haazaa kalaamu robbi

Friday, November 20, 2009

ALLAH TUHAN KITA?

Assalamualaikum,
Bizi, bizi, tak siap kemas lagi ni...Alahai, biasalah tiap2 kali nak khruj macam ni la...memang pesen last minit sejak dari sekolah dulu.Nak peksa last minit study, ceh mula2 relax je...esok nak peksa barulah gelabah... Nak bwt assignment pun last minit, nak balik kampung pun last minit packing barang...la ni umur dah 45, memang dah susah nak ubah...nak kuar lusa, satu benda pun tak siap2 lagi...Dah le kena pack kan barang2 suami dan anak2 lagi...Alhamdulillah lah suami kita tu tak banyak hal, biasanya dia pack sendiri barang2 dia kecuali kalau terlalu sibuk, bkn apa, kalu kita pack kan nanti payah dia nak cari kat mana kita letak brgnya dan mgkin ada yg tertinggal...sebab isteri dia ni memang bkn teliti sangat, hehe...Takpe2 esok ada satu hari lagi nak pack, huwaa...biasanya kalau nak kuar masturat, malam tu mmg tak tidur sebab nak kemas... esok byn hidayat mulalah hanyut...pastu kalau suami amirsab, yg mmg biasa berlaku...pujukrayulah...jgnlah bg i program berat2, mata dah tak boleh angkat ni...ceh, macam boleh makan pujukrayu kita tu...masa kuar dia amirsab jmh bkn amirsab kita...silap haribulan hari pertama tu lah kita kena khidmat masak...bkn senang nak taat yob...makan tahun juga...

Okaylah cukuplah tu bebel saya ni, nenektua pun tak bebel, cuma asik pantun je...tak kalah pulak tu...hmm, tabik springgg!!!

Okay cuba tgok title tu, ada fahammm? Kita biasa dgr cerita anbiya, sahabah, tabi'in, auliya', dll, tentang keyaqinan keimanan dan nusrah ghoib...ada tak kita rasa kita pun boleh dapat semua tu sebab ALLAH TUHAN KITA JUGA!!!Bukan TUHAN ANBIYA je, dan lain2 tapi DIA TUHAN KITA, ROBB KITA, PEMELIHARA KITA, YG MENGURNIAKAN HAJAT KEPERLUAN KITA...

Selalu kita kaget dgn kisah2 org terdahulu bagaimana bila berhajat sesuatu mereka minta pada ROBB dan hajat mereka terkabul, tapi kita tak apply dalam kehidupan kita...kita cari asbab dunia untuk dpt apa hajat kita dan dah habis ikhtiar barulah nak solat hajat dll...dah solat pun takde husnuzhon/sangkabaik pada ALLAH, tak yaqin ALLAH bole qabulkan hajat dan doa kita...bila dah qabul pulak kita mikir lagi apa sebab2 yg kita dapat hajat kita...susah betul kita ni nak merasakan kehebatan ILAHI...byk2lah kita ni istighfar, terutama diri penulis yg malang ni...

Kita layan cerita sikit lah nak dapat faham serba sikit bahawa ALLAH memang TUHAN KITA...mgkin ada yg dah dgr cerita ni, karguzari dari rakan2 seusaha yg korban diri harta masa untuk agama.

Satu jmh rijal/lelaki dari Pakistan telah dihantar ke Afrika di kawasan orang2 asli cannibals, haa yg makan orang nuu...eiy, seram...Mereka telah dapat seorang warga tempatan memeluk Islam dgn izin ALLAH. Satu ketika mereka dalam kenderaan pacuan 4 roda sedang dalam perjalanan pindah ke tempat lain...Tiba2 kenderaan mereka terlanggar seekor keldai dan matilah pulak keldai yg malang tu...Tapi yg lebih malang ialah mereka yg melanggar keldai tu, sebab keldai tu milik puak cannibal tadi...mereka datang beramai2 dgn tombak dan lembing, agaknya dgn muka yg ganas, menghurung kereta pacuan 4 roda tadi...bayangkan macam cerita omputih dgn org asli afrika, tapi ni bkn filem tapi kisah benar...

Ketua cannibal ni kata, melalui mutarjim yg dah masuk Islam tu, hukumnya keldai kami mati, kamu pun kena mati jugak...wey, lenguh lutut dibuatnya...Tapi mutarjim tu kan baru masuk Islam dan iman yaqin dia punyalah tinggi, sementelah dgr bayan kisah sahabat yg keldai mati hidup semula tu...dgn semangat josh dia btau ketua puak cannibal tu, nanti dulu, org2 ni TUHAN mereka boleh hidupkan keldai yg telah mati!!!Waduh, apa nak kata, mamat ni sorang dah bukak cerita lah pulak...lemah longlai lah anggota jemaah semua...cemana ni???

Mereka pun bermesyuarat dan amirsab buat keputusan mereka solat hajat mintak keldai ni hidup balik macam kisah sahabat...Ketua cannibal kata, ok, keldai hidup, korang hidup tapi kalau keldai tak hidup jugak, korang pun faham2 je laa...

So, bayangkan solat mereka, mau tak tawajjuh dgn khusyuk khuduknya, solat yg menentukan hidup mati mereka...mereka pun berwudhu dgn sebaik2 wudhu, solat penuh tawajjuh dan khusyuk khuduk 2 rakaat dan akhirnya beri salam pertama, kemudian kedua...

DAN KELDAI YANG MATI TADI BANGUN KEMBALI DGN IZIN ALLAH...

MASYAA ALLAH...

ALLAH TUHAN KITA JUGA...DAHULU, KINI, DAN SELAMANYER...

Doakan kejayaan khuruj kami dgn tersebarnya hidayat sari alam he'...Amin.

