haazaa kalaamu robbi

Thursday, July 28, 2011

MATI

Assalamualaikum,

cerita sikit laa,
seorg raja mengajak semua rakyatnya,
ke majlis jamuan di raja...
semua rakyatnya hadhir,
termasuk seorg ulamak,
rakyat dihidangkan makanan yg enak2...
semua menikamati makanan dgn khusyuk...
lazat le katakan...

tapi ulamak tadi tidak makan...
duduk je diam2...
raja terpandang...
dan tnya...
kenapa kamu tak makan?
saya tak selera nak makan...
wahhh...tak sedapkah makanan beta ni?
apa kurangnya,
beritahulah...
oh tidak,
makanan ni semuanya enak,
hanya saya yg tak berselera...
kenapa?
bile memikirkan kematian akn dtg,
yg saya tak tahu bila2 masa dia akn dtg,
menjemput saya...
hingga saya rasa hilang selera utk mkn....

ohh...wahai syeikh,
beta pun ingat juga kematian,
tapi beta masih boleh makan minum,
cuba cerita bagaimana kamu boleh tak selera...

ulamak ni tadi tak tahu mcmna nk beritahu perasaannya...
kemudian ktnya pd raja,
beginilah,
boleh tak tuanku beri saya tempoh 3 hari utk jadi Raja,
tuanku jadi rakyat...
hmm...
bolehlah...
dah nak sgt tahu kenapa...

maka di isytiharkan kpd seluruh rakyat,
hari ini syeikh ini akn jadi raja,
utk tempoh 3 hari sahaja...

maka ulamak tadi pun jadi raja,
perintah pertama nya ialah,
TANGKAP RAJA yg baru turun takhta tadi,
MASUKKAN DALAM PENJARA!

maka raja pun ditangkap dan masuk penjara...
esoknya perintah kedua...
RAJA DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI!!!
fuhh...menggigil raja...
waa...kena tipu dahlaa...
menangis2 raja...
apalah nasib beta ni...

kemudian syeikh yg jadi raja tadi,
bawakan makanan yg enak2 utk raja yg dihukum mati,
raja pun pandang je,
sikit pun tak disentuhnya...
dibiarkan hingga keesokan harinya...

maka sampailah hari ketiga,
syeikh pun jumpa raja,
kenapa tuanku tak makan makanan ni semua?
adakah ia tak enak?
raja kata,
bagaimana beta nak makan,
kejap lagi beta akan mati,
tak boleh makan daa...

maka syeikh kata,
ini dah hari ke 3,
saya turun takhta
tuanku naik semula,
saya cuma nak beritahu tuanku perasaan saya
yg takutkan kematian hingga tak boleh makan lagi...

raja pun menangis,
syeikh telah mengajar satu ilmu yg sgt berguna padanya...
maka raja pun akhirnya menjadi murid kpd syeikh...

kita bagaimana?
insyaAllah Ramadhan dtg lagi,
sama2 kita amal n ambil pengajaran...
agar kita juga sentiasa ingat mati...

wassalamualaikum...

Friday, July 22, 2011

TERLEPAS!

Assalamualaikum,

Seorg banduan,
sudah beberapa lama dlm penjara,
kerana kesalahan melanggar undang2,
kesalahannya berat,
hukumannya gantung sampai mati!!!
setelah beberapa lama dlm penjara,
beliau insaf akan kesilapannya...
namun beliau tahu,
keinsafannya tidak mungkin menyelamatkannya,
dari tali gantung...
hanya simpati dari Tuan Hakim,
yg diharapkan dapat selamatkan dia,
kerana segala keputusan akan dibuat oleh Tuan Hakim...

hanya tinggal sebulan saja lagi,
banduan sedih,
apa yg pasti berlaku padanya,
ia pasrah...namun,
dalam hatinya ada pengharapan besar,
agar dia dpt keampunan dan bebas...
ahh...berangan angan dia...

kemudian datang pak hakim,
meneliti dokumen2 beliau,
dan daripada laporan ternyata,
beliau sudah sgt insaf,
malah jadi seorg yg warak...

maka pak hakim memanggilnya,
dan berbisik,
mahu tak kamu ni bebas dari tuduhan?
terlopong mulut banduan tadi,
dan selamat dari tali gantung?
seakan mahu menjerit kegembiraan dia!
tapi ada syaratnya...
apadia? cepat aje dia tanya...

