haazaa kalaamu robbi

Sunday, April 8, 2012

KISAH DARI TEMBORO

Assalamualaikum wrbt...

Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita,
tak dapat nak kejar masa...terus aje dia berlalu pergi...
dah beberapa minggu pulang dari Temboro,
masih belum dapat cerita...
lama2 rasa malas mula merayap...

ok so this time,
usaha lbih skit...
masa tidur korbankan sikit...

tak nak panjang2 cerita, nnti x selesai...
ok here we go...

semasa di sana kami dapat diberi sedikit kisah
bagaimana usaha Nabi SAW mula2 datang dalam kehidupan mereka,
dek kerana Khiai Uzairon n Maulana Ubaidullah (adiknya) sedang menunaikan umrah,
maka Khiai Nur Thohir, adik ipar Khiai Uzairon mengambil alih pengurusan buat sementara...

alkisahnya, Khiai Nur Thohir bercerita,
awalnya dia n mentuanya Almarhum Khiai Mahmud, bapa Khiai Uzairon,
diajak ke ijtima di Indonesia,
kemudian mereka ke Nizamuddin, India...
berjumpa dgn Hadratji Maulana Inamul Hassan...
minta nasihat...
jawapan yg ringkas dan padat di terima...
"berpegang teguhlah dgn usaha ini, kerana di dalamnya ada keberkatan"
lebih krg begitulah...

maka bermulalah usaha agama di Temboro,
namun agak slow, perlahan...
iye lah perkara baru memang agak susah utk diterima,
sebenarnya bkn baru tapi telah ditinggalkan oleh ummat akhir zaman...

kemudian ada antara ahli keluarga Khiai Mahmud bermimpi,
keluarga Rasulullah SAW yg wanitanya berpurdah lengkap,
tutup semua tanpa nampak satu pun hatta mata n jari2nya pun x nampak,
datang ke desa Temboro...

seminggu selepas mimpi itu,
jemaah masturat/wanita dari Thailand dan mahram lelaki masing2 datang ke desa Temboro,
bertutup lingkup semua wanitanya,
sama seperti dalam mimpi...
wahh! heran sungguh, kata mereka...
kami yg sudah Islam dari keturunan n dalam keluarga ilmuwan Islam,
belum ada yg mampu menutup aurat sempurna seperti mereka,
org2 Thailand ini, yg bknnya ahli ilmu agama...

kehairanan, mereka pun di hantar utk nusrah jemaah masturat Thailand,
duduk dalam program selama beberapa hari...
sehingga hari terakhir,
bila suami2 datang utk mengambil isteri masing2 pulang ke rumah,
ternyata mereka semua tidak mahu pulang,
sebabnya,
mereka tiada purdah yang dapat menutupi keseluruhan anggota n wajah mereka...
mereka tidak mahu keluar dari rumah dalam keadaan tidak menutup aurat sempurna,
seperti jemaah Thailand itu....

maka sibuklah suami masing2 membeli kain,
kemudian menjahit kain2 menjadi purdah utk isteri masing2...
iye, kalau tak, isteri2 tak mahu pulang...
masyaaAllah, seperti cerita sahabiah yg tidak bergerak bila mendapat tahu
kisah wahyu diturunkan memerintahkan wanita2 menutup aurat sempurna,
sehingga disuruh seorg budak pergi ke runahnya utk mengambil kain penutup wajah...
supaya tidak ada satu langkah pun yg dilangkahinya,
menyalahi wahyu dari Allah SWT...

agak terharu saya mendengar kisah ini,
iye, akhir2 zaman ini masih ada kelompok yg mirip sahabah n sahabiah Nabi SAW...
itulah bila ada ilmu,
didatangkan usaha atas iman,
makanya ilmu itu menambah darjat seseorg...

YARFA'ULLAHULLAZI NA AAMANU MINKUM,
WALLAZI NA UUTUL 'ILMA DAROJAH.

ALLAH MENINGGIKAN ORG2 YG BERIMAN DARI KALANGAN KAMU,
DAN ORG2 YG BERILMU ITU BEBERAPA DARJAT LAGI...

mafhum ayat menunjukkan kelebihan org beriman yg berilmu,
melebihi org beriman yg biasa,
beberapa darjat yg lebih tinggi...

WALLAHUALAM...

Semoga kita juga dapat menjadikan diri kita org2 yg beriman dan berilmu,
paling tidak pun menjadikan anak2 warisan kita org2 yg berilmu agama...
agar dgn ilmu yg ada menambah kekuatan dakwah ke seluruh pelusuk alam...
insyaAllah...

haazaa kalaamu robbi