Saya mohon maaf atas kesilapan selama saya mula mencoretkan leteran2 saya di blog ni dan mengomen(mcm pandai bebenor) di blog rakan2 blogger sehinggalah ke saat ini...dan jutaan terima kasih pada rakan2 yg telah sudi ziarah blog saya dan memberi komen yg menaikkan jazbah saya yg lemah ni... jazakumullahukhoiran kathiraa...
InsyaALLAH kita bersua lagi, amiin...

Saturday, November 14, 2009

ASSALAMUALAIKUM,
Malas pulak nak sambung cerita haji, nantilah ye bila ada mood, or maybe after pulang dari khuruj Palembang...insyaALLAH.
Dulu rakan2 masturat Ipoh yang baru pulang dari Lampung,Sumatera beri karkuzari kepada kami jmh melaka semasa kami khuruj ke Ipoh...
Macam2lah ceritanya, kami pun terlopong je dgr sebab masa tu lum pernah jejak kaki ke Indonesia...
Alhamdulillah tak lama lepas tu saya dapat pergi ke Bengkalis, dapatlah pengalaman sedikit sebanyak di sana...Bengkalis tak jauh dari melaka, cuma about 2 hours naik feri...Macam melaka juga, apa ada di melaka ada di sana, hatta ada org melaka dijodohkan dgn org bengkalis sebab masa kami pergi tu saing2 dgn rombongan pengantin nak pergi bertandang...
Tapi ada juga yg lain kat sana and mostly sama lah kat mana2 bahagian Indonesia ni, cuma ada terlebih sikit ada terkurang sikit kot...
Nak tau apa?Haa...tu lah yg kita kat malaysia ni kalau mandi macam itik!Kalau kat sana jadi macam kambing, bukan takut mandi, tapi nak mandi kena jimat2 sebab tak cukup bekalan air...Rata2 depa mandi, basuh baju,istinjak guna air sumur/telaga/perigi...samalah tu...dan airnya macam teh o kelat dan pekat dan rasanya...haha, sekali masuk dalam mulut terus jadi ibu mengandung 2 bulan, uwek,uwek...nak rasa, pergilah...Untuk makan,minum, memasak, basuh pinggan, wudhu, guna air hujan yang di tadah dalam yum besar dan ditebuk dan dipaipkan...ni mcm kat tempat kita lah...tapi dah nama air hujan, kalau tak hujan berhari-hari...surutlah juga...lebih2 lagi yg tumpang rumah depa ni itik2 malaya...sekejap dah surut, tu yg bila berwudhu jadi mcm pregnant mom...
Eh, bukan nak citer yg tak elok cuma nak citer pengalaman je, seronok sebenarnya wpun air kurang tapi gula pulak terlebih!Pergh, kalau depa buat air...kita kena tambah sekali ganda dgn air kosong...manis betul!!! Itulah manisnya air macam manisnya budipekerti depa...wpun dlm keadaan dhoif mereka sanggup sediakan macam2 makanan lazat2 untuk kami, sampai kami ni berat perut langsung berat mata selalu...nak pejam je mata ni...tak bagus betul, sepatutnya kena byk dakwah...
Tapi bengkalis ni baru lagi dgn usha tabligh so susah sikit lah nak dapat jemaah cash...ataupun asbab kelemahan usaha dan doa kami(asbab ni yg betul,sebenarnya)...InsyaALLAH kita doa mereka akan dapat taufiq untuk keluar jalan ALLAH...

Berbalik pada cerita Lampung tadi, yg buat kami terlopong ialah cerita mengenai pioneer masturat di sana.Pada awalnya ada seorang saja yg pakai purdah dan dia pun dihantar oleh markas di Jakarta kalau tak silap untuk usahakan Lampung ni...Dia juga berkahwin dgn karkun yg menjawat jawatan pensyarah Geology. Ibu ini fikir macamana orang lain boleh pakai purdah jugak...dia fikir kalau org yg pakai 1 orang je, tentu orang lain takut nak pakai, sebab nanti janggal pulak, kan....fikir punya fikir, dapat ilham... Dia pun kayuh basikal dgn suami dia lalu satu jalan dan pulang melalui jalan lain.Esoknya kayuh lagi jalan lain pulak...Jadi banyak jalan yg dia lalu dgn harapan org akan nampak dan fikir, ramai rupanya org pakai purdah ni, ari tu di jaln sana ada, arini di sini pun ada...wah tak canggung lagilah kalau begini!!!Walhalnya dia sorang je yg pakai ketika tu...Bila pelajar2 kampus yg suaminya jadi pensyarah buat praktikal di mana2 hatta tempat berbukit dia pun ikut sama dgn basikal dia, siap bawa basikal naik kren ke atas bukit kemudian turun bukit dgn mengayuh, dgn harapan org akan menyangka, loh!ada juga org pakai purdah yg tinggal di atas bukit sana!!!
Begitulah gigihnya dia sehingga pada masa jmh Ipoh ni datang tempat dia dah ada ramai wanita yg berpurdah dan depa pakat nusrah ramai2 bila ada jemaah datang tempat mereka...
Begitulah ceritanya...
Dan minggu depan akan bermula khuruj kami ke Palembang pulak, tak tau lagi lah apa citernya, insyaALLAH ada rezqi kita boleh kongsi bersama...
Dulu masa sekolah rendah nama sekolah saya Sek keb jalan dato' palembang, bukit baru, melaka...
Rupa2nya tak sesia sekolah kat situ sebab dapat pergi kat kampung dato' palembang sendiri...

Ok laa dah malam semoga dapat bangkit untuk tahajjud,jangan lupa doa hidayat, doa yg mahal2... doa jugalah untuk saya....
Wassalam...

