haazaa kalaamu robbi

Thursday, December 23, 2010

SURAT UNTUK UMMU ........................

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh!
Nahmaduhu wanusolli 'ala rosulihilkarim...

Kepada Ummu .............................................................................

Dengan sukacitanya kami telah bersama-sama dengan anak puan selama 4 minggu/ 20 hari belajar, dan alhamdulillah anak puan telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan projek sulung kami ini. Syabas kami ucapkan dan bersyukurlah bahawa dengan pengorbanan diri, harta dan masa yang sedikit ini semoga dipandang oleh Allah SWT dengan pandangan RahmatNya dan seterusnya memilih kita dan zuriat keturunan kita untuk menjadi insan-insan yang akan memberi manfaat kepada seluruh ummat dengan berbakti kepada agamaNya sepanjang hayat...Sesungguhnya apabila Allah SWT sayang kepada hambaNya, Dia memberi nikmat agama kepadanya, dan apabila Dia lebih sayang, maka Dia akan berikan usaha agama kepada hambaNya sepertimana para sahabah r.anhum yang mana bukan sahaja mereka dapat iman tetapi mereka juga telah disediakan untuk usaha atas iman mereka dan ummat keseluruhannya,,,

Sebenarnya ini adalah tujuan utama kami iaitu untuk memberi sedikit fikir kepada anak-anak kita betapa pentingnya iman dan betapa pentingnya usaha atas iman/dakwah kerana tanpa dakwah, agama akan mati seperti ummat di zaman anbiya' terdahulu sebelum junjungan besar Rasulullah SAW, yang mana apabila wafatnya nabi mereka, lama kelamaan agama makin menurun dan akhirnya mereka kembali kufur. Tapi kita sebagai ummat Nabi SAW, khotaman Nabiy, kita telah ditarbiyah dengan usaha kenabian yang mana walaupun Nabi SAW telah lama wafat, agama masih hidup lagi sehingga ke hari ini, berkat usaha dakwah para sahabah r.anhum, para tabi'in, tabi' tabi'in dan salafussoleh selepas mereka...

Namun apa yang kita nampak sekarang ialah penurunan dan kejatuhan iman dan amal yang amat ketara pada diri kita 'amnya, dan khasnya pada diri anak-anak kita terutama golongan remaja. Bukan sahaja iman dan amal, tapi akhlaq juga telah menampakkan ciri-ciri penjajahan kaum kuffar kepada anak-anak kita, dan itulah yang merunsingkan pihak kami...dan ibubapa yang waras dan prihatin, insyaAllah...

Justru dengan kudrat dari Allah SWT kami telah berusaha sedikit sebanyak membentuk fikir dan risau tentang iman dan amal ke dalam diri anak-anak ini, namun atas kelemahan kami dan kesuntukan masa, tentunya kami tidak dapat betul-betul melaksanakan tanggungjawab kami dengan baik. Jadi kami memohon agar dimaafkan kesalahan dan kesilapan kami dalam mentarbiyah anak-anak puan dan kami juga mohon dihalalkan segalanya dari segi wang ringgit, masa, tarbiyah dan teguran kepada anak-anak ini. Sesungguhnya memang kami masih lemah dalam usaha kami. InsyaAllah madrasah yang terbaik ialah di pangkuan ibu-ibu, jadi harapnya ibu-ibu akan berusaha lebih giat lagi dalam mentarbiyah anak-anak sendiri dan semoga usaha kita diberi pertolongan oleh Allah SWT.

InsyaAllah sama-sama kita doakan agar seluruh ummat Islam kembali kepada agama yang diamalkan oleh para sahabah r.anhum ajmain.

Sekian. InsyaAllah kita berjumpa lagi...ilal liqo'.

Subhana robbika robbil 'izzati 'amma yasifun, wasalaamun 'alal mursalin, walhamdulillahi robbil 'alamin...

Wassalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh!

Dari pihak Madrasah Ar-Rauf...

****************************************************************************

Antara yang telah kami kongsi dengan anak-anak puan:

1. Al-Quran
2. Taklim-bacaan hadith-hadith tentang kelebihan amal.
3. Muzakarah 6 sifat unggul para sahabah.
4. Adab-adab:
  • seorang murid kepada guru
  • tidur
  • tandas
  • makan
  • perjalanan
  • hijab aurat
5. Kepentingan dan kelebihandakwah.
6. Duabelas usul dan tertib:
  • 4 perkara yg perlu kita perbanyakkan-dakwah, taklim, ibadat, khidmat.
  • 4 perkara yg perlu kita kurangi-masa makan minum, masa tidur n rehat, qodho hajat, cakap sia2.
  • 4 perkara yg perlu kita tinggalkan:
  1. jangan minta dgn lisan kpd makhluk, minta/doa kpd Allah.
  2. jangan harap dalam hati kpd makhluk, harap hanya kpd Allah.
  3. jangan gunakan barang orang tanpa izin pemiliknya.
  4. jangan membazir.
 InsyaAllah semoga kiat sama2 dapat amal dan sampaikan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Anak-anak pilihan Allah SWT :
  • AZYAN ANISAH
  • SITI ZALBIHA
  • SYAFAZLIN NASUHA
  • NURUL NABILA
  • NURUL AIN
  • AISYAH WAHIDA
  • NUR SYAQIRA
  • SYAZA ADDINA
  • SYAZATUL HUSNA
  • INTAN NUR SABRINA
  • INTAN NUR SYAHIRA
  • INTAN NUR SOFIYYAH
  • NUR AISYAH
  • NABILA ATIQAH
  • NABILAH ZAID
  • SAKINAH
  • RASYIDAH
  • NURUL RADZIAH
  • IZZATUL ISLAMIAH
  • HILYAH HUSNA

Monday, December 13, 2010

MINGGU TERAKHIR KEM...

Asalamualaikum wrbt!

Cepat sungguh masa berlalu...
hari ini permulaan bagi minggu yg terakhir,
jumaat will be the last day!
minggu depan dan seterusnya tentu baanyaak dapat rehat!!!
but surely we will miss them...
and may be they will miss us too,
hehe mutual feelings....harapnya...
or they will feel glad...
get the holidays all by themselves!!!
ahaa...biasalah tu, kan...
bole bangkit lewat,
berjaga malam layan fb...
tengok tv....bergayut sms...
itulaa kanak2 zaman skrg, zaman cyber...

tentunya sunyi class dah tak berpenghuni...
sometimes tanya juga apa diorang buat bila pulang rumah...
pada yg pulang malam...tak buat apa lagi, ngantuk!
terus tidur...gaknya...

ada gak yang tanya,
tahun depan ada lagi tak?
err...emm...doalaa...
AAAMIIIN...kata diorang...
eh he he aduss!!!
insyaAllah kalau panjang umur,
diizinkan Allah...ada lagi...
ada juga yg tahan kena marah lah tu...
hehe marah2 sayang...
macam anak2 sendiri jugak...
mak kalau marah bknnya mak benci,
tapi niat nak mendidik...

so, hopefully apa yg dapat dipelajari di sini,
dari kami yg serba kekurangan ilmu ni,
tak banyak sedikit harap2 dapatlah memberi manfaat kpd anak2 pilihan ini,
juga manfaat utk keluarga,
dan ummat seluruh alam...
bak kat seorang ibu yg anaknya pilihan juga di sini...
ilmu yg bakal didapati bkn setakat utk hidup di dunia,
tapi inilah yg bakal menemani kita hingga ke kubur...
masyaAllah sungguh tinggi harapannya,
malunya saya kerana tak dapat tarbiyah mereka sebaik mungkin...
apa2 pun harapnya halalkan segala-galanya...
dan ilmu yg sedikit ni insyaAllah sama2 kita dapat amalkan
dan sampaikan...

kepada ibu2 yg menghantar anak2nya ke sini,
kami mohon ampun maaf jika sekiranya ada terkasar budi bicara
dalam usaha mentarbiyah anak2 ini...
kami pun manusia biasa,
terkadang kerana keletihan,
kita naik angin juga...
maafkan kami...
maafkan kami...
tapi harap ibu2 fahamlah,
dalam masa 4 minggu ni,
apalah sangat yg dapat kami bantu...
halalkanlah...sekali lagi...

sekian...
wassalam...

Sunday, December 5, 2010

TIPS FOR PARENTS....

Assalamualaikum wrbt...

Masa tak berapa mengizinkan saya,
untuk menarikan jejari di keyboard ini,
namun rasa membuak2 nak update jgk blog...
alangkah bagusnya kalau perasaan yg sama ini ada,
atas maqsud utk mnmbah amalan2 kerohanian...
istighfar bbyk ni...
semoga coretan ini dapat mndtgkn manfaat kpd ummat...
dek lemahnya org yg menaip coretan ini
untuk berdakwah kpd 25 atau sekurang2nya 13 org setiap hari...

semoga Allah mengampuniku...

insyaAllah,
beberapa tips utk ibubapa,
yg inginkan anak2nya berjaya mnjadi hafiz Al Quran,
menjadi ulamak yg pakar dalam hal2 agama...
insyaAllah azam sungguh2...
kerana kelak di akhirat,
org yg anaknya hafiz Quran akan memberi syafaat
kpd 10 org ahli keluarganya yg pasti masuk neraka,
agar dapat dimasukkan ke dalam syurga...

ketika semua manusia hiruk pikuk di mahsyar,
masing2 nafsi2,
masing2 mencari org utk dpt syafaat...
maka seorg akn cari anaknya...
'nak, engkau kan presiden...tolonglah bapak...'
anaknya berkata, 'oh...sudah tidak laku lagi profesyen itu di sini'
seorg lagi akan berkata,
'nak, tolonglah ayah...kau kan menteri dalam negeri...'
anaknya berkata,
'tidak ada gunanya jawatan itu di sini ayah...'
ternyata tidak berguna lagi pangkat dan kedudukan...
di sisi Allah SWT hanya lah amal kebajikan yg dilakukan di dunia
yg dapat menolong orgtuanya...
dan anak2 yg soleh...

nanti org2 yg anaknya hafiz akan bergembira...
wah, kalau begini, mau sekali semua anak2ku ku jadikan hafiz Quran belaka...

dan setelah menjadi hafiz Quran,
ditambahi lagi ilmunya...menjadi 'alim...
maka dikatakan kpd org2 ahli ibadat,
"udkhulil jannah"
"masuklah ke dalam syurga"...
tetapi kpd seorg 'alim @ ulamak...
"isyfa' linnaas"
"berilah syafaat kpd manusia"
berapa? 100, 500, 1000...
mengikut tahap ke'alimannya dan kewaliannya...
kelak anak2 ini akan menanti di pintu syurga...
memberi syafaat kpd manusia...
tentunya orgtuanya berbangga...

Apakah perlu kita ada utk anak2 berjaya?
  1. Sifat pengorbanan...seperti sifatnya Nabi Ibrahim as dan isterinya Hajar dan anaknya Ismail...Dgn sifat ini Allah kurniakan mereka keturunan yg baik2 kebanyakn Nabi2 adalah dari keturunan Ibrahim as.
  2. Sifat khidmat, beri makan pada tamu dll...dgn sifat ini , juga Ibrahim as mndpt anak yg 'alim iaitu Ishaq...yg apabila Ibrahim dan Sarah memasak n menghidangkan makanan ijlin haneez=anak lembu yg dipanggang kpd malaikat2 yg dtg ke rumahnya, mereka tidak menjamah makanan itu krn malaikat bkn sifatnya memakan apa yg manusia makan...dan mereka memberi khabar gembira kpd Sarah dgn kelahiran seorg anak yg 'alim..."bighulamin 'alim...". Ternyata anak yg 'alim itu bkn asal dari madrasah tapi dari sifat ibubapanya sendiri...
  3. Banyak berdoa...kerana Rasul SAW bersabda lbhkrg, doa seorg ayah/ibu terhadap anaknya pasti diqabulkan Allah SWT...oh, tapi saya sudah berdoa tapi tidak menjadi...hmm...berapa lama kamu berdoa? Doa 5 minit, tidur...byk tidur dari doa nya...Doa lah terus menerus dgn ilhah yakni terus2an doa lagi dan lagi, 1000x, 2000x...owh!semoga saya dapat sifat ini....
  4. Cita2 yg tinggi...kerana bila ada cita2 tentu ada kesungguhan dan keazaman yg kuat utk mncapai yg dicita2kan...seperti ibunya Maryam as...bernazar dan menunaikan nazarnya wpun ternyata anaknya seorg perempuan...Cita2 juga perlu ada amalan yg betul, bkn hanya cita2nya nak anak jadi wali, tapi ibunya terus2an nonton TV...astaghfirullahal'azim...dan jalan utk mndapatkan yg dicita2kan juga kena jalan yg betul...iya kalau mahu ke markas sri petaling, tapi bawa kereta menuju ke selatan, dari melaka lah...tentunya tidak sampai ke sri petaling...akan sampai ke markas johor baru lah gamaknya...Dan cita2 juga kena kuat, jgn nanti sudah separuh jalan, dipanggil anaknya pulanglah saja, ayah daftarkan kamu utk ambil SPM, nanti boleh masuk universiti...habis cita2 anaknya...dan hancur harapan ustaz2 yg membimbingnya...kerana bapanya tidak tetap pendirian...
  5. Selain itu kita juga harus memikirkan anak2 org lain, anak2 saudara kita,jiran2 kita, anak2 rakan seusaha kita, anak2 rakan2 kita, dan anak2 Islam keseluruhannya...bagaimana mereka juga di usahakan utk jadi hafiz dan alim dan org yg berguna utk agama...dan dgn niat kita yg baik ini, automatic anak2 kita akan dapat manfaatnya...kerana bila kita fikir dan doa utk org lain, malaikat akan doakan utk kita....
  6. Banyakkan sodaqoh kerana sodaqoh penolak bala n musibah. Apakah bala yg lebih besar dari mempunyai anak2 yg umpama ular di dalam kocek kita...nak dibiarkan ia menggigit kita, nak dikeluarkan nanti dilihat orang dan menggigit org...nauzubillah...dan bila kurang sodaqoh, mmg krg keberkatan...jadi bila ada masalah anak2 kita sodaqoh dgn niat agar anak2 kita jadi anak yg baik, yg menyukakan hati kita dan hati ummat....

