haazaa kalaamu robbi

Tuesday, December 27, 2011

CERITA SEPANJANG CUTI...


ASSALAMUALAIKUMMMM...

apa kabar semua?
hehe...lama tak update blog...
sunyi sepi blog ni...
sejak ber'mukabuku' @ ber'bukumuka'...
hahaha...apa2 lah...
bkn apa,
tak cukup kakitangan kerajaan utk menangani kedua2nya sekali...

apa nak citer pun takde modal...
hmm...citer tentang kegiatan cuti sekolah yg panjang ni je la yg ada...
abang pun dah tak lama lagi akn pulang...
dah dekat 40hari berpisah2 utk agama...
semoga kepulangan kekanda tercinta kali ini
akan menambah taufiq utk kami sama2 meningkatkan
usaha agama di tempat/kampung kami tinggal ni...

hmm...itu adalah azam ku setiap kali suami keluar berdakwah,
sebenarnya bkn berdakwah,
tapi belajar buat dakwah...
supaya pabila habis masa kursus dakwahnya nanti
kelak akan menambah kefahaman tentang usaha agama
utk di manfaatkan di kampung kami khasnya,
dan di seluruh pelusuk dunia, amnya...

sepanjang peninggalan suami tahun ni,
anak sulung dan cucu tinggal bersama saya,
dah menantu pun sama jemaah dgn suami saya...
kedua2 pergi ke srilanka,
belajar buat dakwah di sana...

di sini kami organized kem pelajar perempuan utk cuti sekolah...
haa tgoklah gambar atas tu,
anak2 yg diamanahkan oleh ibubapa kepada kami...

antara program kem kami ialah,
mengaji n menghafal alquran ikut kemampuan masing2...
program mengaji ni waktu pagi...
petang pulak kami adakan taklim dan muzakarah,
antaranya muzakarah sifat2 sahabah sahabiah,
muzakarah pesanan2 utk wanita,
adab2 sunnah dlm kehidupan seharian,
doa2 masnunah...
antaranya doa pagi, doa ketika terbit matahari,
doa petang n doa ketika terbenam matahari...
amali wudhu' ikut sunnah Nabi SAW,
amali solat termasuk menyempurnakan pemakaian telekung
agar aurat dlm solat dapat ditutup sempurna...
selain itu hafalan doa qunut...
dan kisah2 para anbiya',
para wanita2 ternama dlm Islam,
contohnya  Sarah, Hajar, Asiyah, Maryam...
kisah2 tauladan dll...
selain itu,
belajar cakap kebesaran Allah adalah topik wajib bagi kem kami...

seperkara lagi yg menarik hati saya,
alhamdulillah kami telah muzakarahkan kepentingan menjaga solat 5 waktu,
dan akibat2 orang yg meninggalkan solat dgn sengaja,
sehingga semuanya azam utk tidak mahu lagi meninggalkan solat,
dan yg telah terlanjur meniggalkan solat,
berazam sungguh2 utk mengqodho solat2 mereka,
semoga Allah terima...

Alhamdulillah semoga anak2 pelajar kami dapat mengngati apa yg kami bincangkan,
dan dapat amalkan dalam kehidupan,
selain dapat menyampaikan kepada kaum keluarga,
dan sanak saudara,
serta rakan2 mereka...

ohh...awal2 kem lagi,
anak2 ini telah diajar utk meminta izin qodho hajat,
dalam bahasa arab...
wah!wah! semua beriye2 minta izin...

hmm...nampaknya mata pun dah mengantuk,
saya pun izin berundur diri...

semoga Allah terima segala2nya...


haazaa kalaamu robbi