Friday, November 13, 2009

LAMBAIAN KAABAH II



 Assalamualaikum,
Ni kira terkenang kembali saat2 penunaian rukun haji kami...2007/1428...
Tiba masa untuk berangkat wukuf di Arafah, kami rakan2 sebilik saling bermaafan supaya apa2 kesilapan sesama hambaNya bersih, bak kata kitorg kosong,kosonglah, kannn...
Sempat juga beli sandal yg agak paling sesuai untuk digunakan dalam safar yg penting ni...yelah nak banyak pakai car-key melontar dll...
Tapi kami mmg dah bersedia nak bwt haji jalankaki lagilah kena bersiap sedia...

Hari nak pegi tu dah siap dgn bag-pack/beg sandang yg besar terasa cam matsaleh yg selalu kami nampak datang melaka melancung tu...haa gitu2laa...
Apa byk sgt bawak?Wey, baju tak byk sebab uniform kita kan hitam all-over so takde masalah sangatlah. Sebenarnya kami bawa khemah nak guna masa di Arafah, Muzdalifah dan Mina.Wpun mmg ada khemah disediakan tapi kami ada plan nak jalan kaki so kena lah usaha lebih sikit.Actually nak jalan juga ke Arafah tapi arahan pihak bertanggungjawab kami akurlah semua kena naik bas...ujian datang bila bas sesatlah pulak...heran pulak cmna driver ni?Tapi tu kan kerja ALLAH...sebenarnya tak boleh juga nak salahkan driver sebab masa haji mmg jalan2 dah diubahsuai supaya mudah...tapi tu lah kena tawajjuh betul2, sampai Arafah org2 yg naik lewat dari kami dah sampai lama dah...huhu.
Apalagi tak lengahlah ambil wudhu solat asar yg dah nak abis waktu wpun dalam bas tadi solat juga tapi kira hormat waktu lah...
Bermulalah wukuf keesokan harinya...suami dah pasang khemah kat tempat lelaki dan ajak saya bersama, walaupun malu sebab bila nak pegi toilet kena pegi toilet pompuan, kenalah lalu depan pakcik2 tu...tapi depa tak nampak muka kita tak pasal lah sebab saya pakai topi purdah...buat muka tebal cam tembok pun orang tak nampak...hehe.
Sebenarnya saya pun tak tahan duk dalam khemah awam tu sebab ada pakcik2 yg suka selak2 cari makcik depa...Baru kita nak bernafas tanpa ada penutup muka, dah diselaknya, panggil je lah nama makciknya... Di renungnya muka kita satu-satu...ramai yg berteriak nak cari sapa pakcik panggillah nama je!!!Rimas kami dibuatnya...tapi kan ujian jugak tu...
Bila duk berdua dgn suami dptlah tawajjuh sikit berzikir dan berdoa sebab di Arafah ni lah kita kena tawajjuh betul2.Nabi saw berdoa tak putus2 5jam kalau tak silap masa wukuf.Doa hidayat seluruh alam...
Menjelang maghrib kami bersiap2 packing barang2 dan khemah dan berjalan menuju ke sempadan keluar Arafah.Jemaah lain yg ikut program THaji bersiap2 juga nak naik bas masing2 ikut giliran.Ada yg cepat, ada yg kena tunggu sampai malam sikit...
Ramai jmah haji dari negara2 lain berkumpul di pintu gerbang menunggu azan maghrib sambil menunggu sambil berdoa, dikatakan doa masa tu mustajab.Saya bersyukur sangat suami saya ajak jalankaki sebab dia dulu pun 5 thn lepas jalankaki juga sejak dari Mekah menuju Arafah.Anugerah ALLAH pada kami. Bersama kami ada 2 pasangan lagi orang melayu.
Azan berkumandang, semua yg menunggu dari tadi terus jalan...masyaALLAH seakan nak menangis lihat peristiwa ni, tak pandai nak cerita....
Kami menyusur jalan ikut2 jemaah haji yg lain, suami saya pun tak pasti pulak jalan mana nak ikut, kami redah jelah, lagipun yg 2 psgn lagi dok harap kat kami, kami doa biarlah kami jalan ikut jalan yg betul... Angin sepoi2 bahasa, sekejap2 kuat sikit hembusannya...dalam kegelapan senja...Bas2 dtg dan pergi mengambil penumpang setelah menurunkan penumpang, begitulah keadaannya...Jalan lagi dan lagi, bila nak sampai ni?Kira makan angin jugaklah sebab angin makin kuat sesekali terasa angin menolak dari belakang memudahkan perjalanan kami.Mana tak kata makan angin, saya asik sendawa angin je dari mula jalan tadi... tak payah makan halia pun angin bisa keluar buk!
Kemudian dari jauh kami nampak lampu jalan...haa alhamdulillah sampai juga ke Muzdalifah...Tapi...rupanya jauh lagi, disebabkan struktur permukaan tanahnya rata, dari jauh dah nampak lampu jalan.
Korang nak tau, rupa2nya kami ni ikut jalan kenderaan, bukan jalan untuk pejalan kaki....Apa2 pun dah sampai jugalah, yg ikut jln pejalan kaki pun lum sampai lagi.Sampai sana salah seorang wanita melayu yg ikut kami tanya, akak ni biasa jogging ke, laju je tadi?Hehe kekuatan dari ALLAH, jogging tak berapa rajin...tapi kat sekolah dulu juara 100m lompat pagar wakil daerah lagi...Duluuu lum kawin lum beranak...la ni nak nyeberang parit pun hati2...
Kami pun pergi tandas dan wudhu sekali dalam tu sebab tempat wudhu open air nnti ternampak aurat. Kemudian jalan lagi sampai ke penghujung muzdalifah, khemah org2 indon, takpelah suku sakat kita juga...