InsyaAllah ini serba sedikit yg dapat saya kongsi bersama anda,
semoga ianya bermanfaat utk kita bersama....
Azam?
InsyaAllah....
Aaamiiin....

Wassalam...

Saturday, November 27, 2010

KEM MADRASAH CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum,
Alhamdulillah seawal Isnin selepas bermulanya cuti panjang persekolahan,
kami telah mulakan madrasah kami ala kem cuti sekolah...
dgn pengisian utama AlQuran dan Taklim termasuk muzakarah sifat2 sahabat...
di selangselikan dgn adab2 seharian dan asas2 fardhu 'ain.

InsyaAllah, minggu pertama dah selesai...
seronok jugak melayan kerenah anak2 yg bersemangat...
yg penting ibubapa mereka yg lebih bersemangat...
maklumlah cuti yang panjang kalau tak betul pengisiannya,
tentu rambut yg hitam jadi silver...
wajah yg ayu jadi brutalll...
hmm, pikir setiap hari nak uli roti canai,
rupa2nya setiap subuh kena uli permata hati utk solat...

mmgle bkn mudah nak melayan anak2 zaman sekarang...
setiap malam jadi musang...
kita tidor, dia buka restoran...
kalau tak tutup pintu bilik tentu tak boleh lelap...
setiap pagi bantai tidor...
maklumlah mlm jadi musang....
kalau bangun pun ketat je matanya...
tak payah risaukan breakfast....
bangun terus lunch!!!
brunch jadinya...

So, insyaAllah berkat usaha gigih suami saya,
dan azam yg sungguh2...dgn bantuan dari Allah SWT...
maka kami pun dapat menjalankan madrasah kecil2an kami...
first few days memang exhausted...
ye la, dah lama tak melayan kerenah anak2,
tiba2 dapat anak2 bertuah seramai krglebih 15 org...
dgn pelbagai perangai,
dari pelbagai cara hidup dan tarbiyah pelbagai ibubapa...
bagai nak rakkk jgklaa...
he he kekadang jadi tarzan juga...
o! o! o! oooo!!!.....

Ustazah kata sebelum ustazah masuk,
baca dulu quran tu,
sekejap lagi ustazah nak semak bacaan...
baca kuat2 sampai ustazah boleh dgr dari rumah!!!
suara aurat ustazah!!! kata mereka...
heh! sabar je laa...
kalau bermain menjerit2 boleh pulak!
tak aurat pulak!!!
huhu ni lah bdk2 skrg...
jawab jgn tak jawab...
hehe seronok jgk bertekak dgn bdk2 ni!

anak2 saya dulu entah macamana lah bertekak dgn ustazah mereka...
tentu penat melayan anak2 saya...
baru lah saya dapat merasakannya sekarang...
teringat pesan Kiyai Uzairon Temboro...
jika kita memikiri anak2 org lain...
tentunya Allah memperbaiki anak2 kita...
Aaamiiin...

Wassalam...

Friday, November 12, 2010

NAK KELUAR 4 BULAN IPB!!!

Assalamualaikum...
sori lama tak update...
just wanna take a break after a long series of iyaz...
ni pun topik asbab seseorg mintak tips cmna nak btau parents yg kita nak kuar 4bln ipb...

So insyaAllah we proceed...
e'hem...campur baur bahasa ni...
semoga mudah faham...

Once a newly married young man,
bagi azam nak keluar ke India,Pakistan,Bangladesh (IPB) for 4 months...
his friend told him to perform solat hajat...
and he did dgn tawajjuh...berharap pertolongan Allah.

Then he talked to his wife about it...
The wife said, Oh no...I'll miss u...we've just married and now you're leaving me...
sob..sob..sob...hehe biasalah senjata wanita...airmata!!!
awas tu cik abang...jgn kalah dgn airmata...

Then he told his mom about it...
Mom said, O my son, I'm old waiting for death!
Who will take care of me? U r my son...u must take care of me...
Mom cried too...zzzzasss!!! another weapon...

Then he met his father and told him about it, too!
His father said, O my son...i need u to run our family business...
if u go, i will have nobody to help me...
and so sad he was...

So he went and met his friend...
who urged him to be more tawajjuh, solat, doa, cry in front of Allah in tahajjud...
And he did...cried in front of Allah,
for Allah Holds the heart of all makhluq...

A few days after...
he got a letter offering him to pursue his studies abroad...

He went to his wife and told her,
she said, wow! u should go and take this once in a life chance!!!
u will not miss me, then? he asked her...
o..surely i'll miss u...but we can call each other, we can write letters, emails, so so so...
(no weapons used this time hah?)

Then off to his mom...
Mom said, u must go! U'll achieve better job after u finish ur study abroad...
But who will take care of u, mom?
U r old...
Don't bother...i have many children, they can take care of me...
(still no more weapons...)

Then to his father...
His father pat his son's back and said,
go my son...i'll doa for u...
but who will accompany u to run the business, the son said...
father answered dgn semangat joss nya!
HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKEEL....
ALLAH SEBAIK2 TEMAN...

This man was astonished on these different feedbacks...
went to his friend, puzzled, confused...
his friend said,
tonight u pack ur things and tomorrow u will go to IPB!!!
Now  no more excuses...
everything is settled...
Allah opens the path for u....

HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKEEL...
ALLAHUMMA ANTAS SOHIBU FIS SAFAR,
WAL KHOLIFATU FIL AHL!!!

InsyaAllah, pergilah perwiraku...
Jihad di jalan Allah...
menentang hawa nafsu...
Nabi SAW bersabda, mafhumnya...
jihad yg terlebih besar ialah jihad melawan hawa nafsu...

dan jangan lupa doakan kami di sini...

wassalam...

Monday, November 1, 2010

SIFAT-SIFAT DA'E YG ADA PADA IYAZ...

Assalamualaikum wrbt...
mungkin ini entry terakhir pasal iyaz...
kalau saya dapat habiskanlah, insyaAllah...

Satu ketika serombongan kafilah memasuki sempadan negara....
Raja dapat berita lantas dipanggil pembesar negara seorang lepas seorang...
dihantar pergi melihat dan menyelidik tentang kafilah itu...
sebab apa seorang lepas seorang dipanggil?
sebab...
setiap seorang yg pergi akan pulang dgn membawa satu maklumat saja...
kafilah tu dari mana? tanya Raja...
dari negeri sekian, sekian, tuanku...jawab menteri...
apa sebab kedatangan mereka? tanya Raja...
hamba tak tanya pulok! fikirkan tuanku nak tahu mereka dari mana saja....
Raja hantar seorang menteri lagi....
dan interview lagi...
dapat satu je maklumat tambahan....
begitulah seterusnya...
jadi byk pulok belanja nak hantar seorang lepas seorang menteri...
dapat maklumat sikit je...
so here comes iyaz...
kamu pergilah kepada kafilah tu ambil maklumat mereka...
maka iyaz pun pergi dan sebentar kemudian pulang dgn maklumat lengkap!
mereka dari negara sekian, atas tujuan sekian, sekian-sekian ramai dalam kafilah,
sekian...sekian...sekian....
puas hati lah Raja,
hantar iyaz sorang dah cukup...
boleh jadi menteri dalam negeri, menteri pelancongan, menteri itu, menteri ini,
ceo, consultant, mat despatch pun boleh...
semua iyaz boleh buat...
kan mudah?

haa inilah sifat yg patut ada pada da'e...
bila ada jemaah datang ke marhala kita,
pergilah nusrah, berkenalan, bertanya kabar, khidmat, ikram, tanya masalah, karkuzari/laporan dll....
ini tidak, pergi waktu solat fardhu je...
berapa org dalam jemaah tu?
entahlaa xdan kire tadi...
menteri dalam rumah(org rumah) rajin pulak nak tanya...
bkn apa, bole budget berapa kilogram tepung nak buat cekodok...
bagi jemaah makan...dapatlah saham...
tapi menteri luar rumah x brp nk ambik pot...
yg dalam rumah je lah pot pet pot....huhu...
tak pekena sapa2 aih!!!

ini sambungan cerita yg tertunggak selepas pulang bercuti 2 hari ke trengganu...
ingatkan bills aje yg selalu tertunggak yea?
actually jumaat lepas dah siap dah cerita iyaz ni,
tapi ditaqdirkan internet connection putus, tak tau kenapa...
tak sempat save la plk...tu la setakat yg atas tu je that was saved...
okayla kita sambung insyaAllah, harap2 dpt teruskan sampai habis...

Satu ketika Raja teragak nak uji pembesar2 istana...
ujian ketaatan...haa...
di panggil semua menteri kabinet dan yg takde kabinet, kabinet dapur je yg ada...hehe.
di bawakan juga seketul batu berlian yg besar...
phew!!!silau mata dek kilauan yg memancar dari berlian tu...
tentu kalah pencuci pinggan mangkuk axion...
woit nani jgn dok merapuu...
ok ok!
menteri semua terpaksa pakai mat lat (tau apa dia? mata lalat...sunglasses tu laaa).
masing2 tertanya2 dalam hati, apake hey raja ni?
ada yg terfikir, agaknya anugerah cemerlang kot...PTK kan dah x pakai...
hmm...syok jugak kalau dapat berlian besar ni...
masing2 dok mikirkan apakah kebaikan yg pernah diorang buat...
dan apakah kelebihan masing2 dari yang lain...
berangan je kejenya...

maka Raja pun bertitah,
beta nak tahu sapa yg boleh memecahkan batu berlian ni!
waduh, kok sudah sewel raja ni?
ingat nak bagi kat kita, rupanya suruh pecahkan pulak...
setiap menteri diberi tukul untuk pecahkan berlian...
berlian pun dibawa kpd menteri seorang lepas seorang...
tapi setiap kali diangkat tangan nak pecahkan berlian tu,
tak jadi!
semua sayang nak pecahkan sebab masing2 tahu betapa bernilai dan berharganya berlian tu...
habis semua menteri kabinet dan dapur kabinet,
sorang pun tak sampai hati nak pecahkannya...
satu sebab lain ialah diorang pikir raja ni dah sewel kot...
ye laa berkawan dgn iyaz yg separuh sewel...
pada pendapat mereka...

so, here comes iyaz again...
dgn senyum simpul dan joss!
dipegangnya tukul dan hayun sampai habis berlian tu pecah berderai...
"menjadi debu berterbangan..."
eh eh terlebih lak cik kak ni...
tu bait lagu kgkawan yg frust bercinta...
zaman merantau kat US dulu...
nostalgia tu...hehe, kenyit mata sikit!!!

heran lah semua orang...
hmmph samalah iyaz dgn raja...
raja pun puas hati tapi nak juga dgr penjelasan iyaz tentang hal tu...
kenapa kau sanggup pecahkan berlian tu iyaz?
kau tak tahu ke nilai dan harga nya?
iyaz jawab, memang saya tahu berlian tu berharga, tuanku...
lebih2 lagi kepada hamba yg hanya seorang gembala kambing ni...
kalau dapat berlian tu dan jual,
tentu hamba tak payah lagi jaga kambing, kejar kambing,
jadik bidan kambing, senyum kambing....bla, bla, bla...
tapi kerana titah tuanku hamba pandang lebih bernilai dari berlian ni,
hamba sanggup gadai nyawa utk melaksanakannya...
inikan pulak setakat nak pecahkan berlian ni...kacanggg jer!!!

