ranhum,
kerna malunya dia,
dilekapkan tubuhnya ke sebuah dinding di tepi jalan...
sehingga tubuh kurusnya itu tidak kelihatan
sama rata dgn dinding...
terlalu kurusnya dia,
terlalu malunya dia...
riwayat mengatakan kerana kurangnya makan,
perutnya hampir mencecah pinggangnya..

INI PENGHULU WANITA SYURGA

kita siapa?
belum tahu apa kita isi syurga,
atau isi neraka...
nauzubillah...
makan tak toleh2 org lain...
khusyuk n khudhuk dlm solat takde,
khusyuk n khudhuk masa makan xdpt elak lagi...

SIAPAKAH KITA?

sekali peristiwa beberapa sahabat ranhum terpandang
seorg wanita tua memasuki rumahnya Fatimah ra...
mereka tertanya2, siapakah gerangannya,
memasuki rumah putri kesayangan Rasulullah SAW?
mereka saling meneka umur wanita itu...
agak2 dlm usia 60an,
sepakat mereka mengagak...

tak lama kemudian mreka dapat tahu,
bahwa wanita tua itu ialah Fatimah ra sendiri,
yg mengusahakan agar dirinya tidak nampak muda,
wpun dlm keadaan tutup aurat sempurna,
masih lagi kuat dia berselindung...

INI PENGHULU WANITA SYURGA

siapakah kita,
tinggalkanlah mereka yg tidak menutup aurat,
yg menutup aurat pun...
hidayat...
yg dah berpurdah punnn...
jubah hitam...lip lap penuh!
tudung lilit berfesyen...
pusing pusing pusing....
niqab terikat di belakang kepala,
tanpa ada kain menutup bentuk kepala...
hmm...yg nenek mcm saya pun tentu org tak tahu...
nmpak sebaya je dgn gadis belasan tahun...
wajah x nampak,
kedut di dahi tak zahir...
lenggok...alahai...
sudahkah kita menutup aurat sempurna?
angguk angguk, geleng geleng...
bikin org juling...
Sayyidah Fatimah?
berlagak umur 60 thn!!!

SIAPAKAH KITA?

sekali peristiwa,
bergurau dgn suami tercinta,
dlm pada bergurau,
terkeluar perkataan yg menyinggung hati suaminya...
ohhh...takutnya dia...
puas dipujuk namun suami belum mahu senyum...
di kelilingnya suaminya...
tawaf sambil mohon maaf...
masih belum mahu senyum...
lagi n lagi sehingga berapa kali tawaf?
70 kali!!!!!!!!!!!
baru Ali ra tersenyum...
lantas bila ketemu Ayahanda SAW,
diceritakan kisahnya...
Nabi SAW yg amat menyayanginya bersabda,
lebih kurang,
jika andainya kamu mati dlm keadaan suami mu tidak redho padamu,
aku tidak akan meyembahyangkan jenazahmu...

INI PENGHULU WANITA SYURGA

saban hari kita buat suami kita marah...
kalau tak ikut kehendak kita,
muncung panjang sehari suntuk...
sesedap kita mempermainkan suami...
tak nak pulak mintak maaf!
ego!!!
malam nak tidur pun taknak minta ampun maaf dari suami...
ajal maut kita tak tahu bila,
setiap hari Izrail jenguk kita 72 kali...
Allahhhh...

SIAPAKAH KITA?

sekian wassalam
doakan saya yg ada sifat2 jelek di atas,
bkn mengenakan sesiapa,
hanya utk peringatan kpd diri sendiri...
dan utk mengamalkan hadith Nabi SAW,

TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORG KAMU SEHINGGALAH DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTIMANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI...

Sunday, July 10, 2011

PROGRAM UTK KITA

ASSALAMUALAIKUM WRBT...