Kami pun pasang khemah dan solat jamak takhir tamam di luar khemah, dalam khemah tak cukup tinggi nak berdiri...Selesai solat kami pun masuk dalam khemah dan cuba lelapkan mata tapi kok keletihan sgt mmg tak boleh tidur, tambah lagi suasana hingar bingar di luar sana, bak kata suami, macam nak perang! Kami zikir2 sampai terlelap jugaklah...penat tau jalan tadi, mcm nak putus urat kaki...haha takdelah, seronok je sebab pengalaman pertama...Org2 indon sampai lepas satu bas satu bas sampai penuh sesak.Depa pun heran pasai apa org malaysia ni gatai ngat duk kat depa...Biaule dah!Yg penting kami dah ada di muzdalifah. Pasangan yg ikut kami, satu pasang dah cabut cari tempat lain, satu pasang lagi menjelang tgh malam tak tahan balik ke khemah malaysia join org kita...kami dah zzzz...sesekali terjaga juga.
Pukul 4 pagi lbhkurang, kami bangun dan tutup khemah jalan terus ke Mina, dalam hati dok doa supaya ALLAH mudahkan kami nak solat subuh sbb penuh sesak manusia di sana sini , dgn bas2 lagi....Kami tanya2 polis yg mengawal jalan mana nak ikut untuk ke Mina kami pun ikut dan jumpalah jalan khas untuk pejalan kaki, takdelah dok bersaing dgn bas lagi...Melalui khemah2 VIP yg dah kosong, terdetik juga mana satu khemah dak Siti dan Datuk K?Hehe sempat jugak...ye lah org kita juga, kan...
Kami sampai ke khemah VIP Turki yg dah kosong dan kami pergi qodho hajat wudhu dan solat, alhamdulillah mudah aje berkat doa...kot...
Dah sudah solat, jalan lagi beramai2 ye lah hariraya rupenye...best lak rasanya...ada seorang pak arab dgn ihramnya berdiri di tepi jalan pegang botol mineral besar dan beberapa gelas plastik beri pejalan kaki minum. Nampak kami dia panggil kami pun minumlah, subhanALLAH rasa macam ALLAH hantar malaikat bagi kami minum dalam kedahagaan tu...perasan sikit xpe kan...Dia nampak tulisan Malazia kat topi purdah saya diapun tanya 'malazi?' kami pun angguk, serentak dia laung ALLAHUAKBAR...kenapa kita pun tak tau...
Wey, berat beg yg kami sandang dah terasa dan mikirkan nak melontar bila sampai di Mina nanti, risau dibuatnya, tapi bila sampai di Mina segalanya selesai bila kami disuruh simpan beg2 kami di sebuah kontena sebelum pergi melontar.Fuh!Melayang rasanya tak bawa beg berat lagi...hayun kaki lenggang kangkung pergi melontar kemudian ikut jalan menuju Makkah, sebelum tu singgah kedai minum air dan makan roti buat alas perut...masa ni tak kesah lagi duk mana2, tepi tong sampah pun jalan je tekak ni...terasa rendah diri betul masa ni...org lain pun sama mana dapat je duduklah...bila kena halau dek polis lari kejap pastu duk balik, itulah keadaannya di sana...senyum sorang2 bila teringat...betapa ALLAH jadikan kita ni semua sama taraf nya bila buat haji, pakai pun sama, yg lelaki lah...kaya miskin tu pakai 2 helai kain putih...
So, off we went thru the path for pedestrians menuju Makkah...Ramai tau, penuh jalan tu, tak kira tua, muda, semua bangsa ada terkecuali bangsa malaysia...org turki tua2 pun jalankaki...Sepanjang jalan ada kontena2 yg tek bergerak dan beberapa pekerja memberi macam2 makanan kepada pejalankaki.Kontena ni milik syarikat2 besar yg memang suka bagi sedeqah masa haji ni...macam2 ada, kayu sugi pun ada...Berebut2lah org ambil, tapi lepas tu sepanjang jalan bersepahlah bekas2 makanan, plastik dsbnya...makanan pun bersepah, tu yg dok berebut sangat, tapi tak makan pun...apalah diorang ni...oops jangan komen....
Jalan punya jalan sesekali gelihati pun ada kesian pun ada sebab tengok kebanyakan kaum Adam termasuk suami saya, dgn ihram maklumlah kan...peha dah melecet...kengkang je jalannya...kesian...Tapak kaki melecet toksah katalah, tulah sebab saya usaha scari sandal yg paling sesuai sebab memang melecet kalau tak betul2 sandalnya.Alhamdulillah saya pakai khuf jadi ok je rasanya sebab khuf ni bila kita pakai selalu dia jadi serasi dgn kaki kita, jadi selesa...org lelaki dalam ihram tak boleh pakai kasut sarung kan...
Sampai di Makkah, peh!lautan manusia, tak sampai hati nak buat tawaf...balik hotel dulu, dah mandi, rehat, barulah pergi tawaf, sa'i dan tahallul...Masa ni dah tak payah pakai ihram lagi, dah boleh buka topi purdah, pakai purdah biasa lah, selesa sikit...Apa2pun itu semua imtihan/ujian ALLAH nak tengok sejauh mana kecekalan kita dalam mentaati perintahNYA di saat2 genting...semoga ALLAH terima usaha kami...
Dan dah penat menaip, cerita tak habis lagi, tapi cukuplah, nanti senang2 saya sambung...insyaALLAH...

Thursday, November 12, 2009

Korban lagi...