syaratnya kamu puasa selama sebulan!
setelah sebulan kamu akan bebas dari hukuman,
dan kemudian aku kahwinkan dgn anakdaraku!!!
aaaaa?????

oh tuan hakim,
jangankan sebulan,
setahun pun saya sanggup utk puasa...

nah!!!
faham tak ni?
haa, pose dah dekat ni!
inilah kelebihan yg Allah akan beri pada kita,
sesiapa yg berpuasa sebulan penuh,
dgn menjaga hak2 puasa dgn baik,
tiba hari raya aidil fitri,
dia dapat hadiah pada mlmnya,
iaitu malam aidil fitri,
atau malam pengurniaan hadiah,
lailatul jaaizah...

ini petikan hadithnya...

"KEMUDIAN DTGLAH MALAM AIDIL FITRI YG DIKENALI SEBAGAI LAILATUL JAAIZAH (MLM PENGURNIAAN HADIAH). DI WAKTU PAGI AIDIL FITRI, ALLAH MENURUNKAN MALAIKAT2NYA KE SEMUA TEMPAT2 DI BUMI DI MANA MEREKA MENCARI TEMPAT2 MASING2, MENYERU DGN SUARA YG DIDENGARI OLEH SEMUA MAKHLUK MELAINKAN MANUSIA DAN JIN, "WAHAI UMMAT MUHAMMAD, KELUARLAH DARI RUMAH2 KAMU KE ARAH TUHAN YG MULIA DAN AGUNG, YG MENGURNIAKAN SEBYK2NYA DAN MENGAMPUNKAN DOSA2 BESAR."
BILA MEREKA MENUJU KE TEMPAT SOLAT HARIRAYA, ALLAH BERKATA KPD MALAIKAT, "APAKAH UPAH SEBENARNYA BAGI SEORG PEKERJA YG TELAH MEMBERIKAN KHIDMATNYA?""
MALAIKAT2 MENJAWAB," WAHAI TUHAN DAN PENGUASA KAMI, ADALAH BERHAK BAGINYA BAHWA DIA MENDPT GANJARANNYA YG SEPENUHNYA DI ATAS TUGASNYA ITU."..............

dan seterusnya hadith ini bolehlah tuan2 n puan2 baca dari kitab2 fadhilat ramadhan...
insyaAllah semoga kita bertambah rakus utk mencapai nikmat2 yg dijanjikan Allah SWT utk kita.
sebagaimana rakusnya ahli dunia utk menambah harta,
sanggup menganiaya walaupun kerabat sendiri...
sebaiknya kita mengejar nikmat2 Allah SWT....

sekian...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBAROK!

wassalam...
semoga dapat amal dan sampai2kan...

Tuesday, July 19, 2011

TAULADAN KITA

Assalamualaikum wrbt,

FATIMAH AZ-ZAHRAH (radhiAllahu anha)

Sapa x kenal beliau...
anak kesayangan Rasulullah SAW...
anak kesayangan Kekasih Allah SWT...
Penghulu Wanita Syurga...
betapa tingginya darjat beliau...

namun setelah berpenat lelah mengurus rumah sendirian,
suaminya Ali ra mengesyorkannya agar meminta seorg pembantu..
dari Ayahandanya SAW...
tapi sifat malunya mengatasi segala keperitan tenaganya,
malu dia nak minta dari Ayahandanya...
lalu pulang dgn hampa...

tak lama kemudian dtg Ayahandanya,
Baginda SAW tahu keinginannya,
namun apa nasihatnya?
bacalah subhanAllah 33x,
alhamdulillah 33x,
Allahuakbar 34x...
ini lebih baik dari seorg pembantu...
dan apa katanya?
saya redho dgn Allah n RasulNya...

Skali peristiwa,
Ali ra pulang ke rumah...
tiada satu makanan pun utk dimakan,
diberitahu bahwa sudah 3 hari begini,
tanpa ada makanan satu pun utk dimakan..
Ali ra berkata, kenapa aku tidak diberitahu?
supaya aku usahakan utk dptkan sedikit makanan?
Apa kata Fatimah ra?
kalau abang memikirkan keperluan kami semua,
apa yang tinggal utk ummat?
apa akan jadi pada ummat?
fikirmu utk ummat akan beralih kpd fikir atas makanan
utk kami....
begitu skli fikir anak kesayangan Rasulullah SAW ini....