Allah telah hantar kita ke dunia ni...
utk apa?
utk ujian....
ujian apakah kita dapat mentaati perintahNya,
menjauhi laranganNya...
dan selagi kita hidup kita dalam ujian lagi,
dan lagi...
INI PROGRAM PERTAMA
Allah tidak mesyuarat dgn sesiapa,
tidak minta tanda tangan sesiapa,
tidak minta izin sesiapa,
tidak perlu sokongan sesiapa,
utk htr kita ke dunia...
walaupun seluruh dunia buat program 'kasi'...
apa tu?
menyekat kelahiran...
tapi bila Allah telah putuskan kita lahir,
tetap juga kita dtg ke dunia ini....
utk di uji...

kemudian setelah di uji sekian lama,
sekian masa...
ada yg diberi masa yg panjang,
panjang umurnya,
ada yg diberi masa yg pendek...
pendek umurnya...
ikut tetapan Allah,
kerana Dia yg Maha Berkuasa...
kita tidak ada pilihan...
kita di hantar,
kemudian kita akan kembali padaNya...
INI PROGRAM KEDUA
walaupun org itu terbang tinggi naik pesawat,
akhirnya mati,
tetap turun ke dalam kubur...
semua org akan masuk kubur....
walaupun semua menteri2, presiden, raja2 tandatangan,
tak setuju...
walaupun dia org kaya, millionaire, raja...
tetap dia ke kubur,
ada sesiapa yg boleh menolak????
di kubur kita tak bawa apa2...
walaupun sebiji batu,
walaupun sehelai rumput,
di dunia ada ladang yg luas...
di dunia ada rumah besar...
di dunia ada kereta mewah...
tapi di kubur...
ada kain kapan je....
yg ikut ialah amalan2 kita...
klu di dunia amalannya sesuai perintah Allah...
di kubur ada teman yg baik,
di buka tingkap ke jannah,
haruman jannah berhembus masuk....
tapi klu di dunia amalannya bertentangan perintah Allah....
di kubur ada teman jugak...
apa?
ularrr...kala jengking...
malaikat mingkar n nakir...
yg tak putus2nya menyoal...
selagi blum dpt jwpn yg betul....
di tnya,
tak dapoat,
di ketuk,
dstnya....
tinggallah kita dlm kubur...
menunggu teman2 yg masih lagi dlm ujian...
di dunia,
masih lagi menduduki peperiksaan...
sehinggalah tiba hari qiyamat...
hari kebangkitan...
semua org mati dah!
semua org dihidupkan kembali...
utk menerima hasil ujian...
INI PROGRAM KETIGA...
nanti akan di isytiharkan...
si polan bin si polan telah berjaya,
akan dimasukkan ke dalam syurga...
aamiin...
si polan bin si polan telah gagal,
akan dimasukkan ke dalam neraka...
nauzubillah...

di syurga, nikmat akan ditambah2...
di neraka pula, azab akan ditambah2...
Allah....

semiskin2nya ahli syurga...
luas syurganya 10x ganda dunia ini...
weh...x miskinlah tu...
Allah Maha Kaya!!!
Dia boleh beri kita apa saja,
tanpa mengurangi khazanahNya...

lihat saja bumi yg kita tinggal ini...
penuh n padat...
lihat pula langit yg terbentang luas,
dgn cakerawala2 semuanya...
kosong belaka...
kenapa Allah jadikan tempat yg kita duduki ini,
sempit...
dan kenapa byk tempat2 lain yg kosong di alam yg luas ini...
ulamak kata ialah utk menunjukkan,
bahawa Allah itu Maha Kaya...
dan dunia ini takde nilainya...
justru, yakinlah kita dgn janji2 Allah...
Allah menghendaki kita usaha utk akhirat yg luas...
dan jgn terpedaya dgn dunia yg sempit ini...

sekian...sama2 lah kita merenung dan berfikir...
dan jangan lupa utk menjalani ujian dgn baik,
supaya dapat jawab soalan2 dlm kubur...
dan dapat menerima ijazah dgn tangan kanan...
dan dapat jadi Raja2 n Permaisuri2...
di syurga yg kekal abadi.selama2nya....
aamiiinnn....ya Robb!!!