Assalamualaikum,
Kali ni cerita tentang jemaah masturat dari Filipina pulak, juga karkuzari dari masturat Bangalore...
3 pasangan telah sambut takaza tunai 4bulan selepas di tasykil masturat Bangalore yg keluar ke Filipina...
Mereka bukan org kaya, tapi desakan untuk korban demi agama mereka sanggup sehinggakan sepasang suami isteri sanggup menjual kedai dan kereta untuk keluar jalan ALLAH...Dulu saya juga dgr cerita sepasang suami isteri dari Indonesia jual rumah untuk keluar jalan ALLAH.Apabila diminta alamat oleh rakan2 masturat, biasalah kita kan bertukar-tukar alamat sebelum berpisah, dikatanya saya tak tahu sebab rumah saya sudah dijual....Tapi janji ALLAH adalah benar, apabila mereka pulang ada hamba ALLAH yg baik hati memberi mereka sebuah rumah yg sederhana besar, lebih besar dari rumah mereka dulu.

Berbalik kepada cerita pasangan2 dari Filipina tadi, mereka bertiga mempunyai kelebihan2 tersendiri. Seorang pandai baca Al-Quran, seorang pandai berdakwah dan seorang rajin khidmat...Apa yg menarik perhatian masturat2 Bangalore ialah sifat mereka yang ada keinginan untuk belajar...Yang pandai mengaji seorang, yg seorang lagi sederhana, yang seorang lagi memang lemah sangat dalam hal mengaji Quran ni. Tapi selepas 2 bulan mereka berada di India dan sebelum berangkat ke Pakistan untuk baki 2 bulan lagi, ketiga-tiga mereka dah sama tahap pembacaan Al-Quran mereka!!!MasyaALLAH, begitu gigih mereka belajar dan mengajar...

Kita macamana, dah banyak kali kuar 3h, 40h, 2bulan, tapi Al-Fatihah masih lagi tak betul, tajwid lari... ALLAH...malu yek kita ni...sama2lah kita azam untuk betul2 usaha atas iman dan amal, bkn kuar nak sembang2 pasal anak, pasal suami, pasal dapur, perabot dll...Sesungguhnya syaiton laknatullah tu tiada kuasa untuk menyesatkan manusia sebagaimana saya dgr bayan Maulana Saad semasa ijtima msia yg lepas, tapi syaiton tu menghiasi perkara2 mungkar dan sia2 sehingga manusia terpedaya dan leka, langsung lari dari jalan yg lurus...kita lihat syaitaon telah menghiasi rumah2, anak2, hartabenda, emas perak, hatta majlis perkahwinan dgn perhiasan yg melekakan sehingga kita yg diberi amanah untuk buat kerja Nabi saw pun terpesona langsung mengelirukan mereka yg masih jahil, masih mencari-cari hidayat...doalah kita ni jadi asbab hidayat bukan asbab manusia keliru...

Apa yg kita kena pegang ialah sunnah Nabi saw, yg mana sunnah ialah sumber hidayat, benteng godaan syaitaon dan senjata bagi melawan adat istiadat yg mungkar...

Tapi syaiton tipu kita dikatanya, sunat ni buat dapat pahala, tak buat tak berdosa... Sunnah, bukan sunat... Silap orang melayu kita ni, bahasa arab tak tau...

WALLAHUALAM...semoga ALLAH mengampuni saya dan pembaca semua dan ummat Islam semua kerana kecuaian kita...aamiin...masih belum terlambat untuk kita azam bila kuar jln ALLAH, kita belajar betul2, buat betul2 adab usul yg 12 tu:

DAKWAH, TAKLIM, IBADAT, KHIDMAT >> perbanyakkan.
MASA MAKANMINUM,TIDUR REHAT,CAKAP SIA2,URUS DIRI SENDIRI >> kurangkan.
HARAP MAKHLUK, MINTAK PD MAKHLUK, MEMBAZIR,
GUNA BRG ORG TANPA IZIN                                                     >> tinggalkan,jangan buat...

InsyaALLAH ini peringatan untuk saya sendiri yg nak kuar 40h tak lama lagi, nafsu ni degil...yg disuruh tak buat, yg dilarang itulah yg dia suka...

Wednesday, November 11, 2009

KORBAN



Assalamualaikum.
Korban?Korang dah korban?
Korban apa?Lembu, kambing?

Bukan, korban diri, harta, masa, zuriat untuk agama ALLAH swt...
Ye laa kita kata kita dah korban tapi kita tengok pengorbanan orang lain yg lebih tinggi korbannya supaya kita tambah jazbah untuk tambah korban...
Sahabat2 Nabi saw mmg korban mereka kita tak dapat nak tanding...
Korban para anbiyak...jauh, jauh dari pencapaian kita...
Tapi ada juga ummat akhir zaman ni yang pengorbanannya kita pun tak mampu nak ikut tapi kita renung2kanlah...

Haa...ni lah nak cerita ni...

Semasa kami dihantar ke Bangalore, India untuk sebulan belajar buat usaha di sana, masturat2 sana dok sibuk cerita tentang sepasang suami isteri Somalia yg baru je berangkat pulang dari tempat mereka.
Pasangan ini sangat2 zuhud...memang kita boleh bayangkan org Somalia yg kurus kering...

Bermula ceritanya, suami bermimpi Rasulullah saw menyuruh mereka cepat2 pergi ke India untuk belajar usaha ni lah kot...duit takde.Suami kerja gaji rendah.Jadi mereka bermesyuarat dan sepakat memakan 2 biji tamar setiap hari(mereka takde anak) sehingga wang gaji suaminya terkumpul cukup untuk tiket penerbangan mereka berdua ke India.Jadi, selama 9 bulan mereka hidup hanya dgn makan tamar sebiji siang, sebiji malam tiap seorang...dapatlah kumpul duit...

Dan mereka sampai di India dlm keadaan yg sgt dhoif, musim sejuk, baju nipis, beberapa helai je, selimut tak de yg tebal...tapi semangat jatidiri mereka kuat, org2 bangalore nak bagi baju mereka tak nak, kata mereka, sahabat lebih miskin kami ni ok lagi...org bangalore pun tak sampai hati tengok.Suaminya tidur di masjid dgn selimut nipis di musim sejuk tapi bila org selimutkan dia dgn selimut tebal, dia terus terjaga dan beritahu, sahabt2 lebih lagi korban, dia tak korban apa2...