Raja pun amat puas hati dgn ketaatan iyaz dan amat berbesar hati dgn iyaz...
Raja pun ambil keputusan drastik!
oleh kerana sayang dan percaya kpd iyaz,
kau tak payahlah pergi gembala kambing lagi, iyaz...
beta lantik kau jadi bendahari yg akan menjaga perbendaharan negara,
dan harta milik beta...
kau tinggal saja di istana beta,
kunci bilik khazanah beta kau pegang...
fuyooo...caya laa,
memang Raja dah percaya habis dgn iyaz ni...

but on the other hand...
menteri2 yg lain punya PHD tahap gaban dah tu...
mereka usaha cari kesilapan dan kekhilafan iyaz...
mereka dah tukar kerjaya pulak,
jadi pengintip iyaz...
apa saja yg iyaz buat dicatit...
agak2 sensasi sikit, terus masuk paper...
eh, macam politik semasa je bunyi nya...hehe...
cerita je, jgn terasa yek, kecuali yg makan cili...

bila kita usaha kan sesuatu dgn kesungguhan,
tentu akan dapat hasilnya,
tak kire lah usaha baik atau tak baik...
begitulah mereka2 yg ada PHD ni...
dapat berita dari sumber yg boleh dipercayai,
bahwa dak iyaz ni tiap2 malam sebelum tengah malam akan masuk ke bilik khazanah,
sebelum subuh baru dia keluar semula...

jadik mesyuarat lagi lah dgn syaitan,
sok sek sok sek...
keputusannya pergi beritahu raja...
Raja pun agak terkejut!
mana tak terkejut...
diorang ni reka2 cerita lagi,
nak nambahkan perisa...
katanya iyaz ni malam2 kerja korek lubang bawah tanah!
nak pindahkan harta tuanku semua ke tempat rahsia....
raja pun kata okeylah kiat siasat perkara ni...

jadi pada malam tu ,
raja dan beberapa menteri menyorok mengintai iyaz...
haa skodeng namanya tuuu...
memang betul, sejurus sebelum tgh malam iyaz pun sampai...
dgn senyum hansemnya...bkn senyum kambing lagi,
sebab dah pakai jubah pembesar sekarang...

dibukanya pintu bilik khazanah...
masuk ke dalam dan pergi ke setiap peti emas, intan berlian, wang...
di ambil, lihat, telek, dilambung2...
dan dia pun ketawa...
hahaha...aku kaya, aku kaya...
hahaha...ketawa macam perompak yg jumpa harta karun...

terkejut Raja!!!
yg lain2 sengih...thumbs up!
berjayalah kita kali ni...memang betul lah iyaz ni tak le suci macam raja sangka...
diorang dah nak serbu tangkap je iyaz ni!!!
Raja buat isyarat, NANTI!!! kita lihat seterusnya...bkn iklan tau!!!
seterusnya iyaz pergi tengok cermin pulak...
senyum simpul dia tgok muka dia dalam cermin...
dok pusing sana sini, macam peragawan...
hmm...hansem jugak aku pakai pakaian org istana ni...
dah puas posing dan senyum...
dia pun pergi ke satu peti yg usang...
di bukanya peti tu...
di keluarkan baju yg buruk, dibuka baju yg cantik,
kemudian dipakainya baju buruk tu...
rupa2nya baju lama yg dia guna semasa jadi penggembala kambing...

pergi semula kat cermin...
bercakap dgn cermin...
iyaz, inilah kau yg sebenarnya...
dulu kau hanya seorang penggembala kambing...
yg hidup sekadar mencukupi keperluan...
yang kau tahu kambing, kambing, kambing...
kini Allah telah mengangkat darjat kau,
jadikan hati Raja senang dgn kau,
sehingga dia melantik kau menjaga hartanya...
tapi janganlah keadaan ini menjadikan kau lupa diri,
lupa daratan...
walau kaya manapun kau,
bila tiba masanya maut pasti akan memutuskan semua kesenangan,
dan kau akan tinggalkan semua kesenangan ini...
bila2 masa sahaja...
janganlah dgn harta ini kau jadi sombong, bangga, bongkak, dll..
ingatlah asal usul kamu....
byk lagilah celoteh iyaz muhasabah dirinya sendiri...
sehingga berlinangan airmatanya....
sejurus kemudian dia ambil wudhu dan solat sunat sehingga menjelang subuh...
teresak2 menangis munajat pada Allah...
ditukar semula pakaian yg indah,
kemudian keluar dari bilik untuk solat subuh di masjid...

haa...apa citer yg dok skodeng tadi?
hmm...semuanya menangis juga...insaf, insaf...
tak baik betul kita ni buruk sangka dgn iyaz yg baik tu...
Raja pun legaaa...betul lah suci murni hati iyaz ni....
yg lain2 semua taubat dan jadi menteri yg baik2 belaka....

itulah kan, nur iman dan keikhlasan hati seorang yg mukhlis,
menjadi cahaya yg terang benderang menyinari hati2 manusia...
walau hati itu keras macam batu kerikil yg disangka asam boi...
sekali kunyah patah gigi dibuatnya...

kita ambil pengajaran dari kisah iyaz ni,
kita ni siapa?
masing2 tahu menilai diri sendiri...
dgn berkat dan kasih sayangNya kita berada di tempat kita sekarang...
namun masih ada lagi saki baki hati yg belum suci sepenuhnya...sayalah tu...
kita rajin2lah muhasabah diri...
dan syukur Allah beri taufiq kepada kita untuk menjadi seorang Islam,
diberi iman yg sejati...
marilah kita pupuk iman kita agar bertambah hari demi hari,
dan jangan lupa pula...
sama2 ajak kepada maaruf...
dan sama2 menjauhi mungkar...

ROBBANA ZOLAMNA ANFUSANA,
WAIN LAM TAGHFIRLANA,
WATARHAMNA,
LANAKU NAN NAMINAL KHOSIRIN...

Sekian wassalam...
sedikit sebanyak ajinomoto yg ditambah buat perisa harap dimaafkan...
tujuan nya agar mudah difahami dan dihayati...

Thursday, October 28, 2010

IYAZ LAGI...

Assalamualaikum wrbt,

Seterusnya...
Iyaz menjadi kesayangan Raja...
mana2 pergi raja akan bawak iyaz...
macam jadik personal bodyguard plk...

Satu hari Raja bersiar-siar dgn iyaz menaiki kereta kudanya...
round2 lah...melalui kota dan desa...
satu ketika kudanya ter 'excited' lebih...
terbabas lah pulak!
kereta kuda pun tersenget lah!
alhamdulillah takde sesapa yg cedera...
raja pun suruh iyaz check what happened...
iyaz pun turun dan pergi tengok...
takde apa2, cuma kuda tu terkebil2 je...
dah buat salah katakan...
takut jugak kena belasah!!
hehe...macam le kuda tu faham...

iyaz pergi dekat kuda,
hmm...belasah!!!
eh, tak lah...
dia pergi usap kepala kuda...
kesian ko yea, katanya...
agaknya kami ni berat sgt ke?
tak pun ringan sgt sampai terhoyong hayang?
di usap2nya lagi kepala kuda tu...
kuda pun lentoklaa syok kena usap dek iyaz...
raja dok intai2 dan senyum...
baiknya lah si iyaz ni...

haa...ini lah sifat da'e...
tidak pernah menyalahkan sesiapa,
malah menyalahkan diri sendiri...
dan apabila org lain buat silap,
dia tak marah, melenting, belasah,
pancung, sembelih, bla, bla, bla...
salahkan diri sendiri, tak buat dakwah dgn hikmah,
tak ikut tertib dll
sesekali tidak menyalahkan sesiapa...
mana ada manusia yg tak buat silap, kannn...
setiap ada tertib tentu ada yg tak ikut...
biasalaa tu...
tegurlah dgn cara hikmah,
bak kata Maulana Saad buatlah muzakarah tentang perkara yg dilanggar itu...
dgn hikmah dan lemah lembut,
bkn dgn niat nak belasah...

satu lagi kisah iyaz...
satu ketika Raja nak uji apakah pembesar2nya taat kpd suruhannya...
dikumpulkan semua pembesar dan dibawakan sebutir berlian yg besar!!!
merelit-relit silau dgn cahaya permata berlian tu...
semua dok ingat raja nak bagi depa hadiah...
sapalah yg beruntung dapat berlian ni...
masing2 dah telek diri sendiri...
apa amalan kebaikan yg pernah mereka buat,
dan bandingkan pulak dgn org lain...
hati punya bicaralah kann...biasalah tu...perasan...
dok risau jugak sapakah yg akan tersingkir dari mendapat hadiah berlian tu...
macam rancangan realiti tv yg la ni macam2 pesen ada....

Raja pun bertitah!
beta nak kamu semua memecahkan berlian ni!!!
gulp!!!
wey la kok dah sewel raja kita ni?
sapa yg sedia memecahkan berlian ini?
masing2 dah garu kepala...
alahai, sayangnya berlian yg mahal dan cantik ni nak bagi hancur!
semua pakat2 tak nak ikut cakap raja yg pada mereka dah separuh gila ni...
berlian pun dibawa pada pembesar one after another...
dan bagi tukul nak pecahkan berlian tu sekali!
setiap pembesar pegang tukul, angkat tinggi2 nak pecahkan...
tapi tak jadi sebab tak sampai hati...
sesuatu yg amat bernilai nak dipecahkan begitu saja...?
tak mungkin....
semua dah diberi pilihan, semua taknak pecahkan...
raja pun heran, pasai apa depa ni, tak taat langsung!
last2 bagi kat iyaz...
iyaz pun tanpa fikir panjang,
ambik tukul dan pecahkan berlian sampai hancur lebur jadi debu berterbangan...
eh...terlebih feelings lak....
huhu teringat lagu zaman dolu2....
org lain punyalah bengang, geram, hancur hati, macam hancurnya berlian tu!!!
apake jadahnya iyaz ni???
raja pun senyum aje...
tanya pada iyaz...
kenapa kau sanggup pecahkan berlian ni?
kau tak tahuke betapa bernilainya berlian ini?
jawab iyaz,
wahai tuanku, hamba tahu berlian ni amat berharga,
ada org yg sanggup gadaikan nyawa untuk memiliki berlian ini...
tapi pada hamba, perintah dan amanat tuanku mempunyai hak yg paling atas sekali...
apa saja perintah tuanku pasti hamba akan melakukannya,
hamba sanggup menggadai nyawa untuk menunaikan perintah tuanku...
inikan pulak setakat memecahkan batu permata ini...
yg hanya bernilai di dunia yg fana ini....

maka Raja pun amatlah terharu dgn keikhlasan hati iyaz...
tambah sayang lah dia pada iyaz...
tambah bengkeklah hati pembesar2 yg lain....

kawan2 semua,
teleklah diri dan hati kita...
apakah kita telah menunaikan perintah Raja segala raja,
Allah Robbul 'Alamin...
dgn senang dan rela hati?
walaupun kita tak mengerti akan perintah2 itu?
check lagi dan lagi,
diri sendiri bkn org lain....

insyaAllah...ada lagi, sabar yea...
eden nak masuk opis ni...

wassalam...

Tuesday, October 26, 2010

Continuing Iyaz...

Assalamualaikum wrbt...

Baru pulang dari 3hari jemaah masturat ni...
dekat je, ke Bukit Gambir, Tangkak...
rumah Cikgu Yahya....
semoga Allah SWT balas jasa mereka menerima kami selama 3hari
dgn balasan yg sebaik2nya...
dan ambil mereka dan anak cucu cicit untuk khidmat agama...

Seterusnya kita sambung cerita dak iyaz ni...
hehe org melaka memang suka guna perkataan 'dak'...
dah tua2 pun 'dak' jugak dipanggil nya...
dak wahid, dak hasan, dak ajis...to name a few...

Iyaz ni dah selamatkan negara tentu lah famous...
tapi takde lah sampai dapat pingat datuk ke, tan sri ke, tun ke...
Raja punya lah gumbira, buat pengisytiharan...
nak buat majlis keramaian menyambut harilahir Raja...

Sampai waktu nya semua rakyat jelata di undang ke istana...
puas lah mereka makan minum sesuka hati mereka...
Raja belanja...
Dah kenyang makan minum,
Raja buat pengumuman titah diraja...
sebentar lagi ada acara kemuncak!
lampu akan dipadamkan!
sekarang lihat di sekeliling kamu apa yg kamu inginkan...
apabila lampu padam,
grab aje laa apa yg kamu suka!
ia akan jadi milik kamu...
waah...semua dok pandang sana sini...
ada yg terpandang lampu liplap, lampu jurai, tiang istana dan entah apa2 lah...
ye laa masing2 punya minat dan kesukaan kan berbeza...

Pop!!!
lampu pun padam!
masing2 pegang apa yg depa nak...
riuh rendahlaa....
berebut pun ada...

Pop!!!
lampu di on kan semula!
haa masing2 dah pegang dah apa yg diingini...
Raja pun bertitah ambiklah apa yg ada di tangan kalian...
itu milik kalian...

Iyaz hanya berdiri di belakang Raja,
tangannya memegang bahu Raja.
Raja menoleh...
laa pasai apa ko tak amik apa2?
bukankah beta dah beritahu tadi?
Iyaz senyum...katanya,
Wahai Tuanku, lihat lah hamba memegang bahu tuanku!
Bermakna hamba memiliki tuanku...
hamba tak perlu kpd yg lain2...
jika hamba memiliki tuanku,
nescaya segala apa milik tuanku milik hamba juga...
dgn tersengih lah si iyaz ni syok sendiri...
Raja pun sengih lah jugak...
bijak jugak dak iyaz ni...
lagi tambahlaa sayang dia pada iyaz...

Keterangan:
eh, he, macam kitab fadhail 'amal la pulak...
barangsiapa yg beribadat akan dapat syurga...
tapi barangsiapa yg khidmat akan dapat Allah...
barangsiapa dapat Allah, maka ia dapatlah segala2nya...
haa, kan kita selalu dengar masa muzakarah bab khidmat...
ropanya iyaz ni dah dapat sifat ni...
ada faham?

Tapi bila seseorg itu dikasihi oleh Raja tentulah ada yg dengki...
PHD ni kan tak payah pi bljr jauh2 nun...
memang sedia ada dalam hati tuu...
kalau diberi makanan tambahan...
geram(bkn garam)...benci...menyampah...
gemuk lah PHD tu (Perasaan Hasad Dengki)...