Kita bagaimana?
setiap hari mikirkan,
apa nak masak hari ni?
apa nak kirim abang beli hari ni?
gula dah nak habis...
beras tinggal stgh kampit...
makannnn aje kita fikir...
walhal ummat menderita...
tanpa kalimah, tanpa solat, tanpa lain2 amal...
iman pun merudum...
kita apa kesah....

skli kesah Fatimah ra berjalan bersama Ali ra..
bertembung dgn sahabah ranhum,
kerna malunya dia,
dilekapkan tubuhnya ke sebuah dinding di tepi jalan...
sehingga tubuh kurusnya itu tidak kelihatan
sama rata dgn dinding...
terlalu kurusnya dia,
terlalu malunya dia...
riwayat mengatakan kerana kurangnya makan,
perutnya hampir mencecah pinggangnya..

INI PENGHULU WANITA SYURGA

kita siapa?
belum tahu apa kita isi syurga,
atau isi neraka...
nauzubillah...
makan tak toleh2 org lain...
khusyuk n khudhuk dlm solat takde,
khusyuk n khudhuk masa makan xdpt elak lagi...

SIAPAKAH KITA?

sekali peristiwa beberapa sahabat ranhum terpandang
seorg wanita tua memasuki rumahnya Fatimah ra...
mereka tertanya2, siapakah gerangannya,
memasuki rumah putri kesayangan Rasulullah SAW?
mereka saling meneka umur wanita itu...
agak2 dlm usia 60an,
sepakat mereka mengagak...

tak lama kemudian mreka dapat tahu,
bahwa wanita tua itu ialah Fatimah ra sendiri,
yg mengusahakan agar dirinya tidak nampak muda,
wpun dlm keadaan tutup aurat sempurna,
masih lagi kuat dia berselindung...

INI PENGHULU WANITA SYURGA

siapakah kita,
tinggalkanlah mereka yg tidak menutup aurat,
yg menutup aurat pun...
hidayat...
yg dah berpurdah punnn...
jubah hitam...lip lap penuh!
tudung lilit berfesyen...
pusing pusing pusing....
niqab terikat di belakang kepala,
tanpa ada kain menutup bentuk kepala...
hmm...yg nenek mcm saya pun tentu org tak tahu...
nmpak sebaya je dgn gadis belasan tahun...
wajah x nampak,
kedut di dahi tak zahir...
lenggok...alahai...
sudahkah kita menutup aurat sempurna?
angguk angguk, geleng geleng...
bikin org juling...
Sayyidah Fatimah?
berlagak umur 60 thn!!!

SIAPAKAH KITA?

sekali peristiwa,
bergurau dgn suami tercinta,
dlm pada bergurau,
terkeluar perkataan yg menyinggung hati suaminya...
ohhh...takutnya dia...
puas dipujuk namun suami belum mahu senyum...
di kelilingnya suaminya...
tawaf sambil mohon maaf...
masih belum mahu senyum...
lagi n lagi sehingga berapa kali tawaf?
70 kali!!!!!!!!!!!
baru Ali ra tersenyum...
lantas bila ketemu Ayahanda SAW,
diceritakan kisahnya...
Nabi SAW yg amat menyayanginya bersabda,
lebih kurang,
jika andainya kamu mati dlm keadaan suami mu tidak redho padamu,
aku tidak akan meyembahyangkan jenazahmu...

INI PENGHULU WANITA SYURGA

saban hari kita buat suami kita marah...
kalau tak ikut kehendak kita,
muncung panjang sehari suntuk...
sesedap kita mempermainkan suami...
tak nak pulak mintak maaf!
ego!!!
malam nak tidur pun taknak minta ampun maaf dari suami...
ajal maut kita tak tahu bila,
setiap hari Izrail jenguk kita 72 kali...
Allahhhh...

SIAPAKAH KITA?

sekian wassalam
doakan saya yg ada sifat2 jelek di atas,
bkn mengenakan sesiapa,
hanya utk peringatan kpd diri sendiri...
dan utk mengamalkan hadith Nabi SAW,

TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORG KAMU SEHINGGALAH DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTIMANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI...