Saturday, June 18, 2011

PERUMPAMAAN...

Assalamualaikum,
kembali saya mencoret isihati...
dah lama bermain2 di kepala,
cuma tak dpt luangkan masa...

SITUASI...
Ketika sdg duduk2 minum kopi di tepi tingkap,
kelihatan beberapa org lelaki turun dari kereta,
menuju rumah jiran sebelah kita..
siapa? tak kenal pun...
tapi tubuh mereka sasa...
mcm body builder...
seram jgk dgn penampilan mereka...
selamber jer dorg ni pegi umah jiran kita...
saudara mara kot...ziarah...
tapi,
jiran kita takde,
balik kampung sempena cuti sekolah...
hmm...misteri gak ni...

kemudian kita nmpk,
org2 tadi bawa keluar TV, VCD n entah apa2 D lagi...
satu persatu,
bawak masuk dlm kereta mereka...
pantas pergerakan mereka!
tapi mereka tak perasan kita sdg melihat...

PEROMPAK!!!

tapi dlm hati kita kata,
bagus jgk nengok ni...
mcm dlm movie...real life...
layannn...
lagipun jiran kita ni bkn nya baik hati...
dgn kita pun x bertegur sapa...
suka lak bakar sampah dekat pagar kita...
sampai asap2 masuk dalam rumah kita...
hmmm...biarkan org2 ni rompak rumah dia!!!
yg penting diorg tak rompak rumah kita...
dalam pada leka melayan perasaan...
tau2 perompak2 tadi dah selamat mnjlnkan tugas,
dan blah dari situ....

CUBA FIKIR...

bila jiran kita pulang dari kampung,
dilihat rumahnya dah dipecah masuk,
barang2 berharga dalam rumah semua dah kena curi,
kemudian dia tanya kita...
ada nampak tak sapa2 datang,
kenal tak org2 tu...
polis pun dipanggil,
nak cari bukti,
kita di panggil,
awak jiran yg paling dekat...
ada tak awak nmpak  org2 dtg ke rumah ni...
bla bla bla...polis ambik keterangan...

Laa...nampak punnn...
kenapa tak cepat2 dial 999?
kenapa tak panggil jiran2 lain,
cuba halang perompak2 tadi?

Agak2 kita akn dimarah pak polisi ke tidak?
atau mungkin akan dituduh bersubahat...
wpun kita bagi mcm2 alasan...
tapi semua menunjukkan yg kita ni tak berperikemanusiaan,
dan tak ada sifat sebagai jiran...
lantas semua orang akan marah kita,
kita akn dipulau oleh jiran2 yg lain...
oi, belah laa tak payah tinggal kat sini lagi...
takde hati perut ke?
dan macam2 tohmahan lagi...

SEBENARNYA...

situasi ini sama lah dgn situasi org2 Islam skrg...
di depan mata kita nampak,
musuh2 Islam merompak akhlaq anak2 muda kita,
musuh2 Islam merekacipta fesyen menjolok mata,
utk anak2 remaja kita...
ketat sana, bonggol sini...
musuh2 Islam merompak iman anak2 kita,
dgn 3S...song, sex, sport...
malah kita berdiam diri...
mcm tak bersalah membiarkan perkara2 ini berlaku...
hingga kita sendiri sanggup membelikan anak2 kita
pakaian2 yg trendy...
alaa anak2 zaman...
kata kita...
langsung tak rasa bersalah...
macam2 musuh ni rompak,
dari budipekerti, akhlak, kesopanan, tingkahlaku...
pakaian sunnah dibungkus rapat2 masuk kotak,
dibawa lari entah ke mana...
solat anak2 kita dirompak juga,
TV...Internet...Video games...
leka anak2 kita...uh oh kita pun leka juga...
drama bersiri...
korea, indonesia, filipina...
oh dgn rakus mereka merompak
iman kita...