MasyaALLAH semoga kita pun dapat secebis dari sifat pengorbanan mereka ini, tentunya hidayat tersebar asbab pengorbanan org2 seperti ini....

WALLAHUALAM...

Tuesday, November 10, 2009

NOT A FAIRY TALE

Assalamualaikum,
Once lived a happy family, father, mother, and daughter, Fatimah in a not so happy land called 'Palestine'...
Hmmphh!!!
The father is not working and is trying to get a job to fulfill the needs of his family....
While the searching is going on, came a takaza to form a masturat jamaat to go to India.
After mesyuarat with his family they made a decision to go to India with a small amount of money left...
And ALLAH gave them a test for surely nobody shall enter Paradise without being tested for his/her faith...
He got a job...but decision was made and they must go...
Father said never mind maybe I'll get a better job after our khuruj...
So, off they went leaving behind Fatimah in the land of war, with the neighbors to take care of her and some money kept in a pouch for her...
She took care of herself and went to school...
Her teacher asked her how much money she has, she said, I don't know...whenever I need money I just put my hands into the pouch and take out some money...
But the money never decrease...
The teacher said jokingly, then I too would like to keep my money in your pouch so that it will not decrease...

One day, Fatimah had a dream...In her dream she was walking along a road and found 2 men sitting by the roadside, crying...
She asked one of them, who are you?
He said, I'm Hamzah and this is my nephew, Muhammad...(hold your breath, readers...).
She asked why are both of you crying? (I'm crying, too, now).
He said don't you look at all these people on the road, not performing deen, not covering their aurats etc,etc...

Then the man named Muhammad called Fatimah and put her on his lap and asked what is your name?
She answered, Fatimah...
He said my daughter's name is also Fatimah (ohh...the screen is blurr now...).
Where is your mother, and she told the story...

Muhammad saw said when your mother comes home from khuruj tell her that she will be with me in Jannah...
MasyaALLAH...I can't type anymore...

Thursday, November 5, 2009


Assalamualaikum,
Nak citer lagi arini...

Pada suatu waktu dahulu ada seorang anak muda yang ghairah untuk menuntut ilmu. Dia meminta izin dari ibunya untuk mengembara dalam menyempurnakan cita2nya. Dengan keizinan ibunya, dia pun mengumpulkan apa2 bekalan yg ada sekadar yg cukup untuknya dan keluarlah dari rumah dgn restu ibunya.

Setelah beberapa lama berjalan, anak muda tadi berjumpa dgn seorang lelaki yg agak tua. Setelah bertanya khabar, pakcik itu pun bertanya ke mana tujuan anak muda tadi. Setelah mendapat tahu bahwa anak muda ini berkeinginan untuk mengembara untuk menuntut ilmu, pakcik itupun meminta keizinan untuk menyertainya berjalan bersama-sama kerana dia hendak pergi menziarahi beberapa orang keluarganya di sepanjang perjalanan itu.Si anak muda tadi pun suka jugalah dapat kawan sambil berjalan boleh berbual...takdelah terasa penatnya...

Setelah berjalan beberapa ketika, pakcik pun berkata,'anak tunggu pakcik sekejap, pakcik nak singgah sebentar di rumah saudara pakcik di sini. Anak tunggu di sini sehingga pakcik dtg semula tau!' Pemuda itu pun mengiyakan pakcik tu dan tinggal lah dia sorang2 tunggu pakcik tu di jalan....

Tak berapa lama kemudian ternampaklah kelibat pakcik menghampiri pemuda itu kembali serentak dgn itu terdgr suara tangisan dari dalam rumah yg ditinggalkannya. Amat sedih sekali tangisannya. Pemuda pun bertanya pakcik tadi, kenapa mereka menangis...katanya, biasalah, dah lama tak jumpa, dpt jumpa pun sebentar saja dah nak pergi, sedihlah mereka...ooo gitu, kata pemuda tadi, betullah tu....

Mereka pun meneruskan perjalanan dan pakcik tadi bila sampai saja rumah saudaranya dia akan tinggalkan pemuda itu sebentar dan pergi menjenguk saudaranya dan kembali dgn diiringi suara tangisan yg sedih...

Setelah beberapa kali kejadian yg sama berlaku, maka pemuda itu pun hairan dan dia pun terasa nak tahu apa yg sebenarnya berlaku...Dia pun nak buatlah edisi siasat...Sedang pakcik tadi pergi jumpa saudaranya, pemuda itu pun ikut dari belakang dgn diam2. Dia mengintai dari lubang dinding apa yg dibuat oleh pakcik tadi...

Jeng,jeng,jeng....
Apa yg dia nampak?

Dia nampak oranglah, bukan beruang...
Dia nampak seorang sedang terbaring di katil dan saudara maranya yg lain sedang mengelilinginya dlm keadaan sedih...
Pakcik tadi kat mana? Tak nampak pulak...
Tiba2 dtg seorang yg besar mcm burung pun bukan, orang pun bukan sedang melebarkan sayapnya menutupi orang yg terbaring tadi.Yg lain2nya macam tak nampak lembaga tu, mereka pun buat derk je!
Kemudian lembaga tu angkat sayapnya dan serentak dgn itu org2 yg lain tadi terus menangis kerana yg terbaring tadi dah pun meninggal dunia...innalillahi...