Sunday, July 10, 2011

PROGRAM UTK KITA

ASSALAMUALAIKUM WRBT...

Allah telah hantar kita ke dunia ni...
utk apa?
utk ujian....
ujian apakah kita dapat mentaati perintahNya,
menjauhi laranganNya...
dan selagi kita hidup kita dalam ujian lagi,
dan lagi...
INI PROGRAM PERTAMA
Allah tidak mesyuarat dgn sesiapa,
tidak minta tanda tangan sesiapa,
tidak minta izin sesiapa,
tidak perlu sokongan sesiapa,
utk htr kita ke dunia...
walaupun seluruh dunia buat program 'kasi'...
apa tu?
menyekat kelahiran...
tapi bila Allah telah putuskan kita lahir,
tetap juga kita dtg ke dunia ini....
utk di uji...

kemudian setelah di uji sekian lama,
sekian masa...
ada yg diberi masa yg panjang,
panjang umurnya,
ada yg diberi masa yg pendek...
pendek umurnya...
ikut tetapan Allah,
kerana Dia yg Maha Berkuasa...
kita tidak ada pilihan...
kita di hantar,
kemudian kita akan kembali padaNya...
INI PROGRAM KEDUA
walaupun org itu terbang tinggi naik pesawat,
akhirnya mati,
tetap turun ke dalam kubur...
semua org akan masuk kubur....
walaupun semua menteri2, presiden, raja2 tandatangan,
tak setuju...
walaupun dia org kaya, millionaire, raja...
tetap dia ke kubur,
ada sesiapa yg boleh menolak????
di kubur kita tak bawa apa2...
walaupun sebiji batu,
walaupun sehelai rumput,
di dunia ada ladang yg luas...
di dunia ada rumah besar...
di dunia ada kereta mewah...
tapi di kubur...
ada kain kapan je....
yg ikut ialah amalan2 kita...
klu di dunia amalannya sesuai perintah Allah...
di kubur ada teman yg baik,
di buka tingkap ke jannah,
haruman jannah berhembus masuk....
tapi klu di dunia amalannya bertentangan perintah Allah....
di kubur ada teman jugak...
apa?
ularrr...kala jengking...
malaikat mingkar n nakir...
yg tak putus2nya menyoal...
selagi blum dpt jwpn yg betul....
di tnya,
tak dapoat,
di ketuk,
dstnya....
tinggallah kita dlm kubur...
menunggu teman2 yg masih lagi dlm ujian...
di dunia,
masih lagi menduduki peperiksaan...
sehinggalah tiba hari qiyamat...
hari kebangkitan...
semua org mati dah!
semua org dihidupkan kembali...
utk menerima hasil ujian...
INI PROGRAM KETIGA...
nanti akan di isytiharkan...
si polan bin si polan telah berjaya,
akan dimasukkan ke dalam syurga...
aamiin...
si polan bin si polan telah gagal,
akan dimasukkan ke dalam neraka...
nauzubillah...

di syurga, nikmat akan ditambah2...
di neraka pula, azab akan ditambah2...
Allah....

semiskin2nya ahli syurga...
luas syurganya 10x ganda dunia ini...
weh...x miskinlah tu...
Allah Maha Kaya!!!
Dia boleh beri kita apa saja,
tanpa mengurangi khazanahNya...

lihat saja bumi yg kita tinggal ini...
penuh n padat...
lihat pula langit yg terbentang luas,
dgn cakerawala2 semuanya...
kosong belaka...
kenapa Allah jadikan tempat yg kita duduki ini,
sempit...
dan kenapa byk tempat2 lain yg kosong di alam yg luas ini...
ulamak kata ialah utk menunjukkan,
bahawa Allah itu Maha Kaya...
dan dunia ini takde nilainya...
justru, yakinlah kita dgn janji2 Allah...
Allah menghendaki kita usaha utk akhirat yg luas...
dan jgn terpedaya dgn dunia yg sempit ini...

sekian...sama2 lah kita merenung dan berfikir...
dan jangan lupa utk menjalani ujian dgn baik,
supaya dapat jawab soalan2 dlm kubur...
dan dapat menerima ijazah dgn tangan kanan...
dan dapat jadi Raja2 n Permaisuri2...
di syurga yg kekal abadi.selama2nya....
aamiiinnn....ya Robb!!!

haazaa kalaamu robbi