TAPI,
kita diammm je...
lihatttt je...
nanti pak polisi Izrael dtg jemput kita...
besok kita akan masuk mahkamah Ahkamul Hakimin...
sudah ada jawapan?
sediakan dari sekarang....

SEKIAN
selamat berfikir....
selamatkan diri n keluargamu
dari api neraka yg panasnya
sama dgn kepanasan api dunia diganda 70x!!!!

selamatkan ummat Nabi SAW...
ummati...ummati...ummati...
sabda Nabi SAW menjelang kewafatannya...T_T...

Friday, May 27, 2011

LUPE!!!!

Assalamualaikum wrbt...

Seorang anak hilang...
kemudian di temui semula...
dalam keadaan kusut masai...
ditanya...
siapa ibu kamu?
geleng kepala...
siapa ayah kamu?
geleng kepala...
ternyata...dia lupa...
siapa ayah, siapa ibunya...

di bawa ke hospital,
wartawan dipanggil,
buat iklan dalam newspaper,
tentang seorg anak...
buh gambor lagi...

tak lama kemudian,
ibu ayah pun sampai...
wah! peluk anaknya!!!
akhirnya ketemu juga kita nak...
tapi anaknya?
muka selamba derkkk!!!
tak kenal dia,
siapa org2 ni yg mengusap2 kepala dia...
yg memeluk dia...

ini kan ibu?
geleng2....
ini kan ayah?
geleng2...
wah! berat ni!!!
tak ingat langsung dia...

nangislah ibu,
pujuklah dek ayah...
huhuhu...anak ku x normal...
otaknya dah lupa...

doktor kata,
kena rawat lagi di hospital,
kalau serius,
kena masuk hospital sakit jiwa,
atau sakit otak!
meraunglah ibunya...
sayu yg lain mendengarnya...

ya begitulah adatnya dunia...
org yg tak kenal ibu ayah di anggap tidak normal...
sakit otak namanya...

bagaimana kita pulak?
adakah kita kenal Tuhan Pencipta kita?
adakah kita usaha utk mengenal Pencipta kita?
adakah normal jika kita tak kenal Tuhan kita?
adakah tak normal kalau kita sentiasa bercakap kebesaran Tuhan kita?
adakah tak normal jika kita sentiasa berada di rumah Tuhan kita(masjid)...
adakah tak normal bila kita ajak org mengunjungi rumah Tuhan kita?
adakah tak normal bila kita dakwah pintu ke pintu ajak org kembali kpd Tuhan kita?
adakah tak normal bila kita berkumpul membaca firman2 Tuhan kita,
kita mendalami ilmu yg mengajar siapa Tuhan kita???

adakah normal bila kita mengagungkan manusia yg kita kata hebat,
tapi engkar kpd Tuhan,
tak kenal siapa Tuhannya...
wpun ilmu dunianya tinggi...
adakah tak normal bila kita ikram org Islam yg tinggal di kampung2,
tak belajar tinggi2,
tapi kenal siapa Tuhan nya yg Maha Agung...
sentiasa mengabdikan diri kpd Tuhannya?

adakah salah bila kita ajak org yg kenal Tuhannya,
supaya tambah dekat kpd Tuhannya?

adakah...
adakah...
adakah...

geleng2...angguk2...
fikir2 lah sendiri...

tapi hukum dunia ini,
bila ramai yg tak normal,
maka ia jadi normal...
jadi ikutan....
yg normal sorang dua,
di kata ising...gila...

sebenarnya dunia ini hanya main2 dan senda gurau...
org yg mencari dunia,
akhirnya akan meninggalkan dunia ini...
sebiji batu pun tak dpt bawa ke dalam kuburnya...
sehelai rumput pun tak dapat di bawa ke akhiratnya...
walau ia millionaire, billionaire....

sekian wassalam...