Itu lah yg terjadi kpd pak2 menteri kabinet Raja...
Gerammm je tengok Raja sayang kat Iyaz,
wpun depa tahu yg iyaz ni memang banyak jasanya...
PHD pun mulalah bermesyuarat dgn nafsu...
faisalahnya iblis syaitan laknatullah...
maka makar/tipudaya pun direka...
dah pakat2 nak syor kat Raja...

Memandangkan Tuanku sangat sayang dgn iyaz,
dan jasa nya pun amat besar kpd negara kita...
kami cadangkan kita buat jamuan meraikan iyaz pulak...
jadi tuanku pun setuju sgtlah,
tarikh pun ditetapkan...
sampai masanya, jamuan pun diadakan...
jemput lagi rakyat jelata...
lumayan lah depa asik dpt mkn free aje!
memang berkat betul iyaz ni!

pak2 menteri ada acara special untuk iyaz...
di beritahu kpd Raja, dan Raja pun setuju sangat2lah...
senyum2 simpol Raja...

depa sediakan beberapa biji buah2an yg nampaknya sangat enak...
acara kemuncaknya, Raja akan suapkan potongan2 buah2an tu ke mulut iyaz!
maka bermulalah acara itu...
pak2 menteri senyum kambing semuanya...
habislah ko kali ni iyaz!!!

Raja pun diberi sepotong buah seakan2 mangga...
dia pun suap ke mulut iyaz...
iyaz pun selamba je makan buah tu...
senyum lebau dia...
weh! bkn senang nak dapat suapan from the majesty!
pak2 menteri berkerut dahi...biau betol...fikir mereka!
tak pe...potong lagi sebiji buah, bagi kat Raja...
Raja pun suap iyaz...
hmmm...cedapnya, kata iyaz...
habis 2 biji buah dalam acara menyuap tu...

Pak2 menteri menghempas2 gerammm...
pasai apa ni...kata Raja.
Tuanku tahu tak si iyaz ni memang penipu besar!
apasal pulak?
buah yg kami potong tu mula2 tadi masam giler!
dia tipu! dia buat2 sedap je tu!
buah yg ke2 tu pahit nak mampos!
dia buat2 sedap jugak!!!
memang penipu besau dak iyaz ni, tu yg tuanku dok sayang sangat kat dia tu!!!
hamboi! gerammm sangatlah depa tuh!
maka Raja pun pergilah tanya iyaz...
betulke iyaz apa yg depa beritahu beta?
memang betul tuanku, buah yg pertama masam giler!
buah yg ke2 pahit nak mampos!
tapi pasal apa kau selamba je...siap senyum lagi...
kau tipu beta ke?
ohh...tidak tuanku!
tidaklah hamba berniat begitu...
habis tu kenapa?

SEBENARNYA HAMBA TIDAK MELIHAT APA YANG HAMBA DAPAT,
MANIS KE, MASAM KE, PAHIT KE...
APA YANG HAMBA LIHAT IALAH PEMBERI ITU SENDIRI,
IAITU TUANKU...
WALAUPUN PADA HAKIKATNYA HAMBA MEMAKAN BUAH YG MASAM DAN PAHIT,
TETAPI OLEH KERANA YG MENYUAPKAN BUAH ITU IALAH TANGAN TUANKU SENDIRI,
ITU SUDAH CUKUP UNTUK HAMBA MERASAI KEMANISANNYA...

Okeylaa kawan2,
fahami dan ambillah pengajaran dari kisah iyaz ni...
setiap hari ada saja ujian yg datang kepada kita,
susah senang pahit manis kehidupan ini...
siapa yg memberi semuanya...
tentunya semuanya dari ROBBUL 'ALAMIN...
ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM...
YANG AMAT MENGETAHUI APA KEHENDAK KITA,
MENGUJI KITA SEKADAR KEMAMPUAN KITA...
KASIHSAYANGNYA AMAT LUAS TAK DAPAT KITA MEMAHAMINYA...

jadilah kita macam iyaz sentiasa mensyukuri pemberian yg dikasihi...

semoga sama2 kita ambil pengajaran...

dan ada lagi....insyaAllah akan di sambung di lain kali...

wassalam...selamat merenung...

Tuesday, October 19, 2010

CERITA IYAZ

Assalamualaikum wrbt...

Ini cerita yg unik...
tak tau cmna nk cerita,
sbb ia pakai body language,
bahasa isyarat...
camna nk buat isyarat kat screen ni?
insyaAllah saya cuba...

kisahnya bermula di sebuah negara Islam,
mungkin kerana kurangnya amalan agama di negara itu,
maka datanglah sekumpulan rahib kristian...
berjumpa raja.
kata mereka , kami ada beberapa soalan.
jika kamu dapat jawab,
kami masuk Islam...
tapi jika kamu tak dapat jawab,
kami ambil negara kamu...
gitulah, ada iras2 cerita nujum pak belalang, kan? kan?

Raja gundah gulana,
tempoh telah diberi...
puas raja bermesyuarat dgn menteri2 yg bijaksana,
namun takde sapa yg sanggup tawar diri...
maklumlah kalau dapat jawab, ok!
tapi kalau tak dapat jawab...
tergadai negara!!!

Tempoh semakin hampir,
raja semakin runsing...
satu hari, raja pakai pakaian rakyat biasa.
keluar dari istana...
berjalan sorang2...
turun bukit, naik bukit, masuk hutan, keluar hutan...
pening kepala dia memikirkan masalah ini...
rupa pun dah x mcm raja lagi...
kusut masai, selekeh, selebet...

jalan, jalan, jalan...
terjumpa seorang pengembala kambing, iyaz.
iyaz menegur raja...
pasal apa lah ko ni,
selekeh je aku tengok...
apa masalahnya...

raja pun beritahu,
aku ni raja negara ni!!!
hahaha! gelak besor si iyaz...
mati hidup balik, tak percaya...
wei, kawan kok ye pun nak tipu,
tengok oranglaa...
betul, kata raja...
mana ada raja selebet macam ko dah!!!
(baca style p.ramlee tau!)

maka raja pun menceritakan hal masalah problemnya...
iyaz pun ngangguk, ngangguk, macam faham benor lah dia...
habis cerita, iyaz pun kata, patutlah ini macam punya selebet jadinya...
raja pun kata,
apakata ko yg jawab soalan2 rahib tu?
(takde rotan, akar pun bolehlaa)
spontan iyaz jawab, no hal...bisaa...

maka temujanji pun dibuat,
eh iyaz ni bior betul...
ya lah org macam dia yg dia tahu kambing, kambing, kambing je...
sebenarnya, dia ni pun tak berapa amik pot, negara nk tergadai ke apa...
tapi on request from the majesty dia sedia sambut takaza...
'inilah barisan kita....' - lagu patriotik sejak saya masih tadika lagi kot...

maka tibalah hari yg dijanjikan...
peserta pun ambil tempat masing2...
rahib pun bersemangat, pasti menang punya laa TKO!!!
sangka mereka...
rakyat semua dah booking stadium, eh, mana ada stadium daa...
cuma...
si iyaz ni plk tak muncul2...
lama mereka tunggu...
raja dah gelisah, kjap2 tengok jam tangan...
rakyat dah berkipas2 panas...
matahari pun dah semakin terik...
rahib2 dok syok sendiri...
nampak mcm nak menang tanpa bertanding....
tunggu punya tunggu....

kemudian muncul lah iyaz dgn secepatnya dia berlari,
tercungap-cungap dan skreeeeeeeettt!!!!
hah dia pun brek, sbb laju sgt tadi...
mintak maaf kat raja...
raja pun legaa...
ye laa drpd kalah tnpa bertanding kan...
raja tanya, awat hang lambat sangat?
ampun tuanku...kambing hamba beranak!
anaknya keluar terus jatuh dalam lubang!
puaslah hamba nak selamatkan tadi...
tercungap2...
ok relax dulu...

rahib punyalah senyum kambing...
eleh si gembala kambing bodoh ni nak lawan dgn kami....
takpe takpe kasi chance...

rahib beritahu raja,
memandangkan lawan kami ni hanya gembala kambing,
kami pun taknak lah bagi soalan2 yg intellectual...
cukuplah kami bagi soalan guna bahasa isyarat saja...
dan jawapan pun pakai isyarat juga...
ngeh ngeh ngeh...habisla ko gembala kambing...
raja pun risau....makar/tipudaya ni, getus hatinya....
pandang ke iyaz...
iyaz kata no prob, bro! huhu...

Tinggg!!!
round one!
rahib tunjuk 2 jari ke atas...macam peace tu laa..
iyaz pun tunjuk 4 jari ke bawah!

0-1...rahib kata betul jawapan iyaz...

Tinggg!!!
round two!
rahib tunjuk 4 jari ke bawah, 1 jari ke atas...
iyaz pun tunjuk 4 jari ke bawah, tapi 2 jari ke atas!

0-2...betul lagi si iyaz ni...

Tinggg!!!
round three! soalan terakhir...
rahib buat isyarat bulatan atas kepala dgn jari telunjuk...
iyaz angkat tangan pegang siku dan isyarat penumbuk!

0-3...habislah kalah, tak dapat takluk negara ni....

yeah yeah yeah...bersorak semua rakyat jelata...
yg paling kuat sorak ialah raja, macam beruk matyeh dia punya lah suka...

tapi wlaupun menang semangat kesukanan raja sgt baik,
dia pun ajak rahib2 tu ke jamuan makan...
sambil makan2 , ditanya, sebenarnya apa maksud bahasa2 isyarat tadi?
rahib pun kata...
soalan pertama, kami kata Allah jadikan siang dan malam - 2 jari tu.
dia jawab, Allah jadikan siang dan malam, langit dan bumi...- 4 jari tu..
soalan kedua, kami kata Allah jadikan alam ini dlm 1 hari...
dia kata bkn 1 tapi 6 hari...
soalan ketiga, kami kata seluruh alam ni siapa yg cipta?
dia jawab Allah yg satu! - tu yg tunjuk lengan tu!
Ohhhh....angguk2 lah raja...

selesai jamuan raja jumpa pulak iyaz,
yg dah puas kena gomol dek rakyat yg amat berterimakasih atas kejayaannya menyelamatkan negara...
bau kambing pun takpe...

raja tanya iyaz, camna kamu tahu jawapan depa tu?
ohh...senang je tuan raja...
soalan pertama, depa kata kambing ada dua tanduk,
saya kata bkn hanya 2 tanduk, tapi ada 4 kaki!!!
huh...kacang je!
yg kedua, depa kata,  bagi kat kami 4 ekor kambing, bole dak?...
(kami tu isyarat 1 jari tu laa)...
saya jawab, jangankan 4 ekor, 6 ekor pun saya bole bagi...no hal...
yg ketiga, depa ni melampau sgt aih, nak semua kambing saya!!!
apalagi! saya pun tunjuk penumbuklah, nak gaduh???
haa tu la, depa mengaku kalah jugak!!!
hahaha...gelak besar lah raja dan rakyat jelata...

hehehe...kotye pun gelak jgn lah terbahak2...
nanti kawan kat sebelah ingat korang dah sewel....
sewel2 iyaz pun selamat negara, raja sayang kat dia...
sewel korang, kena fired dek boss nanti...jgn cari saya...

hmm...begitulah kisahnya...
tak semestinya org yg pandai itu pintar,
dan tak semestinya orang yg bodoh itu bodoh, eh! hapa-hapa laaa....

ok, nak habaq ni...byk ajinomoto tersimbah dalam cerita ni...
maafkan kami...maafkan kami...
saja nak suka suki....

wassalam...

Saturday, October 16, 2010

SIAPA LEBIH KUAT?

Assalamualaikum wrbt,

Ada seorang quraysh...tak ingat namanya...
sangat handal,
tak siapa boleh lawan...
pasti KO!

Alaa macam cerita2 kungfu yg byk kita lihat...
hero mesti menang punya...
datanglah berapa org punnn...
tewas habis semuanya!
walaupun dia sensorang je!!!

Ini cerita benar,
zaman Rasulullah SAW...
amat terkenal dia ni!
x sapa berani cabar!

Sekali Rasulullah SAW berjumpa dia di jalan,
ya memang Nabi SAW pun tahu siapa dia...hebat dia...
tapi tetap dia makhluk Allah SWT juga..

Nabi SAW cabar dia!
(he he tuan2 karkun...nk cube?)
Nabi SAW bersabda, (kuranglebih ceritanya...)
Berani lawan saya?
Si quraysh pandang Nabi SAW...
pandang sengkek je...
eleh kamu ni siapa, berani lawan saya?
bisa aja!!!

Nabi SAW bersabda lagi...
tapi kalu kamu kalah, masuk Islam ya?
Bisaa...jawab si quraysh!

Dia pun mulakn langkah...
sekali jurus!
Nabi pun tangkis!
Jatuh dia!
Uhhh!!! katanya...

Sekali lagi atur langkah,
sekali jurus! sikat!!! jatuh dia!
sekali jurus lagi!
langsung ambrok!!!(maaf ya, dgr byn nya bahasa jawa...tp boleh fhm enggak?..syitik2 fhm laa)

Waa...hebat ni si Muhammad SAW ini!!!

Iya tapi setiap kali keluar rumah, apa doa Nabi SAW kita?
"bismillahi tawakkultu 'alAllah...laa haula walaa quwwata illa billah..."