Apa lagi pemuda tadi pun lari semula ke tempat yg dia tunggu tadi sambil berkata,'Haa, dah tau dah!' berulang-ulang kali sehinggalah pakcik tadi sampai terus aje dia cakap,'pakcik, saya dah tau pakcik ni siapa!' Pakcik kata,'oo...kau intai tadi ye, patutlae mencungap!' Setelah didesak akhirnya pakcik pun mengaku lah yg sebenar2nya bahawa dia adalah malaikat maut...eee...korang seram takkk? Malaikat maut dok bersaing-saing jalan dgn dia...

Tapi, pemuda ni berani orangnya, lantas dia pun berkata,'pakcik, kalau betullah pakcik ni malaikat maut, cuba pakcik check dalam fail pakcik, bila agaknya ajal saya?' Pakcik pun checklah dalam fail dia sebab pemuda ni pun baik orangnya, teman dalam perjalanannya...Check punya check, pakcik pun jumpa... Katanya kalau ikut fail pakcik ni, kau ni lepas kahwin aje kau mati!!! Well, at least sempat kawin, dokkk?

Pemuda tu pun cakap,'kalau macam tu, saya tak jadi meneruskan perjalananlah pakcik, lebih baik saya balik kahwin, lepas dah setel pakcik cabutlah nyawa saya, dapat saya berjumpa dgn ALLAH lebih cepat..' 'ok la kalau macam tu pakcik jalan aje lah sorang2, no hal..'jawab pakcik tu.

Pemuda tu pun balik kampung, tanam jagung, eh silap...dia suruh mak dia carikan calon isteri dia. Mak dia suka pun ye pelik pun ye, kata nak menuntut ilmu lum sampai dah pulang nak kahwin pulak, tapi takpe lah, dapat juga menantu, nanti dapat cucu...gitulah fikir mak dia...

Pemuda tu pulak sementara mak dia carikan isterinya, dia sibuklah sedeqahkan baju2 dia pada orang2 miskin sebab dia tahu lepas kahwin ni dah nak mati bukan nak bawak masuk kubur pun baju2 dia.. tinggallah apa yg perlu dipakainya saja...Maknya geleng2 kepala lihat ragam anaknya, gaknya kena sampuk apa, dah gila apa, dok beri orang baju dia...tapi solat ok, cakap ok, suma ok tak macam org gila...

Di pendekkan cerita, jumpalah seorang gadis yg sudi mengahwini pemuda tu...alahai kesian dia tengok isteri dia sebab tak lama lagi nak jadi janda pulak, tapi dia tak lah beritahu siapa2 pun hal kematiannya... Dan selang beberapa tahun dia kahwin, eh, tak mati2 pun...heran jugak dia..pembohong betul pakcik ni! Takpelah, seronok juga ada isteri nanti ada anak pulak...

Pada satu hari, melintaslah pakcik dulu di depannya...Apa lagi, dia pun tanya pakcik, apasal pakcik tipu kalau tak saya dah jadik maulana dah...ni jadi 'mau lena dgn isteri' aje...

Pakcik kata 'betul pakcik tak tipu kau, memang dalam fail pakcik kau akan mati bila kau kahwin, tapi disebabkan kau beri sedeqah baju2 kau, ALLAH panjangkan umur kau sampailah masa DIA panggil kau nanti barulah pakcik datang cabut nyawa kau'....

Begitulah ceritanya...habis dah...fikir2lah...ada lebih ke takde lebih ke berilah sedeqah...kalau nak panjang umur, tapi itu salah satu je dari fadhilatnya.Ada byk lagi kelebihan sedeqah...boleh buka lah buku FADHILAT SEDEQAH karangan MAULANA ZAKARIYYA.

Wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

PELAJARAN IMAN



Assalamualaikum.
Hari ni kita nak belajar iman,
Tapi,
Yg menaip ni pun lum pandai2 lagi...
Takpe kita sama2 belajar...

Apakah IMAN?
(dari kitab Muntakhab Hadith)

"Pengertian IMAN dari segi bahasa ialah percaya dgn yaqin kpd perkataan seseorg yg dipercayai kewibawaannya dan dalam istilah agama, IMAN bererti mempercayai dgn penuh keyaqinan, berita (ghaib)  yg dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata-mata kerana wibawa seorang Rasul".

Iman amat berharga di sisi ALLAH swt.Seorang yg ada iman wpun sebesar zarrah, dia akan dpt syurga 10 kali ganda besarnya dunia ini!!!

Seseorang bayi semasa di dalam kandungan ibunya lagi ALLAH sudah tetapkan 4 perkara:
1.ajal
2.jodoh              
3.rezqi
4.nasibnya
Ini semua kalau kita usaha giat sekali pun kita tetap akan dapat sptmana yg sudah tertulis di Luh Mahfuzh. Tidak lebih tidak kurang...

Tapi iman kita kena usahakan sbb bila iman di usahakan ia akan meningkat, kalau tak ia akan menurun dan merosot.Iman kita dgn tidak sengaja melalui proses kehidupan dalam dunia asbab ini pasti merosot dgn tidak disengajakan...Contohnya;

1.seorang bayi apabila dilahirkan, bila lapar-menangis, umminya beri susu...bila buang air pun menangis, maka umminya bersihkannya dstnya...Jadi bayi ini tanpa sengaja telah menyangka umminya lah ROBB/Tuhan Pemelihara dia...sbb apa2 hal ummi ada disisinya untuk tolong dia...

2.apabila bayi ini membesar, tiap2 hari dilihatnya abinya bawa pulang lauk, bawa pulang jajan, bawa pulang pakaian dll...pada tahap ini ROBBnya sudah bertukar kepada bapanya...

3.apabila sudah boleh bersekolah, ummi abinya menasihatinya, anakku kalau kamu belajar sungguh2 kamu akan pandai, kalau pandai dpt masuk universiti...senang hidup kau anakku...Waduh pada ketika ini anak ini tentu merasakan bahawa pelajaran lah yang menentukan susah senang hidupnya...yg akan pelihara dia, maka ROBB bertukar lagi kepada pelajaran @ ilmu...