Sunday, May 22, 2011

lama tak update...

Assalamualaikum wrbt semua....

adoilaa lama akak tak update blog ni...
tentu korang rindu kannnn...
hehe perasan sikit takpe kannnn...

hmm...
mcm2 kejadian...event...
tapi tu laa nk share pun takde masa...

ni ada masa sikit ni,
jgn buang masa!!!

surah 'wal asr'...
sesungguhnya manusia dalam kerugian...
kecuali org2 yg beriman...
haa semak rukun iman,
semak muzakarah iman yaqin,
semak sifat sahabat yg pertama,
haqiqat yaqin dgn kalimah laa ilaha illallah,
muhammadurrasullah...

kecuali org2 yg beramal soleh...
hmm, jgn abaikan solat 5 waktu,
jaga solat, tunggu solat,
bagi lelaki solat berjemaah dptkn takbiratul ula dgn imam...
perhatikan thaharoh, wudu, solat2 sunat...
bgitu jgk, quran zikir dll amal soleh...
juga tahajjud jgn terlepas...

kecuali org2 yg berpesan2 dgn haq!
sapa tuh?
haa...pesan, ajak, dakwah!
buat dakwah laa...
ajak org buat baik...
mcm mak kita pesan dulu...
kayuh beskal baik2,
lintas jln hati2...
la ni kita pesan kat kgkwn...
atau sesapa je...
jaga solat...
jaga aurat...
jaga mata...
pesan bkn kirim...
kirim bli eskrim...
ha tu nmnya kirim...
kirim rokok pak....
hah? pelempang yg dapat!!!

kecuali yg berpesan2 dgn sabar...
ada kata suruh/nasihatkan org agar sabar...
ada kata kita sendiri klu buat dakwah kena sabar...
sabau je laaa...
ni slang melaka...
ye la, jadi pendakwah ni mmg kena byk sabar...
yg paling saya ingat,
lucu pun ada jgk,
dulu masa anak baru sorang,
ada kwn suami,
isterinya menentang dia,
tak suka suami buat dakwah...
jadi suami mntak tlg kat suami saya...
ziarah istrinya...
agar lembut hatinya...
erghhh...yg nak kena ziarah ni byk kekurangan...
tapi nak bljr taat suami...
ikut aje...
sesampai d rumah bagi salam..
istrinya jawab salam...
suaminya dah cabut dulu tunggu kat surau...
org lelaki selalu ckp camni...
bukan kami takut istri...
tapi yg sebenarnya istri yg tak takut kami...
erkkk!!!
tak sama ke tu???
hehe...apa2lah...

balik citer tadi...
lepas jawab salam...
nak tau apa dia cakap?
err...saya tak kenal awak kan???
makkk aaiiih!!!
ketaq lutut d buatnya!!!
cik abang dok senyum kat motosikal...
alaa anak baru sorg,
baru nak idup,
kete pun lum ada...
kita pun bisik dgn abg,
jgn lama2 duk surau tuu...
eiihhh rasa tak nak masuk je rumah tu...
hmmm...sabau je laa...
masuk gak rumah,
taaruf...
dia pun tak suka sgt kita menyebuk kot...
tapi layanlah biskut n air....
anak yg sorang ni plk buat hal...
tumpah air lah...
aihh mcm2....
alhamdulillah abg pun panggil,
pergh!!! cepat2 cabut....
alahai masa tu mmg kurang sabar...
pasni jgn bawak saya gi rumah tu lagi!!!
eh, cam btul je ayat tadi,
istri yg tak takut suami!
terkena batang hidung sendiri...
astaghfirullah...
hmm...tu la nak jadi da'e
kena byk sabar...
belajar sabar...

ok, ready?
insyaAllah....
ada kawan, suami dia ziarah org sdg basuh kereta,
ajak pi masjid,
elok je dia siram sekali org yg ajak dia tuu...
kuyup...

terbaru...
suami saya,
pulang dari kerja ziarah,
pening lah...
dah la tadi jadi mutakallim/jurubicara...
kena marah pulakkk...
patutlah pening...
hehe...sabau....

ok,ok, time to go...
insyaAllah next time hopefully
the silence won't be this long...
insyaAllah...

wassalam...