Dalam solat apa kita baca?
"iyya kana'budu wa iyya kanasta"in..."
hanya Engkau yg kami sembah, hanya kpd Engkau kami minta tolong..."

Nabi SAW tidak menyandarkan kekuatan yg ada pada dirinya...
dia hanya menyandarkan kekuatan yg ada pada Allah SWT untuk menolongnya..

Manusia menyandarkan kekuatan kpd teknologi yg canggih2,
dalam setiap bidang,
perubatan, pertanian, perniagaan....
Namun, sedar atau tidak?
semua kekuatan, kecanggihan, kepandaian...
siapa yg beri?

ALLAH LAH YG MEMILIKI SEGALA-GALANYA...
UNTUK ITU KITA BYKLAH MEMOHON KEPADANYA...
JGNLAH KITA SOMBONG DGN KECANGGIHAN TEKNOLOGI,
KEKUATAN EKONOMI, KEPANDAIAN ILMU KITA...
BILA ALLAH MENGHENDAKI,
SEMUANYA AKAN HANCUR LEBUR DALAM SEKELIP MATA...

seorang kafir pernah beritahu kami...
saya bekerja siang malam selama berpuluh2 tahun untuk mendapatkan rumah ini...
malam tadi kebakaran berlaku,
semua habis terbakar...
usaha saya berpuluh2 tahun,
lenyap beberapa minit sahaja....

Masyaa Allah...
inna lillahi wainna ilaihi roji'un....
sama2 kita saling mengingati...
usahalah untuk akhirat kita,
usaha beberapa tahun saja,
tapi di sana kekal abadi...
insyaAllah...

Wassalam...

Wednesday, October 13, 2010

Fikir Risau...

Assalamulaikum wrbt....

Semasa khuruj 40 hari ke India,
kami dihantar ke Bangalore...
usaha agama sudah lama bertapak di sana...
pekerja2 ke pejabat dan lain2 memakai kurta...
bkn kemeja dan seluar panjang (slacks) macam di tempat2 lain di India.
pelajar2 wanita ke sekolah memakai purdah/niqab...
tak ada sekolah co-ed yaitu campu lelaki dan perempuan...
suasana masyaAllah...
lunch hour masjid penuh....
menunggu solat zohor, mereka berzikir dan mentilawah alQuran...
selesai solat pun begitu...
baru pulang ke pejabat dll...

Suami saya cerita serba sikit...
Katanya kalau sesiapa bertanya,
Where is the toilet?
kalau di tempat lain termasuk negara kita,
org akan tunjukkan jalan dgn memberitahu...
jalan terus, kemudian belok kiri bla,bla,bla...
tapi di sana...macamana katanya?
Follow me...
dia bawa kita sampai ke pintu toilet!
Wait! katanya...
dia masuk dulu!!
pastikan ada air!!!
bersihkan dulu!!!!
baru dia kata,
Now you can go in...
Amacam?
Malaysia boleh???
Huhuhu...

Ok, finish...
not yet...ada citer lagi ni...
salah seorang wanita tempatan yg nusrah kami beberapa hari bercerita...
tentang seseorang... pengasas tariqat chistiah,
saya tak recall nama dia pulak...
karkun tahu rasanya...
begini ceritanya...

Setelah bertahun2 belajar di sebuah madrasah,
akhirnya pada tahun itu tinggal 8 pelajar sahaja yg tinggal...
Guru mereka memanggil mereka dan berkata...
Subuh esok hari,
sesiapa yg bersolat di belakang saya(jadi makmum) ahli syurga!
sesiapa yg beritahu kpd org lain, ahli neraka!
kemudian mereka pun bersurai...
masing2 ingat pesanan Sheikh...
sapa taknak masuk syurga???
sapa lak nak masuk neraka???
masing2 terus tidur, mengelakkan diri dari memberitahu org lain...
hanya tinggal seorg murid yg gelisah tak boleh tidur...
pusing sana sini tak lelap2...
akhirnya dia bangun dan ketuk pintu setiap rumah yg ada di situ...
dan beritahu,
siapa solat di belakang Sheikh ahli syurga,
siapa beritahu org lain, ahli neraka...
tak ketinggalan satu rumah pun...

esoknya penuhlah masjid...
satu kampung solat berjemaah berimamkan Sheikh!!!
selesai solat semua bersurai...legaa...dpt solat belakang sheikh...

sheikh panggil semua anak muridnya!!!
siapa yg beritahu org?
semua menafikan diri masing2...kecuali seorang,
dia tunduk...
kemudian mengaku, dia lah yg beritahu mereka!
sheikh tanya kenapa??
saya risau, saya nak semua org masuk syurga...
biarlah saya seorang saja masuk neraka asalkan org lain semua dapat masuk syurga...

Akhirnya...
dia sorang saja yg lulus!!!
kenapa?
sheikh nak uji siapa yg byk fikir risau tentang ummat...
kemudian dia kembali ke kampungnya...
org miskin, takde kenderaan...
jalan kaki merentasi benua india...
kalau tak silap dari pakistan ke bangladesh...
musim sejuk, tanpa baju tebal...
akibatnya...
beratus ribu org memeluk Islam di tangannya sepanjang perjalanan itu...
inilah yg sekarang diteruskan jemaah jalan kaki/pedal...
yg mana dgn pengorbanan yg lebih tentu Allah turunkan hidayat yg lebih...
insyaAllah...

Wassalam
semoga kita dapat ambil pengajaran dan sampaikan...

Saturday, October 9, 2010

pergi haji...

Assalamualaikum wrbt...

Citer haji lagi...
hari ni KT 1 berlepas dalam pukul 1.30 pagi td kalau tak silap...
cehh cam wartawan lak...
bkn ape, sbb kakak saya dan suaminya ada dalam KT 1 tu...
haa tu pasal laa...
kemudian KT 2 kabarnya berlepas pukul 5 pagi...
ni pulak ada rakan seusaha tiga beranak yg berlepas dgn KT 2 tu...
sorang lagi tgh mengadap laptop KT RUMAH !!!
hu hu hu...huh!!!

LabbaikAllahumma labbaik...
labbaikalaa syarikala kalabbaik...
innalhamda wannikmata laka wal mulk
laa syarikalak...

seronoknya rasa melafazkan bait bait ini...
lebih2 lagi bila kita menghayati makna2nya...

tapi ada yg lebih terkesan bila melafazkan ikut rentak
kumpulan nasyid Raihan...
ada citernya...
masa kami buat umrah sunat,
rakan2 malaysia kita layan baca ikut lagu Raihan ni laa...
suami kata beliak mata pak2 arab nun...huhu!
biasalaa dorg tu mmg pantang kalau kita melagu2kan wirid dsbnya...


selepas haji, kami sempat bentuk 2 jemaah masturat dari hotel kami.
satu jemaah diputuskan dalam lingkungan tanah haram Makkah,
satu jemaah, saya dalam jemaah tu, diputuskan ke Jeddah...
tapi kita merancang, Allah yg menentukan.
kami tak dpt kebenaran dari pihak Tabung Haji untuk keluar dari Makkah.
akhirnya, kami keluar 1 hari di rumah yg sama dgn jemaah pertama tadi.
depa tangguh, kami sambung pulak 1 hari lagi...atas ihsan tuan rumah...
hanya Allah yg dapat membalasnya...
sebenarnya saya suka juga dapat keluar jln Allah di tanah haram,
sebab di sana setiap amalan kita digandakan 100,000 kali!
jadi wpun keluar satu hari, mcm keluar 100,000 hari dari segi ganjaran...
calculate lah adik2...
kalau kami pergi Jeddah kami dapat 3 hari X 700,000 = 2,100,000 ie 2.1 juta ganjaran utk setiap amalan dan setiap riyyal yg dibelanjakan...
tapi bila kami keluar di dalam Makkah al mukarramah, ganjarannya...haa siapkan calculator ye adik2!!!
1 hari X 700,000 X 100,000 = 70,000,000,000 ie 70K juta ganjaran!!!
(pardon me kalau tersilap kire, nenek le katakannn...)
sesungguhnya benarlah ia satu perniagaan yg amat menguntungkan...
ini belum lagi darab kalau org dah kahwin didarab 70x lagi,
bikin juling mata nanti...

'malaikat2 sanggup mengira butiran pasir di pantai,
namun malaikat2 tidak sanggup mengira ganjaran pahala yg di perolehi oleh orang yang keluar ke jalan Allah SWT...'

citer seterusnya...actually flashback...
kami dijemput dgn sebuah kenderaan MPV kepunyaan tuan rumah...
tapi drivernya rakan seusaha nusantara kelahiran Makkah,
Cikgu Najib...kecil orangnya,
biasalah melayu kita...asal Pattani.
dgn serban arab dan jubah serba putih,
musafahah dgn suami saya dan ahli jemaah rijal yang lain...
cuppp!!! dicium dahi mereka memang gaya arab tulin,
tersenyum kami dalam kelambu purdah kami...huhu, melayu arab...
wait seminit...bkn saja2 nak tgok org lelaki tau!
dah bayan hidayat, org lelaki tak bole nampak kita,
kita pun tak boleh tengok depa...
full hijab inside out...well, just a glimpse to get a picture of their lifestyle...

kemudian kami dibawa ke rumah tuan rumah yg agak jauh sedikit dari bandar Makkah,
tapi masih dalam lingkungan tanah haram...
bandar baru, kat cikgu najib...
sampai satu kawasan lapang di kiri kanan jalan,
padang pasir/batu...
katanya di sini tempat Bilal bin Rabah disiksa dgn di hempap dgn batu besar,
sepertimana kita tahu ceritanya yg penuh sabar...
AHADUN...AHAD!
AHADUN...AHAD!
itu saja lafaznya yg menambah jengkil hati si kafir!!!
airmata saya bergenang serentak dgn meremangnya bulu roma,
bila cikgu najib mention about the famous history...

sejurus kemudian kami sampai di kediaman mewah Dr. Nawawi,
hmm...sapa tak kenal dia, ramai rakan seusaha senusantara yg jadi tetamunya pada musim haji.
dgn keramahan sifat isterinya sebagai penyambut tetamu,
masih terbayang senyuman manisnya menyambut kami...
walaupun sudah 3hari dia melayan rakan kami yg sejurus lagi akan tangguh.
memang keluarga yg penuh berkat, mereka itu...
1 hari penuh kami dilayan gayanya macam raja,
dgn teh arabnya, kek dan juadah2 lain...
kami buat program sikit je, makan je lebih!! huhu! malunya...
mereka ni semuanya dilahirkan di tanah haram...
baik tuan rumah ataupun yg nusrah jemaah, kebanyakannya lahir di Makkah...
jealous rasanya...
memang pure arab, hanya physically Malay...
yang kami jumpa samada asal dari Pattani spt cikgu Najib,
atau dari kepulauan Indonesia spt Dr.Nawawi sekeluarga.
dan mereka ketemu jodoh dgn senusantara...yg indon kahwin dgn siam...
di sana takde org indon, ke siam ke lagi...
pokoknya nusantara...boleh, at least faham sikit2 bahasa melayu, cakap melayu memang ada yg tak tau...

hmm...citer pasal orang aje akak ni yea...
bkn apa, suka tengok gaya arabmelayu tu...
but most revealing ialah kefahaman mereka dalam kepentingan usaha agama,
wpun mereka tak boleh buat gasyt macam kat tempat kita,
tapi mereka ambil kesempatan untuk berjumpa pada sekian2 hari dan buat halaqoh percakapan iman yaqin dll sehingga kita nampak kefahaman mereka jauh lebih dari kita...subhanAllah...
semasa kami buat program muzakarah 6 sifat,
hmm terlopong lah bila giliran isteri tuan rumah yg cakap...
alhamdulillah, berkatnya kami pun tambah kefahaman lagi tentang 6 sifat sahabat.

Esoknya kami pulang dgn dihantar oleh tuanrumah dgn kenderaan yg sama...
part ni yg saya paling ingat sampai sekarang...
rupa2nya baru kami tahu Dr.Nawawi ini seorang yg gagap!
bukan nak mengumpat, saya tak berniat untuk merendahkan sesiapa,
cuma saya sangat kagum dgn semangat dakwah dia...
i tell u, gagap dia bkn sederhana tapi memang lebih dari gagap yang biasa saya jumpa.
susah betul dia nak sebut sesuatu perkataan!
namun sepanjang perjalanan tak berhenti2 dia bercakap perkara2 keimanan, targhib kami dll,
sehingga terkesan sampai ke hari ini...
perkataannya menambah kefahaman kita tentang iman, agama, kepentingan usaha agama,
dan byk nasihat2 yg lain...
kami masturat, biasalah org pompuan kan...tak sampai hati...
rasa nak beritahu dia cukuplah tu, kesian dia tergagap2 melafazkan setiap perkataan dgn penuh gigih.
namun suka nak dgr lagi dan lagi nasihat2nya...
begitulah bila jiwa dah penuh dgn fikir risau Nabi SAW,
tiada apa pun yg boleh jadi rintangan untuk terus maju dalam usaha dakwah!

hmm...macam entry saya yg dulu, tiada alasan utk tidak berdakwah!!!
insyaAllah isi nasihat Dr.Nawawi telah saya post dalam blog saya ni seawal2 pembabitan saya dalam kerja blogging ni, bolehlah korang semak balik kalau nak tahu...

http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com/2009/05/nasihat-dari-makkah.html

insyaAllah semoga Allah pilih kita utk tambah korban utk agamaNya...
teringin nak keluar jemaah masturat 2bulan di tempat kelahiran junjungan kita dan tempat bersemadinya jasad junjungan mulia Rasulullah SAW...

ku akhiri dgn kata2 Sayyid Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi seawal tahun 1950 semasa beliau menunaikan haji, ditemubual oleh sebuah stesen radio Arab Saudi, katanya...