4.sudah habis belajar universiti, keluar sebagai graduan, dapat kerja yg bagus, gaji beribu ringgit...katanya kalau tak kerja sapa nak bagi makan? astaghfirullah...ROBB skrg ialah pekerjaan...Yg pompuan pulak, kalau tak kerja tapi kahwin...hari2 apa katanya? bang nak ni, bang nak tu, bang do, bang nak re, bang nak mi... bang,bang,bang...org bang kat masjid dia bang kat umah, abg pun solat kat umah...abg nak kuar 3h je pun tak bole...nanti dia bang sorang2 kat umah, takde sapa nak dgr...ROBB isteri ialah suaminya(kalau tak diusahakan imannya)...

5.Wah dah pencen pulak, anak2 dah besor suma pakai kete, kalau raya tak muat laman nak parking kete... maklum pangkat2 suma anak2nya...katanya, saya tak keje pun boleh hidup.Tiap2 bulan anak saya hulur duit belanja...masyaALLAH...dah anak pulak di ROBB kannya...

Itulah dia kalau kita tak usahakan iman kita, ditakuti pada masa malaikat maut menjemput kita, yg kita tak tau bila, masa tu ROBB kita ialah pelajaran kita, mak ayah kita, kerja kita, suami kita...dotdotdot...

Jadi sama2lah kita usahakan iman kita agar kita ada yaqin yg mantap bahawa ALLAH ROBB PEMELIHARA kita di dunia dan akhirat, ROBB kpd Adam as, ROBB kpd Muhammad saw, ROBB kpd sahabah ra ajmain...ROBB kita juga....

Insya ALLAH kita akan sambung lagi pelajaran iman kita...
Ada assignment tau!
Hari2 latih lidah cakap kebesaran ALLAH...

Cukup setakat ini, usaha gigih insyaALLAH dapat nombor satu, masuk syurga ALLAH swt...

Tuesday, November 3, 2009

YOYO


Assalamualaikum,
Pernah dengar citer YOYO?
Iyolaa, yoyo nih, bkn main2...

YOYO ialah nama seorang tukang lawak kepada firaun laknatullah.
Kerja dia buat lawak  untuk menghiburkan firaun.
Satu hari dia dapat idea nak buat satu lawak yg dirasanya akan buat firaun ketawa besar!
Dia pun dgn confidentnya buatlah lawak tu!!!
Nak tahu apa lawaknya?
Dia tahu firaun benci sgt2 dgn Nabi Musa as.
Jadi dia nak buat lawak meniru2 cara Nabi Musa as buat dakwah, bayan kot dsbnya...
Apa jadik???
Firaun punyalah marah kat dia...
Hehe...tu le pasal.
Sapa suruh cari pasal...

Tapi,
Semasa bani Israel dan Nabi Musa as melintasi Laut Merah dgn firaun dan tenteranya mengejar dari belakang, Yoyo bersama-sama dgn Nabi Musa as dan dialah org yg terakhir melepasi Laut Merah sebelum 12 lorong tertutup kembali...selamatlah Yoyo dgn Rahmat ALLAH...

Yoyo tu tiru2 saja cara dakwah Musa as, dia diselamatkan oleh ALLAH swt.
Insya ALLAH kita tiru2 cara dakwah Nabi Muhammad saw dgn jalan yg telah dilalui oleh sahabat2 Nabi saw, insya ALLAH kita juga akan diselamatkan oleh ALLAH swt...

Memang kita pun sekarang ni tiru2 cara Nabi saw dan sahabah ra sebab tu kita kena ikut nasihat masyaikh kita supaya walaupun kita tiru2 tp tiru yg betul...Kalau tiru salah...Yoyo lagi baik dari kita...

Monday, November 2, 2009

BINTANG2 DI LANGIT...


Assalamualaikum,

Seorang sahabi, Abu Raihanah ra, sdg dlm perjalanan pulang dari safar yg jauh yg memakan masa berbulan2.Setibanya di madinah, suasana sunyi sepi...dia kehairanan.
Sampai di rumah, isterinya sudah menunggu di pintu rumah, menyambut kepulangan suami tercinta...
Suami mendapat tahu bahwa Nabi saw dan sahabat2 lain sedang berjihad di Tabuk.
Abu Raihanah lantas berteriak-teriak,
"Sungguh2 tidak pantas/patut, Nabi saw kepanasan di Tabuk, Abu Raihanah bersenang-senang dgn isteri di rumah!!!" berulang-ulang kali di sebutnya lantas dia memacu kudanya meninggalkan isterinya menuju ke Tabuk untuk bersama tentera muslimin.
(kalau kita dah meraung dah, abang balik jauh2 tak dan masuk umah, dah pergi lagi!!!)
Sesampai di Tabuk, Nabi saw terpandang akan Abu Raihanah dan bersabda,
"Hampir2 kamu hancur, Abu Raihanah, hampir2 kamu hancur..."
Apakah maqsud hancur?Ulamak mengatakan, maqsudnya, Nabi saw dan sahabat2 lain sedang berjihad, dia bersenang2 dgn isterinya di rumah...
TETAPI, Abu Raihanah tidak hancur, hampir2 hancur saja...

Siapa yg hancur?

SUAMI2 kita lah yg sedang hancur melayani setiap kerenah kita, keperluan kita yg melebihi had, melayani pujukrayu kita...sedangkan ummat sedang menderita keruntuhan agama, dari timur ke barat, dari utara ke selatan...

Sama2lah kita istighfar dan azam hantar suami kita keluar ajak manusia kepad ALLAH swt.
Dan wahai sang suami, jadilah seperti sahabat Abu Raihanah ra yg umpama bintang di langit...

haazaa kalaamu robbi