Sunday, April 3, 2011

LAGAK PENCURIK...

Assalamualaikum wrbt..

Seorg pencuri,
masuk ke dalam istana,
tatkala semua nyenyak tidur...
pengawal pun tidur?
sebelah mata tertutup...
sebelah lagi dok mengawasi pergerakan pencuri...
tanpa disedari oleh si pencuri...

pencuri naik singgahsana...
wah berlagak macam raja lah dia...
duduk bersilang kaki...
diambilnya mahkota raja,
dipakainya...tgok dalam cermin besar raja...
hmmm...hansem jgk aku klu jadi raja...
mengalahkan raja yg tua bangka tu...
diambilnya tongkat raja...
di hayun2nya...
hmmm...macam mangkuk ayun...
dipakainya jubah raja yg berbling2 mengerlip...
macam superstar pun jadik ni...
bisik hatinya...
diambilnya keris raja,
dia pun bersilat mengatur langkah...
wahh...macam hang tuah pulak!!!
hihihi...gelak sensorang dia...
wokey! bungkus semua masuk dlm guni...

ke dapur istana pulak kita...
by the way...dah ramai yg mengintip...
tapi pencurik ni seronok sgt,
tak perasan ramai yg mengintip...
dirasanya istana ni milik dirinya...
di dapur...uih!!! pinggan mangkuk yg bersinar2!
gelas cawan yg licin licau...
dia pun apalagi...
cari2 jumpalah makanan raja...
nyummm...yummy...
burrrppp...
kenyang aku malam ni...

yg mengintip menunggu masa,
supaya ada bukti yg dia mencuri...'
biarkannn...layannn...

akhirnya dah habis separuh malam,
si pencurik menghabiskan masa,
berlagak macam raja,
sepuas2nya...
tgok jam!
oit! dah lewat ni...
kalau dah terang tak dapat lari!!!
dia pun mengatur langkah...
terjingkit2...
melepasi satu pintu ke satu pintu lagi...
dgn berhati-hati...
sehinggalah sampai ke pintu utama...
dia menarik nafas legaaa...
selamat aku....

TAPI!!!
tangkaappp!!!
eh, eh, eh, mana nak lari ni...
banyaklah eh engkau yea...
di ikat dua tangan dgn gari,
di bawa jumpa raja...
yg tak dapat tidur lena,
melihat sandiwara pencuri...

akhirnya pencuri masuk lokap....
berakhirlah kesenangannya yg hanya satu malam...
berlagak jadi raja....

hmmm...dah abis cerita....

di sebelah dunia yg lain pulak...
seorang kafir...
kaya raya...
BMW 5 series...
syarikat mega...
hidup mewah...
kondominium...
akuarium...
ntah apa2 um...

namun sama mcm pencurik tadi...
mencurik khazanah Allah SWT...
tanpa segan silu...
tanpa ada hormat pd Pencipta...
rakusnya dia,
seolah dunia ini miliknya...
semua dia punya...

malaikat maut sdg mengintainya...
yg takkan dia dpt lepas lari darinya...
walau stgh saat sklipun....
akhirnya dia akan mati jua....
hartanya satu pun tak dapat dia bawa....
sbb bkn miliknya...
akhirnya dia pun masuk lokap...
yg tidak akan dapat dia keluar lagi smpai bila2...

kita???
hmm...sama cam pencuri juga...
terpesona dgn dunia...
yg bkn milik kita...
milik Allah SWT!!!
kita tak dapat dunia macam org kafir...
TAPI!!!
kita berusaha dan berharap agar dapat harta macam mereka...
dan kita jeles kenapa mereka dapat lebih dari kita?
lantas kita usaha mati2an...
utk dunia yg bkn milik kita...
bersepakat dan bergabung dgn kafirin...
mencuri dunia ini...
sehingga kita lupa akan lokap yg menunggu kita...
sampai tiba2 maut menjelma,
tak boleh di anjak wpun stgh saat....