"WAHAI SEMENANJUNG ARAB, DARIPADA MU LAH TERPANCAR CAHAYA YANG MENERANGI SEKELIAN ALAM. DI SISI MU LAH TERDAPATNYA KUNCI KEBAHAGIAAN ALAM...
WAHAI SEMENANJUNG ARAB, SEBENARNYA KAMI TIDAK PERLU KEPADA MINYAK PETROL YANG KAMU HASILKAN UNTUK MENJALANKAN RODA DAN ENJIN, TETAPI YANG SANGAT KAMI PERLUKAN IALAH KEPANASAN IMAN YANG MAMPU MENGHIDUPKAN AKAL DAN HATI...
BUKANKAH ALLAH TELAH MEMBERI KAMU KEISTIMEWAAN INI YANG TIDAK DIBERIKANNYA KEPADA NEGARA2 LAIN?"

Sekian...
Wassalam.

Tuesday, September 28, 2010

blog dah bersawang!!!

Assalamualaikum wrbt,

Dah agak lama tak update blog...
semenjak dua menjak jadik nenek ni kannn...
tapi, tak lama lagi sunyilah kembali...
anak dan cucu dah habis tempoh pantang...
ni kira dah terlebih pantanglah ni masih tinggal dgn ummi...
huhu...
insyaAllah hujung minggu ni akan pulang ke rumah sendiri,
haa...pandai2lah nak idup!
buat jadual sendiri...
6 pesanan cuba amalkan...
solat awal waktu, taklim rumah, quran zikir, hidup sederhana, didik anak dgn sunnah...dan...
galakkan mahram/suami keluar jln Allah...
jgn pulak...bang, bang, bang, laki pun pengsan kena tembak!
tak jadik keluar 3hari...risau anak isteri duk sendiri...

Alhamdulillah Allah kurniakan kita fikir atas iman dan amal...
bagi yang masih belum terbentuk fikir risau,
marilah kita usahakan dakwah mereka, doakan mereka...
nanti malaikat2 akan doakan kita...
iyelaa nama aje ada fikir risau,
tapi yg paling risau cemana nak amalkan fikir risau tu,
apply dalam kehidupan seharian...

fikir dan risau...
iman tahap mana hari ni?
zikir 300 pagi petang qodho' sokmo...
dhuha...hmm...nak basuh baju, nak masak...
tahajjud...ermm bestnya peluk bantal....

risau, bukan tak risau...
tapi kekadang tinggal risau je...
buatnya tidak juga...
insyaAllah azam sungguh2 ni!!!

anak2 bujangku dah pulang ke madrasah  di Temboro...
paling sedih masuk bilik depa yg berserabut tu...
selalulah bising...korang ni kemaslah bilik ni!!!
alaa...bilik orang bujang lah ummi...
tu je jawapannya...
memang org lelaki ni suka buat semak, kan?
oops...bkn semua, peace...jgn marah yea!!!
saya ada juga baca buku, bkn baca, selak2 je...
katanya orang lelaki memang suka menyelerakkan apa2 je!
cari barang tak jumpa, pehh! dah tu tak tau kemas balik!!!
cari kain pelekat ke baju, seret je! abis baju yang lain terabur sama!
huhu...i repeat...bkn semua...

tapi tu la,
masuk bilik serabut tu,
bau baju2 diorang yang belum basuh...
airmata bergenang...
tahun depan insyaAllah baru balik lagi...
oohh..jangan layan perasaan tuu...

ramai kengkawan tanya...
awak tak sedih ke bila anak2 balik ke madrasah?
hmm...jgn ikut saya ni...
macam takde feelings...
sapa yg tak sedih!!!
tapi bila ingatkan yg kita dulu pun korban habis2an juga!
untuk dunia yg fana ni...
sekarang ni korban untuk akhirat yg kekal, belum cukup!

ada juga cerita dgn anak2...
ummi dulu 5 thn tak beraya dgn keluarga...
nun kat US tu beraya...
pagi2 raya pakailah baju raya,
syok sendiri sesama malaysian students...
pegi solat eidul fitr dgn pak2 arab dan lain2 muslims...
buat kat mana2 dewan yg available...
masa takbir langsung tak sedih!!!
nak sedih hapanya!!!
pak arab tu bukannya takbir cam kita, mendayu2!
haa depa takbir monotonous je...cam zikir biasa...
habis solat, mkn2 sikit, dah berkejar pegi kuliah....huhu!
tu kira baiklah kena pegi kuliah...
kena nasib tak baik, exam lagi!!!!
5 tahun beb...5 kali raya...5 kali TAK RAYA sebenarnya!!!
dasyat punya korban!!!
untuk jadik civil engineer...
haha...lani dah jadik nenek tanpa dapat apa2 pun dari apa yg dah dikorbankan dulu...

hmm...tapi Allah Berkuasa...
Maha Penyayang...
di tanah asing di kelilingi kekufuran...
hidayat tetap di kurniakan juga kepada ku...
yang lemah dan hina,
tak de ilmu agama...sekadar ikut2an saja...
tak dinafikan ramai yg kecundang...
dek gamble dari makbapak dan saudara mara...
yg ingin anak berjaya,
kalau jadik baik, ok...
kalau jadik tak baik, nak buat camna...
dah dia hidup kat negara orang...
yang penting kocek nya bakal penuh...
dapatlah kita tumpang duit2 raya dia...

sekarang no turning back!
I've found the true path!
no more gambling for my children's life...
huhu ter speaking pulok!
ok, ok, ok, sama je cakap melayu ke orang putih ke, arab ke, urdu ke!!!
tapi lani akak ni nak anak2 semua pandai cakap arab...bahasa di syurga, katanya...
dulu kita tak belajar bahasa arab...
sibuk belajar bahasa English je,
sampai toefl test tu score giler laa...
hmm takpe bole jugak azam BBNJ jadik mutarjim sepenuh masa...

sekarang saya dah jumpa jalan ke syurga,
akan dihisab apakah saya bawa anak2 ke jalan yg betul,
atau saya nak gamble lagi macam orang dulu2...
tapi yang beri hidayat ialah Allah SWT...
semoga saya harap sangat...
seperti kata2 Ustaz Ishak Zaini aka blogger kita juga...
air yang mengalir dari telaga yang jernih,
tentulah air yg jernih juga,,,,

harapanku agar anak2 yg kami hantar ke tempat yg baik,
akan pulang dgn hati dan akhlaq yang baik...
namun,
ujian tetap ada...
didik anak bukan tugas ustaz, ustazah,
tapi tugas ummi di rumah,
dgn penyeliaan dari sang bapa...
hanya kekadang airmata mengalir mengenangkan
ketidakupayaan diri untuk mentarbiyah mereka...
lantas ku sujud pada Mu ya Ilahi...
laa haula walaa quwwata illa billah....
semoga bantuan Allah sentiasa bersama kami...

dan khas untuk anak2 ummi,
selalu ummi doa pada Ilahi,
aku telah korbankan dunia anak2ku untuk agamaMu,
pandanglah pengorbanan ini dan terimalah kami untuk khidmat agamaMu...
Ya Allah anak2 kami telah banyak korban untuk dapatkan agama tanpa kerelaan mereka,
tanpa kefahaman...tapi mereka taat,
setiap habis cuti mereka kembali juga ke madrasah,
membawa rindu bersama mereka...
Ya Allah terimalah anak2 kami dan zuriat keturunan kami,
untuk jadi pejuang agama macam sahabah radhiAllahu anhum ajmain...
Aaamiiin...

sekian sekadar bisikan qalbu seorang nenek dan ibu...
yang sedih bila sendirian...
wassalam

Thursday, September 16, 2010

pokok kurma dah berbuah!!!

Assalamualaikum wrbt,

Hmm...lama tak update blog ni...
kengkadang rasa malas nak layan lagi.
letih benau jadik nenek ni,
tambah pulak musim ramadhan dan syawal...
usia pun semakin hampir setengah abad...
kudrat pun makin berkurangan...

Tapi!!!
ada gak tapi nya tuuu...
iyelaa tunaikan hajat seorang islam,
dapat pahala 10 tahun iktikaaf,
satu hari iktikaaf ganjarannya...
dijauhkan dari neraka sejauh 3 parit/trenches...
jarak antara parit2 tu sama jarak antara langit dan bumi...
congak2 3x365x10...alaa korang kire laa sendiri!
nenek ni dah kelabu mata nengok screen ni...
xpe, sambung citer sikit lagi...

alkisah datuk @ suami nenek ni laa...
baru dapat gambar2 dari rakan sekurma dia di kelantan nun...
haa laa mintak jasa baik kita buatkan entri pasal pokok kurma ni.
ha'ah laa dah berbuah pokok2 kawan tu!!!
jap lagi kita layan gambar2 tu yek!
caya, jangan tak caya...
kurma boleh berbuah di tanah tumpah darahku ini...

promosi! promosi!
sapa nak beli pokok kurma,
jangan malu2,
tekan aje cellphone anda...
013 647 6591

layannn....
ngantuknya....
gambar cucu?
hmm...nanti ye...
pokok kurma datuk kena layan dulu ni...
hehe...

wassalam...

Friday, August 13, 2010

SEORANG NENEKTUA II

Assalamualaikum wrbt,

Hehe...dah jadi nenek...
Tapi nenekmuda laa...hmm, perasan muda...
Tak dapat layan blog untuk sementara waktu ni...
Bizi khidmat anak & cucu...

Cucu sulung kepada anak sulung saya,
Nama belum diisytiharkan lagi oleh ummi & abinya...
Yang pasti insyaAllah bakal menjadi karkunah...
Aaamiin.....

Lahir pada pukul 9.39 malam (to be precised)...
7 ogos 2010...

Gambar?
Later laa, lum minta izin lagi...hehe...
Ok, doakan kami mendapat zuriat2 yg bakal mewarisi jejak langkah sahabah sahabiah ,
Menjadi pejuang2 agama Allah SWT...

Wassalam...

p/s: Datuk n Nani ala2 Nanny jgklaa..hikhik..

Monday, August 2, 2010

DAKWAH...TIADA ALASAN!

Assalamualaikum wrbt...

Suara saya amat merdu,
bayangkan kalau saya bayan atau ceramah,
semua orang akan terpukau dgn kemerduan suara saya,
melebihi isi bayan yang akan saya perdengarkan...
macamana saya nak berdakwah?

Nabi Daud as suaranya apabila membaca kitab Zabur...
angin berhenti berhembus,
sungai berhenti mengalir,
burung di udara berhenti tiba-tiba...
dan esok ahli syurga akan diperdengarkan bacaan kitab Zabur olehnya,
yang mana mereka akan tercengang 40 tahun!!!
Tapi Nabi Daud as kerja utamanya ialah dakwah...

Saya sangat kacak,
Tak pernah ada gadis yg tidak menoleh bila ternampak saya,
melirik mata mereka...
saya khuatir bila saya pergi jaulah ziarah rumah ke rumah,
anak-anak gadis akan jatuh cinta dgn saya...
akan mengekori belakang saya...
bagaimana mungkin saya berdakwah?

Nabi Yusuf as seorang yg sangat tampan,
dikatakan tidak ada yg sebelum dan selepasnya hingga hari qiamat,
seorang yg melebihi ketampanannya...
katanya baginda as mewarisi kecantikan Sarah as,
yg kecantikannya tiada bandingan sebelum dan selepasnya hingga qiamat...
tercatit dalam Al Quran kisah Yusuf as,
apabila melintas saja wanita2 yg tadinya menghiris limau,
tanpa disedari telah menghiris jari2 mereka dek terpegun dgn ketampanan Yusuf as...
dan kelak ahli2 syurga akan memiliki wajah setampan Nabi Yusuf as...
MasyaaAllah...
Namun, kerja utama baginda as ialah dakwah ilAllah...

Saya sakit, badan lemah, tak berdaya...
sudah sekian lama saya menderita kesakitan,
macam tak mau sembuh2...
boleh makan?
emm...aaa...boleh lagi...
tapi, tak mampulah saya nak pergi dakwah orang lain...

Nabi Ayyub as sakitnya tak ada bandingannya...
lama dia menderita kesakitan,
ulat2 mendapat rezqi dari luka2 ditubuhnya,
namun dia tidak marah...
anak2nya semua ditimpa musibah,
mati semua...
yg tinggal dia dan isterinya saja...
namun berkat kesabarannya,
dan keredhoannya menerima ujian dan taqdir,
akhirnya dia kembali sihat...
dikurniai anak2 lagi...
dalam kesakitannya dia tetap berdakwah...

Saya sibuk!!!
Wakil rakyatlah katakan...
hari cuti pun saya tak dapat rehat.
Kadang2 kena bertugas ke luar negara...
kena pergi bersidang di parlimen...
amanah rakyat dalam tangan saya...
takda masa saya nak berdakwah-dakwah ni...

Nabi Sulaiman as siapa yg tak kenal,
seluruh dunia di bawah takluknya,
pentadbirannya meliputi bukan saja manusia tapi jin,
angin, haiwan dan segala-galanya...
namun, baginda giat berdakwah kepada seluruh rakyat baginda...

Saya gagap, gugup, gabrah dan macam2 g lagi...
Takut org tak faham cakap saya...
Macamana nak dakwah orang?

Nabi Musa as...
Percakapannya tersekat-sekat...
namun bila Allah SWT perintah dia untuk dakwah firaun,
tiada apa alasan yg diberi!
terus dia sedia sambut takaza...
kemudian baru teringat, oh, percakapanku tak lancar...
lantas dia berdoa 'robbisy rohli, sodri...wayassirli amri...' dstnya...
dan mohon seorang untuk berganding dgnnya...Harun, saudaranya...
dan tidak lagi dia menoleh ke belakang, dakwah terusss!!!

Saya miskin,
nak makan pun tak cukup wang...
rumah pun hanya pondok kecil...
bagaimana saya nak gunakan harta, diri, masa saya untuk dakwah?

Nabi Isa as...orang yg paling zuhud di dunia...
hanya ada sekeping papan,
di pagi hari diletak papan itu di sebelah timur agar terlindung dari panas matahari pagi,
di waktu petang di letak papan itu di sebelah barat melindunginya dari bahang petang...
hartanya sebuah cebuk/gayung guna untuk ambil wudhu...
tapi dia buat dakwah sepenuh masa...

INGATLAH SETIAP KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KITA BUKAN ALASAN UNTUK KITA TIDAK MEMBUAT KERJA DAKWAH SEBAGAI KERJA UTAMA KITA!!!
SEMUA KISAH PARA ANBIYA' TERCATIT DALAM KITAB AL-QURAN UNTUK KITA AMBIL IKTIBAR BAHAWA KITA UMMAT NABI AKHIR ZAMAN, KERJA KITA IALAH MENYAMBUNG KERJA NABI SAW AGAR AGAMA KEKAL HIDUP DI PERMUKAAN ALAM INI SEHINGGA SAMPAI MASA YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT...
AYUH! APA TUNGGU LAGI! BUATLAH KEPUTUSAN SEKARANG! KALAU KITA TIDAK BUAT KERJA, ALLAH AKAN PILIH ORANG LAIN UNTUK MENGGANTIKAN KITA!
INGATLAH, ALLAH TIDAK BERHAJAT KEPADA KITA UNTUK MENURUNKAN HIDAYAT, TAPI KITALAH YG BERHAJAT KEPADA ALLAH UNTUK MENDAPAT HIDAYAT...

Wassalam, doakan saya yang masih lemah, punya 1001 alasan bodoh...ampun ya Robb!!!

Sunday, July 25, 2010

AGAMA...MASALAH?

Assalamualaikum wrbt...

Agama itu masalah?
Bagaimana pulak?
Emm...memanglah, nak balik kampung ikut hiway...
Kena berhenti untuk solat...
Bukanke masalah tu???

Nak sambung tidur...as solaatu khoirum minan naum!!!
Genyeh2 mata...pelan2 bangunlah jugak solat subuh...
Masalah jugak...

Hmm...bau satay, sedapnya...tapi...puasa lah pulak...

zakat, haji, dll...semua masalah!!!

Tapi, memanglah semua ciptaan Allah ini dicipta kerana masalah agama...
Langit bumi gunung sungai pokok haiwan dll semua dicipta untuk khidmat kpd manusia,
Manusia dicipta kerana agama...
Allah nak ambil dari manusia ini untuk jadi kekasih2Nya,
Di beri masalah iaitu agama...
Siapa yg sanggup ambil agama,
Hidupnya memang masalah...
Kena jaga pakaian jgn kena najis supaya solat diterima...
Kena jaga makan, ambil yg halal2 sahaja...
Kena jaga anak isteri, ibubapa, semuanya akan disoal...
Pokoknya agama ni mendatangkan masalah kepada kita kerana,
Memang Kehendak Allah begitu...

Tapi semua masalah2 lain hanya akan selesai bila kita ambil agama dalam kehidupan kita...

Semasa ijtimak kawasan selatan di melaka baru2 ini saya dapat beberapa karkuzari dari suami,
Antaranya bayan mengenai masalah...
Orang lelaki mungkin dah dgr bayan ni...
Bagi org pompuan pulak layannn...

Ceritanya...
Seorang ayah mewasiatkan kepada anak2nya...
Apabila ayah meninggalkan dunia ini nanti ayah akan wariskan unta2 kepunyaan ayah kepada kamu...
Unta ayah ada 19 ekor semuanya...
A akan dapat separuh,
B akan dapat 1 per 4,
C akan dapat 1 per 5...(anaknya cuma 3)
Tapi setiap org mesti mendapat unta yg tiada cacat...maknanya tak bolehlah disembelih kemudian dibahagi2kan...

Tak lama kemudian ayahnya pun meninggalkan dunia yg penuh masalah ini...
Dan meninggalkan masalah yg lebih rumit kepada anak2nya...
Macamana nak membahagi2kan unta yg 19 ekor ini tanpa cacat cela setiap seekor unta pun!
Puaslah mereka nak selesaikan masalah ni...19/2 mana boleh dapat solid2...mesti kena potong...
Dipanggil beberapa org bijak pandai untuk menyelesaikan masalah rumit ini...
Namun buntu juga...
Sedang mereka memikirkan masalah ini,
Lalu di situ seorang tua(bukan seorang nenektua...) dgn seekor unta...
Dia bertanya, apa kamu buat ni, berkumpul2 di sini...
Mereka kata tak payah tanyalah, bkn boleh selesai pun kalau pakcik tahu masalah kami...
Org tua tu kata beritahulah, mungkin saya dapat tolong...
Mereka pun beritahu masalah mereka...
Oh, senang saja, ambillah unta saya ni...
Ahhh...pening2!!!
Kita dah pening dgn 19 ekor unta ditambah lagi sekor pulak...
Orgtua kata, 19 + 1 = 20...
A dapat separuh kan, haa ambil lah 10 ekor...
A pun ambil 10 ekor dan berlalu...
B, kamu berapa?
1/4...
Haa ambil 5 ekor.dan pergi...
C, kamu berapa?
1/5...
Ok ambil 4 ekor dan calo!!!

Dah berapa ekor yang di ambil tu adik2 semua???
Hehehe ada macam cikgi kan???
Ok 10+5+4 = 19 ekor dah diambil.oleh tuan masing2...
Berapa yg tinggal???
20-19 = 1 ekor laa...
Orgtua tu pun ambil balik unta dia yg sekor tadi...
No gain, no loss...but,
Problems solved!!!

Eh, eh kekadang ada gak tambah ajinomoto untuk lebih perisa cerita ni,
Soli maa...

Ok, faham ke tak ni???
Awal2 tadi dah beritahu bahawa agama ini masalah...
Walaupun ia masalah, tapi kita kena juga ambil agama dalam hidup kita,
Kerana bila kita ambil agama, semua masalah lain akan selesai...
Macam unta yg satu tadi...

Ok lah kalau tak faham, don't hesitate to ask...
InsyaAllah akan di terangkan lagi...
Tak pun tanya lah cik2 abang karkun kita...

Wassalam...
Bila larut malam....
Mengantuk laa...

Friday, July 23, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

ASSALAMUALAIKUM WRBT,


NAK UCAP SELAMAT PENGANTI BARU, WALIMAHNYA LAST WEEK...
KEPADA ANAKBUAH SAYA MUHAMMAD SYUKRI BIN DATO' HJ ZAINAL ABIDIN,
DAN ISTERINYA SITI SAFIYAH BINTI ZULKIFLI WONG.

DI RUMAH MEREKA DI BUKIT PIATU, MELAKA.

JUGA  UCAPAN SELAMAT MENERIMA MENANTU KEPADA DATO' HJ ZAINAL ABIDIN DAN ISTERINYA DATIN HJH KAMILA BTE ABDUL AZIZ (kakak saya lah...)

semoga dgn kehadiran menantu dapat menambah keberkatan keluarga dan menambah bilangan ahli keluarga insyaAllah...yo laa anak tunggal dah jadi duo, kannn...lepas ni 3, 4, dstnya...aamiin.
semoga Syukri (aka blogger 'ckp2 dlm tandas' dan Siti kekal sehingga ke syurga...aamiin juga angah doakan...

Harap pembaca semua dapatlah sama2 mendoakan mereka...


p/s nak update blog tak sempatlah...ini pun curi2 masa...nk cari gambar lak ni...




nanti lama2 jadi pengantin lama...haa cam ni laa...hehehe jgn marah ye anjang...peace...

Wassalam.

Monday, July 12, 2010

KESUSAHAN...TANDA RAHMAT ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA...

Assalamualaikum wrbt,

Alkisah pada zaman Rasulullah SAW...
Sepasang suami isteri yg saling sayang menyayangi, cinta mencintai...
Hidup aman bahagia...tanpa kesusahan...tenang dan damai...
Isterinya sangat suka khidmat suami, tip top khidmatnya!!!

Satu malam,
suaminya pulang dalam keadaan keletihan...
setelah mendudukkan suami dan kipas2kan suami,
dia menuju ke dapur mengambil segelas air untuk diberi minum kepada suami tercinta...
apabila dia sampai untuk memberi air,
ternyata suaminya sudah terlelap dek keletihan yg amat sangat...
isterinya tak sampai hati untuk membangunkan suaminya supaya dapat minum air...
dia pun berdiri menunggu dgn penuh taat dan sukarela menunggu suaminya bangun sendiri dari tidur...
ternyata suaminya terus tidur sehingga menjelang subuh barulah suaminya terjaga.
dilihat isterinya masih tercegat berdiri di sebelahnya dgn gelas berisi air di tangannya.
bila mengetahui suami sudah bangun, maka diberilah air tadi kepada suaminya...
suami bertanya wahai isteriku, sejak bila kamu berdiri di sisiku?
sejak saya lihat abang tidur malam tadi, sepanjang malam saya berdiri di sini...
kenapa tak bangunkan saja abang?
saya tak mahu ganggu tidur abang kerana saya tahu abang amat letih sekali...
oh...kaulah isteri yg paling baik,
mintalah apa saja pasti abang akan tunaikan permintaanmu...
betul? tanya isterinya...
iye, pasti akan kutunaikan...
kalau begitu, saya minta ABANG CERAIKAN SAYA!

berdegup jantung suaminya,
seakan mahu gugur bila mendengar permintaan isteri tersayang...
tapi terlajak perahu boleh berundur...
terlajak kata...

maka suami berkata kepada isterinya,
apabila hari sudah terang nanti kita pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk bertanyakan tentang perkara ini...
isteri pun setuju.
siangnya kedua suami isteri itu pun berjalan menuju rumah Rasulullah SAW...
masing2 memikiri nasib masing2...
tapi yg lebih berat tanggungan ialah suami kerana dia pun tak faham apa dan kenapa isternya sanggup minta cerai darinya.

dengan kerisauan di dalam benaknya sambil mmenyusuri jalan itu,
TIBA-TIBA!!!
suaminya terlanggar sebiji batu lalu jatuh dan berdarah kakinya...
"Oh, ya Allah..." teriak suaminya.
isterinya terkejut dgn teriakan suaminya dan
demi dilihatnya darah mengalir deras dari kaki suaminya,
cepat2 dia koyakkan sedikit kainnya dan balutkan luka suaminya...
suaminya memandang dgn sayu...
dia ni sayang aku ke tidak?
nak minta cerai, tapi dia masih lagi khidmat balut lukaku...
tambah2 lah tak faham suaminya...

setelah luka dibalut dan kurang kesakitannya,
suaminya bangun untuk meneruskan perjalanan,
tapi tangannya di tarik ke belakang oleh isterinya...

tak payah, bang!
SAYA TAK JADI MINTAK CERAI!!!???

apa2 pun kita pulanglah dulu ke rumah nanti saya jelaskan perkara sebenarnya...
begitu kata isterinya bila melihatkan suaminya macam cicak makan kapur kehairanan...

Sampai di rumah isterinya memulakan penjelasannya...

SELAMA KITA BERGELAR SUAMI ISTERI,
SAYA AMAT MENYAYANGI ABANG...
DALAM DUNIA INI, ABANGLAH YANG PALING SAYA CINTAI,
SELEPAS ALLAH DAN RASUL...
NAMUN SEMENJAK KITA HIDUP BERSAMA SAYA TAK PERNAH MELIHAT ABANG DITIMPA KESUSAHAN WALAUPUN TERCUCUK DURI SEKALIPUN...
MAKA SAYA BERFIKIR ADAKAH ALLAH TIDAK MENYAYANGI ABANG...
KERANA ORANG YANG DISAYANGI ALLAH ITU HIDUPNYA SERING SUSAH,
DI UJI OLEH ALLAH SUPAYA DIA MENINGKAT DARJATNYA ATAU DIAMPUNKAN DOSA2NYA...
TETAPI ABANG TIDAK PERNAH SUSAH!!!
JADI KALAU ABANG BUKAN ORANG YG DISAYANGI ALLAH, SAYA TAK SANGGUP HIDUP LAGI DGN ABANG...
TETAPI APABILA ABANG TERLANGGAR BATU DAN LUKA BERDARAH KAKI ABANG TADI,
BARULAH SAYA YAQIN BAHAWA ABANG JUGA HAMBA YG DISAYANGI ALLAH
KERANA ABANG TELAHPUN DISUSAHKAN OLEH ALLAH SWT...