AD DUNYA SIJNUL MUKMIN...
WA JANNATUL KAAFIR.

sama2 kita fikir...
wassalam...

Wednesday, March 30, 2011

apa ada pada lalat...

Asalamulaikum wrbt...

Dah larut malam ni...
ngantuk betul...
tapi gerammmm sebab...
dah lama tak dapat update blog....
idea dok berlegar2 dalam kepala...
hmmph!
go for it!
now!

lalat...
sapa yg suka lalat?
ptg tadi, ada lalat besar masuk rumah saya...
libas2 pun tak nak keluar!
bengang betul!
kita ni dah lah penat!!!
iyonggg...iyonggg....
huh! biarkan lah...
buat penat badan je kejar dia,
sure kita kalah punya....

kat sekolah dulu,
belajar sains...
lalat ni spesies serangga,
yg punyai mata kumpuan...
mata besar yg punya byk anak2 mata...
so, kalau kita dtg dekat dia,
dia akan nampak kita ni bkn satu org saja,
tapi satu kumpulan orang!
tu lah pasal payah nak dapat tangkap lalat ni!!!

ok biarlah lalat dgn mata kumpuannya...
apa hikmahnya Allah ciptakan lalat?
haa...ni la nak story ni...

satu ketika Raja Harun Al Rashid yg terkenal tu,
sedang menghadap makanan dalam satu jamuan.
turut hadhir ialah seorg ulamak yg mempunyai hikmah yg tinggi...
sedang enak2 menjamah makanan,
datang se ekor lalat...
hinggap di makanan...di halau...
hinggap di mana2 yg dia suka...
puas raja halau,
tak nak pergi jugak dia,
masih hinggap sana sini...
tak kira tempat...
atas kepala raja pun dihinggapinya...
eeeiiihhh!!!
geram betul raja...
halau, dtg balik...
begitulah sehingga raja pun hangin...
ditanya kpd ulamak tadi.
apa hikmahnya Allah ciptakan lalat ini?
hanya menyusahkan org saja!!!

ulamak kata...
hikmahnya ialah supaya raja2 menjadi tawadhu',
rendah diri...
?????????????
macamana pulak??????????

mana ada raja yg kepalanya
tak pernah di injak2 oleh lalat?
jadi haruslah ada sifat tawadhu' raja tu,
kerana walaupun dia seorg raja,
tetap kepalanya dipijak oleh makhluk lain,
yg lbh lemah dan kecil...

ok, fikir2kanlah...
semua yg Allah cipta ada hikmah di sebaliknya...
salah satunya ialah tanda Rahmat Allah yg sangat luas....
yg disebar dan dihamburkan kpd semua makhluqnya...
tak kira islam atau kafir atau syirik...
tak kira manusia atau binatang dari semua jenis...

namun kekasih2 Allah adalah dia yg Allah beri kefahaman agama...
siapa yg faham agama?
(sudah pernah di bincangkan dahulu, rasanya...)
org yg faham agama ialah dia,
yang korbankan dunia nya utk mndptkan akhirat yg kekal...
dan org yg tak faham ialah dia,
yg mengorbankan akhiratnya utk dunia yg fana ini...
dan org yg bodoh dan rugi ialah dia,
yg korbankan akhiratnya utk dunia org lain....

macamana tu???
pak kiyai uzairon kata...
itulah penyokong2 politik...
sanggup gadai diri, harta, masa...
utk kepentingan/dunia org lain...
wAllahu a'lam...

sekian,
assalamualaikum...wrbt.

haazaa kalaamu robbi