Jadi, kawan2...
uhh...fikir2lah sendiri...
jgn sedih bila susah...
ucaplah innalillahi wainna ilaihi roji'un
dan syukur alhamdulillah...

Wassalamualaikum wrbt...

Tuesday, July 6, 2010

SAHABIAH AKHIR ZAMAN...

Assalamualaikum wrbt...

Biasanya kalau suami keluar dakwah 3h, tak payah susah2 sangat kan...
3h mkn telur dan ikan kering pun ok jgk kalau takde peti ais...

Tapi kalau 40h...jangan...meraung bini nanti...
Maka suami pun bertungkus lumuslah...
Siapkan makanan??? Huh! Seminggu punya ration bolehlaa...
Masuk minggu kedua dah tak boleh masuk ke tekak lagi...
Takpe, takpe, kawan abg yg jual ikan tu akan dtg setiap hari bawakan ikan dan sayur2an...
Legaaa...yg penting ongkosnya mencukupi!!!
Awak cuba2lah solat hajat, minta pada Allah...
Biasanya gitulah bayan hidayat untuk isteri yg nak ditinggalkan...
InsyaAllah cuba...

Tapi untuk yg akan keluar 4bulan???
Ada kawan suami kata, saya beli freezer besar (mcm kat kedai)...
Sembelih se ekor kambing dan simpan!!!
4 bulan tahan, isteri saya tak payah susah2 beli lauk...
Gulppp!!! 4 bulan makan kambing je korang tahan ke???
Not me...certainly!!!
Nanti abg balik bau kambing je...
Tapi itulah hakikatnya...
Memanglah kita ni hidup dalam kemewahan...
Memang tak berapa tahan ujian...

Itupun ramai yg kata,
Kau jgn bagi laki kau keluar2 dakwah macam laki dia tu...
Tak makan kau dan anak2 kau nanti...

Katalah apa pun...
Memang perkara biasa...
Nabi Nuh as pun dulu dikata, di ejek, di tertawakan kaumnya,
Nuh! Apa kau buat ni?
Rumah yg boleh terapung di atas air...(dulu belum ada istilah kapal...)
Mana airnya?
Adalah nanti...
Muahahahahahaha....
Gila tul kau ni....
Kata Nuh as, sekarang kamu mentertawakan aku...
Nanti aku juga mentertawakan kamu...
Ya, bila banjir besar dtg yg ketawa tadi semua hanyut lemas...

Sekarang apa kata orang?
Duduk kat masjid aje...tak buat kerja!!!
Nak makan apa???

Apa kata kita?
Kerja aje...siang malam pagi ptg cari duit!!!
Dah nak mati pun asik kerja je...tak solat!!!

Kata mereka,
Keluar aje, anakbini kena tinggal...
Nafkah zahir bolehlah sediakan,
Nafkah batin???
Haa...kuning otak depa ni...
Nafkah batin ialah keperluan rohani, agama...
Begitu kata org2 lama...

Nanti kita pun kekadang hangin juga bila ada org tuduh,
Keluar dakwah duit sikit je yg ditinggalkan...
Apa anakbini nak makan?
Maka kita pun jawablah,
Keluar ikut mesyuarat...berapa yg ditinggalkan pun ikut mesyuarat...
Nak backing jugak kalau abang kita kena kata gitu, kan...
Tentu yg ditinggalkan tu mencukupi...

Tapi kekadang ada juga yg tinggalkan je begitu...
Aiihh!!! Ini yg susah nak backing ni...
Nak nak pulak yg ahliahnya pun tak faham,
Minta sana sini,
Ngadu sana sini...
Ini yg jadi fitnah...
Suami memang salah...
Isteri pun salah juga...

TAPI!!!!
Haa ni nak cerita ni...
Alkisah dari rakan seusaha...
Katanya, akak keluar 10h ke satu tempat.
Di situ ada seorang dtg nusrah dgn anak2nya (mgkn rumahnya berdekatan).
Dapat tahu yg suami dia sedang khuruj 4bulan...

Akak ni baru dpt usaha, rakan sekeliling org2 dunia...
Selalu kedengaran cerita tak baik tentang org dakwah...
Jadi akak pun ajak masturat yg suaminya sdg keluar 4bulan tadi masuk bilik.
Akak kunci bilik supaya tak de gangguan...
Akak pun interview dia...

Suami keluar 4 bulan?
Dia mengiyakan...
Apa kerja suami?
Berniaga kecil2an...
Hmmm...tentu dia ada tinggalkan wang kan?
Ada...40 ringgit...
Uhhh...ohh...tentu dia ada partner supaya bisnes terus jalan dan income berterusan...
Takkk...dia kerja sendiri aje...
Oooo...awak bole drive? Nak pergi beli brg2 keperluan dsbnya...
Tak...
Dik, 40ringgit mana cukup untuk 4bulan? Dah habis nanti awak nak minta kat sapa?
SAYA MINTAK PADA ALLAH!
Heh...memanglaa kita boleh cakap...akak pun boleh cakap minta dgn Allah...
BETUL...SAYA NAK APA2 SAYA MINTA SEMASA TAHAJJUD...
ESOKNYA NANTI ADA AJE ORG YG DATANG BAWAK APA YANG SAYA MINTA...
SAYA TAK MINTA PADA SAPA2, HANYA MINTA PADA ALLAH...
MaasyaaALLAH...
Dik, nak tanya lagi, jangan marah ye...
Tanyalah...
Anak2 yang ramai ni...takde ke yg demam ke sakit, nanti macamana?
OHH...YG INI HAA (tunjuk pada anaknya yg bertampal di dahi)...
BARU JE TERJATUH SEMASA BERMAIN2 DI LUAR RUMAH.
DAHINYA TERHENTAK KE BATU DAN LUKA...
SEJURUS KEMUDIAN DATANG RAKAN BERSAMA SUAMINYA...
TERUS AJE DIBAWA KE KLINIK,
5 JAHITAN!!!

Hmmmphhh!!!!
Akak tak tanya lagi dah...
Memang sahabiah akhir zaman...
Tak pernah mengadu pada makhluk...
SubhanAllah dgn keyaqinan ini akak tadi telah dapat maju lebih jauh dalam usaha agama...
Khuruj 40h IPB dan BBNJ...
Inilah sifat sahabiah yg bukan saja membuka pintu hidayat untuk diri sendiri
Tapi keberkatannya juga dapat dirasai dan dinikmati oleh orang lain...termasuk saya...
Saya tak akan lupa kisah benar ini yg sentiasa membakar semangat saya...
Semoga Allah bekati dia yg saya tak kenal pun, dan keluarganya...

Dan pastinya insyaAllah kita akan ketemu dia bersama-sama sahabiah di akhirat nanti...
Ya Allah berilah hamba yg lemah ini sedikit dari kekuatan itu...
Aamiiin...

Wassalam...dah hujan dan tempias kat laptop ni...uhuhu...

Saturday, July 3, 2010

KARGUZARI 10HARI MASTURAT KE JOHOR BHARU

Assalamualaikum.

5 pasangan dari Melaka:
  1. Ckg Abdurrauf dan isteri
  2. Ckg Mansor dan isteri
  3. Encik Ajis dan isteri
  4. Encik Hafizul dan isteri
  5. Ckg Nasiruddin dan isteri ( dari Subang, join jmh Melaka - menantu dan anak kpd Ckg Abdurrauf)
(Sepasang suami isteri dari Pasir Gudang join jemaah kami selama 6 hari pertama iaitu Encik Idris dan isteri.)

5 buah rumah yg telah diwakafkan untuk agama Allah SWT selama 2 hari setiap rumah:
  1. Rumah Encik Hj Muhammad di Taman Nusantara, Gelang Patah.
  2. Rumah Encik Abdul Kadeer (Bangladeshi, wife Malay) di Taman Nusantara Fasa 4,
  3. Rumah Encik Mohd Desa masih di kawasan Gelang Patah juga.
  4. Rumah Ustaz Shamsuddin di Taman U, Skudai.
  5. Rumah Encik Fidlah di Taman U, Skudai juga.(surau berlainan).

Kami diberi bayan nasihat pada 5 jun kuranglebih jam 9 pagi di rumah Encik Azmi di Taman Desa Baru.
Bersama kami, satu jemaah masturat seramai 4 pasangan dari Melaka juga, route Singapore.
Selepas bayan, kami terus bergerak dgn 3 kenderaan ke JB.
Kereta kami 2 pasangan, anak beranaklah...
Kereta Encik Hafizul dinaiki bersama oleh Encik Ajis suami isteri.
Kereta Ckg Mansur dinaiki bersama-sama para malaikat...begitu anjuran amirsab jemaah...wakaka...
Tak aci lah, kami pun tentunya bersama para malaikat...

Zohor kami dah sampai di rumah pertama disambut riang oleh isteri dan anak2 perempuannya yg 6 org, lelaki 2 org...umm...lumayan tu buk!!! Tak perlu susah2 bawak naik beg ke tingkat atas sebab anak2 perempuannya pantas membawa semua beg2 makcik2 ke atas...Anak2nya memang cekap bab khidmat ni... Sejuk hati tengok...ada sapa2 berkenan nanti hubungi saya ya...huhu. Tapi yg sulung baru je 16 tahun...
Hari pertama saya khidmat bersama tuan rumah, tapi nama aje khidmat, anak2nya semua turun padang, makcik ni cuci tangan je...alhamdulillah, rezqi...
Pasangan Encik Idris dan isteri sampai sejurus selepas kami sampai...terus aje bole masuk 'gu'...
Almaklum bugis jumpa bugis...speakinglah...

Selepas 2h kami berpindah ke rumah Encik Abdul Kadeer, bersemangat dia tunggu kami. Kami sampai bersama hujan yg turun dan dia menunggu di luar rumah dgn payung!! Terharu kita dibuatnya... Sampai di dalam rumah isterinya kat suaminya berkali-kali keluar masuk rumah risaukan bila nak sampai jemaah ni... Ramai juga yg dtg nusrah kami di kedua2 rumah ni...

Rumah ketiga, Encik Mohd. Desa, seorang nelayan...lumayanlah makan ikan!!! Di sini hari pertama ramai juga yg datang nusrah termasuk jiran2 sebelah menyebelah...Dan di sini juga rumah terakhir kami bersama Encik Idris suami isteri, maka pada hari berpindah tu, terjadilah 'heavy drama' yg menyayat hati...sob, sob, sob...eh, mana tissue ni nak kesat airmata dan air hidung sekali....

Kemudian perjalanan agak jauh sikit je, ke Taman U di Skudai. Rumah berikutnya, Ustaz Samsudin, dgn anak2 lelakinya seperti khalifah yg 4...hero semuanya...Hmm...teringatlah zaman muda2 dulu, kita dgn anak keliling pinggang...terima jemaah lagi...semoga susah payahnya diterima Allah...Yg paling tak tahan bila makan ada muzik background...ada aje yg menangis waktu tu...hmmm...nenek ni dah lama tak dgr muzik masa makan...

Rumah terakhir, Encik Fidlah, disambut manis oleh isterinya dan anak2 perempuannya...yg paling terkejut bila tengok anak yg kecil, sudah besar juga...masih menyusu dgn botol!!! Emm...cedapnya dia hisap...bg acik hisap sikit boleh??

Rumah terakhir, hari terakhir, heavy lagilah dramanya...
Tapi saya pulak sakit perut lama duk dalam tandas, bila keluar, dah jadi light drama...
Ok la tu x habis tissue...hehe.

Nampaknya itulah serba sedikit laporan khuruj kami di JB.
Setinggi2 penghargaan kepada mereka yg telah nusrah kami dgn rumah, makanan dan ukhuwah kalian...
InsyaAllah kami tak lupa hingga kita bertemu lagi...nanti kita sembang2 di syurga...Aamiin.
Tentunya balasan dari Allah SWT tak dapat kita hitung...
Dan juga kami mohon berbanyak maaf kerana kami tak dapat buat kerja agama dgn baik di sana, lebih banyak bercakap yg sia2, semoga di lain ketika, Allah SWT pilih kami lagi untuk memperbaiki kesilapan2 kami...

JAZAAKUMULLAHU KHOIRON KATHIRON, KATHIRON, KATHIRO...

p/s: dah dkt bersawang karguzari ni...sorry laa...
       x lupe jazakillah kpd puan anna yummy cuppy cakes for the choc cake n pandan muffin.

Thursday, June 17, 2010

Assalamualaikum,
Khas kepada jemaah masturat melaka ke JB (5-15 Jun)
Dan semua masturat JB yg telah nusrah jemaah kami...

Jadikan jalinan antara kita persis untaian tasbih
Ada awal tiada penghujung
Dibentuk untuk mengingatiNya
Dicantum kerana cintaNya
Diratib semata-mata kerana redhoNya
Menitis airmata tika merasai kemanisannya
Semoga jalinan ini kekal dan dirahmati Allah...

buat suami tercinta...
ibubapa tersayang...dan
anak-anak permata hatiku...
sanak famili,
rakan seusaha...dan
umat seluruh alam...

haazaa kalaamu robbi